Monday, May 27, 2013


Sakit Belakang Cakera Tergelincir 
Apa yang anda perlu tahu?

Sepanjang pengalaman saya dalam profesion kesakitan kronik, penyakit cakera tergelincir atau slipped disc merupakan penyakit paling diketahui umum. Tapi tidak ramai di kalangan pesakit ini tahu tentang fakta sebenar rawatan bahawa majoriti (80-90%) kes ini tidak memerlukan pembedahan. Kebanyakan mereka boleh sembuh dengan rawatan konservatif (tanpa pembedahan).Untuk anda yang mengalami kesakitan tulang belakang yang berpunca dari cakera tergelincir, artikel ini akan membantu anda untuk memahami dengan lebih jelas lagi tentang rawatan sebenar.

Apa itu penyakit cakera tergelincir tulang belakang?

Cakera tulang belakang ialah sejenis tissue kenyal  leper yang melapik di antara dua segmen tulang belakang. Terdapat berpuluh cekera sepanjang tulang belakang kita bermula dari leher hinggalah kepinggang. Fungsinya ialah untuk menyerap gegaran dan (shock absorber) dan mengagihkan tekanan yang sekata pada tulang belakang.Penyakit cakera tergelincir atau slipped disc ialah disebabakan oleh berlakunya benjolan/gelinciran (herniation) cakera ini yang selalunya disusuli dengan himpitan pada akar saraf (nerve root) yang berdekatan disitu. Selain dari itu kemungkinan juga berlaku rembesan cecair kimia dari cekera yang amat toksik pada akar saraf. Oleh itu pesakit biasanya akan memberi gejala sakit belakang yang menjalar turun kekaki (sciatica)jika ianya berlaku dibahagian pinggang. Manakala rasa sakit pada tengkok yang menjalar turun ke tangan akan berlaku pada pesakit yang menghidapainya pada bahagian leher. Kesakitan yang turun kekaki atau tangan itu ialah sejenis sakit saraf yang ditafrifkan sebagai elektrik shock, mencucuk, kebas  atau panas yang disebabkan oleh himpitan akar saraf tadi. Rasa sakit biasanya akan bertambah kuat jika pesakit bersin atau batuk.


Kenapa benjolan atau kegelinciran ini berlaku? Keadaan ini disebabkan oleh rekahan atau kelemahan cakera itu sendiri. Kenapa boleh berlaku kelemahan atau rekahan pada cakera ini? Kajian telah menunjukkan berlakunya proses penuan yang cepat yang selalunya disabitkan dengan penggunaan yang lasak atau melampau (wear and tear). Sebab itulah penyakit cakera tergelincir ini kerap berlaku di bahagian pinggang dan tengkok. Sebab bahagian inilah tulang belakang kita banyak melakukan pergerakan.Terdapat faktor resiko yang telah diketahui boleh menjuruskan kepada penyakit ini. Orang yang berkerja banyak melakukan angkat objek berat, membongkok, batuk kronik,obesiti telah dikaitkan dengan berlakunya penyakit ini.Ini disebabkan aktiviti ini memberikan tekanan yang kuat pada tulang belakang. Sebab itulah penyakit ini juga boleh berlaku pada orang muda.
Mekanisma sakit saraf yang berpunca dari cakera tergelincir.

Diagnosis dan Kecelaruan diagnosis.

Biasanya sakit ini datang dengan tiba-tiba dan berlanjutan menjadi kronik sehingga berbulan atau bertahun jika anda tidak menerima rawatan sepatutnya.Diagnosis penyakit ini boleh dibuat oleh doktor orthopedic atau pakar rawatan sakit kronik. Pemeriksaan klinikal dan siasatan termasuk X Ray dan MRI perlu untuk sokongan. Bukti pada MRI yang selaras dengan gejala klinikal diambil kira dalam membuat diagnosis. Ini adalah kerana kajian telah membuktikan 30% daripada orang ramai yang mengalami cakera tergelincir (berdasarkan MRI) langsung tidak mengalami apa-apa gejala klinikal. Jadi, jika MRI anda menunjukkan bukti cakera tergelincir tapi kesakitan anda tidak seperti yang sepatutnya (sakit belakang yang menjalar turun ke kaki) maka pembedahan tidak patut dilakukan.  Doktor sepatutnya merawat pesakit bukannya merawat MRI.
Lebih mengelirukan lagi banyak keadaan klinikal lain boleh meyerupai gejala cakera tergelincir ini.Penyakit sendi lumbar facet, pririformis syndrome, sakit akar saraf kimia (chemical radikulopaty) sakit otot myofascial pada belakang dan punggung juga mampu menghasilkan sakit yang menjalar turun kekaki dengan kualiti yang agak berbeza. Doktor yang bijak akan dapat membezakan penyakit-penyakit ini dengan penyakit cakera tergelincir.

Rawatan

Bergantung kepada keterukan sakit anda, rawatannya juga akan berbeza. Anda perlu tahu bahawa kebanyakan pesakit (80-90%) akan beransur sembuh dalam setahun hanya dengan rawatan konservatif (tanpa pembedahan). Hanya 10% pesakit yang mengalami cakera tergelincir memerlukan pembedahan sebagai rawatan muktamat akhirnya.Di negara maju seperti Singapura, semua kes cakera tergelincir akan di rujuk kepada pakar kesakitan kronik dahulu untuk rawatan konservatif sebelum pakar bedah orthopedic memutuskan untuk pembedahan.Tetapi senario ini tidak berlaku di Malaysia. Banyak pesakit  dilakukan pembedahan dengan  justifikasi yang agak longgar. Pastikan anda mendapat rawatan konservatif yang betul sebelum akhirnya setuju untuk melakukan pembedahan. Pakar kesakitan kronik boleh membantu anda.


Apakah rawatan konservatif untuk cakera tergelincir?

  1. Suntikan epidural steroid. Teknik ini samalah dengan kaedah epidural untuk mengurangkan sakit bersalin. Cumanya selain dari ubat bius, doktor juga akan memasukkan sedikit steroid untuk mengurangkan bengkak dan keradangan pada akar saraf yang terhimpit oleh cakera tergelincir.Teknik ini paling tepat jika dilakukan oleh pakar sakit kronik.Sakit saraf yang menjalar turun kekaki akan lega serta merta. Lebih awal suntikan dibuat maka akan lebih baik kesan penyembuhannya. Keberkesanan suntikan epidural ini lebih ketara jika suntikan dibuat dalam satu bulan pertama.

Suntikan epidural steroid dapat melegakan kesakitan saraf yang berpunca dari cakera tergelincir.

  1. Sentiasa aktif dan bergerak sekadarnya. Ini akan menggalakkan pengaliran darah dan oksigen pada cekera yang cedera itu. Rehat dikatil sambil melakukan traction tidak lagi diguna pakai sekarang ini.Elakkan pergerakan yang boleh mencetuskan rasa sakit tersebut seperti membongkok atau terlalu cepat menukar posisi.
  2. Ubat penahan sakit seperti paracetamol, celebrex dapat membantu. Selain dari itu anda juga akan diberi ubat saraf seperti gabapentin. Ubat untuk melembutkan otot belakang juga kan diberi seperti baclofen kerana keadaan ini biasanya disusuli dengan kekejangan otot belakang.
  3. Senaman yang khusus yang bertujuan untuk menguatkan otot perut dan belakang. Dua otot ini perlu dikuatkan kerana mereka berperanan sebagai penyokong semula jadi tulang belakang (corset).
  4. Mengelakkan pergerakan dan posisi tertentu yang boleh mencetus semula kejadian cakera tergelincir. Mekanik badan (body mechanic) yang betul akan diajar dalam melakukan fungsi harian samada di tempat kerja atau dirumah.
  5. Kurangkan berat badan.
 Apakah indikasi untuk pembedahan tulang belakang?

Akhirnya anda perlu tahu  bila sepatutnya/indikasi pembedahan tulang belakang patut dibuat untuk penyakit cakera tergelincir ini. Indikasi ini diguna pakai sebagai standard dimana-mana saja samada di Malaysia atau diluar negara. 
  1. Bila rawatan konservatif yang dilakukan gagal mengawal sakit anda.Ia menjelaskan bahawa himpitan pada akar saraf yang agak teruk.Biasanya keputusan ini dibuat setelah enam bulan menjalani rawatan konservatif ini gagal memberikan sekurang-kurangnya 50% kelegaan kepada rasa sakit.
  2. Bila berlakunya perubahan yang tiba-tiba kepada fungsi saraf  dikaki anda. Contohnya  kaki anda menjadi lemah dan tidak boleh berjalan secara tiba-tiba selain dari rasa sakit atau kebas yang sedia ada.
  3. Terdapat ganguan saraf pada sistem kencing dan usus. Anda rasa susah kencing atau buang air besar secara tiba-tiba. Ataupun anda rasa sukar untuk mengawal kencing dan berak menyebabkan kebocoran berlaku (caudal equinal syndrome).
Tiga sebab ini merupakan indikasi sebenar untuk dilakukan pembedahan. Indikasi ke 2 & 3 merupakan kedaan kecemasan yang memerlukan pembedahan dengan segera. Saya sendiri akan merujuk pesakit saya kepada doktor bedah orthopedik jika tanda-tanda ini berlaku. Anda boleh berbincang dengan doktor yang merawat dengan menggunakan panduan ini. Ini dapat mengelakkan pembedahan tulang belakang dilakukan yang tidak perlu.Tambahan pula kajian menunjukkan bahawa 10-40 % daripada pembedahan tulang belakang akan memberikan kesakitan sampingan lain kemudian hari. 


8 comments:

  1. salam.. sy Ila dr pengkalan chepa.. sebulan yg lepas.. sy jatuh tngga dan pada hari yg sama.. sy telh pergi mndptkn rwtn d klink yg berdktan.. dr bgtaw sy mgalmi trauma.. msa tu kaki sy yg trasa sakit dn ada benjoln keras timbul.. xlma lpas tu.. pinggang sy sblh kiri blkng rasa sakit .. kmudian sy mdptkn rwtn lg dn dr yg mrwt tu bg ubat deep rub ointment.. slsp sapu.. sakit tu tetp ada.. bla bjln..mbongkok..dudk.. akn rasa sakit.. adkh sy ptt mdptkn rwtn slnjutnya atau tunggu sehingga ubt yg diberi habis? terima kasih atas perhatian yg diberikan.

    ReplyDelete
  2. saya tinggal di kuala lumpur. saya telah di mri pada hari khamis yg lepas dan didapati berlaku slip disc pada tulang L5. dr di hospital mencadangkan sy melakukan pembedahan dimana sy telah bersetuju pada awalnya. tetapi saya membatalkan niat atas desakan keluarga yang menyuruh saya mencuba rawatan alternatif terlebih dahulu. sy telah mendapatkan urutan tradisional dn urutan kali kedua dijadualkan pada selasa 29 10 ini. selepas urutan pertama pd ahad 27 hb 10. saya rasa sedikit kekurangan rasa sakit tersebut tetepi kaki masih lemah dan kebas. soalan saya, bilakah masa yg sesuai utk saya melakukan rawatan yg seperti dr katakan dan dimanakah tempat di sekitar kuala lumpur yang boleh saya dapatkan rawatan seperti yg dr katakan secara yang terbaik sekali? tq

    ReplyDelete
  3. Berapakah kos rawatan slip disc....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam Dr. Saya dari Shah Alam, pada 30 December lalu saya telah menjalani Satu pembedahan untuk membuang sedikit disc yang menghimpit Saraf, akan tetapi sekarang ini saya mengalami sakit dibelakang jika duduk terlalu lama tak kira ketika memandu atau dikerusi dan rasa kebas di kaki masih lagi terasa. Harap Dr. Dapat membantu saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. siapa ada masalah ini,boleh try set slip disc ni untuk ikthtiar secara semulajadi..-0136240955

    ReplyDelete