Wednesday, April 24, 2013


Suntikan Nucleoplasty untuk cakera tergelincir – rawatan pilihan disamping pembedahan

Dalam artikel saya yang lalu saya telah mengulas tajuk cakera tergelincir yang yang menjadi salah satu sebab utama kesakitan belakang kronik. Pesakit biasanya akan memberi gejala sakit belakang yang menjalar turun kekaki (sciatica)jika ianya berlaku dibahagian pinggang. Manakala rasa sakit pada tengkok yang menjalar turun ke tangan akan berlaku pada pesakit yang menghidapainya pada bahagian leher. Rasa sakit ini disebabkan oleh akar saraf yang tersepit oleh cakera tergelincir tersebut. Oleh itu, kesakitan yang turun ke kaki atau tangan itu ialah sejenis sakit saraf yang ditafrifkan sebagai elektrik shock, mencucuk, kebas  atau panas. Rasa sakit biasanya akan bertambah kuat jika pesakit bersin atau batuk.
Kebanyakan pesakit (80-90%) akan beransur sembuh dalam setahun hanya dengan rawatan konservatif (tanpa pembedahan). Hanya 10% pesakit yang mengalami cakera tergelincir memerlukan pembedahan sebagai rawatan muktamat akhirnya. Rawatan konservatif termasuklah suntikan epidural steroid, sentiasa aktif dan melakukan  senaman yang khusus, ubat penahan sakit seperti paracetamol, celebrex dan memelihara mekanik badan (body mechanic) yang betul dalam melakukan fungsi harian samada di tempat kerja atau dirumah.

Apa itu, rawatan suntikan Nucleoplasty

Nucleoplasty adalah satu rawatan alternative kepada penyakit cakera tergelincir bagi pesakit yang dikenalpasti perlu dilakukan pembedahan. Kaedah ini merupakan satu lagi kaedah suntikan radiofrekuensi dimana haba dialirkan kedalam tengah cakera dapat mengawal kesakitan pesakit.

Rawatan ini dilakukan didalam bilik pembedahan dibawah kawalan X Ray. Ianya dilakukan oleh doktor pakar kesakitan kronik atau doktor orthopedic yang terlatih. Suntikan ubat bius akan diberikan pada kulit pada belakang anda. Sebatang jarum yang khusus akan disuntik melalui kiri atau kanan belakang anda terus masuk kedalam cakera tulang belakang. Melalui jarum ini, haba pada 40-60 darjah celsius dialirkan ke tengah cakera yang tergelincir. Haba yang yang terbentuk dalam cakera ini akan melarutkan tisu nukleas(tengah) cakera yang menyebabkan penurunan tekanan yang ketara dalam cakera tersebut. Disebabkan tisu cakera bersifat anjal, maka penurunan tekanan ini meyebabkan bahagian cakera yang tergelincir itu mengecut semula. Pengecutan ini menyebab tekanan kepada akar saraf oleh cakera tergelincir tadi dapat dialihkan.Dengan itu sakit dari akar saraf yang tersepit tadi (sakit seperti renjatan elektrik yang turun kekaki) akan beransur pulih.

Teknik nucleoplasty merupakan satu kaedah pemanasan dalam cakera, tetapi suhu yang yang agak rendah yang digunakan menyebabkan keerosakan minima pada tisu persekitaran jika kebocoran berlaku.Teknik ini mampu memberikan penyembuhan yang cepat dan pesakit hanya perlu dimasuk ke dalam wad selama satu hari sahaja. Kelegaan segera dari rasa sakit merupakan ciri utama teknik baru ini dan biasanya selepas satu hari suntikan dibuat. Pesakit mampu kembali kepada aktiviti asal mereka pada keeosakan harinya. Kesan sampingan yang sering berlaku ialah rasa pedih pada kulit bekas dari suntikan dilakukan.Ianya akan beransur hilang dalam 3-5 hari.

Rawatan nucleoplasty melibatkan suntikan jarum kedalam cakera yang akan memanaskannya.

Kejayaan teknik ini merawat kesakitan yang berpunca dari cakera tergelincir mencapai 80%. Sudah tentu semua pesakit cakera tergelincir akan memilih rawatan nucleoplasty ini jika diberi pilihan, tapi malangnya kos rawatan yang mahal mungkin menjadi halangan utama kepada kecapaian kepada rawatan ini dihospital kerajaan.Walaubagaimanapun kos rawatan nucleoplasty ini jauh lebih murah dari kos rawatan pembedahan jika dilakukan dihospital swasta.

Indikasi untuk suntikan nucleoplasty.

  1. Biasanya suntikan nucleoplasty akan disarankan jika rawatan konservatif yang dilakukan gagal mengawal sakit anda.Ia menjelaskan bahawa himpitan pada akar saraf yang agak teruk.Biasanya keputusan ini dibuat setelah 3-6 bulan menjalani rawatan konservatif ini gagal memberikan sekurang-kurangnya 50% kelegaan kepada rasa sakit. Ini bermakna suntikan nucleoplasty ini merupakan alternatif kepada rawatan pembedahan konvensional seperti laminectomy atau Discectomy.
  1. Kesakitan belakang yang turun kekaki itu mistilah disahkan disebabkan oleh cakera tergelincir dan begitu juga dengan lapisan yang terlibat. Ini adalah kerana banyak sebab klinikal lain yang boleh memberikan gejala yang serupa. Ini biasanya dapat dibuktikan dengan siasatan   MRI tulang belakang. 
  1. Ketinggian cakera mistilah tidak kurang dari 75% daripada ketinggian normal supaya  proses suntikan kedalam cakera dapat dilakukan dengan mudah.
  1. Tiada bukti menunjukkan cakera telah pecah.


3 comments:

  1. salam doktor, saya baru sahaja menjalalani MRI dan xray. dan disahkan slip dics di L5S1 dengan siptom scitica,,doktor brkenaan terus menyarankan open surgery atau nucleoplasty tanpa menyarankan kaedah konservatis seperi guna steroid atau physio...kesakitan ini juga kadang2 berlaku..saya tertarik dengan kaedah radifrekuensi yg dinyatkan doktor,,,berapakha kos untuk rawatan dan bagaimanma untuk mendaptkan rawatan di husm, teriam kasih doktor kerana blog ini banyk membantu..

    ReplyDelete
  2. call sy direct utk buat appoinment..013-9803389

    ReplyDelete
  3. Salam doctor...sy ada membuat procedur nucleoplasty nie last year...and now sy dh start semula sakit belakang..benarkah procedur nie ada jangka masa tertentu??

    ReplyDelete