Tuesday, June 4, 2013

Sakit Sendi Pinggul; 
Boleh menjejaskan fungsi wanita.

Jika anda seorang wanita yang berumur 40 tahun keatas dan sering mengalami sakit pada punggung, anda perlu baca artikel ini kerana anda mungkin mengalami penyakit arthritis sendi pinggul. Sakit ini memang menyeksakan dan menjejaskan fungsi harian anda. Berita baik untuk anda ialah rawatan yang berkesan kini sudah ada di Malaysia.

Apa itu penyakit arthritis sendi pinggul?
Sendi pinggul (sacroiliac joint) merupakan sepasang sendi besar yang terletak pada kiri dan kanan punggung. Sendi ini menyambungkan tulang pinggul (pelvic) dengan tulang sacrum pada bahagian punggung. Fungsinya ialah meyokong dan menstabilkan tulang pelvic dan  tulang belakang ketika kita melakukan pergerakan.Ia juga berfungsi sebagai penyerap gegaran (shock absorber) pada tulang pelvic dan tulang belakang.
Sendi pinggul (sacroiliac joint) yang boleh mengalami arthritis.
Sakit pada sendi pinggul ini selalunya disebabkan oleh arthritis yang biasanya di sabitkan dengan proses penuaan (degenerative disease) .Penuaan ini pula di sabitkan oleh permukaan sendi yang haus dan proses keradangan(inflammation) yang di sebabkan oleh penggunaan yang melampau (wear and tear). Sebab lain boleh berlaku ialah seperti kecederaan, kanser, juga penyakit arthritis lain seperti Ankylosisng Spondylosis atau Rheumatoid arthritis. Struktur  belakang yang tidak seimbang dan panjang kaki yang tidak seimbang juga telah diketahui sebagai penyebab kesakitan pada sendi pinggul ini.
Insiden sakit sendi pinggul ini ialah 22.5% dikalangan pengidap sakit pinggang yang kronik. Kebanyakan pesakit adalah wanita.yang berumur 40 tahun keatas. Ini adalah kerana faktor hormon dan juga fungsi dan aktiviti harian mereka yang menyebabkan penggunaan sendi yang lasak. Aktiviti tersebut menyebabkan regangan dan penggunaan ligament yang terlampau dikeliling tulang pelvic menyebabkan banyak ligament tercedera dan  lemah. Keadaan ini menyebabkan pergerakan yang abnormal pada sendi ini dan seterusnya keradangan atau arthritis.

Gejala klinikal arthritis sendi pinggul.
Pesakit akan mengalami sakit pada belakang pinggang terutamanya pada kiri atau kanan pinggul yang kadang-kadang menjalar turun kepunggung dan belakang peha. Pergerakan seperti bangun dari katil, kerusi atau tunduk kebawah akan mencetuskan rasa sakit ini. Pesakit mungkin tidak dapat duduk atau berdiri lama kerana tidak tahan rasa sakit pada kiri atau kanan punggung. Dalam  keadaan yang serius pesakit akan rasa sakit bila tidur terlentang dan tidak mampu melakukan hubungan seksual kerana ia memberi tekanan langsung pada sendi ini.
Biasanya pesakit akan dirawat oleh pakar tulang dengan ubat penahan sakit seperti celebrex atau paracetamol. Sebahagian akan dirujuk pada physiotherapy untuk rawatan haba dan senaman yang tertentu. Tapi strategi diatas hanya berkesan untuk sakit yang ringan. Jika rawatan diatas gagal anda perlu dirujuk kepada pakar kesakitan kronik, kerana ada rawatan yang terkini yang berkesan ada untuk merawat penyakit ini.

Rawatan untuk arthritis sendi pinggul.
Diagnosis arthritis sendi pinggul ini boleh dilakukan dengan teknik pemeriksaan klinikal sahaja. X Ray, MRI, Bone Scan tidak banyak membantu dan membazir. Anda perlu tahu bahawa banyak penyakit lain yang boleh menyerupai sakit sendi pinggul ini.Oleh itu anda perlu berjumpa doktor yang terbaik dalam merawat penyakit anda.Dapatkan pendapat kedua jika rawatan pembedahan telah disarankan pada anda.
Rawatan mujarab yang di berikan oleh pakar kesakitan kronik ialah teknik radiofrekuensi dan juga suntikan ubat steroid pada sendi pinggul. Seperti rawatan radiofrequensi yang telah saya tulis dalam artikel yang lepas, teknik ini melibatkan suntikan pada beberapa saraf kecil yang mensarafi sendi ini. Arus elektrik yang berfrekuensi tinggi disalurkan pada jarum khas tersebut yang bertujuan untuk “melumpuhkan” saraf ini. Kesannya ialah isyarat rasa sakit akan terbantut dan pesakit akan rasa tidak sakit serta merta. Kejayaan kami merawat pesakit dengan kaedah ini mencapai 90%. Jadi, kenapa anda perlu hidup dalam kesakitan jika ada rawatan berkesan yang dapat mengembali kehidupan anda?

Teknik suntikan radiofrekuensi untuk pesakit arthritis sendi pinggul.

33 comments:

  1. A'skum Dr,sya hazrina,saya ingin bertanya kapada dr,sejak 2011 lagi saya dah mula mengalami sakit pinggang,sakit ni datang tidak selalu tapi bila sampai masanya saya akan rasa sakit sangat.saya nak bangun,duduk dan baring pun susah,seingat saya,saya pernah jatuh 3 hingga 4 kali,yang terakhir saya jatuh,saya rasa macam nak pengsan dan kaki saya rasa kebas,ambik masa beberapa minit jugak untuk bangun semula.
    malangnya pada 3.12.2013 saya kemalangan tapi dr di hospital kata saya tidak ada masalah hanya cedera ringan,namun sehingga hari ini saya mengalami sakit pinggang sehingga menjalar ke kaki kadang-kadang saya rasa sejuk sangat pada kaki sedangkan cuaca tengah panas,sya ada buat x-ray tapi tidak ada masalah dan pihak hospital hanya bekalkan ubat tahan sakit dan cream panas..Yang lagi mengecewakan saya dr di hospital berkenaan cakap,sakit pinggang saya ni biasa,dan dia hanya akan ambik tindakan sekiranya saya sudah tidak dapat rasa kaki saya lagi.kalau macam tu dh terlambat...sabar je la...dr di klinik panel saya sudah menghadkan pengambilan ubat tahan sakit kerana beranggapan boleh merosakkan buah pinggang dan tidak elok untuk otak...Dr tolong beri penjelasan sikit,apa patut saya lakukan untuk saya atasi masalah sya ini.

    ReplyDelete
  2. Saya ada mengalami apa yg doc tulis dlm artikel di atas...saya belum lg bertemu doc pakar...apa pandangan doc.

    ReplyDelete
  3. sy rsa sy mengalami nya sekrg..tgh baring terlentang ni..terasa sakit nya.. mcm mana ni..?

    ReplyDelete
  4. Saya pun mengalami masalah yang sama. Tolong lah Dr.macam mana nak merawatnya.dan macam nak ambik suntikan tu.

    ReplyDelete
  5. Saya hampir setiap harisakit di bahagian punggung kanan atas .. adakah saya mengalami penyakit yang sama seperti yg doc nyatakan .

    ReplyDelete
  6. saya dah lebih sebulan sakit hip pain ni. makin lama makin teruk.. tak pernha jadi macam ni sebelum ni. saya masih muda

    ReplyDelete
  7. Sy pun rsa skit yg sma...sy bru 20 an dan sda melahirkn ank lps bsalin sy rsa sakit mkin btmbh hmpir stiap hri ��...dan sy x bole duduk lma...apa yg ptut sy buat doc???

    ReplyDelete
  8. Utk buat rawatan blh call/whatapps sy 0139803389..

    ReplyDelete
  9. salam doktor,
    saya berumur 42 thn ,saya mengalami masalah yang sama diartikel blog doktor ini...bagaimana saya dapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari doktor ..hubungi sya 017-3656958

    ReplyDelete
  10. salam doktor,
    saya berumur 42 thn ,saya mengalami masalah yang sama diartikel blog doktor ini...bagaimana saya dapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari doktor ..hubungi sya 017-3656958

    ReplyDelete
  11. Umur saya 53tahun.saya mengalami sakit seperti artikal yang dr tulis.sebelum ini separuh tapak kaki saya kebas hampir setahun lamanyaApakah sakit yang saya hidap sebenarnya?

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. salam..saya berumur 20 tahun,..saya mengalami masalah sakit di tulang pinggul kanan..kadang kadang sakit itu berjalan ke peha dan lutut ...apakah masalh yang saya hadapi

    ReplyDelete
  14. salam..saya berumur 20 tahun,..saya mengalami masalah sakit di tulang pinggul kanan..kadang kadang sakit itu berjalan ke peha dan lutut ...apakah masalh yang saya hadapi

    ReplyDelete
  15. As salam Dr... saya pun mengalami simptom yg sama dlm artikel tu umur sya 45 skrg dan skrg ada diabetes.. ingin tahu lebih lanjut utk rawatan

    ReplyDelete
  16. As salam Dr... saya pun mengalami simptom yg sama dlm artikel tu umur sya 45 skrg dan skrg ada diabetes.. ingin tahu lebih lanjut utk rawatan

    ReplyDelete
  17. As salam Dr... saya pun mengalami simptom yg sama dlm artikel tu umur sya 45 skrg dan skrg ada diabetes.. ingin tahu lebih lanjut utk rawatan

    ReplyDelete
  18. As salam Dr... saya pun mengalami simptom yg sama dlm artikel tu umur sya 45 skrg dan skrg ada diabetes.. ingin tahu lebih lanjut utk rawatan

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum doktor, saya berumur 13tahun tapi mengapa saya terasa sakit di bahagian sendi pinggul? Apakah simptom ini sama dengan simptom yg ada dalam artikel ini. Apakah ada penawar? Saya tak tahan dengan sakit ini susah utk berjalan, tidur malah duduk. Saya memang tak boleh nak buat apa apa pun kadang kadang saya terpaksa tahan sakit ni bila saya beritahu kepada ibu bapa, mereka cakap tu perkara biasa.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum doktor, saya berumur 13tahun tapi mengapa saya terasa sakit di bahagian sendi pinggul? Apakah simptom ini sama dengan simptom yg ada dalam artikel ini. Apakah ada penawar? Saya tak tahan dengan sakit ini susah utk berjalan, tidur malah duduk. Saya memang tak boleh nak buat apa apa pun kadang kadang saya terpaksa tahan sakit ni bila saya beritahu kepada ibu bapa, mereka cakap tu perkara biasa.

    ReplyDelete
  21. untuk pengesahan sakit sacroiliac joint ni..cuba buat ujian FABER TEST..ujian ini boleh dibuat di rumah dengan bantuan suami/isteri/ibu/ayah..tq

    ReplyDelete
  22. Asslm...sy aida. Lps bsalin ank pertama.sy sering sakit pd bhagian tulang punggung kdg kanan kdg kiri. Ia dtg sekjp pegi dan kembali .sy cuba berurut cara traditional ttp sama.sy bru 25 tahun. Tolong la sy adkh ini serius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, en/puan boleh datang ke pain treatment centre yapchankor untuk dapatkan rawatan. Boleh check di website kami dan juga fb untuk mengetahui rawatan yg akan diterima disini.YAPCHANKOR PAIN TREATMENT CENTRE

      Delete
    2. Salam, en/puan boleh datang ke pain treatment centre yapchankor untuk dapatkan rawatan. Boleh check di website kami dan juga fb untuk mengetahui rawatan yg akan diterima disini.YAPCHANKOR PAIN TREATMENT CENTRE

      Delete
  23. Salam doktor.. sy berumur 27 tahun. Tanda2 kesakitan yg dr tulis . Mmg inilah yg sy rasakan. Sy xdpt bergerak lama.. tulang pinggul sy. Sakit mencucuk cucuk menjalar smpai ke punggul blkg smpai ke peha bwh.. sakit yg amat.. bergerak tunduk2 sakit sgt.. sy blm jmpa doktor mna2 lg.. ini kali kedua sy rasa dan kena. Tahun lps sy prnh kena dkt sebulan menyerang tp sy biarkan smpai elok sendiri.. adakah bahaya kalau sy biarkan

    ReplyDelete
  24. Salam doktor.. sy berumur 27 tahun. Tanda2 kesakitan yg dr tulis . Mmg inilah yg sy rasakan. Sy xdpt bergerak lama.. tulang pinggul sy. Sakit mencucuk cucuk menjalar smpai ke punggul blkg smpai ke peha bwh.. sakit yg amat.. bergerak tunduk2 sakit sgt.. sy blm jmpa doktor mna2 lg.. ini kali kedua sy rasa dan kena. Tahun lps sy prnh kena dkt sebulan menyerang tp sy biarkan smpai elok sendiri.. adakah bahaya kalau sy biarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, en/puan boleh datang ke pain treatment centre yapchankor untuk dapatkan rawatan. Boleh check di website kami dan juga fb untuk mengetahui rawatan yg akan diterima disini.YAPCHANKOR PAIN TREATMENT CENTRE

      Delete
    2. Salam, en/puan boleh datang ke pain treatment centre yapchankor untuk dapatkan rawatan. Boleh check di website kami dan juga fb untuk mengetahui rawatan yg akan diterima disini.YAPCHANKOR PAIN TREATMENT CENTRE

      Delete
  25. assalamualaikum... saya mengalami sakit bawah pinggul dan kekadan hingga ke belakang peha.. adakah sy mengalami penyakit ini...sudah sekian lama sya menderita sakit nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, en/puan boleh datang ke pain treatment centre yapchankor untuk dapatkan rawatan. Boleh check di website kami dan juga fb untuk mengetahui rawatan yg akan diterima disini.YAPCHANKOR PAIN TREATMENT CENTRE

      Delete
  26. Bagaimana dgn wanita yg sedang hamil? Simptom tu semua sy rs..boleh buat rawatan ke?

    ReplyDelete