Sunday, May 2, 2010

Kesakitan kronik (Chronic pain) -satu perkongsian pengalaman


Bagi anda yang mengalami kesakitan kronik, tidak kira apa puncanya, blog ini akan membantu anda memahami kesakitan anda mencari rawatan yang dinantikan selama ini.
Kesakitan kronik (sakit belakang ie pinggang atau tengkok) tidak membunuh anda, tapi ia membunuh kehidupan anda!
Anda tidak dapat berberak bebas, tidak mampu bekerja, tidak boleh buat apa yang anda suka sebelum ini, tidak mampu melakukan tanggungjawab anda, dan bergantung kepada orang lain. Semuanya kerana kesakitan yang mencengkam diri anda. Kehidupan anda kini sudah hilang dari diri anda...
Lebih teruk lagi, anda akan rasa sedih, kemurungan, rasa bersalah, sukat tidur dan banyak masalah interpersonal, keluarga dan tempat kerja akan timbul ekoran dari kesakitan kronik ini...
Anda telah mencuba berbagai rawatan moden, perubatan alternatif, bomoh, suppliment, physiotherapy, mesin yang mahal tapi kesakitan anda masih sama. Kenapa begitu...?
Jawapannya;
1.Kebanyakan doktor perubatan moden tidak mahir dalam merawat kesakitan kronik. Rawatan kesakitan kronik adalah satu disiplin baru dalam era perubatan moden (di Malaysia).
2.Diagnosis punca sakit yang salah bila bertemu doktor.Maka rawatannya tersasar.
3. Kebanyakan perubatan alternatif tidak dapat dibuktikan keberkesanannya secara saintifik.
Kenapa saya tulis blog ini?
Memberi peluang & harapan baru kepada sesiapa yang mengalami kesakitan kronik.Mereka biasanya tersisih dan di "campak" ke unit physiotherapi. Sedangkan rawatan yang berkesan ada disini. Lebih dari 75% dari pesakit yang menjalani rawatan di HUSM dapat di kurangkan kesakitan mereka dengan ketara. Mereka kini dapat kembali kepada kehidupan mereka.
Jadi kenapa anda perlu hidup dalam kesakitan?Kesakitan yang merampas segala kehidupan anda...!
Apakah rawatan yang kami lakukan?
Rawatan "Interventional Pain Management" iaitu kaedah suntikan khusus(lebih dari 100 jenis suntikan bergantung tentang jenis kesakitan anda). Kaedah ini merupakan satu cabang rawatan perubatan moden. Kaedah ini telah lama bertapak di negara maju seperti USA, Eropah, Australia dan Singapura.
Kami tidak melakukan pembedahan.... semuanya suntikan. Malah dalam kes tertentu kami boleh memberi alternatif/option rawatan suntikan kepada pembedahan tulang belakang ie kaedah nucleoplasty untuk slipped disc(cakera tergelincir).

5 comments:

  1. Salam doktor saya hafiz dari johor,saya sering sakit dibahagian urat belikat belkg badan,sakit itu turut menyebabkan tangan kiri saya rasa lemah dan juga bisa-bisa,leher saya juga selalu rasa lenguh dan penat.perut juga selalu rasa tidak selesa dibahagian perut.boleh dikatakn semua rasa sakit dan tdk selesa semuanya disebelah kiri badan.pada pendapat doktor apa punca dan sbb sakit sy ni?

    ReplyDelete
  2. Doktor, saya telah mengalami kesakitan di bahagian tengkuk,bahu,belikat dan belakang badan hampir 2 tahun.Cuma sejak 6 bulan ini kesakitannya agak kuat dan menggangu aktiviti seharian.Saya tak dapat tidur dengan nyenyak,3 ke 4 jam sehari dengan rasa tidak selesa dipagi hari,badan rasa seolah macam baru lepas melakukan aktiviti berat.Rasa stress dan fikiran seolah melayang,rasa pening dan kurang berminat dengan aktiviti harian, terpaksa fokus dengan kuat untuk melakukan kerja seharian.Harap doktor dapat membantu,terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor ibu saya mengalami kebas tangan dan kaki berterusan dan telinga mula panas dan seterusnya pening gelaja ini sudah berterusan selama seminggu, dan ibu tak boleh tido. Boleh doktor bagi tahu saya apa perlu saya buat dah byk panadol ibu saya makan tapi masih begitu juga, buat masa ini tekanan darah tinggi ibu terkawal.
      Mohon khidmat nasihat doktor

      Delete
  3. salaam doktor, suntikan ni adakah ia steroid? berapa kali suntikan utk satu session? adakah perlu rawatan susulan dan repeat suntikan?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam sejahtera Tn Doktor. saya Wagiman Bin Parino dri Kuching, Sarawak. 2015 telah disahkan oleh Doktor Pakar Ortopedik Hospital Umum Sarawak saya mendapat spinal cord stenosis Lumber3/Lumber4/Lumber 5 dan juga C5.. walaupun telah menderita sakit 3-5 tahun sblmnya. setiap saat setiap hari saya menderita menahan kesakitan yg amat sangat .. terutama di bhgn sebelah kanan tubuh badan saya. dri pinggul ke bawah terasa amat nyeri, pedih, dsbnya semuanya amat sakit .. saya juga amat payah untuk bergerak berjalan .. sekarang saya amat bergantung dgn tongkat tangan utk bantuan berjalan.. langkah juga semakin singkat dan dekat. susah nk tidur, susah berada dlm satu satu posisi yg lama.. mata kanan terutamanya sering kabur kadang2 hanya nampak putih shj penglihatan.. 2017 saya menjalani injection ubat steroid n anti radang terus ke L4/L5 tpi hanya mengurangkan kesakitan selama 7-10 hari shj.. antara lain kaedah rawatan yg disyorkn Doktor Pakar adalah dan yg telah saya jalani iaitu akupuntur, fisioterapi, urut melayu semuanya sudah dihentikan ... kerana amat sakit dan ubat penahan sakit yg sedia ada tidak mampu membantu saya telah dimasukkan ke unit kecemasan Hospital Umum sarawak dan Hospital Serian sarawak dan telah diberikan suntikan morfin...
    saya pernah ditawarkan untuk menjalani pembedahan ttpi setelah review d buat Doktor Pakar pun tdk menggalakkan pembedahan tersebut ... sejak bbp bulan kbkgn ini sya sering tidak dpt mengawal kencing & ada ketikanya buang air besar...
    persoalannya dapatkan Tn Doktor memberikan pandangan, nasihat dan jika dapat membantu saya krna saya amat memerlukan bantuan .. sudah tdk tertanggung kesakitan ini .. saya msh bertugas sbg Pembantu Tadbir, N26 di sekolah menengah kebangsaan di Bhgn Serian, Sarawak .. saya juga berdaftar sbg OKU
    emel saya : mannrinno@yahoo.com.my
    h/p: 019-8474709 / 01116102252

    ReplyDelete