Saturday, August 15, 2015

Sakit Tulang Jejas Aktiviti


SAKIT tulang ekor atau istilah perubatannya koksidinia ialah kesakitan kronik yang dirasai pada hujung tulang punggung berhampiran anus. Oleh kerana kedudukan tulang ini di hujung punggung, kesakitannya bersifat mekanikal. Maksudnya kesakitan lebih dirasai bila tekanan secara langsung dikenakan kepada tulang ekor seperti duduk atas kerusi, menunggang motosikal atau ditekan dengan jari. Ia disebabkan keradangan yang berlaku atau geseran di keliling tulang ekor itu.

Apa penyebab penyakit koksidinia? 
  •  Kecederaan seperti terjatuh dengan punggung terhentak ke lantai
  •  Kecederaan selepas kelahiran anak 
  •  Jangkitan kuman pada tulang ekor 
  •  Penyakit kanser yang membabitkan tulang berkenaan 
  •  Tidak diketahui puncanya 
Kesakitan ini sangat menyeksakan, pesakit biasanya tidak dapat duduk tegak kerana tekanan kepada tulang ekor menjadikannya lebih sakit. Jadi pesakit cenderung untuk duduk senget di atas sebelah punggung. Akibat kedudukan tidak seimbang itu lama kelamaan pesakit mengalami pula sakit pinggang dan belakang kerana otot belakang terpaksa bekerja keras untuk kekalkan kedudukan tidak seimbang itu. Sesetengah pesakit rasa sakit pada tulang ekor bila buang air besar, terutama jika sembelit. 

Apabila tidak boleh duduk lama, fungsi harian dan kerja pejabat terjejas. Pergerakan juga terjejas kerana sukar menunggang motor atau memandu kereta. Kesakitan ini tidak mampu dikawal dengan ubat penahan sakit biasa seperti postan, celebrex atau paracetamol. Malangnya tidak ramai doktor tahu merawat keadaan ini dengan berkesan. 

Jika ada doktor cuba merawat menggunakan teknik psikologi, ia sebenarnya membuang masa anda. Bila menghidap kesakitan ini anda perlu bertemu pakar sakit kronik kerana mereka ada rawatan yang terbukti berkesan. 

Bagaimana keadaan ini didiagnos?


Biasanya penyakit koksidinia dikesan berdasarkan sejarah pesakit dan beberapa pemeriksaan mudah. Pemeriksaan biasanya menunjukkan kesakitan ketara pada tulang ekor apabila dipicit dengan jari. Ada kes yang sukar dikesan tapi mampu didiagnosis hanya apabila dilakukan pemeriksaan rektum. Kebanyakan kes hanya memerlukan siasatan sinar- X sebagai sokongan. Ujian MRI hanya dilakukan jika penyakit disyaki berpunca daripada kanser. 

Bagaimana koksidinia dirawat? 


  • Elak kecederaan pada bahagian tulang ekor. 
  • Makan ubat anti keradangan (NSAIDs) seperti postan atau celebrex. Namun ubat ini hanya berguna dalam kes kesakitan ringan. 
  • Suntikan ubat bius dan steroid pada tulang ekor mengurangkan rasa sakit dan keradangan ini secara ketara. Namun kebanyakan kes rawatan ini hanya memberi kelegaan dalam jangka masa pendek. 
  • Kaedah fisioterapi juga menolong dalam memberi kelegaan tambahan pada kesakitan ini iaitu dengan kaedah senaman regangan ligamen dan otot pelvik. Selain itu rawatan haba dengan ultrasound dapat membantu. 
  • Kaedah proloterapi. Kaedah ini adalah teknik utama yang berkesan dalam merawat koksidinia. Ia membabitkan suntikan cecair sclerosant di keliling tulang ekor. Agen sclerosant ini bertindak sebagai penggalak pembentukan parut dan penyembuhan baru di keliling tulang ekor. Biasanya teknik ini memerlukan suntikan beberapa kali. Pengalaman saya setakat ini terbukti berkesan hanya dengan satu atau dua kali suntikan.
  • Kaedah radio frekuensi. Ini juga antara teknik rawatan utama yang berkesan. Teknik ini menggunakan suntikan jarum khas untuk menyalurkan arus elektrik radio frekuensi tinggi. Arus elektrik ini akan ‘melumpuhkan’ saraf sakit tulang ekor. Hasilnya tiada lagi rasa sakit. 



Sunday, February 15, 2015

Teknik Suntikan Laser PDCT

Teknik suntikan laser PDCT untuk rawatan Slipped Disc tengkuk by Asso Prof Dr Nizar Abd Jalil. Success rate more than 80%. 
Cervical Slipped Disc (extrusion) c5c6
video video

Tuesday, December 9, 2014

Testimoni (Aaron Edier)

Salam Dr Nizar,
Alhamdulillah saya ucapkan kepada Allah SWT dan berterima kasih tidak terhingga kepada Dr Nizar Abd JalilPencarian saya terjawab atas kesakitan saya selama 8 tahun menderita. Kesakitan ini menjejaskan kualiti hidup saya umpama tiada tujuan hidup. Pelbagai kaedah saya cari dari kaedah ENT hingga ke pskitrik. Sampai tahap saya merasakan saya ini menghadapi penyakit mental kerana anxiety disorder, saya hilang pencarian hidup disebabkan penyakit ini.
Alhamdulillah doa saya di Mekah pada bulan 3 tahun ini dimakbulkan apabila berjumpa dengan Dr Nizar. saya sudah selesai suntikan RF keatas saya dan saya bersyukur atas hasil suntikan.
1.Sakit kepala semakin kurang dan kurang rasa hanyut.
2.Telinga tidak lagi berdesing.
3.Imbangan badan stabil.
4.Nafas kembali panjang.
5.Sakit pada tengkuk berkurangan.
6.Sakit pada belikat berkurangan.
7.Sakit pada tulang belakang berkurangan.
8.Mata ada cerah.


Saya ingin menasihati kepada sesiapa yang ada slip disk atau penyakit berkaitan elaklah daripada membuat operation yang belum tentu kesudahannya. Suntikan RF adalah yang paling effisyen untuk penyakit kronik.
Harapan saya setelah saya pulih sepenuhnya, saya berazam menjadi:
1.Muslim yang taat kepada Allah SWT dan rasulnya.
2.Muslim yang sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain
3.Muslim yang berbakti pada orang tua.
4.Berkerja dengan penuh komited dalam memcapai matlamat hidup.

Saya mendoakan Dr Nizar sentiasa dalam kerahmatan dan kerahiman Allah SWT dan diberi kesihatan yang baik untuk terus memberi khidmat kepada pesakit kronik. Dr Nizar seorang yang sangat humblle dan mesra kepada pesakit beliau.

Teringat pesan Dr diakhir perbualan.
"Hang dah sihat nanti cepat kawin"
Kalau boleh Dr adjustlah misi untuk saya hahahaha

Jazakallahkhair Dr Nizar, hanya Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa Dr.

Sunday, June 8, 2014

PerCutaneous Disc Coagulation Therapy (PDCT)


Salam..kepada semua pesakit saya dan pengidap sakit slipped disc..

Annaucing new teknik and technology from korea called PerCutaneous Disc Coagulation Therapy (PDCT). Giving rise to 90% success rate in the treatment of slipped disc. Pengecutan disc is tramandous ...setakat ini saya dah buat untuk kes-kes yang "impossible" due to huge slipped disc..resultnya amat memberangsangkan...selamat tinggal kepada pembedahan...