Monday, May 20, 2013


Sakit Tengkok Kronik

 

Jika sakit tengkok anda  berlarutan lebih dari 6 bulan anda mengalami  sakit tengkok yang kronik. Awas, jangakamasa yang panjang ini memberi isyarat bahawa anda sedang mengalami penyakit yang serius. Serius kerana kesakitan kronik ini bakal membunuh kehidupan anda. Kesakitan kronik bakal  menjejaskan produktiviti dan fungsi harian anda. Sakit tengkok yang kronik boleh berpunca dari beberapa struktur pada leher anda seperti;
·         Sakit otot dan fasia yang kronik (syndrom myofascia)
·         Saraf leher yang tersepit
·         Atritis dari sendi facet
·         Cakera yang tergelincir
·         Saraf tunjang yang tersumbat (Spinal stenosis)
·         Tulang belakang(vertebra)
·         Urat/Ligament

Kesakitan tengkok yang kronik boleh menjejaskan produktiviti dan fungsi harian anda.

Apakah penyebab kesakitan tengkok yang kronik?
·         Proses penuaan seperti spondylosis, cakera tergelincir dan spinal stenosis.
·         Penyakit arthritis atau Sindrom sendi facet  
·         Postur yang salah ketika bekerja
·         Kecederaan pada masa lampau seperti kemalangan jalanraya (post whipplash injury)
·         Osteoporosis
·         Penyakit kanser pada tulang belakang
·         Struktur tulang belakang yang abnormal(scoliosis)
·         Stress dan bimbang yang berpanjangan

 

Penyebab sakit tengkok kronik yang paling kerap berlaku ialah muscle starain yang disebabkan oleh salh postur atau penggunaan otot yang berlebihan. Biasanya anda kan rasa lenguh –lenguh dan ubat penahan sakit seperti panadol dan sakit urat seperti celebrex bisanya berkesan. Rehat yang cuckup dan mengurut dengan lembut pada bahagian otot ini juga akan memberi kelegaan. Biasanya sakit jenis ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga dua minggu.

Manakala sakit tengkok yang lebih serius biasanya melibatkan  cakera tergelincir, spinal stenosis dan sindrom sendi facet. Walaupun penyakit ini dikatagorikan oleh sebab penuaan, tapi trend sekarang menunjukkan penyakit ini sudah mula dihidapi oleh orang muda. Maknanya orang sekarang mengalami proses penuaan yang cepat tanpa kita tahu puncanya.

Biasanya kesakitan tengkok yang serius akan disusuli dengan sakit otot sindrom myofascia yang menambah kesengsaraan dan rasa sakit pada leher.  Bagi doktor yang mahir beliau boleh menganggarkan peratus yang disumbangkan oleh punca yang berbeza ini. Punca sakit yang berbeza memberi rasa sakit yang berlainan.Rawatan khusus untuk penyakit-penyakit  diatas telahpun saya bincangkan  dalam artikel saya dalam keluaran yang lepas.

Sakit kronik pada otot leher,bahu dan belikat yang sering belaku dalam sindrom sendi facet leher.

 

Apakah gejala yang mungkin anda alami?

 Jenis kesakitan pada leher berbeza-beza bergantung pada penyebab/diagnosis kesakitan. Ianya boleh bermula dengan  rasa tidak selesa sehinggalah kepada kejang, mencucuk, berdenyut atau panas yang menjejaskan pergerakan ketika memusing,mendongak atau menunduk pada sendi leher.

Selain dari sakit tengkok, gejala sampingan lain ialah pening yang bepunca dari belakang kepala yang naik keubun ubun biasanya berlaku dalam penyakit sindrom sendi facet. Ramai pesakit saya yang menerima rawatan  migrain disebabkan oleh diagnosis yang salah oleh doktor terdahulu. Gejala sampingan lain seperti rasa  hanyut, bengang telinga dan kabur mata biasanya  disebabkan oleh sindrom myofascia  otot leher/tengkok yang serius. Sakit otot myofascia biasanya akan melibatkan  otot tengkok, bahu dan belikat yang amat sakit bila dipicit.Gejala sindrom myofascia ini sukar dikenalpasti dan dirawat oleh kebanyak doktor biasa.

Anda mungkin mengalami gejala sakit mencucuk atau kebas yang turun bahu, lengan atau tangan. Rasa sakit yang mencucuk, renjatan elektrik, kebas atau panas pada leher yang turun ketangan adalah  sakit yang berpunca dari saraf yang tercedera atau tersepit. Ini selalu berlaku dalam cakera tergelincir, spinal stenosis atau sindrom thorasik outlet. Dalam keadaan yang lain penyakit sindrom myofascia pada otot leher juga  kerap memberikan gejala sakit yang menjalar turun ke tangan.menyerupai sakit cekera tergelincir.

Anda juga mungkin akan mengalami gejala kelumpuhan atau lemah pada otot tangan atau bahu anda jika penyakit ini sudah mencapai tahap yang serius.Sudah pastinya keadaan ini akan menjejaskan produktiviti dan fungsi harian anda.

Apakah isyarat berkait dengan sakit tengkok yang serius?

 Tidak kira apa punca kesakitan anda, berikut adalah gejala yang biasanya dirasai oleh pesakit jika keadaan yang serius. Ini bermakna anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan  doktor pakar dengan segera.

·         Tangan dan jari yang tiba-tiba jadi lemah. Contohnya tidak mampu menyidai kain diampaian.

·         Tangan dan jari yang mulai  rasa sejuk dan kebiruan.

·         Rasa sakit yang ynag bertambah kuat dan tidak dapat dikawal dengan ubat tahan sakit atau ubat saraf.

·         Pening yang serius atau selalu pitam.

·         Kabur mata, telinga berdengung, loya dan muntah.

·         Kurang berat badan secara mendadak

 Apa yang anda dapat lakukan?

·         Sentiasa aktif dan bergerak sekadar yang boleh, tapi jangan paksa pergerakan jika telalu sakit.

·         Jangan berurut yang melibatkan manipulasi tulang/sendi tengkok

·         Pakai kolar leher jika diberikan oleh doktor.Tapi jangan pakai semasa memandu kereta kerana ianya menghadkan pergerakan kepala.

·         Berjumpa doktor pakar seperti pakar kesakitan kronik, ortopedik atau pakar saraf.Ini penting untuk memastikan punca kesakitan anda. Saya nasihatkan anda  dapatkan pendapat kedua jika mahukan kepastian diagnosis dan plan rawatan.

·         Rawatan physiotherapi dan terapi cara kerja juga memainkan berperanan dalam mengawal rasa sakit dan mengelak kecederaan berterusan pada leher anda.Anda juga akan diberitahu tentang aktiviti yang patut dibuat dan dielak bergantung pada jenis penyakit anda.

·         Senaman regangan dan kekuatan otot leher dan bahu.Ini boleh dipelajari jika anda berjumpa pakar sakit kronik atau physioterapi.

·         Makan ubat penahan sakit,ubat saraf , ubat pelembut otot atau ubat penenang seperti yang diarahkan oleh doktor.

·         Rawatan suntikan oleh pakar kesakitan kronik.Berbagai kaedah suntikan boleh diberikan bergantung jenis penyakit anda.Contohnya suntikan epidural steroid, suntikan epiduroplasti, suntikan radiofrekuensi, suntikan  triggerpoint pada otot yang sakit.Sebahagian rawatan suntikan ini merupakan pilihan kepada rawatan pembedahan tulang tengkok.   

 

 



54 comments:

  1. Assalam doc..adakah kesakitan tlang belakang akibat kecederaan seperti jatuh pd masa kecil blh mengundang ke thp serius?dan adakah perlu menjalani x-ray?

    ReplyDelete
  2. assalam doc. saya lelaki, 26tthn, xpernah ada apa2 penyakit serius sebelum ni. tp baru2 ni, ketiak kiri saya sakit dan sedikit bengkak.sekarang sudah berlarutan hampir sebulan dan semakin sakit.kadang2 sakit mcm berdenyut/mencucuk..mohon pendapat doc.tq.

    ReplyDelete
  3. Salam Dr, Sy Eera baru 26 thn & sudah memiliki 3 org ank telah didiagnose Cervical Spondylosis bln lps. skrng sedang mnjalani rawatan fisioterapi. Kesakitan yg sy alami sudah 11 tahun. Sy rasa sakit bahu kiri hingga ke kaki kiri. Bahu sy juga sedikit mbesar berbanding sblah kanan. Jari manis setiap anggota tgn dan kaki sering kejang. sering mngalami lenguh dan kebas yg teruk ketika mngangkat tgn atau berjalan lama. Kdg kala kepala sakit dan bila bangun,baring,duduk or berpusing kpla sy pening dsertai jantung berdebar dan sesak nafas. mata sy juga bertambah kabur dlm masa yg singkat.
    Adakah sy mngalami masalah lain slain cervical spondylosis? sudah 7x jalani fisio tp masih tiada perubahan. Sy rasa agak suffer sbb mnganggu kerja harian sy.Apa pendapat doc? terima kasih

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Doc bleh kongsi ape masalah pn Saifeera ni.. Thanks

      Delete
  5. Salam Dr,sy yati,42 tahun..hampir 2 tahun sy didiagnose slipped disk di tengkok.skrg sedang mnjalani sesi fisioterapi.sy juga telah 2 kali mnjalani rawatan epidural steroid tp kurang brkesan. Doktor ada mnyarankn utk mmbuat pmbedahan..tp..sy amat khuatir krn. .leher knn..sekarang ni,wlau hmpir 2 bln sy mnjalani rawatan fisio (2 kali seminggu) masih juga tidak mengurangkn kesakitan yg sy alami.
    Apa pndapat Dr.? Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dr. Saya berumur 35thn 2 anak... di Diagnosed dgn problem l3 l4, l4 l5, l5 s1 2 thn lps dan pernah amik epidural. Baru2 ni di Diagnosed kan lg dengan cervical problem pulak di kpj ampang puteri. Ambil myonal 50mg, celebrex 200, ultracet dan bcomplex 2 kali sehari. But till now... masih kurang berkesan. Tangan saya selalu rase kebas dan kengkadang sakit mencucuk dan ngilu... bhg bahu pulak selalu kebas sehingga rase cam renjatan (betulke perkataan ni?). Selalu jugak saya akan rase macam melayang .... susah nak elaborate kan rase sakit tu. Kalau boleh saya taknak brrgabtung kpd ubat dan epidural yg btahan paling lama 6 bln... kot bedah lg saya tak sanggup. Mohon nasihat doktor?

    ReplyDelete
  7. salam..Dr.
    Ayah saya bermula dr sakit tengkuk sehingga tangannya tidak boleh angkat. Pada bulan puasa yang lepas ianya bertambah teruk sehingga tidak boleh berjalan lagi. Ayah saya telah buat CT scan dan Dr beritahu kena lakukan pembedahan tulang belakang. Ayah saya sudah berumur 73 tahun..adakah kaedah rawatan lain selain pembedahan Dr.
    terima kasih sy tunggu jawapan dr Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mncadangkn pn brjmpa chiropractor seblm buat pmbedahan..Disertakn ctact no chiro yg saya kenal..hbungi Mrs. Jia Jen..Green chiropractic di Jln klang Lama..0126668138

      Delete
    2. Saya mncadangkn pn brjmpa chiropractor seblm buat pmbedahan..Disertakn ctact no chiro yg saya kenal..hbungi Mrs. Jia Jen..Green chiropractic di Jln klang Lama..0126668138

      Delete
  8. Asslm wbt. Dr, saya pesakit SLE (Lupus Artritis & DLE). Baru2 ni Pakar Ortho diagnosis masalah lemah kaki n lutut sbg OstioArtristis. Namun masalah saki tengkuk saya masih berlanjutan sejak 3thn lps. Setiap kali saya dptkn rawatan doc akan kaitkan dgn SLE. 2bln lps sy doc Xray tengkuk n maklumkan semua normal. Tp saya sakit tengkuk saya tetap tak hilang...kdgkala lenguh n kadangkala sakit sangat..bila gerak ada bunyi..lately saya dilanda ketidakselesaan kepala..rasa mcm urat timbul, telinga berdenyut, panas n berdengung, rasa hanyut tp x pening, kdg rs mcm nk pecah kepala..biasa tengkuk juga sakit. Pakar ENT juga kata telinga ok...tp saya tetap mengalaminya. Adakala saya rasa doc anggap saya buat2 cerita..tp inilah hakikatnya..minggu ni 2x saya sakit spt diatas..baring adakala rasa ngilu bila bangun..mcm mana saya bole mendapatkan rawatan sewajarnya? Saya on ubat Methoraxe 6biji seminggu, prednasalone 2biji sehari, Hydroxycloroquine 2biji sehari, Calcium 1biji sehari, Zat besi (ubat kecil slalu dpt masa mengandung-xingat nama) 1biji seminggu dan Celebrex makan bila perlu. Mohon pencerahan doc..saya da buntu. Tq.

    ReplyDelete
  9. Doctor sy myusukn ank smpai kebas tgan trus sakit tgkuk , sblum to sy sakit pinggang kt blakang .. Bila da jd cm ni sy trasa kaki tgan kebs2 , bahu jd panas kt blakang .. Cm ne to doktor sy isau sgt

    ReplyDelete
  10. Saya mengalami sakit bahu kiri dan tengkuk yang sangat sakit. Dan kini kelopak mata dan pipi saya bergerak gerak . Mohon psndangan Doc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Call/whatsapp me for fast respond..013-9803389

      Delete
    2. As'salam..doc,saya juga ada mslah yg sama..sakit pd tengkuk dan bahu kiri.kdg smpi effect pd tangan..boleh Bantu??

      Delete
  11. Assalam,apakah tanda2 sakit darah tinggi,kerana saya kerap rasa sakit kepala dari tengkuk ke bahu,betul ke itu salah satu simptomnya,harap doc jelaskan.tq....

    ReplyDelete
  12. call saya untuk consultation..saya akan terangkan..0139803389

    ReplyDelete
  13. Salam Doc. Sy Amir 21tahun. Sy mengalamu sakit tengkuk dan kepala di bahagian belakang sy. Sy pernah ke hospital tapi doctor hospital kata sy normal. 3hospital sy pergi tapi jawapan tetap sama. Sakit sy dah berlanjutan selama 7bulan. Malah makin teruk rasanya kerana mata sy kadang2 kabur. Telinga sy selalu berdenyut sakit. Terasa hanyut tiba2 tapi tak pening. Sy harap doc boleh bantu sy. Mungkin doc ada jawapannya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..call/whatsapp sy for consultation..0139803389

      Delete
    2. Salam Doc sy mempunyai sakit yg sama seperti amir,,tp sy kerap sakit kepala,tengkuk sebelah kiri..
      Kenapa ye doc

      Delete
    3. Salam Doc sy mempunyai sakit yg sama seperti amir,,tp sy kerap sakit kepala,tengkuk sebelah kiri..
      Kenapa ye doc

      Delete
  14. Salam doc. Sya fiona, umur 21 tahun. Sya telah mengalami skit di bhgn belakang leher slama lbih dari 3 bulan. Kebelakangan ini, sakit tersebut smakin kerap shingga kadang2 myebabkan saya sakit kepala. Sya ingin mengetahui adakah skit seperti ini perkara biasa disebabkan stress, oleh krna sya sdg bljar ataupun ianya adalah pykit . Harap doc dpt mberikan sya jwpn . Tq.

    ReplyDelete
  15. as salam .. dr ..sye husna 15 thun .. nk minta pendapat dr..semalam hujan berlarutan di negeri saya sehingga menyebabkan tangga basah dan saya jatuh tangga.. ianya menyebabkan saya sakit pada bahagian tulang punggung.. dan bahagian badan atas belakang... selepas itu.. pada hati yg sama ketika saya nk solat saya terjatuh sekali tersemban ke belakang yg mengakibatkan kepala saya terhantuk kuat di lantai simen.. dah seluruh badan saya sakit terutansnya pada bahagian tengkuk .. pada hari ini.. saya ketika saya bangun saya x boleh nk gerakkan kepala ke kanan n kiri serta membongkok...kalau nk berbaring pon kena berhati2 krna sakit.. saya juaga ada terasa pening dan nk muntah.. minta pandangan doktor..tk

    ReplyDelete
  16. saya juga x boleh mengiring.. harini dah masuk hari kedua saya sakit.. n nk telan air pon susah..

    ReplyDelete
  17. as salam .. dr ..sye husna 15 thun .. nk minta pendapat dr..semalam hujan berlarutan di negeri saya sehingga menyebabkan tangga basah dan saya jatuh tangga.. ianya menyebabkan saya sakit pada bahagian tulang punggung.. dan bahagian badan atas belakang... selepas itu.. pada hati yg sama ketika saya nk solat saya terjatuh sekali tersemban ke belakang yg mengakibatkan kepala saya terhantuk kuat di lantai simen.. dah seluruh badan saya sakit terutansnya pada bahagian tengkuk .. pada hari ini.. saya ketika saya bangun saya x boleh nk gerakkan kepala ke kanan n kiri serta membongkok...kalau nk berbaring pon kena berhati2 krna sakit.. saya juaga ada terasa pening dan nk muntah.. minta pandangan doktor..tk

    ReplyDelete
  18. Salam, doc.. dua mggu lepas sy rasa sakit teramat sangat di kepala belah kiri sy. Mggu nie pula. sakit mencucuk di atas telinga dan kemudian ke rahang muka dan turun ke leher. Knp ea?

    ReplyDelete
  19. Salam,saya nak tanya sakit tengkuk ni gejala nya sama ke dengan vertigo..sebab lalu pembacaan saya tengok kadang2 simptonnya seakan sama..contoh:
    1)saya selalu sakit di tengkuk sebelah kiri
    2)bila tengkuk sakit kepala saya akan mula berpusing2 mcm simptom vertigo.
    bole x doktor beri pendapat tq

    ReplyDelete
  20. Ape beza sakit tengkuk darah tinggi dgn sakit sendi facet?

    ReplyDelete
  21. adakah sakit Tulang belikat Kiri boleh disembuh?

    ReplyDelete
  22. adakah sakit Tulang belikat Kiri boleh disembuh?

    ReplyDelete
  23. adakah sakit Tulang belikat Kiri bahu boleh disembuh?

    ReplyDelete
  24. Sy alami masalah salah satu tulang tengkuk besar (membengkak).ini di kesan setelah membuat MRI. Masalah sebelum itu bahu saya sakit..tangan kebas2...kepala selalu sangat pening...nak berpaling kepala pon sakit..
    Mengikut kata DR sakit saraf sy yg tersepit tak boleh hilang kerana melibatkan tulang.. jika membuat operation melibatkan kos dan mempunyai risiko yg tinggi. Untuk rawatan sakit pada bahu sy membuat rawatan physio.tetapi sakitnya tidak nampak berkurangan.dlm masa 1 bulan sy mendapatkan 6 x rawatan.

    ReplyDelete
  25. Dr...bermula dr migrane setiap kali haid..skrg sy mengalami kesakitan yg bertambah dgn sakit d tengkuk kiri..bahu kiri..urat belikat kiri..punggung kiri membawa kpd betis kiri..kenapa keadaan ini berlaku kpd sy & apa penyelesaiannya..sy dah rasa bosan dgn kesakitan yg berlarutan 3 tahun kebelakangan ini..adakah penyakit ini serius bagi sy?

    ReplyDelete
  26. Isteri saya mengalami situasi yg sm dgn cik nina.skrg sakit belakang tengkuk jika ditekan seperti urat bengkak rs letup2 mcm angin tp x sure ape.biasa attack bila stress.jika tertidur dlm kereta automatik bangun tak boleh toleh kanan sakit.umur 34 anak 2 org.risau juga takut ada apa2 yg serius.

    ReplyDelete
  27. Saya mengalami leher tegang tanpa sakit kepala.tekanan darah saya normal.

    ReplyDelete
  28. Saya mengalami leher tegang tanpa sakit kepala.tekanan darah saya normal.

    ReplyDelete
  29. Salam dr..wife sya umur 36 ada darah tinggi tahap biasa (keturunan) bacaan tekanan darah antara 110/70 - 160/100..skrg dia hamil anak ke-4 (3bln)..masalahnya dia selalu rasa kejang pd tengkok+pening+loyamuntah...kalo buat kerja brdiri agak lama rasa nk pitam...dah jmpa dr dan diberikn ubat tahan sakit loya n muntah jg krim untuk leher..masih tidak berubah...sya bimbang jika ini masalah saraf dan memberi kesan pd kandungan akibat pengambilan ubat klinik...minta pandangan dr..t kasih

    ReplyDelete
  30. Assalammualaikum, Selama ini saya mengalami sakit2 dibahagian belakang badan tetapi tiada buat sebarang rawtan doktor hanya berurut biasa dan hilang sakit tu. Tetapi baru-baru ini saya buat rawatan bekam dan urutan tulang belakang, Mereka dapati bahagian belakang badan sebelah kiri bengkak ( berotot) berbanding belah kanan seperti biasa.Setelah rawtan dibuat bengkak otot tiada lagi. Selang sehari kemudian bengkak ( berotot) timbul semula. Adakah itu perkara biasa atau perlukah saya buat rawatan diklinik untuk pemeriksaan selanjutnya. Minta pandangan doktor?

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum doktor...sy mngalami bengkak di antara leher ke bahu, lebih kurang 3bln..kini dr bahu ke hujung jari kanan rasa sakit ngilu,lenguh serta merta...minta nasihat doktor

    ReplyDelete
  32. Assalammualaikum doktor...sy mengalami sakit tengkuk sehingga rasa berdenyit,kadang2 pening kepala,sakit urat sebelah bahu kiri kanan. Ngilu rasanya ketika sakit.minta nasihat @ pandangan yg boleh merawat penyakit saya.terima kasih doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. sy pun sakit yg teramat sgt di bahagian urat tengkuk dn bahu.. Dh cucuk ubat tp still sakit xblh tahan.. Minta penerangan dri doc

      Delete
  33. Assalammualaikum doktor...sy mengalami sakit tengkuk sehingga rasa berdenyit,kadang2 pening kepala,sakit urat sebelah bahu kiri kanan. Ngilu rasanya ketika sakit.minta nasihat @ pandangan yg boleh merawat penyakit saya.terima kasih doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  34. Assalammualaikum doktor...sy mengalami sakit tengkuk sehingga rasa berdenyit dan tiba2 ada bengkak sedikit di bahagian c2/3, c3 (merujuk gambarajah). mohon pencerahan dan nasihat daerpada Doktor..
    TQVM........

    ReplyDelete
  35. Saya ad rase semua yg doc ckap tu... Tp x pegi cek dokter lg....

    ReplyDelete
  36. assalamm doktor sy berumur 23 tahun.dan mengalami sakit belakang yg teruk..leher.tak.boleh dongak..jika dongak..akan rasa sakit.. sblm.melarat.ke.leher ia bermula dgn sakit di bahagian tengah tulang belakang..ia terjadi.sebulan selepas sy injured disebabkan anak buah lompat di belakang sy..hentakan agak kuat..kalau sakit tu datang..rasa.nk demam...huhuhu..dh bulan..

    ReplyDelete
  37. saja sy alami waktu subuh sewaktu sedang makan sahur pagi tadi, dan semakin sakit sekarang. Ia jua membuat sy semakin susah bercakap bahkan menelan air liur saja pn sda sgt perit. Bolehkah sesiapa membantu sy mengetahui punca masalah ni..dan jika ia merupakan sebuah penyakit, adakah ianya penyakit yg serius?

    ReplyDelete
  38. Salam Dr.
    Saya terlibat dalam kemalangan kereta secara berdepan pd 9/9/2016 dan menyebabkan tengkuk saya teraat sakit.
    Pihak Hosp Jeli tidak dpt mengesahkan samada tulang tengkuk saya patah tp katanya ada kemungkinan patah...sbb xray tidak memberi keputusan positive mgkin disebabkan terlindung oleh bengkak...
    Saya meminta dipindahkan ke HSNZ K.Trg bagi memudahkan urusan keluarga.
    Di HSNZ doktor megesahkan tiada patah...mungkin hanya kerana bengkak urat pd leher saya...namun memerlukan saya hadir temujanji berikutnya selain diberi ubat tahan sakit dan juga ubat2 berkaitan.
    Sekarang saya beransur sembuh dan boleh gerakkan kepala bawah atas kiri Dan kanan walaupun tak begitu byk.cuma kesakitan bahagian bawah tengkuk kiri tengah dan kanan masih terasa seperti mencucuk cucuk.
    Saya risau sekiranya ada masalah lain yg berpunca drpd kemalngan itu selain yg dinyatakan oleh doktor termasuk pakar tulang HSNZ....
    Apakah yg Dr boleh komen dan cadangkan pd saya.
    Terimakasih.

    ReplyDelete
  39. salam doc.. saya mahu tanya.. di tengkuk sebelah kiri saya selalu rasa sakit sejak kebelakangan ini, rasa loya, rasa demam,terasa hanyut/pitam, telinga berdengung dan mata kadangkala terasa sakit sangat dan pengelihatan terasa kabur... penyakit apakah yang saya sedang alami ya doc???
    terimakasih....

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. Salam Doc, merasa sengal belakang tengkuk setelah di kepak kiri n kanan di kedai gunting rambut, sehingga menyebabkan ketidak selesaan dan rasa pening dari bahagian kanan belakang tengkuk sebaris dengan telinga sehingga terasa ngilu di bahagian gigi geraham kanan. Apakah simptom nya?

    ReplyDelete