Sunday, April 14, 2013

Rawatan Sakit Tulang Belakang (fakta yang anda perlu tahu)

Sakit tulang belakang yang kronik samada dipinggang atau ditengkok merupakan kesakitan yang sering dialami oleh ramai orang .Tidak kira orang muda atau tua semuanya terdedah kepada penyakit ini. Penyebab sakit tulang belakang ada berbagai, kebanyakknya disebabkan oleh proses penuaan yang melibatkan cakera yang lemah, arthritis sendi faset, lubang tulang belakang yang tersumbat (spinal stenosis) dan juga osteoporosis. Disebabkan tulang belakang melibatkan saraf tunjang maka ramai orang menjadi bimbang jika sakit belakang mereka akan menjadi serious dan bakal  menyebabkan kelumpuhan dan kecacatan. Ramai yang runsing jika kesakitan akan menjadi kronik seumur hidup dan menjejaskan fungsi harian samada bersama keluarga, aktiviti sosial dan juga tugasan di tempat kerja. Atas alasan itu jugalah ramai pesakit rasa takut untuk menjalani pembedahan tulang belakang.
Hari ini saya akan membincangkan penyakit cakera tergelincir dan spinal stenosis, iaitu dua jenis kesakitan tulang belakang yang paling popular di mana kaedah rawatan suntikan epidural selalu dilakukan sebagai opsion kepada pembedahan. Saya akan menyentuh tentang fakta rawatan suntikan epidural steroid ataupun epidurolisis dan juga masalah salah faham yang selalu berlaku dikalangan pesakit.


Penyakit spinal stenosis tulang belakang yang boleh dirawat dengan suntikan epidurolisis


Suntikan epidural steroid dan epidurolisis

Rawatan ini diberikan kepada pesakit yang mengalami cakera tergelincir ataupun spinal stenosis. Suntikan epidural steroid bertujuan mengurangkan bengkak dan keradangan yang berlaku pada akar saraf yang tersepit. Manakala epidurolisis bertujuan untuk  membaik pulih ruang epidural dengan cara melarutkan parut yang terbentuk dalam ruang epidural. Dengan ini akar saraf yang tersepit akan dapat kelegaan dan tidak lagi sakit. 
Dalam kebanyakan kes jika rasa sakit menjadi masalah utama, maka  keberkesanan teknik suntikan epidural dan epidurolisis ini amat tinggi. Tapi jika kelumpuhan menjadi masalah urtama keberkesanannya agak kurang. Kebanyakn pesakit dinasihatkan supaya terus menjalani pembedahan jika tanda –tanda kelumpuhan sudah mula berlaku.
Kerana kerosakan saraf yang tersepit akan dimenifestasikan dengan kesakitan dan kebas terlebih dahulu sebelum beransur kepada gejala kelumpuhan dan masalah buang air kecil dan besar (sindrom kauda ekuina). Jika berlaku kelumpuhan mendadak atau berlaku gejala kauda ekuina, ia memberi amaran bahawa kerosakan saraf berada pada peringkat serious dan pembedahan perlu dilakukan segera.Kerosakan saraf jika berlaku akan bersifat kekal dan tidak akan sembuh semula.Jadi pesakit tidak akan sembuh dari kelumpuhan yang dialaminya.
Selain dari itu faktor masa juga memainkan peranan penting. Lebih lama penyakit cakera tergelincir atau spinal stenosis yang dialami, maka makin sukar untuk sembuh dengan rawatan suntikan epidural/epiduroplasti ini.Statistik menunjukkan suntikan epidural yang dilakukan pada satu bulan pertama menjanjikan penyembuhan hingga 90%.
Bila merawat pesakit saya secara suntikan epidural, biasanya saya boleh memberi anggaran kasar peratus keberkesanan yang bakal dicapai. Ini kerana dari pemeriksaan saya akan dapat mengagak kadar keterukan penyakit cakera tergelincir dan spinal stenosis tersebut. Hakikatnya keterukan kesakitan yang dialami dan keberkesanan rawatan suntikan selalunya tidak selari dengan lapuran MRI. Ramai pesakit saya sembuh walaupun lapuran MRI mereka nampaknya amat menakutkan. Jadi jika doktor memutus kan untuk melakukan pembedahan berdasarkan MRI sahaja, itu satu kesilapan yang besar.

Suntikan epidural steroid untuk rawatan cakera tergelincir


Kebimbangan untuk rawatan pembedahan

Walaupun kaedah suntikan epidural dan epidurolysis  mamapu merawat kebanyakan pesakit  dari dua punca diatas, tapi masih ada 10-20% pesakit  yang gagal. Mereka yang gagal dirawat secara suntikan akan seterusnya akan dicadangkan rawatan cara pembedahan. Ramai orang takut untuk menghadapi  pembedahan tulang belakang kerana takut akan komplikasi yang lebih teruk(kelumpuhan). Perlu diingatkan disini bahawa kejayaan suntikan epidural untuk cakera tergelincir atau spinal stenosis lebih  ketara jika dilakukan pada peringkat awal dan pertengahan. Dengan kata lain suntikan ini mungkin kurang berkesan jika mereka diperingkat yang teruk. Sebab itu pesakit memberi respon pada suntikan yang berbeza walaupun mengalami masalah tulang belakang yang sama.Malah mengikut amalan klinikal yang standard, kegagalan rawatan suntikan merupakan indikasi pembedahan tulang belakang yang misti dilakukan. Kegagalan melakukan pembedahan akan menyebabkan kelumpuhan yang serius dan kekal.
Kebimbangan ini kadang-kadang sampai diperingkat melampau dimana pesakit tidak mahu mendengar lagi saranan doktor untuk dilakukan pembedahan. Ramai pesakit saya menolak rawatan pembedahan walaupun saya menegaskan rawatan suntikan akan memberi peluang sembuh yang tipis. Ini berlaku setelah mereka melihat beberapa contoh pesakit lain yang tidak sembuh atau semakin teruk setelah menjalani pemvbedahan tulang belakang. Mereka merujuk kepada pesakit yang terdiri dari saudara mara, jiran ataupun kawan-kawan mereka yang terdahulu melakukan pembedahan tulang belakang. Komplikasi yang dilihat seperti kelumpuhan, kesakitan yang berganda , ketidakupayaan selalunya amat ketara dan menjejaskan kehidupan mereka. Walaupun hakikat kegagalan pembedahan tulang belakang menjangkau 10-40%  tapi, dari sudut positifnya masih 60-90% pesakit masih berpeluang sembuh melalui teknik pembedahan.
Untuk pesakit yang menghidapi masalah cakera tergelincir dan spinal stenosis dan berminat menjalani rawatan suntikan epidural atau epidurolisis, saya ingin mencadangkan beberapa saranan yang berguna untuk anda;
  1. Anda dinasihatkan melakukan rawatan suntikan ini secepat mungkin.Lagi awal rawatan dilakukan, makin tinggi peluang untuk sembuh.
  2. Jika anda sudah berusia dan juga mengalami banyak masalah kesihatan lain seperti darah tinggi , kencing manis atau sakit jantung, maka rawatan suntikan mungkin menjadi pilihan anda yang utama kerana komplikasi pembedahan adalah terlalu tinggi dan serius.
  3. Tidak salah mencuba kaedah rawatan suntikan epidural/epidurolisis walaupun diperingkat yang kritikal. Ini terbukti ada pesakit yang berpeluang sembuh setelah menjalani rawatan ini.Dengan syarat anda juga bersedia untuk rawatan pembedahan.
  4. Jika anda gagal mendapatkan kelegaan setelah menjalani rawatan suntikan epidural/epidurolysis anda perlu bersedia untuk menjalani rawatan pembedahan. Ini amat penting bagi mereka yang ditahap serius/kritikal.
  5. Suntikan epidural/epidurolisis dan ubat makan bukan segalanya dalam merawat sakit tulang belakang yang kronik. Ada senaman yang khusus untuk cakera tergelincir dan spinal stenosis  yang perlu anda lakukan secara berkala sebagai sebahagian strategi rawatan multimodal untuk kesakitan kronik.
  6. Rawatan suntikan suntikan epidural/epidurolisis ini mampu menyembuhkan kebanyakan  pesakit walaupun ianya tidak berlaku pada semua pesakit .

Kajian Kes

Seorang pesara berumur 60 tahun mengalami sakit tengkok yang kronik. Sakit seperti mencucuk dan kejang dirasai menjalar turun pada kedua-dua lengan dan jari manis dan kelingkingnya. Selain dari itu, beliau juga menghidapi sakit darah tinggi dan penyakit jantung iskemia. Pembedahan pintasan jantung koronari telah dilakukan 2 tahun yang lalu. Beliau sukar tidur malam disebabkan oleh sakit yang alami tidak dapat di kawal dengan ubat penahan sakit biasa.
Beliau telah di rawat oleh seorang doktor pakar orthopedik swasta di Kuala Lumpur. Berdasarkan MRI dan CT Scan, diagnosis spinal stenosis tulang tengkok telah dibuat. Seterusnya pembedahan pada tulang tengkoknya telah dicadangkan. Memandangkan resiko pembedahan yang besar maka beliau memutuskan untuk mencuba suntikan epiduroplasti setelah  mendapat maklumat melalui akhbar Harian Metro.
Saya telah merawat beliau dengan melakukan teknik suntikan epiduroplasti pada lehernya. Syukur pesakit ini telah sembuh sepenuhnya keesokan harinya tanpa perlu melakukan pembedahan. Malah pesakit mampu memandu keretanya pulang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dengan selesa.

31 comments:

  1. Salam doktor.saya perlukan nasihat doktor.saya mengalami disk bulged di L5 dan S1..apakah rawatan yang sesuai? Kalau kene bedah brapakah peratusan sembuh? Ini no fon saya 0137808853

    ReplyDelete
  2. Salam doktor. Saya mengalami sakit belakang. Sehingga seluruh kaki rasa lenguh dan x mampu bekerja. Apa cadangan doktor utk langkah permulaan.

    ReplyDelete
  3. Saya didapati hamagioma at T12 dan small tarlov cyst at s2/s3 sehingga terasa amat sakit apabila tidur malam. Keadaannya berkurangan apabila waktu siang dimana saya bekerja dan bergerak.Apakah jenis pembedahan dan bagaimanakah risikonya?pls email saya di yantoliban1@gmil.com...

    ReplyDelete
  4. As salam doktor saya mengalami sakit tulang belakanh d bahagian tengkok dan pinggang..dan d bahagian pinggang terasa sakit sampai ke pergelangan kaki kanan..kebas tk terasa lah..dan sakit d bahagian tengkok terasa sampai kepala selalu sakit..apakah kaedah rawatan yg terbaik tuk merawat sakit tulang blakang saya ni

    ReplyDelete
  5. Ni number hp saya doktor..0128184624 kalo blh sms apa kaedah rawatan yg berkesan

    ReplyDelete
  6. salam doktor..
    saya mengalami sakit belakang yang agak teruk lepas bersalin...
    sejarahnya saya pernah accident pada 2009..
    2012 saya bersalin..
    lepas bersalin, klu baring sangat susah nak bangun dan sangat sakit pinggang..
    85 ari lepas pantang, saya terlupa dan terangkat stroller anak saya yang beratnya 8kg..dan bunyi meletup sket.
    effectnya smpai sekarang saya sakit pinggang..kdg2 lenguh sebelah, kdg2 lenguh dua2..
    duduk lama sakit, berdiri lama sakit, jalan banyak sket cepat lenguh n saya seolah2 x larat nak wat keja banyak kerana cepat letih..
    adakah ni tanda2 spinal stenosis?
    untuk makluman, saya dalam proses fisioterapi selama 3 bulan dan bulan 9 akan kena xray utk kali ke 2.
    xray 1 menunjukkan tulang antara tulang punggung dan tulang belakang 3 dr bawah dalam kedudukan xsama.
    mohon nasihat doktor..email saya:aisma_902@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya sakit yang beralih-alih ni berkaitan dengan sakit urat. apa kata en/cik/pn aishah cuba rawatan tradisional melalui pil urat, berkesan untuk sakit pinggang & sakit nak berdiri tu. boleh baca psl pil urat di http://pilurat.blogspot.com/

      Delete
  7. Salam Dr.
    Saya mengalami slipped disk sejak 3 tahun dulu dan semakin serius sekarang lebih2 lagi mengalami sakit saraf di kaki akibat penyakit kencing manis. Adakah suntikan epidural sama dengan suntikan radiofrequncy. Jika berbeza yang manakah rawatan yang lebih baik-0199839915

    ReplyDelete
    Replies
    1. rawatan moden memakan kos yang agak mahal. ada pesakit hampir dibedah tapi sembuh lepas makan pil urat. lagipun kos rawatan tradisional ni lebih murah tetapi sangat berkesan. boleh cuba jika en/cik/pn mahu. psl pil urat ni boleh baca kat http://pilurat.blogspot.com/

      Delete
  8. Najib
    Salam dr,saya sakit tulang belakang dari tahun 2008.mri menunjukkan saya sakit C3,C4.L1,L2,L3,L4,L5,S1.penyakit saya makin serius.kaki dan tangan saya selalu kekejangan.bila berjalan kaki saya tak larat nak bgerak,pgerakan kaki makin kurang.doktor memberitahu saya menjalani pembedahan selepas raya.masalahnya skrg saya takut hendak menjalani pembedahan.peratus pembedahan 50-50.adakah kaedah rawatan lain selain menjalani pembedahan,no hp saya 0123674308

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  9. Salam Dr.
    Saya baru saje mengalami penyakit tulang blkg diantara L1 dn L2...ada sedikit kesan terkoyak pada disc tersebut.... Setelah dikesan melalui ujian MRI.... Berapa lama proses utk baik sepenuhnyer?.... Ubat atau pil ataupun vitamin apa yg sesuai utk sy?? Baru sebulan sakit dn sedang melakukn fisio....

    ReplyDelete
  10. saya pernah jatuh tangga dua ke tiga kali lama dahulu..kadang kadang tulang belakang ni rasa sakit kalau ditekan..dua
    tiga hari ni sakit pulak dekat tulang pinggul ni..adakah saya perlu buat mri atau ct scan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga mengalami keadaan serupa... Sakit di kawasan tulang pinggul. Nyilu dan susah untuk bangun bila duduk dalam masa 5 hingga 10 minit. Apa pandangan doktor...

      Delete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Saya ada masalah urat tersepit pada tulang belakang mengakibatkan kaki saya sakit.. mcm mna saya nak atasinya..

    ReplyDelete
  13. kalau dua jari kaki kiri or kanan kebas ,tu tanda sakit tulang belakang ker?

    ReplyDelete
  14. Sye mengalami sakit di Right L4,L5 doktor syorkan buat pembedahan selepas tgk laporan MRI.. whatsapp sye doktor ape sye perlu buat. 0176767223

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum... doktor...blh beri pandangan... minggu lps sy sakit belakang di bhgian pinggang/pinggul sehingga x mmpu bergerak. Sakit mcm kn renjatan elektrik. 3 hr x blh jln. Sblmnye terasa sedikit kebas seluruh bhgian kiri badan. Pernah kena skt mcm ni 4,5 thn lps. Tp pulih. Skrg masih skt dn blm blh jln sprti normal. Dktr hsptl krjn ckp ; awak sihat je. Xde pape pn; png jg. Dia cuma buat x ray dan bg ubt thn skt. X prnh buat mri.blh beri cadangan dan anggaran kos rawatan x? Blh whatsp sy di no 0177227159... trm ksh

    ReplyDelete
  16. hmm dotor masih tidak memberi jawapan pada soalan yg saya ajukan pada jun 2013.harap doktor lebih peka.tq

    ReplyDelete
  17. Salam Dr, ibu saaya mengalamni sakit kaki yg teramat sgt sehingga dia tidak boleh duduk/berjalan lama. Selepas pemeriksaan MRI, Dr memberitahu terdapat saraf tersepit di tulang pinggul dan rawatan yang dicadangkan adalah fisioterapi. adakah cara tersebut boleh menyembuhkan sakit ibu saya?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum dr saya telah membuat Mri dr dapati tulang L3 & L4 saya gel sudah kering ini membuatkan saya mengalami kesakitan kebas kedua kaki dan ada ketikanya tak bermaya ytk berjalan.
    Saya telah di suntik utk masukkan gel tapi tak sampai sebulan kesakitan kembali balik seperti dulu.
    Apakah nasihat dr dlm hal ini.
    No tel saya 0195589560 zul.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum dr saya telah membuat Mri dr dapati tulang L3 & L4 saya gel sudah kering ini membuatkan saya mengalami kesakitan kebas kedua kaki dan ada ketikanya tak bermaya ytk berjalan.
    Saya telah di suntik utk masukkan gel tapi tak sampai sebulan kesakitan kembali balik seperti dulu.
    Apakah nasihat dr dlm hal ini.
    No tel saya 0195589560 zul.

    ReplyDelete
  20. Assalam, doctor saya mengalami sakit pinggang dan kejang di bhg pinggang sahaja. Kejang ini terlalu kerap menyebabkn saya sakit di bhg pingang bila duduk berdiri dan berbaring. Bila kejang saya terpaksa berbaring, bila kejang ketika berdiri kesannye terlalu sakit. Saya terlantar dihukm cheras selama 17 hari..setelah melalui pemeriksaan mri...ct scan..ultra sound..kamera melalui dubur dan mulut..setelah perbincangan antara doctor..saya dibenarkn pulang setelah dibekalkn ubt tahan sakit ubt saraf dan vitamin saraf dan gel fastum gel. Apa kh nasihat dr dlm hal ini. No hp saya 0176670432 rahman.

    ReplyDelete
  21. Salam dr. Sy nak tanya. Sy mengalami sakit tulang belakang bhgian bawah. Sakit ni tjadi lepas sy mengangkat brg2 berat. Sy hanya ambil pain killer shj. Lebih smggu masih rse sakit. Duduk pn tk bleh lama2, akn rse sakit. Perlu ke buat mri atau ct scan? No hp sy 01111155056. Tq

    ReplyDelete
  22. Video yang menarik. Terima kasih untuk maklumat. Kami dari wong medical centre menggunakan lima kaedah untuk masalah sakit belakang yang merupakan gabungan ubat herba, akupunktur, infrared (cahaya panas ), Urut (neuroflectic), MRT dan Orthorectic. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di +60124520077 .

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum doc. sy sudah menderita sakit slip disc dibahagian L4 dan L5 dan tulang bengkok selama dekat 11tahun. sy juga pernah menjalani suntikan di seberang jaya beberapa tahun y lepas namun sakit sy datang semula. selepas itu sy dimasukkan semula kedalam hospital dan selepas sy mengadu setiap hari sy menderita sakit dibahagian tengkuk bahu sendi sendi dan lutut , doc suruh buat MRI dan kata tulang tengkuk sy bengkok dan menghimpit saraf sy. sy takut nak operate doc. adakah cara lain y boleh dilakukan selain operation dan injection?

    ReplyDelete