Thursday, April 18, 2013


Sakit Sindrom Myofascia 
(Sakit otot yang mimik penyakit serius yang lain)

Sakit sindrom myofascia (myofascial pain syndrome) adalah merujuk kepada kesakitan kronik melibatkan otot rangka dan fasia (tisu perantara). Rasa sakit biasanya melibatkan sekumpulan dua –tiga otot yang berdekatan dan  sangat sakit apabila dipicit. Kesakitan kronik ini boleh berlaku dimana-mana  bahagian badan tapi tempat biasa adalah seperti otot leher, otot belakang, pinggang, punggung dan dada.

Kenapa penyakit sindrome myofascia perlu anda tahu? Ini adalah kerana penyakit boleh menyebabkan berbagai gejala klinikal yang pelik. Salah satu gejala utamanya ialah ia mampu menyerupai penyakit serius yang lain. Salah faham selalu berlaku dikalangan pesakit dan juga para doktor. Anda perlu baca artikel seterusnya untuk lebih tahu tentang penyakit ini.

Anda mungkin pernah mengalami kesakitan otot yang kronik. Ada dikalangan anda telah mencuba  mendapatkan rawatan dari tukang urut. Jika tukang urut berkata ada “ketulan” pada otot anda yang amat sakit bila dipicit, anda berkemungkinan mengalami kesakitan sindrom myofascia ini.

Kajian diseluruh dunia mendapati prevalen  penyakit amat agak tinggi iaitu 20-90 peratus dikalangan pesakit yang mengalami gejali sakit otot dan tulang. Dalam kajian yang dilakukan di HUSM baru-baru ini, prevalen penyakit ini dikalangan mengidap kesakitan tulang belakang yang kronik adalah 63 peratus. Manakala bagi pengidap sakit belakang pinggang yang kronik prevalen penyakit sindrom myofascia ini adalah 37 peratus.

Ianya dinamakan satu “sindrom” kerana diagnosisnya dibuat berdasarkan koleksi gejala klinikal seperti;
·         Sakit pada satu kumpulan otot yang agak lama/kronik.
·         Terdapat tempat spesifik dalam otot yang amat sakit bila ditekan dengan jari (trigger point). Pesakit sendiri dapat mencari dan menemukan tempat yang sakit ini. Anda akan “terlompat” jika tempat ini dipicit/ditekan.
·         Terdapat ketulan dalam otot yang dapat dirasai dengan jari(taut band)
·         Bila tempat sakit ditekan, sakit dirasai menjalar ke tempat lain (pain radiation).Contohnya bila otot leher ditekan dengan jari sakit dirasai naik ke kepala dan pening.
·         Limitasi dalam julat pergerakan otot (reduced range of movement)
·         Otot rasa lemah dan tidak bertenaga.
·         Ubat sakit urat ( postan, voltaren celebrex) tidak berkesan.

Apa penyebab utama kesakitan sindrom myofascia ini?

  1. Menggunakan atau menggerakkan otot yang sama berulangkali dan lama. Ini akan menyebabkan kecederaan otot mikroskopik berkali-kali secara kronik. Seperti kerani yang sakit pada otot bahu dan leher kerana perlu mengangkat bahu berjam-jam  semasa menulis.
  2. Masalah perubatan yang sedia ada seperti penyakit hypothyroid, kencing manis, kekurangan darah merah.
  3. Tidak bergerak dalam jangka masa lama.
  4. Menggunakan otot melebihi hadnya (overused).Ini juga akan menyebabkan kecederaan pada otot.
  5. Disebabkan oleh kecederaan lain (secondary) seperti slip disc, sakit sendi facet tulang belakang atau tengkok, kepatahan dan sebagainya.

Kenapa kesakitan ini perlu diberi perhatian khusus?

Selain rasa sakit yang menjejaskan pergerakan, sindrom ini juga akan menjejaskan produktiviti dan menjejaskan kehidupan. Insiden penyakit ini amat tinggi terutama di era zaman moden ini. Ini adalah kerana kemodenan dan kemajuan telah menyebabkan skop kerja  dan permainan  manusia menjadi amat khusus (specialized). Pengkhususan akan menyebabkan hanya sebilangan kecil otot dan anggota badan untuk bekerja atau bermain.Ini akan terdedah kepada kecederaan pada otot berkenaan jika digunakan secara melampau.

Contohnya doktor gigi dan pengacara computer akan menghidap sindrom myofascia pada otot bahu dan leher. Atlit sukan base ball akan mengidap sindrom myofascia yang melibatkan otot bahu dan belikat. Malangnya gejala klinikal ini kurang dikenalpasti di kalangan doktor yang merawat kerana kurang pengetahuan dikalangan mereka.

Salah satu gejala utama penyakit ini ialah sakit yang dirasai  menjalar ketempat lain jika dipicit. Ini boleh menyebabkan kesilapan  diagnosis klinikal oleh doktor jika kurang arif dengan sindrom ini.
Contohnya sakit pada otot piriformis dibahagian punggung boleh merupai sakit slip dic tulang belakang kerana sakit dirasai berpunca dari pinggang dan menjalar turun kekaki. Akibatnya pembedahan tulang belakang dilaku hanyalah sia-sia.

Contoh lain, Sakit sindrom myofascia otot scalene pada leher boleh menyerupai sakit slip disc pada leher kerana sakit dirasai bermula dari tengkok dan menjalar ke tangan/jari. Jari juga kadang –kadang akan rasa kebas. Sakit yang menjalar (pain radiation) dalam  sindrom myofascia ini seolah menyerupai/mimik sakit akar saraf  yang berpunca dari slip disc tulang belakang ( nerve root pain).

Kesakitan dari sindrom myofascia otot leher boleh menyerupai kesakitan berpunca dari slipped disc tulang leher.

Contoh lain, sakit sindrom myofascia otot subscapularis  dalam tulang belikat boleh menyerupai sakit jantung kerana pesakit akan merasa sakit dada dan sesak nafas.

Pesakit yang menghidapi sakit sindrom myofascia pada otot leher mungkin akan mengalami gejala pening dan pitam. Kadang-kadang penglihatan akan jadi kabur. Ada pesakit yang memberi gejala mudah sendawa dan loya. Semua gejala ini boleh di aktifkan semula jika otot tertentu di picit pada leher pesakit berkenaan.Gejala-gejala biasa ini boleh menyebabkan kesilapan dalam  diagnosis penyakit dan selalu menyebabkan rawatan pesakit tersasar jika dirawat oleh doktor yang tidak tahu pasal sakit sindrom myofascia ini.

Sakit otot berpunca dari sindrom myofascia pada otot  punggung mampu mimik sakit berpunca dari slipped disc tulang belakang.

Contoh-contoh gejala yang disebutkan diatas telah banyak saya temui dan rawat di klinik rawatan sakit kronik, HUSM. Banyak juga dikalangan pesakit yang dapat mengelak dari pembedahan yang tidak sepatutnya setelah berjumpa saya. Bagi saya kemampuan untuk membuat diagnosis sindrom myofascia ini memberi rahmat besar kepada ramai pesakit yang mengalami kesakitan kronik.

Kenapa pengetahuan sindrom myofascia ini amat kurang?

Kerana sindrom myofascia  ini pada asalnya dipelopori oleh para pengamal perubatan alternatif kiropraktor Amerika syarikat. Kemudian teori ini telah diterima dan di guna pakai oleh pakar perubatan moden. Di Amerika syarikat, kesakitan dari sindrom myofascia ini telah lama diiktiraf dan diajar disekolah perubatan. Di Malaysia, malangnya pengetahuan kesakitan sindrom myofascia ini amat berkurangan.

Apakah rawatan untuk penyakit sindrom myofascia  ini?

  1. Senaman regangan dan kekuatan pada otot. Senaman ini mampu untuk meleraikan gumpalam otot yang menjadi punca kepada kesakitan yang dialami. Pesakit perlu belajar cara yang betul  dari jurupulih anggota dan komited lakukannya secara  bekala dirumah.
  2. Rawatan physical seperti tuam dengan hot pack, teknik ultrasound atau short wave , tidur atas tilam panas (boleh dibeli di farmasi atau agensi jualan lansung) dan sebagainya. Tujuannya ialah untuk meningkatkan pengaliran darah setempat, dengan ini banyak oksigen dan zat dapat dibekalkan dan banyak toksin dapat di keluarkan.
  3. Suntikan pada tempat yang sakit. (trigger point injection). Teknik ini mampu menghilangkan sakit secara sertamerta. Suntikan boleh dilakukan dengan ubat bius , air atau tanpa apa-apa ubat (dry needling).
  4. Mengubah suai posisi,  jangkamasa  dan kaedah melakukan kerja harian. Tabiat kita yang tidak sihat juga boleh membawa kecederaan otot.  Semuanya perlu di ubah untuk mengelak sakit ini tidak berulang.
  5. Tidur yang nyenyak.
  6. Ubatan. Ubat sakit urat (NSAID) seperti voltaren dan postan selalunya tidak akan berkesan.Ubat yang diperlukan selalunya yang bertindak pada system saraf pusat seperti,  tramadol, ultracet dan oxycontin.
  7. Kefahaman yang betul tentang penyakit dan gejalanya. Ini penting kerana syndrome ini agak sukar di rawat jika pesakit tidak memberi kerjasama. Gejala yang berterusan yang mimik penyakit serius yang lain membuatkan pesakit rasa tidak puas hati. Inilah peranan yang patut dimainkan oleh doktor yang merawat. 


Suntikan ubat bius pada otot yang sakit mampu melegakan kesakitan dengan serta merta.

14 comments:

  1. Salam Dr..Sy berusia 30 tahun,sudah berkahwin dan belum dikurniakan zuriat. baru2 ini semasa membongkok saya rasa tulang belakang berbunyi (meletop). saya telah dimasukkan ke hospital akibat sakit yg melampau. setelah buat xray dan ct scan, doc mengatakan otot tulang belakang bengkak. namun begitu, sehingga kini saya masih lg tidak mampu duduk dengan lama, berdiri mahupun baring dengan betul (terpaksa tidur mengiring berselang seli).saya telah diberi ubat tahan sakit (celebrex) tetapi tidak berkesan.untuk pengetahuan doc, saya juga ada mempunyai masalah endometriosis dan hasil pemeriksaan yg lebih details doc mengatakan usus dan rahim saya melekat. adakah ia saling berkaitan dan apakah rawatan yang perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
  2. salam..sy berusia 22 thn..sy sering sakit di bhgian tulang belikat..tulang belakang...bahu..tengkuk..n rse tgn kebas...bila kwn sy picit tengkuk...sy rse pening n loya...sy pernah pergi urut...pas urut,,rse lega..but...skjp je...xsmp 1 minggu skit dtg blik..sejak sy belajar..sy de gejala..ni..harap boleh bantu..=)

    ReplyDelete
  3. salam dr...hampir seminggu lepas saya mengalami 'salah bantal' selepas terjaga dari tidur....saya mengurut sendiri dgn balm otot dan menelan panadol muscular tetapi hari ini kesakitan saya semakin menjadi-jadi....sy sekarang sedang bercuti dan keadaan ini mengganggu aktiviti saya bersama keluarga...adakah saya berkemungkinan mengalami sindrom seperti yang dr nyatakan diatas? apa penawar paling cepat?

    ReplyDelete
  4. Salam..sy mgalami sakit otot lengan dan bahu yg amat teruk..terlalu sukar utk buat kerja2 rmh dan lain2.adakah sy mgalami sindrom myofascia?

    ReplyDelete
  5. Salam. Saya rasa ni la penyakit saya selama ni. Boleh saya dapatkan fon numb dr utk bertanya atau buat treatment

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Dr., saya mempunyai hampir kesemua simptom di atas di sebelah kiri badan saya. Dr diagnos saya menghadapi masalah frozen shoulder. rawatan sekarang ialah fisioterapi leher dan hot pack.tetapi semakin lama saya dapati sakit merebak ke bahangian belakang dan pinggang. kadang -kadang terasa sakit dada terutama semasa bersin dan menguap. apa nasihat dr.?

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum... dr sy sekarang ni ada sakit leher dan belakang dah buat mri dan fisio...masalah sy sekarang sy mengalami sakit dada yg mengcengkam sebelah rusuk kiri...dan ia boleh berubah2 kadang di atas kadang ditengah..dan dada sy terasa sgt penat walau sy berehat skali pun....dah buat xray dan scan pada dada tapi dr cakap jantung dan paru2 sy ok...adakah kerna saraf leher sakit boleh merebak ke dada?kekadang sy rasa mual muntah dan pandangan x stabil...harap dpt pencerahan dari dr tq

    ReplyDelete
  8. Salam. sejak kebelakangan ini saya rasa saya semakin sibuk. Byk aktiviti terpaksa dilakukan di sekolah di smping2 kerja2 perkeranian. Akibatnya saya sering sakit `urat` dan terasa agak terganggu dengan keadaan ini. Adakalanya rasa sakit di bhg belakang tapi apabila ditekan dgn jari sendiri akan `keluar angin`. Adakah biasa angin sembunyi di dalam urat ? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  9. Salam. sejak kebelakangan ini saya rasa saya semakin sibuk. Byk aktiviti terpaksa dilakukan di sekolah di smping2 kerja2 perkeranian. Akibatnya saya sering sakit `urat` dan terasa agak terganggu dengan keadaan ini. Adakalanya rasa sakit di bhg belakang tapi apabila ditekan dgn jari sendiri akan `keluar angin`. Adakah biasa angin sembunyi di dalam urat ? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  10. salam..sy ada di KPJ Perdana kota bharu..call/whatsapp sy utk appointment..0139803389

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum....saye nk brtanye....saye melakukan aktiviti senaman (cycling crunches) di rumah...sewaktu melakukan aktiviti ini peha kiri saye ade terasa macam meletop tapi tiada rase sakit...adakah ini perkara biasa bagi aktiviti ini...atau salah cara dlm senaman...mohon penjelasan..

    ReplyDelete
  12. Salam doc, sy izhar umor 30. Saya asa bengkak dikwsan sternum..
    Sy pergi klinik dan doktor bg tahu pnykit rawan tulang.. sy dah cuba ubat dexamethasone sjak dr tmpoh tersebut tapi ubat yg sy telan tidak.lagi.memberikan kesan untuk surutkan bengkak saya..
    Bengkak yg sy alami kurang dri setahun..
    Rasa mmg sakit dan saya telan ubat melonex utk hilangkan rasa sakit..
    Sy tidak kerap menelan ubat spt arahan setiap hari 2x smpai habis ubat
    Sy klu ad ksmptan hndak jmpa dktor tpi saya nak taHu brapa bayaran yg dknakan..

    ReplyDelete