Monday, May 20, 2013


Sakit Tengkok Kronik

 

Jika sakit tengkok anda  berlarutan lebih dari 6 bulan anda mengalami  sakit tengkok yang kronik. Awas, jangakamasa yang panjang ini memberi isyarat bahawa anda sedang mengalami penyakit yang serius. Serius kerana kesakitan kronik ini bakal membunuh kehidupan anda. Kesakitan kronik bakal  menjejaskan produktiviti dan fungsi harian anda. Sakit tengkok yang kronik boleh berpunca dari beberapa struktur pada leher anda seperti;
·         Sakit otot dan fasia yang kronik (syndrom myofascia)
·         Saraf leher yang tersepit
·         Atritis dari sendi facet
·         Cakera yang tergelincir
·         Saraf tunjang yang tersumbat (Spinal stenosis)
·         Tulang belakang(vertebra)
·         Urat/Ligament

Kesakitan tengkok yang kronik boleh menjejaskan produktiviti dan fungsi harian anda.

Apakah penyebab kesakitan tengkok yang kronik?
·         Proses penuaan seperti spondylosis, cakera tergelincir dan spinal stenosis.
·         Penyakit arthritis atau Sindrom sendi facet  
·         Postur yang salah ketika bekerja
·         Kecederaan pada masa lampau seperti kemalangan jalanraya (post whipplash injury)
·         Osteoporosis
·         Penyakit kanser pada tulang belakang
·         Struktur tulang belakang yang abnormal(scoliosis)
·         Stress dan bimbang yang berpanjangan

 

Penyebab sakit tengkok kronik yang paling kerap berlaku ialah muscle starain yang disebabkan oleh salh postur atau penggunaan otot yang berlebihan. Biasanya anda kan rasa lenguh –lenguh dan ubat penahan sakit seperti panadol dan sakit urat seperti celebrex bisanya berkesan. Rehat yang cuckup dan mengurut dengan lembut pada bahagian otot ini juga akan memberi kelegaan. Biasanya sakit jenis ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga dua minggu.

Manakala sakit tengkok yang lebih serius biasanya melibatkan  cakera tergelincir, spinal stenosis dan sindrom sendi facet. Walaupun penyakit ini dikatagorikan oleh sebab penuaan, tapi trend sekarang menunjukkan penyakit ini sudah mula dihidapi oleh orang muda. Maknanya orang sekarang mengalami proses penuaan yang cepat tanpa kita tahu puncanya.

Biasanya kesakitan tengkok yang serius akan disusuli dengan sakit otot sindrom myofascia yang menambah kesengsaraan dan rasa sakit pada leher.  Bagi doktor yang mahir beliau boleh menganggarkan peratus yang disumbangkan oleh punca yang berbeza ini. Punca sakit yang berbeza memberi rasa sakit yang berlainan.Rawatan khusus untuk penyakit-penyakit  diatas telahpun saya bincangkan  dalam artikel saya dalam keluaran yang lepas.

Sakit kronik pada otot leher,bahu dan belikat yang sering belaku dalam sindrom sendi facet leher.

 

Apakah gejala yang mungkin anda alami?

 Jenis kesakitan pada leher berbeza-beza bergantung pada penyebab/diagnosis kesakitan. Ianya boleh bermula dengan  rasa tidak selesa sehinggalah kepada kejang, mencucuk, berdenyut atau panas yang menjejaskan pergerakan ketika memusing,mendongak atau menunduk pada sendi leher.

Selain dari sakit tengkok, gejala sampingan lain ialah pening yang bepunca dari belakang kepala yang naik keubun ubun biasanya berlaku dalam penyakit sindrom sendi facet. Ramai pesakit saya yang menerima rawatan  migrain disebabkan oleh diagnosis yang salah oleh doktor terdahulu. Gejala sampingan lain seperti rasa  hanyut, bengang telinga dan kabur mata biasanya  disebabkan oleh sindrom myofascia  otot leher/tengkok yang serius. Sakit otot myofascia biasanya akan melibatkan  otot tengkok, bahu dan belikat yang amat sakit bila dipicit.Gejala sindrom myofascia ini sukar dikenalpasti dan dirawat oleh kebanyak doktor biasa.

Anda mungkin mengalami gejala sakit mencucuk atau kebas yang turun bahu, lengan atau tangan. Rasa sakit yang mencucuk, renjatan elektrik, kebas atau panas pada leher yang turun ketangan adalah  sakit yang berpunca dari saraf yang tercedera atau tersepit. Ini selalu berlaku dalam cakera tergelincir, spinal stenosis atau sindrom thorasik outlet. Dalam keadaan yang lain penyakit sindrom myofascia pada otot leher juga  kerap memberikan gejala sakit yang menjalar turun ke tangan.menyerupai sakit cekera tergelincir.

Anda juga mungkin akan mengalami gejala kelumpuhan atau lemah pada otot tangan atau bahu anda jika penyakit ini sudah mencapai tahap yang serius.Sudah pastinya keadaan ini akan menjejaskan produktiviti dan fungsi harian anda.

Apakah isyarat berkait dengan sakit tengkok yang serius?

 Tidak kira apa punca kesakitan anda, berikut adalah gejala yang biasanya dirasai oleh pesakit jika keadaan yang serius. Ini bermakna anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan  doktor pakar dengan segera.

·         Tangan dan jari yang tiba-tiba jadi lemah. Contohnya tidak mampu menyidai kain diampaian.

·         Tangan dan jari yang mulai  rasa sejuk dan kebiruan.

·         Rasa sakit yang ynag bertambah kuat dan tidak dapat dikawal dengan ubat tahan sakit atau ubat saraf.

·         Pening yang serius atau selalu pitam.

·         Kabur mata, telinga berdengung, loya dan muntah.

·         Kurang berat badan secara mendadak

 Apa yang anda dapat lakukan?

·         Sentiasa aktif dan bergerak sekadar yang boleh, tapi jangan paksa pergerakan jika telalu sakit.

·         Jangan berurut yang melibatkan manipulasi tulang/sendi tengkok

·         Pakai kolar leher jika diberikan oleh doktor.Tapi jangan pakai semasa memandu kereta kerana ianya menghadkan pergerakan kepala.

·         Berjumpa doktor pakar seperti pakar kesakitan kronik, ortopedik atau pakar saraf.Ini penting untuk memastikan punca kesakitan anda. Saya nasihatkan anda  dapatkan pendapat kedua jika mahukan kepastian diagnosis dan plan rawatan.

·         Rawatan physiotherapi dan terapi cara kerja juga memainkan berperanan dalam mengawal rasa sakit dan mengelak kecederaan berterusan pada leher anda.Anda juga akan diberitahu tentang aktiviti yang patut dibuat dan dielak bergantung pada jenis penyakit anda.

·         Senaman regangan dan kekuatan otot leher dan bahu.Ini boleh dipelajari jika anda berjumpa pakar sakit kronik atau physioterapi.

·         Makan ubat penahan sakit,ubat saraf , ubat pelembut otot atau ubat penenang seperti yang diarahkan oleh doktor.

·         Rawatan suntikan oleh pakar kesakitan kronik.Berbagai kaedah suntikan boleh diberikan bergantung jenis penyakit anda.Contohnya suntikan epidural steroid, suntikan epiduroplasti, suntikan radiofrekuensi, suntikan  triggerpoint pada otot yang sakit.Sebahagian rawatan suntikan ini merupakan pilihan kepada rawatan pembedahan tulang tengkok.   

 

 



Monday, May 13, 2013


Sakit belakang,pastikan diagnosisnya tepat...

Sakit belakang adalah satu gejala klinikal yang kerap berlaku dikalangan kita. Dianggarkan 80% daripada kita akan mengalami gejala sakit belakang sepanjang umur kita.Dilapurkan bahawa 26% dari rakyat Amerika syarikat akan mengalami gejala sakit belakang sekurang-kurangnya sehari dalam setiap tiga bulan.Walaubagaimana pun statistik sakit belakang dikalangan rakyat Malaysia belum ada, tapi kita maklum bahawa gejala ini banyak belaku dikalangan kita. Sakit belakang  telah dikenalpasti sebagai penyebab utama kurangnya produktiviti dikalangan pekerja yang disebabkan oleh keilyatan (disable) dan  pengeluaran sijil sakit yang melampau.
Kebanyakan kes sakit belakang biasanya tidak serius yang disebabkan oleh kecederaan mikroskopik pada otot rangka yang dikenali sebagai muscle strain ketika melakukan aktiviti fizikal seperti mengangkat beban yang berat atau berkebun. Sakit seperti ini kan beransur pulih dalam satu-dua minggu dan amat berkesan dengan pengambilan ubat NSAIDs seperti postan atau celebrex. Tapi jika sakit belakang anda berlarutan lebih dari enam bulan, anda perlu memberikan perhatian yang lebih serius kerana jangkamasa yang lama memembri isyarat bahawa anda menghadapi penyakit belakang yang serius dan bakal membunuh kehidupan anda. Kesakitan dari tulang belakang akan mengekang apa saja pergerakan anda. Produktiviti anda akan menurun, lalu pendapatan anda terjejas.Anda akan terbelenggu dengan jerat biopsikososial yang komplek. Walaubagaimanan pun insiden sebenar penyakit yang dikaitkan dengan sakit belakang yang serius adalah kurang dari satu peratus.
Disebabkan oleh sakit belakang yang kronik, anda mungkin telah berjumpa dengan ramai doktor tapi rawatan yang diberikan masih tidak memberikan hasil yang diharapkan. Lebih sedih lagi walaupun pembedahan tulang belakang telah dilakukan tapi sakit masih lagi tidak berubah.Dalam senario lain pembedahan tulang belakang mungkin telah berjaya melegakan kesakitan asal tapi kesakitan baru pula muncul setelah 3-6 bulan selepas pembedahan.
Penyebab utama kesukaran rawatan ini berlaku ialah;
1. Kesilapan diagnosis.
2. Rawatan yang suboptima kerana kurang pengetahuan dan kepakaran.
3. Komplikasi dari pembedahan tulang belakang.
Walaupun fakta ini perit untuk kita terima tapi inilah hakikat yang kita biasa lihat dikalangan pengidap kesakitan tulang belakang. Kesilapan diagnosis penyakit tulang belakang umpamanya kan membawa kepada rawatan yang tersasar.Lebih malang lagi jika pembedahan dilakukan telah gagal dan pesakit akan mengalami kesengsaraan yang berganda. Saya bukan berniat untuk membuat provokasi, tapi pengalaman saya sejak berkhidmat sebagai pakar rawatan kesakitan kronik (pain specialist) telah menyaksikan banyak masalah ini. Ini mendesak saya  untuk mendedahkan kebenaran ini untuk kebaikan pesakit.
Sakit belakang boleh disebabkan oleh beberapa punca yang mengelirukan

Diantara penyebab utama kesakitan belakang kronik ialah;

·   Kecederaan pada otot rangka yang kronik yang disebabkan oleh tabiat posisi, ergonomik dan biomekanik yang tidak sihat.
·   Sakit sendi facet dan spondylosis -Penyakit ini disebabkan oleh proses penuaan (degenerative disease) pada tulang belakang.
·      Sakit berpunca dari disk (discogenic pain) –penyakit ini disebabkan proses penuaan yang berlaku dalam cakera tulang belakang (disc).Pesakit akan  mengalami kesakitan dalam disk walaupun tanpa kegelinciran disk.
·        Disk tergelincir (Slipped disc)- sakit ini akan menyebabkan pesakit sakit belakang yang menjalar turun ke kaki.Batuk dan bersin akan menambah kesakitan. Begitu juga jika pesakit tunduk kehadapan.
·   Spinal stenosis- sakit ini juga akan menyebabkan pesakit sakit belakang yang menjalar turun kekaki.Tapi sakit akan bertambah kuat jika pesakit berjalan hingga terpaksa berhenti rehat
·         Spondylolisthesis.-tulang belakang yang tergelincir diantara satu sama lain.
·    Kelainan struktur seperti tulang belakang yang bengkok (kyphosis atai scoliosis) dan struktur tulang punggung (pelvis) dan sebagainya.
·         Kanser pada tulang belakang.
·         Sakit arthritis pada sendi pinggul (sacroiliac joint)
·         Osteoporosis
·         “Referred pain” dari penyakit organ dalam abdomen dan pelvis
·         Penyakit keradangan (inflammatiion) atau jangkitan kuman pada tulang belakang.

Realitinya,  proses diagnosis klinikal bukannya semudah seperti membuat senarai si atas. Kerana  tidak semua pesakit akan memberi gejala(symptoms) dan hasil pemeriksaan (sign) yang klasik untuk penyakit-penyakit tersebut seperti yang diharapkan. Tambahan pula kebanyakkan pesakit yang mengalami kesakitan belakang datang dengan lebih dari satu punca kesakitan/penyakit. Ianya boleh berpunca dari tulang belakang, sendi, saraf  atau otot dikawasan tulang belakang pada masa yang sama. Kebanyakan pesakit tulang belakang akan datang dengan “pakej” yang terdiri dari campuran dari punca-punca tersebut secara serentak. Contohnya disebabkan faktor masa yang lama,  slipped disc  bukan hanya akan datang dengan sakit belakang dan sciatica sahaja, tapi juga akan memberi gejala sakit sendi facet lumbar dan juga sakit dari dari otot-otot pinggul yang berpunca dari penyakit sindrom myofasia (myofascial pain syndrome). Doktor yang merawat perlu bijak mengenalpasti yang manakah punca utama (main pain generator) kesakitan belakang pesakit. Kecelaruan akan timbul kerana kebanyakan gejala penyakit dari punca –punca tersebut adalah hampir sama.
Insiden kesakitan otot belakang yang dikenali sebagai myofascial pain syndrome umpamanya, adalah  tinggi dikalangan pesakit yang mengalami kesakitan belakang yang kronik ( 63 %). Malah 36 % darinya dikenalpasti sebagai penyebab utama kesakitan belakang (main pain generator). Salah satu ciri luarbiasa penyakit otot ini ialah ianya mampu untuk menyerupai(mimic) penyakit tulang belakang yang lebih serius seperti slipped disc.  Jika sesaorang doktor itu kurang pengetahuan tentang penyakit myofascial pain syndrome ini maka pembedahan yang  tidak perlu akan berlaku. Sila baca senario dua kes yang telah saya rawat baru-baru ini;

Kes 1
Seorang guru berumur 45 tahun telah mengalami kesakitan  pinggang yang kronik yang menjejaskan aktiviti hariannya. Beliau tidak boleh berdiri dan duduk lama kerana posisi itu akan menyebabkan sakit bertambah teruk. Beliau tidak boleh memandu kerana aktiviti tersebut akan menyebabkan kesakitan pinggangnya  menjalar turun kekaki.Beliau telah dirawat oleh doktor orthopedik dan pembedahan telah dilakukan pada tulang belakangnya setelah diagnosis slipped disc dibuat berdasarkan MRI. Namun selepas dua minggu pembedahan sakitnya masih ada malah  bertambah kuat. Beliau kemudiannya dirujuk kepada pakar rawatan kesakitan kronik. Diagnosis dan rawatan dari pakar rawatan kesakitan kronik ini nampaknya berbeza sama sekali. Pesakit ini sebenarnya mengalami kesakitan dari sendi facet lumbar dan dalam disk (discogenic pain). Ini terbukti kerana rawatan suntikan radiofrekuensi yang diberikan berdasarkan diagnosis tersebut telah berjaya melegakan kesakitan pesakit dengan ketara. Beliau kini amat gembira kerana dapat melakukan semula semua aktiviti asalnya.

Kes 2
Seorang pengurus kilang  wanita berumur 60 tahun telah mengadu kesakitan kronik pada pinggang dan punggungnya selama beberapa tahun. Beliau memberikan gejala sakit pinggang yang ada kalanya menjalar turun ke dua-dua belah kakinya hingga ke betis. Berdasarkan MRI tulang belakang diagnosis spinal stenosis yang dibuat.  Pakar bedah orthopedic memutuskan untuk melakukan pembedahan pada tulang belakangnya tapi pesakit rasa takut lalu menolak rawatan pembedahan tersebut. Pesakit kemudiannya telah berjumpa pula dengan pakar kesakitan kronik untuk mendapat pandangan kedua. Nampaknya pandangan pain specialist ini agak berbeza.Walaupun beliau setuju dengan diagnosis spinal stenosis, tapi punca kesakitan sebenarnya bukan dari situ. Pesakit sebenarnya mengalami syndrom myofasia  otot punggung piriformis yang mencengkam saraf pada kedua-dua  punggungnya. Situasi ini memang diketahui kerap menyerupai gejala penyakit spinal stenosis dan slipped disc.Ini terbukti kerana dengan hanya dua kali suntikan pada otot punggungnya dan diikuti dengan senaman yang khusus, kesakitannya telah hilang sama sekali tanpa perlu dilakukan pembedahan tulang belakang.


Sakit belakang. Pastikan diagnosis dan rawatannya tepat.

Monday, May 6, 2013


Tip untuk penjagaan tulang belakang.

Sakit belakang dikalangan orang tua selalunya disebabkan oleh proses penuaan (degenerative disease).Fakta ini kita dapat terima dengan baik kerana sudah dijangka.Tapi kenapa  anda boleh dapat penyakit tulang belakang yang serius diusia muda?Adakah proses penuaan pada tulang belakang kini berlaku pada orang muda? Ramai pesakit saya juga bertanyakan soalan yang sama tidak kira apa punca kesakitan tulang belakang mereka samada artritis sendi facet atau pinggul, cakera tergelincir (slipped disc) ataupun sakit discogenik.Malah ianya menjadi satu trend sekarang ini dimana penyakit orang tua kini boleh dihidapi oleh orang muda.

Proses penuaan adalah disebabkan oleh  tindakbalas radikal bebas kepada tubuh kita (rujuk pada artikel saya yang lepas). Proses ini boleh juga berlaku dikalangan orang muda dalam beberapa keadaan.Kecederaan masa lampau, postur serta ergonomik yang tidak seimbang dan faktor Life style(gaya hidup) yang tidak sihat telah dikenal pasti mempercepatkan proses penuaan melalui  penggunaan yang terlampau (wear & tear) pada tulang belakang anda. Postur semasa duduk, berdiri  dan berjalan yang tidak sihat, ergonomik tempat kerja yang tidak seimbang (paras mata dengan skrin komputer) telah dikenalpasti menjadi penyebab sakit kronik di zaman moden ini.

Sesetengah profesion atau sukan  pula memberikan kesakitan pada sebahagian tubuh badan yang agak spesifik. Contohnya seorang kerani akan cenderung mendapat sakit otot bahu dan tengkok kerana banyak mengangkat bahu semasa menaip. Seorang dentis akan cenderung untuk mendapat penyakit arthritis sendi facet atau cervicel spondylosis kerana banyak melakukan aktiviti drilling.Apa yang berlaku, semua aktiviti-aktiviti ini mendorong kepada penggunaan tubuh yang terhad yang melampau. Semuanya ini akan menggalakkan proses “wear & tear” dan seterusnya mempercepatkan proses penuaaan.


Life style dan sakit kronik

Sedar atau tidak kebanyakan penyakit zaman moden ini adalah disebabkan life style kita yang kurang sihat. Contohnya, sikap suka makan banyak atau makanan yang kaya karbohidrat dan lemak boleh menyebabkan kegemukan. Sikap malas bersenam pula akan juga menjurus kepada kegemukan disamping fungsi paru-paru dan jantung yang kurang cergas. Orang yang gemuk tulang belakang dan sendi nya berkerja keras untuk menampung berat badan. Jadi tidak hairanlah mereka mudah dapat sakit lutut dan belakang.

Diet yang tidak seimbang, terutamanya kurang serat akan menyebabkan sembelit disamping juga akan memusnahkan keseimbangan bakteria baik dan jahat pada usus besar. Akibatnya pengumpulan toksin berlaku yang seterusnya akan menggalakkan pembentukan radikal bebas yang bertanggungjawab kepada proses penuaan diseluruh tubuh badan kita. Tambahan pula kesibukan berkerja kadang-kadang mendorong kita untuk menangguh untuk buang air besar. Sembelit akan menyusul.Toxin yang berkumpul pada usus besar ini akan memburukkan lagi keadaan. Keadaan akan menjadi lebih teruk lagi jika anda merokok atau mengambil minuman keras kerana ianya juga akan menggalakan pembentukan radikal bebas. Oleh itu jelas disini bahawa kebanyakan penyakit dizaman moden ini adalah disebabkan oleh life style atau gaya hidup yang  tidak sihat. Oleh itu tidak hairanlah sebahagian dari strategi rawatan secara komprehensif, doktor akan menekankan  kembali kepada life style atau gaya hidup yang lebih sihat.

Berikut merupakan beberapa tip –tip postur yang sihat untuk penjagaan tulang belakang.
Tip-tip ini penting dalam usaha untuk mengelakkan kecederaan dan penyakit pada pada tulang belakang dengan cara menggurangkan proses wear & tear. Disamping itu tip-tip ini juga berguna kepada pengidap penyakit tulang belakang yang telah mengalami rawatan.Ia dapat menggelakkan sakit/penyakit tulang belakang dari berulang.


1. Duduk

Gunakan kerusi yang dapat meyokong belakang anda supaya sentiasa dalam posisi tegak.Elakkan posisi menyandar atau menbongkok.Araskan supaya paras meja bersesuaian dengan ketinggian kerusi anda untuk tujuan menulis.Anda boleh guna meja yang boleh diubahsuai ketinggiannya atau pun meja yang condong kearah anda.Bila bangun dari kerusi jangan membongkok, tapi tetapkan bangun dengan menegakkan belakang anda.

2. Memandu

Ubahsuai posisi kerusi kereta anda supaya dapat memberi keselesaan semasa memandu.Pastikan kerusi anda tegak untuk menyokong belakang anda. Pastikan kerusi anda cukup jauh untuk meluruskan kaki anda. Elakkan memandu dalam masa yang terlalu lama.

Gambar menunjukkan postur yang salah(atas) dan postur yang betul (bawah) ketika melakukan aktiviti harian.

3. Berjalan.

Tegakkan belakang semasa berjalan.Sentiasa meletakkan bahu anda pada posisi belakang. Bawa posisi dada anda kehadapan dan perut kedalam.Elakkan berjalan secara membongkok.Elakan pertukaran posisi/arah secara tiba-tiba.

4. Mengangkat objek berat.

Elakkan menggunakan tulang belakang untuk mengangkat berat.Pecahkan bebanan kepada berat yang lebih kecil.sentiasa tegakkan belakang semasa mengangkat sambil membengkokkan sendi lutut dan peha,bukannya tulang belakang anda.

5. Ketinggian pada tempat kerja

Ubahsuai ketinggian meja atau tinggikan kerusi untuk mengelakkan tulang belakang dari membongkok. Sentiasa tegakkan belakang semasa apa saja kerja anda lakukan.Gunakan sendi lutut untuk turun mencapai barang dilantai.

Gambar menunjukkan posture yang salah(atas) dan postur yang betul (bawah)ketika melakukan aktiviti harian.

6. Batuk dan bersin

Otot pada dinding abdomen merupakan natural corset yang membantu kestabilan tulang belakang.Jika otot ini lemah maka banyak masalah tulang belakang akan menyusul. Keraskan perut anda semasa batuk dan bersin.Tahan perut anda semasa batuk dan bersin dengan kedua tangan anda supaya pergerakkan otot perut dapat dikawal.

7. Tidur
Berbaring pada tilam yang rata dan tidak melendut kebawah.Anda perlu mengekalkan lengkungan tulang lumbar (lumbar lordosis) semasa tidur terlentang.Anda boleh menggunakan bantal kecil untuk lapik belakang pinggang anda. Tidur meniarap tidak digalakkan kerana posisi ini akan meningkatkan tekanan kepada sendi facet.

8. Menyarung seluar.

Jika anda ingin memakai seluar, jangan mencuba ketika berdiri kerana ini menyebabkan anda terpaksa membongkok.Sebaliknya pakai seluar anda sambil duduk dikerusi.

9. Elakkan pergerakan/situasi yang memberi impak langsung kepada tulang  belakang.

·         Sukan yang lasak seperti melompat, jogging, rugby, mountain bike.
·         Tukar arah posisi secara tiba-tiba.
·         Batuk atau bersin yang kuat.
·         Mengangkat atau mendukung benda berat.
·         Memungut sesuatu dilantai dengan tiba-tiba.
·         Elakkan obesiti.
·         Sembelit


Sunday, April 28, 2013


Kesakitan kronik adalah  satu “penyakit”

Kajian menunjukkan bahawa 30-40% daripada masyarakat kita mengalami kesakitan kronik. Dan 40-80% daripada pesakit kronik ini gagal untuk mendapat rawatan yang berkesan dan mereka hidup dalam sengsara dan bergantung hidup dengan orang lain. Apakah yang dimaksudkan dengan kesakitan kronik dan kenapa ianya sukar dirawat? Anda perlu baca hingga ke akhir artikel ini untuk mencari jawapannya.

Definisi kesakitan ialah rasa yang tidak selesa daripada segi rangsangan deria dan emosi yang berkait dengan kecederaan tisu dan boleh juga berlaku tanpa kecederaan. Biasanya, kesakitan disebabkan kecederaan tisu nampak dengan mata kasar, contohnya patah tulang kaki akibat kemalangan yang dikategorikan sebagai kesakitan akut. Bagaimanapun, jika ia berlanjutan walaupun sudah melepasi tempoh penyembuhan (lebih daripada tiga atau enam bulan) ia akan menjadi kesakitan kronik. Mekanisma penyebab  kesakitan kini berbeza dan komplek. Rasa sakitnya pun berlainan jika dibandingkan dengan sakit akut. Dalam situasi tertentu, ada kes kesakitan kronik yang tidak disusuli dengan kecederaan pada pandangan mata kasar. Fizikal seseorang itu kelihatan normal tetapi sebenarnya mereka dalam keadaan amat sakit. Contohnya sakit muka yang dikenali sebagai Trigeminal neuralgia.  Oleh kerana ciri-ciri kesakitan kronik ini agak pelik, kesakitan kronik sekarang ini dikategorikan sebagai “penyakit” secara ekslusif dan tidak lagi sebagai symptom semata-mata. Ini dipercayai disebabkan oleh perubahan biokimia dan morphology pada saraf pusat (neuroplasticity) yang sukar difahami yang menyebabkan fungsi  saraf menjadi diluar kawalan.

Sakit akut dan sakit kronik

Sakit boleh diklasifikasikan kepada dua jenis. Sakit akut dan kronik. Klasifikasi ini amatlah penting kerana jenis kesakitan memerlukan rawatan yang khusus dan berbeza.  Kesakitan akut (acute pain) di definasikan sebagai kesakitan yang baru terjadi (kurang dari 3 bulan) dan selalunya dirasai melalui kecederaan. Sakit yang selalu dirasai biasanya berdenyut dan pedih dan akan beransur hilang bila luka mula sembuh.Contohnya sakit gigi, patah tulang , sakit selepas pembedahan dan tersuliuh sendi. Kesakitan kronik (chronic pain) pula didefinasikan sebagai sakit yang berterusan lebih dari enam bulan. Ianya mungkin bermula dengan sakit akut tapi tempuh masa yang panjang lebih dari enam bulan menyebabkan ia tergulung dalam  kesakitan kronik. Sakit masih lagi dirasai walaupun kesan luka dulu sudah sembuh. Kadang-kadang intensity sakit itu tidak munasabah dengan size luka yang dialami. Pesakit akan merasai symptom yang berbeza  seperti renjatan elektrik, mencucuk, panas, miang, “crampy” yang biasanya datang secara spontan. Klasifikasi ini penting kerana fasa-fasa kesakitan ini mempunyai strategi dan kaedah rawatan yang berbeza. Merawat kesakitan kronik adalah lebih susah dan mencabar. Doktor pakar kesakitan kronik (pain specialist) biasanya akan mencari diagnosis punca kesakitan kronik yang dialami secara tepat. Adakah ianya berpunca dari sakit saraf atau keradangan? Adakah faktor psikologi mengambil peranan dalam persepsi pesakit? Adakah sakit itu berpunca dari kanser atau kecederaan?Adakah kesakitan itu berpunca dari fasia dan otot yang selalu dianggap  remeh oleh sebahagian pengamal perubatan? Atau adakah ianya kombinasi dari punca-punca di atas? Diagnosis kesakitan ini amatlah penting kerana tanpa diagnosis yang betul rawatan akan tersasar. Malah diagnosis klinikal dan diagnosis sakit yang salah  merupakan salah satu penyebab kepada peratus pengidap  kesakitan kronik yang tinggi. Ini terjadi kerana sebahagian doktor mengambil sikap sambil lewa bahawa kononnya  semua doktor boleh merawat symptom sakit.  Oleh itu mereka mencuba berbagai jenis ubat secara maksimum walaupun tanpa diagnosis dan rawatan yang tepat.  Kajian yang telah dilakukan di Malaysia 20-30% daripada kes kesakitan kronik mempunyai diagnosis yang salah oleh doktor yang merawatnya. Kesilapan diagnosis akan membawa kepada rawatan yang tidak tepat. Kesannya pesakit akan kekal dalam kesakitan.

Tidak kira apa punca  kesakitan kronik anda hasilnya tetap sama iaitu rasa sakit yang berpanjangan, ketidakupayaan atau keilyatan, kebergantungan, kurang pruduktiviti dan  kemurungan.

Mekanisma Kesakitan kronik adalah  komplek.

Dari segi perubatan, kesakitan kronik telah diiktiraf sebagai satu bentuk penyakit secara ekslusif. Tidak kira apa punca kesakitan anda, kegagalan anda untuk mengawal kesakitan pada peringkat awal  meyebabkan perubahan pada marfologi, kimia dan fungsi yang komplek pada system saraf pusat menyebabkan kesakitan kronik ini sukar dirawat.

Proses tindakbalas tubuh terhadap kesakitan yang mulanya bersifat physiologi kini menjadi pathologi (penyakit) jika dibiarkan berlarutan. Proses ini berlaku semulajadi dan diluar kawalan kita. Perubahan pada saraf ini akan menghasilkan symptom yang konsisten iaitu  kesakitan yang berpanjangan, keilyatan, kebergantungan, ketidakupayan, kurang produktiviti, kemurungan dan sebagainya. Kesemua masalah yang bertimpa ini akan sentiasa berganda seiring dengan masa berlalu jika tidak dibenteras. Secara umumnya tidak kira apa punca  kesakitan kronik anda hasilnya tetap sama (rasa sakit, ketidakupayaan atau keilyatan, kebergantungan, kurang pruduktiviti, kemurungan). Tidak kira samada anda sakit kepala atau sakit belakang. Jika kesakitan anda berlarutan menjadi kronik, anda berpotensi mendapat komplikasi diatas.
Tidak kira apa punca kesakitan anda, kesakitan kronik ini sememangnya memusnahkan kehidupan anda. Anda kini tidak dapat melakukan aktiviti kegemaran anda. Keseronokan hidup kini tiada lagi. Kesakitan yang dirasai akan menghadkan pergerakan anda membuatkan anda lemah, gagal berfungsi dan seakan-akan lumpuh. Kesudahannya anda terpaksa bergantung kepada orang lain, tersisih dan kesaorangan. Anda tidak dapat berkerja dan produktiviti akan menurun. Anda akan mengalami kesempitan hidup kerana tidak dapat bekerja untuk wang. Kesakitan juga akan meyebabkan anda tidak dapat tidur lena dan ini akan meletihkan anda. Tidur yang  terganggu, tubuh yang letih, berat badan semakin bertambah  menyebabkan semangat anda menurun dan anda akan mula merasa tertekan dan putus asa. Tambahan pula bila anda tidak dapat berfungsi pada diri sendiri  dan keluarga, ini akan membawa kepada rasa tidak berguna dan seterusnya diikuti dengan kemurungan (depression). Kesakitan kronik juga akan mengurangkan pergerakan anda. Ini menyebabkan penyakit lain menyusul pada tubuh badan seperti kekakuan sendi, kudis tekanan, otot yang kecut dan lemah, tulang rapuh, jangkitan pada pundi kencing dan paru-paru. Ini akan menambah kesengasaraan yang anda hadapi. Keadaan anda akan menjadi bertambah teruk dari hari kehari. Kesan sampingan ubat juga sedikit sebanyak menyumbang kepada kesengsaraan anda. Hampir kesemua ubat yang digunakan mempunyai kesan sampingan mengantuk, pening atau irritasi pada perut. Sedangkan keupayaan ubat makan untuk mengawak kesakitan anda hanya lah 30-60 peratus sahaja.
Kesakitan yang anda rasai kini bukan saja berpunca dari sakit tulang belakang (slip disc) sahaja tapi hasil dari jumlah kesemua kesengsaraan yang lahir sebagai komplikasi dari kesakitan asal (sakit belakang) dan juga kesan sampingan rawatan. Konsep ini penting kerana setiap komponen komplikasi (kemurungan, ketidakupayaan dan sebagainya) berupaya untuk menambah terukkan keadaan anda dalam bentuk rasa sakit dan kesengsaraan keseluruhan (total pain) jika dibiaran masa berlalu tanpa rawatan.

Gejala –gejala lain sindrom kesakitan kronik:

•         Mengadu sakit yang tidak pernah lega.
•         Mengadu sakit yang pada beberapa tempat ditubuh badan.
•         Kesan sampingan dari berbagai ubat yang digunakan ynag ketara.
•         Emosi yang terganggu seperti marah, kemurungan dan kurang semangat atau motivasi.
•         Tidur yang terganggu.
•         Fizikal tubuh badan dan fungsi yang makin merosot. Tubuh jadi lemah, kurang stamina dan flaksibel (physical deconditioning).
•         Cemas  dan cuba elakkan pergerakan yang akan mengembalikan rasa sakit.
•         “Pain behavior”(suka berehat, suka mencuri perhatian, suka bercakap pasal kesakitan yang dirasai).
•         Konflik keluarga dan perkahwinan.
•         Berpindah dan berjumpa dengan banyak doktor (doktor shopping).
•         Tidak mampu bekerja ataupun mengalami kesukaran untuk mengekal prestasi ditempat kerja.
•         Kurang memahami masalah kesakitan yang dialami.
•         Masalah kewangan dan isu pampasan dengan syarikat insurans.
                                 
Peluang untuk sembuh sentiasa ada jika anda mencuba.                          

Strategi rawatan kesakitan kronik berbagai (multimodal) dan di jalankan serentak. Matlamatnya ialah mengurangkan rasa sakit sebanyak mungkin dan kembali berfungsi (kembali bekerja). Strategi rawatan ialah merawat punca asal dan semua komplikasi yang terlibat dalam kerangka bio-psiko-sosial. Anda mesti keluar daripada kitaran permasalahan ini sebelum terlewat dan sukar dipulihkan. Setiap pesakit mengharapkan penyembuhan secepat yang mungkin tetapi kebanyakkannya tidak mahu turut serta secara aktif untuk merawat kesakitan mereka. Contohnya ramai orang takut bersenam kerana takut akan menambah kesakitan yang sedia ada. Ada pesakit hanya mengharapkan ubat ajaib dari pakar untuk menyelesaikan semua masalah mereka. Ramai pesakit yang tidak mahu belajar dan cuba memahami tentang kesakitan kronik mereka. Kenyataan di bawah agak ironik tetapi berguna dalam menguruskan sakit kronik kronik. Memandangkan rawatan kesakitan kronik ini rumit dan mencabar, oleh itu pesakit-pesakit yang menghidap kesakitan kronik ini patutnya dirawat oleh doktor yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang ini iaitu pakar kesakitan kronik atau “pain specialist”. Kebolehan  untuk mengawal kesakitan haruslah bermula daripada dalam diri anda sendiri. Ini bermula dengan kefahaman yang betul tentang kesakitan anda dan kerjasama yang anda berikan untuk turut sama dalam program rawatan anda. Anda perlu faham bahawa rawatan kesakitan kronik adalah bersifat aktif yang bermakna pesakit perlu mengambil bahagian dalam program rawatan. Terdapat kaedah rawatan yang perlu dilakukan sendiri oleh pesakit dirumah seperti senaman, mengurangkan berat badan, kepatuhan tentang ubat yang diambil, rekod kesakitan yang perlu ditulis dan sebagainya.Setiap komponen mempunyai peratus tertentu dalam menyembuhkan kesakitan dan kesengsaraan anda.Pesakit perlu belajar tentang kesakitan kronik meraka. Doktor pakar kesakitan kronik akan sedia membantu anda.




Wednesday, April 24, 2013


Suntikan Nucleoplasty untuk cakera tergelincir – rawatan pilihan disamping pembedahan

Dalam artikel saya yang lalu saya telah mengulas tajuk cakera tergelincir yang yang menjadi salah satu sebab utama kesakitan belakang kronik. Pesakit biasanya akan memberi gejala sakit belakang yang menjalar turun kekaki (sciatica)jika ianya berlaku dibahagian pinggang. Manakala rasa sakit pada tengkok yang menjalar turun ke tangan akan berlaku pada pesakit yang menghidapainya pada bahagian leher. Rasa sakit ini disebabkan oleh akar saraf yang tersepit oleh cakera tergelincir tersebut. Oleh itu, kesakitan yang turun ke kaki atau tangan itu ialah sejenis sakit saraf yang ditafrifkan sebagai elektrik shock, mencucuk, kebas  atau panas. Rasa sakit biasanya akan bertambah kuat jika pesakit bersin atau batuk.
Kebanyakan pesakit (80-90%) akan beransur sembuh dalam setahun hanya dengan rawatan konservatif (tanpa pembedahan). Hanya 10% pesakit yang mengalami cakera tergelincir memerlukan pembedahan sebagai rawatan muktamat akhirnya. Rawatan konservatif termasuklah suntikan epidural steroid, sentiasa aktif dan melakukan  senaman yang khusus, ubat penahan sakit seperti paracetamol, celebrex dan memelihara mekanik badan (body mechanic) yang betul dalam melakukan fungsi harian samada di tempat kerja atau dirumah.

Apa itu, rawatan suntikan Nucleoplasty

Nucleoplasty adalah satu rawatan alternative kepada penyakit cakera tergelincir bagi pesakit yang dikenalpasti perlu dilakukan pembedahan. Kaedah ini merupakan satu lagi kaedah suntikan radiofrekuensi dimana haba dialirkan kedalam tengah cakera dapat mengawal kesakitan pesakit.

Rawatan ini dilakukan didalam bilik pembedahan dibawah kawalan X Ray. Ianya dilakukan oleh doktor pakar kesakitan kronik atau doktor orthopedic yang terlatih. Suntikan ubat bius akan diberikan pada kulit pada belakang anda. Sebatang jarum yang khusus akan disuntik melalui kiri atau kanan belakang anda terus masuk kedalam cakera tulang belakang. Melalui jarum ini, haba pada 40-60 darjah celsius dialirkan ke tengah cakera yang tergelincir. Haba yang yang terbentuk dalam cakera ini akan melarutkan tisu nukleas(tengah) cakera yang menyebabkan penurunan tekanan yang ketara dalam cakera tersebut. Disebabkan tisu cakera bersifat anjal, maka penurunan tekanan ini meyebabkan bahagian cakera yang tergelincir itu mengecut semula. Pengecutan ini menyebab tekanan kepada akar saraf oleh cakera tergelincir tadi dapat dialihkan.Dengan itu sakit dari akar saraf yang tersepit tadi (sakit seperti renjatan elektrik yang turun kekaki) akan beransur pulih.

Teknik nucleoplasty merupakan satu kaedah pemanasan dalam cakera, tetapi suhu yang yang agak rendah yang digunakan menyebabkan keerosakan minima pada tisu persekitaran jika kebocoran berlaku.Teknik ini mampu memberikan penyembuhan yang cepat dan pesakit hanya perlu dimasuk ke dalam wad selama satu hari sahaja. Kelegaan segera dari rasa sakit merupakan ciri utama teknik baru ini dan biasanya selepas satu hari suntikan dibuat. Pesakit mampu kembali kepada aktiviti asal mereka pada keeosakan harinya. Kesan sampingan yang sering berlaku ialah rasa pedih pada kulit bekas dari suntikan dilakukan.Ianya akan beransur hilang dalam 3-5 hari.

Rawatan nucleoplasty melibatkan suntikan jarum kedalam cakera yang akan memanaskannya.

Kejayaan teknik ini merawat kesakitan yang berpunca dari cakera tergelincir mencapai 80%. Sudah tentu semua pesakit cakera tergelincir akan memilih rawatan nucleoplasty ini jika diberi pilihan, tapi malangnya kos rawatan yang mahal mungkin menjadi halangan utama kepada kecapaian kepada rawatan ini dihospital kerajaan.Walaubagaimanapun kos rawatan nucleoplasty ini jauh lebih murah dari kos rawatan pembedahan jika dilakukan dihospital swasta.

Indikasi untuk suntikan nucleoplasty.

  1. Biasanya suntikan nucleoplasty akan disarankan jika rawatan konservatif yang dilakukan gagal mengawal sakit anda.Ia menjelaskan bahawa himpitan pada akar saraf yang agak teruk.Biasanya keputusan ini dibuat setelah 3-6 bulan menjalani rawatan konservatif ini gagal memberikan sekurang-kurangnya 50% kelegaan kepada rasa sakit. Ini bermakna suntikan nucleoplasty ini merupakan alternatif kepada rawatan pembedahan konvensional seperti laminectomy atau Discectomy.
  1. Kesakitan belakang yang turun kekaki itu mistilah disahkan disebabkan oleh cakera tergelincir dan begitu juga dengan lapisan yang terlibat. Ini adalah kerana banyak sebab klinikal lain yang boleh memberikan gejala yang serupa. Ini biasanya dapat dibuktikan dengan siasatan   MRI tulang belakang. 
  1. Ketinggian cakera mistilah tidak kurang dari 75% daripada ketinggian normal supaya  proses suntikan kedalam cakera dapat dilakukan dengan mudah.
  1. Tiada bukti menunjukkan cakera telah pecah.


Sunday, April 21, 2013


“Pain Specialist”
Harapan baru untuk pengidap kesakitan kronik

Jika anda mengalami kesakitan kronik(chronic pain) anda perlu baca artikel ini. Kerana harapan untuk anda sembuh dari kesakitan anda ada disini. Jika anda mahu keluar dari  belenggu kesakitan ini dan mendapatkan kembali kehidupan anda yang lalu, maka  inilah masanya. Percayalah anda akan lebih faham dari orang lain jika membaca artikel ini. Hanya anda yang faham kesakitan dan kesengsaraan yang di tanggung selama ini. Orang lain hanya simpati tapi tidak benar-benar merasi penderitaan anda.
Artikel ini juga akan memunafaatkan pada semua pembaca kerana pengetahuan tentang kepakaran rawatan sakit kronik ini ini agak baru di malaysia. Kita ada ayah, ibu, datuk, kawan dan waris yang mungkin telah lama menderita kerana  kesakitan kronik yang dialami. Doktor telah banyak “mencuba” tapi “tidak berjaya”. Itu adalah kata-kata azimat yang menjadi motivasi kepada pakar rawatan kesakitan kronik (pain specialist) yang mahir.

Contoh–contoh penyebab kesakitan kronik:

  • Sakit pinggang dan tengkok (slipped disc, discogenic pain, facet joint pain)
  • Sakit sendi (osteoarthritis, rheumatoid arthritis)
  • Sakit kepala (migraine atau bukan migraine)
  • Sakit saraf (neuropathic pain)
  • Sakit yang berpunca dari kanser (cancer pain)
  • Sakit otot dan fasia (myofascial pain syndrome, fibromyalgia)
  • Sakit selepas pembedahan atau kecederaan
  • Sakit yang berpunca dari faktor psikologi
Kesakitan kronik ialah sakit yang berlarutan melebihi tempuh enam bulan. Contohnya sakit pinggang dan tengkuk (tulang belakang), sakit sendi, sakit kepala (migraine), sakit saraf, sakit yang berpunca dari kanser, sakit otot dan sakit selepas pembedahan atau kecederaan. Tidak kira bertapa teruk atau apa punca kesakitan pada tubuh anda, anda perlu tahu bahawa  di Malaysia kini kepakaran dalam merawat kesakitan kronik ini sudah mula bertapak dan meningkat maju. Kalau dulu kesakitan kronik dipandang sepi oleh ramai pengamal perubatan disebabkan oleh kurang pengetahuan dan kepakaran. Tambahan pula faktor psikologi dan yang kompleks dan ciri kesakitan kronik yang rentan pada rawatan  standard menyebabkan ramai pengamal perubatan kurang berminat dalam merawat pesakit seperti ini. Akibatnya anda keseorangan menanggung sakit sepanjang hidup. Memburukkan lagi ada pesakit yang boleh menahan dan menerima kesakitan seadanya kerana menganggap ianya sebahagian daripada manifestasi sakit tua atau pun sebagai hukuman  dari tuhan kepada dosa-dosa silam. Sepuluh tahun yang lalu kepakaran dalam bidang rawatan kesakitan kronik ini tidak ada sama sekali. Ubat penahan sakit pula amat terbatas pilihannya. Saya pernah melihat seorang pesakit kanser hati mati dalam keadaan kesakitan yang dahsyat sambil merayu-rayu ubat penahan sakit. Dia mati dalam kesakitan dan sakitnya dibawa kemati. Bayangkan betapa azabnya hari-hari akhir kehidupannya. Sekarang ini dengan ubat dan teknik moden, hampir semua kesakitan daripada kanser dan bukan kanser dapat dirawat dengan efektif. Mereka akan mampu menjalani kehidupan hari-hari terakhir dengan selesa. Dengan teknologi canggih dan kepakaran baru yang sedia ada sebenarnya tiada batasan dalam merawat kesakitan kronik. Itu adalah pendapat individu saya setelah terlibat dalam profesion ini selama hampir tujuh  tahun di HUSM. Apa yang anda perlu lakukan ialah bertemu dengan orang yang pakar dalam bidang tersebut. Objektif utama dalam rawatan kesakitan kronik ialah melegakan kesakitan sebanyak mungkin dan mengembalikan semula fungsi pesakit (kembali bekerja).

Kenapa anda perlu merawat kesakitan kronik?
  1. Sakit adalah kesengsaraan emosi dan tubuh badan (somatic) yang menyiksakan. Tidak ada orang yang suka akan rasa sakit.
  2. Kesakitan kronik tidak membunuh anda tapi ia akan membunuh kehidupan anda. Ia akan merebak dan menyekat anda dari bergerak bebas. Anda tidak dapat ber bekerja dan kurang produktiviti akan menurun. Anda tidak dapat tidur lena dan ini akan meletihkan anda. Anda tidak dapat berfungsi pada diri anda  dan keluarga dan akhirnya membawa kepada kemurungan. .Keadaan anda akan menjadi bertambah teruk dari hari kehari.
  3. Kesakitan kronik akan menyebabkan penyakit lain menyusul pada tubuh badan seperti kekakuan sendi, kudis tekanan, otot yang kecut dan lemah, tulang rapuh, jangkitan pada pundi kencing dan paru-paru yang disebabkan oleh kekurangan pergerakan tubuh badan anda.
  4.  Merawat kesakitan akut dan kronik adalah satu etika perubatan dan juga menjadi hak asasi pesakit yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
  5. Negara membangun seperti Malaysia banyak meniti beratkan mutu kehidupan untuk menjamin keselesaan dan prokduktiviti yang berkekalan. Rawatan kesakitan kronik dapat memberikan keselesaan dan menjamin produktiviti bila sakit tidak lagi menjadi penghalang daripada bekerja.
Kesedaran tentang kepakaran rawatan kesakitan kronik (chronic pain) adalah rendah.

Secara umumnya pengetahuan tentang rawatan kesakitan kronik juga kurang dikalangan pengamal perubatan. Ini terbukti dalam kajian yang dilakukan di beberapa negara barat. Sehubungan dengan itu banyak usaha telah digembeling untuk  mengiktiraf kesakitan sebagai satu entiti kinikal yang penting kerana ianya melibatkan kesengsaraan tubuh dan emosi ynag membinasakan. Malah kesakitan kini telah diiktiraf sebagai “ 5th Vital sign” iaitu salah satu ukuran asas yang paling penting setiap pesakit apabila berjumpa doktor, selain dari tekanan darah suhu badan kadar nadi dan kadar pernafasan. Sehubungan dengan itu doktor akan mengukur tahap kesakitan anda dengan satu kad VAS (visual analog scale) dimana pesakit dikendaki menunjukkan skor kesakitan mereka bermula dari 0 hingga 10. Skor kosong bermakna tiada kesakitan langsung manakala sepuluh adalah kesakitan tahap maksima yang tidak mampu bertahan. Teknik ini sudah lama diguna pakai di Australia, Amerika dan juga negara jiran kita  Singapura. Di Malaysia Kementerian Kesihatan telah pun melancarkan  kempen ini disemua hospital kerajaan sejak tahun lalu. Ukuran ini amatlah releven memandangkan 60-70% dari pesakit yang hadir di unit kecemasan hospital memberikan symptom sakit sebagai masalah utama mereka. Manakala kajian menunjukkan bahawa 30% daripada masyarakat kita mengalami kesakitan kronik. Dan 40-80% daripada  pesakit ini gagal untuk mendapat rawatan yang berkesan untuk mengawal kesakitan kronik mereka. Mereka hidup dalam sengsara dan bergantung hidup dengan orang lain. Sedangkan peluang untuk mereka sembuh dan kembali pada kehidupan normal mereka ada di Malaysia. 
Banyak faktor menyumbang kepada kegagalan rawatan kesakitan kronik. Selain daripada kurang pengetahuan dan kepakaran dikalangan doktor, kesedaran tentang adanya doktor yang mempunyai kepakaran khusus dalam rawatan kesakitan kronik juga agak kurang dikalangan mereka. Tambahan pula bilangan doktor pakar dalam bidang ini juga amat sedikit. Sebahagian doktor mengambil sikap bahawa semua doktor boleh merawat sakit. Oleh itu mereka mencuba berbagai jenis ubat secara maksimum walaupun tanpa diagnosis dan rawatan yang tepat.  Kajian yang telah dilakukan di Malaysia 20-30% daripada kes kesakitan kronik mempunyai diagnosis yang salah oleh doktor yang merawatnya. Kesilapan diagnosis akan membawa kepada rawatan yang tidak tepat. Kesannya pesakit akan kekal dalam kesakitan. Memang  kita sedia maklum semua doktor tahu merawat sakit. Tidak kira apa bidang pengkhususan doktor tersebut. Contohnya semua doktor mampu  beri ubat postan atau suntikan votaren untuk menghilangkan  sakit terseliuh  atau gout. Doktor bedah juga  memain peranan mengawal kesakitan selepas pembedahan dengan memberi suntikan morphine.Tapi apabila kesakitan menjadi luar kawalan dan mereka gagal merawatnya, maka inilah masanya rujukan pada doktor pakar kesakitan kronik  perlu dilakukan. Seperti juga sakit darah tinggi, semua doktor tahu merawat darah tinggi jika ianya mudah dan tidak komplek. Seterusnya jika darah tinggi tidak dapat di kawal setelah rawatan dengan satu atau dua jenis ubat , maka disini masa doktor akan merujuk kepada pakar perubatan  iaitu doktor  yang lebih mahir dalam rawatan darah tinggi. Hakikatnya  bukan semua doktor atau doktor pakar mahir dalam semua jenis penyakit. Phenomena ini lebih ketara apabila trend doktor  mengambil pengkhususan dalam subkepakaran yang tinggi. Skop rawatan telah menjadi lebih mendalam tapi dalam skop yang lebih kecil. Di segi etika dan protokol rawatan, semua doktor perlu merujuk kesakitan kronik kepada pain specialist jika ianya diluar kemampuannya. Tapi praktis mulia ini masih lagi kurang dikalangan pengamal perubatan disebabkan beberapa faktor lain.  Setidaknya para doktor perlu berbincang dengan  pakar kesakitan kronik apabila merawat pesakit yang mengalami kesakitan kronik kerana ianya bukanya mudah.  Merujuk pesakit kepada doktor pakar kesakitan kronik merupakan  salah satu isi penting dalam kempen Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengiktiraf kesakitan sebagai salah satu “Vital Sign”. Melegakan kesakitan telah lama termaktub dalam etika perubatan dan telah di iktiraf sebagai hak asasi pesakit yang perlu di berikan oleh doktor dengan wajar.
Di Malaysia bidang ini masih baru tetapi pencapaian kita dalam bidang ini agak membanggakan. Terdapat  kurang dari sepuluh orang “pain specialist” di Malaysia. Walaubagaimana pun disebabkan faktor prasarana dan latarbelakang latihan keupayaan mereka berbagai.  Dengan kata lain tahap kepakaran mereka  berbeza bergantung sejauh mana penguasaan dan pengalaman mereka dalam merawat pesakit. Justifikasi seorang pain specialist mengkin akan berbeza. Ini ditambah lagi dengan sifat kesakitan kronik itu sendiri yang bersifat subjektif dan berbeza di antara  individu yang merasainya. Sebagai contohnya, bagi seorang seorang pain specialist yang mahir mampu merawat sakit belakang yang berpunca dari “slip disc” dengan hanya kaedah suntikan sahaja dengan kejayaan 90% tanpa perlu melakukan pembedahan. Malah  dengan kepakaran, ubatan dan teknologi terkini hampir semua kesakitan belakang (back pain) kini dapat di rawat dengan hanya kaedah suntikan sahaja. Ianya terbukti berkesan tanpa menghadapi resiko yang tinggi. Malah  sejak akhir ini teknik –teknik baru ini  telah  menjadi pilihan (option) kepada rawatan pembedahan tulang belakang dengan kos yang jauh lebih murah.

Apa yang “pain specialist” dapat lakukan.

  1. Menilai semula punca kesakitan kronik anda dengan tepat dan menyeluruh dengan lebih empati.
  2. Membuat penilaian akan kesan atau impak kesakitan kronik pada kehidupan anda dari aspek biopsikososial.
  3. Merangka stategi bersepadu untuk melegakan kesakitan dan mengembalikan fungsi anda.
  4. Memberikan rawatan ubat yang pelbagai (multimodal) dalam berbagai bentuk seperti pil, tablet, tampalan pada kulit dan sirup dengan terperinci.
  5. Dapat melakukan kaedah “pain intervention”, iaitu kaedah suntikan khusus yang dapat mengawal tahap kesakitan anda seperti teknik epidural, neurolysis, radiofrequency, injeksi botox dan sebagainya.
  6. Membimbing anda mengembalikan keupayaan fizikal anda seperti aktiviti-aktiviti harian, bersocial dan kembali bekerja dengan kaedah senaman,  teknik relaxasi dan terapi kognitif.
 Apakah  tindakan anda jika mengalami kesakitan kronik.?

Jadi, jika sakit anda masih lagi berlarutan setelah berjumpa beberapa orang doktor, inilah masanya anda perlu berjumpa dengan doktor pakar kesakitan kronik atau “pain specialist”. Anda perlu bertindak sekarang sebelum masalah ini menjadi lebih serious. Anda mengkin hanya membuang masa jika masih lagi berlegar berjumpa dengan doktor bukan ahlinya. Setidak-tidaknya anda ambil innisiatif untuk mendapat pendapat kedua (second opinion ) tentang penyakit dan kesakitan anda. Inilah apa yang dimaksudkan kesakitan itu adalah satu penyakit yang perlu di beri perhatian serious oleh doktor dan pesakit. Jika doktor yang merawat anda tidak lakukannya , anda perlu ingatkannya dan  meminta beliau merujuk anda kepada “pain specialist”. Diluar sana da doktor pakar yang mampu membantu anda. Rekod dari i HUSM pain, kejayaan kami mencecah 75% daripada pesakit kami mampu dikurangkna sakit hingga 50% atau lebih. Dan kami telah banyak menyelesaikan kes kesakitan kronik yang misteri dan terbantut sejak beberapa tahun.

Dengan kepakaran dan teknologi terkini hampir semua kesakitan belakang yang kronik  kini dapat di rawat dengan hanya kaedah suntikan sahaja.
  
Kesakitan kronik adalah  satu “penyakit”.

Kesakitan kronik didefinasikan sebagai sakit yang berterusan lebih dari enam bulan. Dari segi perubatan, kesakitan kronik telah diiktiraf sebagai satu bentuk penyakit secara ekslusif. Tidak kira apa punca kesakitan anda, kegagalan anda untuk mengawal kesakitan pada peringkat awal  meyebabkan perubahan marphologi, kimia dan fungi saraf yang komplek ada system saraf anda. Proses tindakbalas tubuh terhadap kesakitan yang mulanya bersifat physiologi kini menjadi pathologi (penyakit). Proses ini berlaku semulajadi dan diluar kawalan kita. Perubahan pada saraf ini  akan menghasilkan symptom yang konsisten iaitu  kesaktan yang berpanjangan, keilyatan, kebergantungan, ketidak upayann melaksanakan tanggunjabanda  untuk keluarga dan tempat kerja dan kemurungan. Tidak kira apa punca  kesakitan kronik anda hasilnya tetap sama. Anda mungkin akan perasan yang semua  natijah ini semuanya berpunca dari sakit pinggang  anda yang kemudiannya melahirkan sastu demi satu masalah sampingan yang disebutkan diatas. Ianya amat merimas dan menyedihkan. Ini lah dikata kan kesengasarraaan  biospikosoccsial typical dialami oleh semua pengidap kesakitan kronik. Dan kesengsarraan ini akan menjadi makin parah jika dibiaran masa berlalu tanpa drawatan. 
Memang telah kita sedia maklum semua doktor tahu merawt kesakitan. Tidajk kira apa bidang pengkhususan doktor tersebut. Contohnya semua doktor mampu  beri ubat postan atau suntikan votaren untuk menghilangkan  sakit terseliuh  atau gout. Doktor bedah juga  memain peranan mengawal kesakitan selepas pembedahan dengan memberi suntikan morphine.Tapi apabila kesakitan menjadi luar kawalan dan mereka gagal merawatnya , maka inilah masanya rujukan pada pain specialist perlu dilakukan. Seperti juga sakit darah tinggi, semua doktor tahu merawat darah tinggi jika ianya simple dan tidak komplek. Seterusnya jika darah tinggi tidak dapat di kawal setelah rawatan dengan satu atau dua jenis ubat , maka disini masa doktor akan merujik kepada pakar perubatan  iaitu doktor  yang lebih mahir dalam rawatan darah tinggi.Hakikatnya  bukan semua doktor atau doktor pakar mahir dalam semua jenis penyakit. Phenomena ini lebih ketara apabila tend doktor  mengambil pengkhususan dalam subkepakaran yang tinggi. Skop rawatan telah menjadi lebih mendalam tapi dalam skop yang lebih kecil.
Di segi etika dan protokol rawatan, semua doktor perlu merujuk kesakitan kronik kepada pain specialist jika ianya diluar kemampuannya. Tapi praktis mulia ini masih lagi kurang dikalangan pengamal perubatan disebabkan beberapa faktor lain.

Jika ada mengalami kesakitan kronik.Apakah  tindakan anda?

Jadi, jika sakit anda masih lagi berlarutan setelah berjumpa beberapa orang doktor, inilah masanya anda perlu berjumpa dengan doktor pakar kesakitan kronik atau pain specialist..Anda perlu bertindak sekarang sebelum masalah ini menjadi lebih serious. Anda mengkin hanya membuang masa jika masih lagi berlegar berjumpa dengan doktor bukan ahlinya. Setidak-tidaknya anda ambil innisiatif untuk mendapat pendapat kedua (second opinion )tentang penyakit dan kesakitan anda.Ini lahah apa yang dimaksudkan kesakitan itu adalh satu penyakit yang perlu di beri perhatian serious oleh doktor dan pesakit. Jika doktor yang merawt anda tidak lakukannya , anda perlu ingatkannya dan  meminta beliau merujuk anda kepada pain specialist. Diluar sana da doktor pakar yang mampu membantu anda. Rekod dari i HUSM pain, kejayaan kami mencecah 75% daripada pesakit kami mampu dikurangkna sakit hingga 505 atau lebih. Dan kami banyak menyelessikan kes kesakitan kronik yang misteri dan terbamntut selama 4-5 tahun.
  
Kes 1
Pernah saya merawat seorang pesakit yang mengalami sakit yang menyucuk –nyucuk dari didada. Beliau dimasukkan kedalam ward kerana kesakitan yang amat sangat. Kesakitannya amat menyeksakan hingga beliau gelisah dan tidak dapat pakai baju dan berbaring dikatil. Belisu telah dirawat sebagai pesakit jantung tapi sakitnya tidak juga berubah selama empat hari. Selama empat hari itulah beliau tidak dapat tidur. Apabila pesakit dirujuk saya dapati pesakit ini mengidap sakit akar saraf (nerve root) pada tulang belakangnya yang memberikan symptom sakit yang pin deedle dan burning dari belakang hingga kedada. Dengan satu suntikan yang khusus pada belakangnya kesakitannya lenyap sertamerta hinggalah sekarang. Ternyata kesakitan yang dialaminya bukannya berpunca dari jantung.

Kes 2
Terdapat lagi satu kes dimana seorang pelajar perempuan yang sakit pada keseluruhan tangannya kananya selama lima tahun tanpa ada sebab yang jelas. Sakitnya terbagaikan teramat sangat hinggakan sentuhan cubitan lembut pun menyebabkabn kesakitan yang amat sangat. Jari jemari, pergelangan tangan, siku hingalah ke bahu tidak dapat digerakkan disebabkan oleh sakit apatah lagi untik menggerakkan. Oleh yang demikian beliau tidak menggunakan tangan selama 5 tahun . Prestasi akademiknya terjejas kerana kesakitan kronik tersebut. Pakar saraf dan orthopedic telah melakukan berbagai ujian  tapi tidak dapat menemui petunjuk klinikal. Rawatan ubat saraf pada dos tinggi masih tidak dapat mengawal kesakitannya. Apabila dirujuk pada hari pertama, saya memberikan satu suntikan yang khusus pada lehernya. Ternyata suntikan itu mendapat memberikan 80% kelegaan dan mampu menggerakkan kesemua sendi tangan dan bahunya tanpa sakit. Pesakit ini mengalami penyakit saraf yang komplek dikenali dengan CRPS. Pesakit dan ibubapanya rasa amat gembira dengan kejayaan rawatan tersebut.

          Pengajaran yang dapat di lihat dari dua kes diatas , kesedaran dikalangan pengamal perubatan dan pesakit tentang adanya orang yang pakar dalam merawat kesakitan kronik dalah rendah. Kedua tidak semua pengamal perubatan dan pesaskit dapat faham bahawa kesakitan yang tidak dapat dikawal adalah satu keadaan yang serious (red flag) dan rawatannya  perlu disegerakan. Kesakitan kronik (selain dari kanser) tidak membunuh kita tapi ia membunuh kehidupan kita.

Di Malaysia bidang ini masih baru tetapi pencapaian kita dalam bidang ini agak membanggakan. Terdapat  kurang dari sepuluh orang pain specialist di Malaysia. Walaubagaimana pun disebabkan faktor prasarana dan latarbelakang latihan keupayaan mereka berbagai.  Dengan kata lain, tahap kepakaran mereka  berbeza bergantung sejauh mana penguasaan dan pengalaman mereka dalam merawat pesakit. Justifikasi seorang pain specialist mengkin akan berbeza. Ini ditambah lagi dengan sifat kesakitan kronik itu sendiri dimana sakit itu adalah bersifat subjektif dan berbeza di antara  individu yang menghadapinya. Sebagai contohnya, bagi seorang seorang pain specialist yang mahir mampu merawat sakit belakang yang berpunca dari slip disc dengan hanya suntikan sahaja dengan kejayaan 90% tanpa perlu melakukan pembedahan. Malah  dengan kepakaran, ubatan dan teknologi terkini hamper semua kesakitan belakang (back pain) kini dapat di rawat dengan hanya kaedah suntikan sahaja. Ianya terbukti berkesan tanpa menghadapi resiko yang tinggi. Malah  sejak akhir ini teknik –teknik baru ini  telah  menjadi pilihan (option) kepada rawatan pembedahan tulang belakang dengan kos yang jauh lebih murah.