Wednesday, May 5, 2010

Testimoni dari singalautmetro.blogspot

RAWAT TANPA BEDAH DI HUSM KUBANG KERIAN
SHAH ALAM: Percayakah bahawa slip disc atau cakera gelincir di bahagian tulang belakang, tidak semestinya dibedah untuk merawatnya. Sebaliknya ia boleh dirawat menggunakan kaedah radiofrekuensi, iaitu menggunakan suntikan khas ke saraf yang mengalami kesakitan.Selama ini saya selalu diberitahu, kalau kita mengidap kecederaan tulang belakang, termasuk skoliosis (tulang bengkok) kita akan diarahkan berjumpa pakar ortopedik. Biasalah...doktor akan menyarankan pembedahan walaupun tiada jaminan ia akan selamat. Malah selama ini banyak kes pembedahan tulang belakang, menyebabkan pesakit semakin kronik, termasuk lumpuh.Pengalaman dirawat oleh pakar sakit kronik HUSM, Dr Nizar Abdul Jalil, membuka mata saya dan percaya, selama ini sesetengah pesakit tidak mendapat nasihat atau pandangan yang betul apabila berdepan kecederaan tulang belakang.Sikit-sikit bedah...sikit-sikit bedah. Kosnya pula, kalau di hospital swasta jangan kira. Saya pernah dihubungi seseorang yang mencadangkan saya dirawat di hospital swasta. Nak tahu kosnya? Gila...RM80,000.Saya bukan orang kaya. Bila bertanya banyak pendapat dan Allah temukan pakar sakit kronik HUSM, Dr Nizar Abdul Jalil, saya berasa seperti ada cahaya di hujung terowong hidup yang gelita selama ini. Dia buat kerja secara profesional. Tapi saya pelik, masih ada doktor memandang sinis usaha beliau sehingga bertanyakan kepada saya, boleh baik ke?Bila agaknya pertentangan pendapat antara doktor dari bidang berbeza akan berkesudahan? Apakah ada yang tersirat di sebalik pertentangan pendapat yang tersurat itu? Apakah ia melibatkan soal maruah, profesionalisme. Atau soal duit...Hakikatnya, bisa saraf saya telah tiada. Kalau mahu mengharapkan sembuh kerana pembedahan, saya sampai hari ini tak rasa yakin. Apa pun, Allah Maha Berkuasa.Anda yang mengidap kecederaan belakang dan telah menjejaskan saraf, saya cadangkan cuba dapatkan rawatan daripada Dr Nizar, di Hospital USM, di Kubang Kerian, Kelantan.

1 comment:

  1. Dr, layari MStar online hari ini 25.Jun.2010 berkenaan artikel rawatan tanpa bedah yang saya tulis sebagai testimoni tambahan. salam

    ReplyDelete