Kesakitan kronik adalah satu “penyakit”
Kajian menunjukkan bahawa 30-40% daripada masyarakat kita mengalami
kesakitan kronik. Dan 40-80% daripada pesakit kronik ini gagal untuk mendapat
rawatan yang berkesan dan mereka hidup dalam sengsara dan bergantung hidup
dengan orang lain. Apakah yang dimaksudkan dengan kesakitan kronik dan kenapa
ianya sukar dirawat? Anda
perlu baca hingga ke akhir artikel ini untuk mencari jawapannya.
Definisi kesakitan ialah rasa yang tidak selesa daripada segi
rangsangan deria dan emosi yang berkait dengan kecederaan tisu dan boleh juga
berlaku tanpa kecederaan. Biasanya, kesakitan disebabkan kecederaan tisu nampak
dengan mata kasar, contohnya patah tulang kaki akibat kemalangan yang dikategorikan
sebagai kesakitan akut. Bagaimanapun, jika ia berlanjutan walaupun sudah
melepasi tempoh penyembuhan (lebih daripada tiga atau enam bulan) ia akan
menjadi kesakitan kronik. Mekanisma penyebab
kesakitan kini berbeza dan komplek. Rasa sakitnya pun berlainan jika
dibandingkan dengan sakit akut. Dalam situasi tertentu, ada kes kesakitan
kronik yang tidak disusuli dengan kecederaan pada pandangan mata kasar. Fizikal
seseorang itu kelihatan normal tetapi sebenarnya mereka dalam keadaan amat sakit.
Contohnya sakit muka yang dikenali sebagai Trigeminal
neuralgia. Oleh kerana ciri-ciri
kesakitan kronik ini agak pelik, kesakitan kronik sekarang ini dikategorikan
sebagai “penyakit” secara ekslusif dan tidak lagi sebagai symptom semata-mata.
Ini dipercayai disebabkan oleh perubahan biokimia dan morphology pada saraf
pusat (neuroplasticity) yang sukar difahami yang menyebabkan fungsi saraf menjadi diluar kawalan.
Sakit akut dan sakit kronik
Sakit boleh diklasifikasikan kepada dua jenis. Sakit akut dan
kronik. Klasifikasi ini amatlah penting kerana jenis kesakitan memerlukan
rawatan yang khusus dan berbeza. Kesakitan
akut (acute pain) di definasikan sebagai kesakitan yang baru terjadi (kurang
dari 3 bulan) dan selalunya dirasai melalui kecederaan. Sakit yang selalu dirasai
biasanya berdenyut dan pedih dan akan beransur hilang bila luka mula
sembuh.Contohnya sakit gigi, patah tulang , sakit selepas pembedahan dan
tersuliuh sendi. Kesakitan kronik (chronic pain) pula didefinasikan sebagai
sakit yang berterusan lebih dari enam bulan. Ianya mungkin bermula dengan sakit
akut tapi tempuh masa yang panjang lebih dari enam bulan menyebabkan ia
tergulung dalam kesakitan kronik. Sakit
masih lagi dirasai walaupun kesan luka dulu sudah sembuh. Kadang-kadang
intensity sakit itu tidak munasabah dengan size luka yang dialami. Pesakit akan
merasai symptom yang berbeza seperti
renjatan elektrik, mencucuk, panas, miang, “crampy” yang biasanya datang secara
spontan. Klasifikasi ini penting kerana fasa-fasa kesakitan ini mempunyai
strategi dan kaedah rawatan yang berbeza. Merawat kesakitan kronik adalah lebih
susah dan mencabar. Doktor pakar kesakitan kronik (pain specialist) biasanya
akan mencari diagnosis punca kesakitan kronik yang dialami secara tepat. Adakah
ianya berpunca dari sakit saraf atau keradangan? Adakah faktor psikologi
mengambil peranan dalam persepsi pesakit? Adakah sakit itu berpunca dari kanser
atau kecederaan?Adakah kesakitan itu berpunca dari fasia dan otot yang selalu
dianggap remeh oleh sebahagian pengamal
perubatan? Atau adakah ianya kombinasi dari punca-punca di atas? Diagnosis
kesakitan ini amatlah penting kerana tanpa diagnosis yang betul rawatan akan
tersasar. Malah diagnosis klinikal dan diagnosis sakit yang salah merupakan salah satu penyebab kepada peratus
pengidap kesakitan kronik yang tinggi. Ini
terjadi kerana sebahagian doktor mengambil sikap sambil lewa bahawa kononnya semua doktor boleh merawat symptom sakit. Oleh itu mereka mencuba berbagai jenis ubat
secara maksimum walaupun tanpa diagnosis dan rawatan yang tepat. Kajian yang telah dilakukan di Malaysia
20-30% daripada kes kesakitan kronik mempunyai diagnosis yang salah oleh doktor
yang merawatnya. Kesilapan diagnosis akan membawa kepada rawatan yang tidak
tepat. Kesannya pesakit akan kekal dalam kesakitan.
Tidak kira apa punca
kesakitan kronik anda hasilnya tetap sama iaitu rasa sakit yang
berpanjangan, ketidakupayaan atau keilyatan, kebergantungan, kurang
pruduktiviti dan kemurungan.
Mekanisma Kesakitan kronik adalah komplek.
Dari segi perubatan, kesakitan kronik telah diiktiraf sebagai satu
bentuk penyakit secara ekslusif. Tidak kira apa punca kesakitan anda, kegagalan
anda untuk mengawal kesakitan pada peringkat awal meyebabkan perubahan pada marfologi, kimia
dan fungsi yang komplek pada system saraf pusat menyebabkan kesakitan kronik
ini sukar dirawat.
Proses tindakbalas tubuh terhadap kesakitan yang mulanya bersifat
physiologi kini menjadi pathologi (penyakit) jika dibiarkan berlarutan. Proses
ini berlaku semulajadi dan diluar kawalan kita. Perubahan pada saraf ini akan
menghasilkan symptom yang konsisten iaitu kesakitan yang berpanjangan, keilyatan, kebergantungan,
ketidakupayan, kurang produktiviti, kemurungan dan sebagainya. Kesemua masalah yang bertimpa ini
akan sentiasa berganda seiring dengan masa berlalu jika tidak dibenteras. Secara
umumnya tidak kira apa punca kesakitan
kronik anda hasilnya tetap sama (rasa sakit, ketidakupayaan atau keilyatan, kebergantungan,
kurang pruduktiviti, kemurungan). Tidak kira samada
anda sakit kepala atau sakit belakang. Jika kesakitan anda berlarutan menjadi
kronik, anda berpotensi mendapat komplikasi diatas.
Tidak kira apa punca kesakitan anda, kesakitan kronik ini
sememangnya memusnahkan kehidupan anda. Anda kini tidak dapat melakukan
aktiviti kegemaran anda. Keseronokan hidup kini tiada lagi. Kesakitan yang
dirasai akan menghadkan pergerakan anda membuatkan anda lemah, gagal berfungsi
dan seakan-akan lumpuh. Kesudahannya anda terpaksa bergantung kepada orang
lain, tersisih dan kesaorangan. Anda tidak dapat berkerja dan produktiviti akan
menurun. Anda akan mengalami kesempitan hidup kerana tidak dapat bekerja untuk
wang. Kesakitan juga akan meyebabkan anda tidak dapat tidur lena dan ini akan
meletihkan anda. Tidur yang terganggu,
tubuh yang letih, berat badan semakin bertambah menyebabkan semangat anda menurun dan anda
akan mula merasa tertekan dan putus asa. Tambahan pula bila anda tidak dapat
berfungsi pada diri sendiri dan
keluarga, ini akan membawa kepada rasa tidak berguna dan seterusnya diikuti
dengan kemurungan (depression). Kesakitan kronik juga akan mengurangkan pergerakan anda. Ini menyebabkan
penyakit lain menyusul pada tubuh badan seperti kekakuan sendi, kudis tekanan,
otot yang kecut dan lemah, tulang rapuh, jangkitan pada pundi kencing dan
paru-paru. Ini akan menambah kesengasaraan yang anda hadapi. Keadaan anda akan
menjadi bertambah teruk dari hari kehari. Kesan sampingan ubat juga sedikit
sebanyak menyumbang kepada kesengsaraan anda. Hampir kesemua ubat yang
digunakan mempunyai kesan sampingan mengantuk, pening atau irritasi pada perut.
Sedangkan keupayaan ubat makan untuk mengawak kesakitan anda hanya lah 30-60
peratus sahaja.
Kesakitan yang anda rasai kini bukan saja
berpunca dari sakit tulang belakang (slip disc) sahaja tapi hasil dari jumlah
kesemua kesengsaraan yang lahir sebagai komplikasi dari kesakitan asal (sakit
belakang) dan juga kesan sampingan rawatan. Konsep ini penting kerana setiap
komponen komplikasi (kemurungan, ketidakupayaan dan sebagainya) berupaya untuk
menambah terukkan keadaan anda dalam bentuk rasa sakit dan kesengsaraan keseluruhan
(total pain) jika dibiaran masa berlalu tanpa rawatan.
Gejala –gejala lain sindrom kesakitan kronik:
•
Mengadu
sakit yang tidak pernah lega.
•
Mengadu
sakit yang pada beberapa tempat ditubuh badan.
•
Kesan
sampingan dari berbagai ubat yang digunakan ynag ketara.
•
Emosi
yang terganggu seperti marah, kemurungan dan kurang semangat atau motivasi.
•
Tidur yang terganggu.
•
Fizikal tubuh badan dan fungsi
yang makin merosot. Tubuh jadi lemah, kurang stamina dan flaksibel (physical
deconditioning).
•
Cemas dan cuba elakkan pergerakan yang akan
mengembalikan rasa sakit.
•
“Pain behavior”(suka berehat,
suka mencuri perhatian, suka bercakap pasal kesakitan yang dirasai).
•
Konflik keluarga dan
perkahwinan.
•
Berpindah dan berjumpa dengan
banyak doktor (doktor shopping).
•
Tidak mampu bekerja ataupun
mengalami kesukaran untuk mengekal prestasi ditempat kerja.
•
Kurang memahami masalah
kesakitan yang dialami.
•
Masalah kewangan dan isu
pampasan dengan syarikat insurans.
Peluang untuk sembuh
sentiasa ada jika anda mencuba.
Strategi rawatan kesakitan kronik berbagai (multimodal) dan di
jalankan serentak. Matlamatnya ialah mengurangkan rasa sakit sebanyak mungkin
dan kembali berfungsi (kembali bekerja). Strategi rawatan ialah merawat punca
asal dan semua komplikasi yang terlibat dalam kerangka bio-psiko-sosial. Anda mesti keluar daripada kitaran
permasalahan ini sebelum terlewat dan sukar dipulihkan. Setiap pesakit
mengharapkan penyembuhan secepat yang mungkin tetapi kebanyakkannya tidak mahu
turut serta secara aktif untuk merawat kesakitan mereka. Contohnya ramai orang
takut bersenam kerana takut akan menambah kesakitan yang sedia ada. Ada pesakit
hanya mengharapkan ubat ajaib dari pakar untuk menyelesaikan semua masalah
mereka. Ramai pesakit yang tidak mahu belajar dan cuba memahami tentang
kesakitan kronik mereka. Kenyataan di bawah agak ironik
tetapi berguna dalam menguruskan sakit kronik kronik. Memandangkan rawatan
kesakitan kronik ini rumit dan mencabar, oleh itu pesakit-pesakit yang
menghidap kesakitan kronik ini patutnya dirawat oleh doktor yang mempunyai
kepakaran khusus dalam bidang ini iaitu pakar kesakitan kronik atau “pain
specialist”. Kebolehan untuk mengawal kesakitan haruslah bermula
daripada dalam diri anda sendiri. Ini bermula dengan kefahaman yang betul
tentang kesakitan anda dan kerjasama yang anda berikan untuk turut sama dalam
program rawatan anda. Anda perlu faham bahawa rawatan kesakitan kronik adalah
bersifat aktif yang bermakna pesakit perlu mengambil bahagian dalam program
rawatan. Terdapat kaedah rawatan yang perlu dilakukan sendiri oleh pesakit
dirumah seperti senaman, mengurangkan berat badan, kepatuhan tentang ubat yang
diambil, rekod kesakitan yang perlu ditulis dan sebagainya.Setiap komponen mempunyai
peratus tertentu dalam menyembuhkan kesakitan dan kesengsaraan anda.Pesakit
perlu belajar tentang kesakitan kronik meraka. Doktor pakar kesakitan kronik
akan sedia membantu anda.