Thursday, May 27, 2010

Cerita kejayaan-kajian kes.

Kes 1.

Seorang pemuda berumur 22 tahun mengalami kesakitan belakang yang kronik berlanjutan walaupun selepas pembedahan cakera dilakukan.Malah kesakitannya semakin teruk selepas pembedahan dilakukan menyebabkan beliau terlantar dikatil.Beliau tidak dapat duduk atau berjalan kerana pergerakan akan menyebabkan otot belakangnya jadi kejang yang amat sangat. Beliau juga mengaku kekadang ada rasa sakit seperti “elektrik shock” yang menjalar turun ke kaki.Beliau amat bergantung kepada orang lain untuk menguruskan keperluan hariannya.
Beliau dimasukkan ke hospital HUSM untuk rawatan, melalui Harian Metro beliau dapat mengenali dan memohon untuk menerima rawatan dari saya. Setelah diperiksa saya dapati kesakitannya disebabkan oleh parut selepas pembedahan tulang belakang. Rawatan epiduroplasti telah dilakukan padanya. Keesokanya beliau merasai kelegaan yang besar. Skor sakitnya turun dari 8/10 kepada 3/10. Malah beliau boleh berdiri dan berjalan kebilik air tanpa dipimpin.Kegembiraan terserlah pada wajahnya.Beliau membuat keputusan yang betul.

Kes 2.

Seorang ahli perniagaan lelaki beusia 48 tahun mengalami sakit belakang yang kronik selama 3 bulan. Sakit belakangnya amat menyeksakan sehingga beliau terpaksa bongkok bila berjalan kerana kesakitan akan lebih teruk dalam posisi menegak. Malah beliau tidak boleh berbaring lama atau meluruskan kaki bila tidur dikatil. Beliau hanya boleh tidur malam hari dalam posisi duduk dikerusi.
Beliau telah dimasukkan ke hospital swasta (KPJ) di Kota Bharu untuk rawatan.Siasatan MRI menunjukkan beliau mengalami penyakit tulang belakang yang teruk yang dikenali sebagai Spinal Stenosis (tulang belakang yang tersumbat).Memandangkan beliau memilih rawatan tanpa pembedahan sebagai keutamaan, maka beliau telah dirujuk kepada saya. Rawatan epiduroplasti telah dilakukan yang mengambil masa hanya setengah jam. Dua hari selepas procedur dilakukan beliau merasa kelegaan yang ketara dari sakitnya sebelum ini. Beliau boleh bergerak bebas tanpa sekatan. “Satu nikmat kelegaan yang sudah lama ditunggu-tunnggu”. Katanya.

Kes 3.

Seorang surirumah berumur 40 tahun telah mengadu sakit pada otot bahu, belikat dan pening yang kronik hampit setahun lamanya. Pening yang dirasainya bermula dari belakang tengkok dan menjalar naik ubun kepala. Beliau juga memberi gejala kekejangan pada otot tengkok dan bahunya. Pergerakan leher dan bahu kanannya terbatas kerana ianya menambah kesakitan yang sedia ada. Tangan kanannya kadang-kadang dirasai seperti kebas-kebas dan kurang rasa.Beliau mengaku terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa memandu kereta 2 tahun yang lalu.

Ini menyebabkan fungsi sehariannya sebagai surirumah terjejas teruk. Beliau telah dirawat oleh seorang doktor pakar, MRI tulang tengkok telah dibuat dan didapati beliau mengalami penyakit artritis sendi facet. Setelah mencuba beberapa jenis ubat ,sakit nya tidak berkurangan. Beliau kemudiannya dirujuk pada pain specialist. Setelah diperiksa, beliau di kenalpasti mengalami penyakit artritis tulang tengkok (cervical facet joint arthritis) dan juga sindrom myofasia (myofascial pain syndrome) yang melibatkan otot leher, belikat dan bahunya.
Beliau telah dirawat dengan ubat penahan sakit (celebrex) dan suntikan radiofrekuensi pada sendi facet tengkoknya disusuli senaman regangan yang khusus untuk otot leher dan bahu yang terlibat.Semua gejala yang dihadapi termasuk pening, sakit tengkok dan bahu beransur hilang dalam masa dua minggu selepas rawatan.

Kes 4.

Seorang jururawat hospital berumur 35 tahun telah mengadu sakit bahu dan pening yang kronik hampit setahun lamanya. Pening yang dirasainya tepat terletak diubun kepala dan beliau telah mendefinasikan pening sebagai hanyut dan kadang kadang berdenyut . Beliau juga memberi gejala mudah gelap mata atau hampir pitam bila mengubah posisi badan. Gejala pening ini tidak disebabkan oleh ubat atau penyakit kencing manis atau darah tinggi.Tapi beliau mengaku terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa memandu kereta 2 tahun yang lalu.

Beliau juga memberi gejala kekejangan pada otot tengkok dan bahunya. Pergerakan leher dan bahu kanannya terbatas kerana ianya menambah kesakitan yang sedia ada. Tangan kanannya kadang-kadang dirasai seperti kebas-kebas dan kurang rasa.
Ini menyebabkan fungsi sehariannya sebagai surirumah dan jururawat terjejas teruk. Beliau telah dirawat oleh seorang doktor pakar, MRI tulang tengkok telah dibuat tapi tidak dapat mengenalpasti punca penyakit. Beliau kemudiannya dirujuk pada pain specialist. Setelah diperiksa, beliau di kenalpasti mengalami penyakit artritis tulang tengkok (cervical facet joint arthritis) dan juga sindrom myofasia (myofascial pain syndrome) yang melibatkan otot leher dan bahunya. Dua otot leher yang terlibat dalam sindrom myofasia ini ialah otot trapezius dan sternomastoid.

Beliau telah dirawat dengan ubat penahan sakit (celebrex) dan suntikan pada sendi facet tengkoknya sama seperti kes diatas. Suntikan (trigger point injection) juga diberikan pada ke dua otot yang mengidap sindrom myofasia tersebut disamping senaman regangan yang khusus untuk otot leher dan bahu yang terlibat.Semua gejala yang dihadapi termasuk pening, sakit tengkok dan bahu beransur hilang dalam masa dua minggu selepas rawatan.

No comments:

Post a Comment