Thursday, May 27, 2010

Cerita kejayaan-kajian kes.

Kes 1.

Seorang pemuda berumur 22 tahun mengalami kesakitan belakang yang kronik berlanjutan walaupun selepas pembedahan cakera dilakukan.Malah kesakitannya semakin teruk selepas pembedahan dilakukan menyebabkan beliau terlantar dikatil.Beliau tidak dapat duduk atau berjalan kerana pergerakan akan menyebabkan otot belakangnya jadi kejang yang amat sangat. Beliau juga mengaku kekadang ada rasa sakit seperti “elektrik shock” yang menjalar turun ke kaki.Beliau amat bergantung kepada orang lain untuk menguruskan keperluan hariannya.
Beliau dimasukkan ke hospital HUSM untuk rawatan, melalui Harian Metro beliau dapat mengenali dan memohon untuk menerima rawatan dari saya. Setelah diperiksa saya dapati kesakitannya disebabkan oleh parut selepas pembedahan tulang belakang. Rawatan epiduroplasti telah dilakukan padanya. Keesokanya beliau merasai kelegaan yang besar. Skor sakitnya turun dari 8/10 kepada 3/10. Malah beliau boleh berdiri dan berjalan kebilik air tanpa dipimpin.Kegembiraan terserlah pada wajahnya.Beliau membuat keputusan yang betul.

Kes 2.

Seorang ahli perniagaan lelaki beusia 48 tahun mengalami sakit belakang yang kronik selama 3 bulan. Sakit belakangnya amat menyeksakan sehingga beliau terpaksa bongkok bila berjalan kerana kesakitan akan lebih teruk dalam posisi menegak. Malah beliau tidak boleh berbaring lama atau meluruskan kaki bila tidur dikatil. Beliau hanya boleh tidur malam hari dalam posisi duduk dikerusi.
Beliau telah dimasukkan ke hospital swasta (KPJ) di Kota Bharu untuk rawatan.Siasatan MRI menunjukkan beliau mengalami penyakit tulang belakang yang teruk yang dikenali sebagai Spinal Stenosis (tulang belakang yang tersumbat).Memandangkan beliau memilih rawatan tanpa pembedahan sebagai keutamaan, maka beliau telah dirujuk kepada saya. Rawatan epiduroplasti telah dilakukan yang mengambil masa hanya setengah jam. Dua hari selepas procedur dilakukan beliau merasa kelegaan yang ketara dari sakitnya sebelum ini. Beliau boleh bergerak bebas tanpa sekatan. “Satu nikmat kelegaan yang sudah lama ditunggu-tunnggu”. Katanya.

Kes 3.

Seorang surirumah berumur 40 tahun telah mengadu sakit pada otot bahu, belikat dan pening yang kronik hampit setahun lamanya. Pening yang dirasainya bermula dari belakang tengkok dan menjalar naik ubun kepala. Beliau juga memberi gejala kekejangan pada otot tengkok dan bahunya. Pergerakan leher dan bahu kanannya terbatas kerana ianya menambah kesakitan yang sedia ada. Tangan kanannya kadang-kadang dirasai seperti kebas-kebas dan kurang rasa.Beliau mengaku terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa memandu kereta 2 tahun yang lalu.

Ini menyebabkan fungsi sehariannya sebagai surirumah terjejas teruk. Beliau telah dirawat oleh seorang doktor pakar, MRI tulang tengkok telah dibuat dan didapati beliau mengalami penyakit artritis sendi facet. Setelah mencuba beberapa jenis ubat ,sakit nya tidak berkurangan. Beliau kemudiannya dirujuk pada pain specialist. Setelah diperiksa, beliau di kenalpasti mengalami penyakit artritis tulang tengkok (cervical facet joint arthritis) dan juga sindrom myofasia (myofascial pain syndrome) yang melibatkan otot leher, belikat dan bahunya.
Beliau telah dirawat dengan ubat penahan sakit (celebrex) dan suntikan radiofrekuensi pada sendi facet tengkoknya disusuli senaman regangan yang khusus untuk otot leher dan bahu yang terlibat.Semua gejala yang dihadapi termasuk pening, sakit tengkok dan bahu beransur hilang dalam masa dua minggu selepas rawatan.

Kes 4.

Seorang jururawat hospital berumur 35 tahun telah mengadu sakit bahu dan pening yang kronik hampit setahun lamanya. Pening yang dirasainya tepat terletak diubun kepala dan beliau telah mendefinasikan pening sebagai hanyut dan kadang kadang berdenyut . Beliau juga memberi gejala mudah gelap mata atau hampir pitam bila mengubah posisi badan. Gejala pening ini tidak disebabkan oleh ubat atau penyakit kencing manis atau darah tinggi.Tapi beliau mengaku terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa memandu kereta 2 tahun yang lalu.

Beliau juga memberi gejala kekejangan pada otot tengkok dan bahunya. Pergerakan leher dan bahu kanannya terbatas kerana ianya menambah kesakitan yang sedia ada. Tangan kanannya kadang-kadang dirasai seperti kebas-kebas dan kurang rasa.
Ini menyebabkan fungsi sehariannya sebagai surirumah dan jururawat terjejas teruk. Beliau telah dirawat oleh seorang doktor pakar, MRI tulang tengkok telah dibuat tapi tidak dapat mengenalpasti punca penyakit. Beliau kemudiannya dirujuk pada pain specialist. Setelah diperiksa, beliau di kenalpasti mengalami penyakit artritis tulang tengkok (cervical facet joint arthritis) dan juga sindrom myofasia (myofascial pain syndrome) yang melibatkan otot leher dan bahunya. Dua otot leher yang terlibat dalam sindrom myofasia ini ialah otot trapezius dan sternomastoid.

Beliau telah dirawat dengan ubat penahan sakit (celebrex) dan suntikan pada sendi facet tengkoknya sama seperti kes diatas. Suntikan (trigger point injection) juga diberikan pada ke dua otot yang mengidap sindrom myofasia tersebut disamping senaman regangan yang khusus untuk otot leher dan bahu yang terlibat.Semua gejala yang dihadapi termasuk pening, sakit tengkok dan bahu beransur hilang dalam masa dua minggu selepas rawatan.

Thursday, May 6, 2010

Galeri rawatan kesakitan kronik

Sakit otot(myofascial pain syndrome) pada punggung boleh menyerupai cakera tergelincir pada pinggang (lumbar slipped disc) kerana rasa sakit yang menjalar turun kekaki.Jika salah diagnosis pesakit mungkin akan berakhir dengan pembedahan yang tidak perlu.

Sakit otot (myofascial pain syndrome)pada leher juga mampu menyerupai penyakit cakera tergelincir(slipped disc) pada tulang tengkok kerana sakit juga akan menjalar turun ke tangan/jari. Jika salah diagnosis pembedahan yang tidak perlu mungkin akan dilakukan.


Kaedah suntikan radiofrequency yang dilakukan untuk merawat sakit kronik sendi facet pada tengkok.




Dr Nizar telah menulis banyak artikel mengenai sakit kronik dalam akbar Harian Metro, hari Ahad, setiap 2 minggu sekali.





Sakit otot yang kronik (myofascial pain syndrome)pada leher boleh mimik gejala klinikal lain seperti pening/migrain, telinga berdengung, sendawa, dan kabur mata. Dalam kes yang teruk pesakit akan mudah rasa hanyut atau pitam. Gambar Xray menunjukkan kaedah suntikan radiofrequency dilakukan pada sendi facet pinggang(lumbar).















Wednesday, May 5, 2010

Apa itu kesakitan kronik(chronic pain)?

Apa itu kesakitan kronik(chronic pain)?







Kesakitan tubuh badan yang kronik dan berpanjangan lebih dari 6 bulan.
Contoh; sakit belakang, sakit sendi, sakit kepala, sakit berpunca dari kanser, sakit yang berlarutan selepas pembedahan dan sakit saraf (neuropathic pain).

Kenapa ia dinamakan sindrom sakit kronik (chronic pain syndrome)?

Selain dari rasa sakit yang menyengat yang membatas pergerakan , banyak lagi masalah lain yang menyusul, seperti hilangupaya/keilyatan, ganguan emosi dan psikologi (kemurungan)dan masalah kerja dan sosial/keluarga.
Kesemua masalah ini bertimbal balas dan makin teruk jka dibiarkan belarutan.

Kenapa Kesakitan Kronik Perlu Rawatan Yang Khusus oleh pakar kesakitan kronik (pain specialist)?
Perubahan “neurochemical” dan struktur yang komplek pada sistem saraf pusat menyebabkan kesakitan kronik berpanjangan dan luar biasa. Ubat sakit biasa kini tidak berkesan.Ia memerlukan rawatan dan kepakaran yang khusus.

Jenis-jenis kesakitan kronik(Chronic Pain)
1.Sakit berpunca dari kanser (Cancer Pain)
2. Sakit berpunca dari keradangan kronik seperti sakit sendi @ arthritis (Nociceptive pain)3.Sakit berpunca dari kerosakan/disfungsi saraf (Neuropathic Pain/sakit saraf)
4.Sakit otot & fascia (Myofascial Pain Syndrome, fibromyalgia)
5.Sakit tulang (Bone pain)
6.Psychogenic pain -sakit berpunca dari faktor psikologi atau campuran daripada diatas.

Klasifikasi ini penting kerana mekanisma kesakitan adalah berbeza dan sudah tentu mempunyai kaedah rawatan yang khusus. Doktor pakar sakit kronik akan membantu bagi mengenalpasti jenis kesakitan anda dan menerangkan plan rawatan yang terbaik yang biasanya komprehensive dan multimodal (berbagai).
Posted by Kesakitan Anda Keutamaan Kami at 8:45 PM
Labels:

Apakah yang akan dilakukan oleh pakar sakit kronik (pain specialist)




Apa yang akan dilakukan oleh pakar sakit kronik?
1. Menilai semula punca sakit kronik anda dengan tepat dan menyeluruh
2. Membuat penilaian akan kesan atau impak sakit kronik pada kehidupan anda daripada aspek biopsikososial
3. Merangka strategi bersepadu untuk melegakan kesakitan dan mengembalikan fungsi anda
4. Memberi rawatan ubat yang pelbagai (multimodal) dalam pelbagai bentuk seperti pil, kapsul, tampalan pada kulit dan sirap dengan terperinci
5. Dapat melakukan kaedah ‘intervensi kesakitan’, iaitu kaedah suntikan khusus yang dapat mengawal tahap kesakitan anda seperti teknik suntikan epidural, neurolisis, radiofrekuensi dan suntikan botox.
6. Membimbing anda mengembalikan kehidupan harian, bersosial dan kembali bekerja melalui aktiviti fizikal dalam bentuk senaman, teknik rehat dan terapi kognitif.

Apakah tindakan anda jika mengalami kesakitan kronik?

Jika sakit masih berlarutan selepas berjumpa beberapa doktor, ini masanya berjumpa doktor pakar sakit kronik. Anda perlu bertindak sekarang sebelum menjadi lebih serius.Setidak-tidaknya anda ambil inisiatif untuk mendapat pandangan kedua mengenai penyakit anda.Jika doktor yang merawat tidak melakukannya, anda perlu mengingatkan doktor dan memintanya merujukkan anda kepada pakar. Rekod dari Pain Unit HUSM, hampir 75 peratus pesakit dapat dipulihkan iaitu kesakitan dapat dikurangkan hingga melebihi 50 peratus.

Testimoni dari singalautmetro.blogspot

RAWAT TANPA BEDAH DI HUSM KUBANG KERIAN
SHAH ALAM: Percayakah bahawa slip disc atau cakera gelincir di bahagian tulang belakang, tidak semestinya dibedah untuk merawatnya. Sebaliknya ia boleh dirawat menggunakan kaedah radiofrekuensi, iaitu menggunakan suntikan khas ke saraf yang mengalami kesakitan.Selama ini saya selalu diberitahu, kalau kita mengidap kecederaan tulang belakang, termasuk skoliosis (tulang bengkok) kita akan diarahkan berjumpa pakar ortopedik. Biasalah...doktor akan menyarankan pembedahan walaupun tiada jaminan ia akan selamat. Malah selama ini banyak kes pembedahan tulang belakang, menyebabkan pesakit semakin kronik, termasuk lumpuh.Pengalaman dirawat oleh pakar sakit kronik HUSM, Dr Nizar Abdul Jalil, membuka mata saya dan percaya, selama ini sesetengah pesakit tidak mendapat nasihat atau pandangan yang betul apabila berdepan kecederaan tulang belakang.Sikit-sikit bedah...sikit-sikit bedah. Kosnya pula, kalau di hospital swasta jangan kira. Saya pernah dihubungi seseorang yang mencadangkan saya dirawat di hospital swasta. Nak tahu kosnya? Gila...RM80,000.Saya bukan orang kaya. Bila bertanya banyak pendapat dan Allah temukan pakar sakit kronik HUSM, Dr Nizar Abdul Jalil, saya berasa seperti ada cahaya di hujung terowong hidup yang gelita selama ini. Dia buat kerja secara profesional. Tapi saya pelik, masih ada doktor memandang sinis usaha beliau sehingga bertanyakan kepada saya, boleh baik ke?Bila agaknya pertentangan pendapat antara doktor dari bidang berbeza akan berkesudahan? Apakah ada yang tersirat di sebalik pertentangan pendapat yang tersurat itu? Apakah ia melibatkan soal maruah, profesionalisme. Atau soal duit...Hakikatnya, bisa saraf saya telah tiada. Kalau mahu mengharapkan sembuh kerana pembedahan, saya sampai hari ini tak rasa yakin. Apa pun, Allah Maha Berkuasa.Anda yang mengidap kecederaan belakang dan telah menjejaskan saraf, saya cadangkan cuba dapatkan rawatan daripada Dr Nizar, di Hospital USM, di Kubang Kerian, Kelantan.

Monday, May 3, 2010

Kesakitan kronik pada tulang belakang akan menjejaskan struktur yang lain.Tulang belakang merupakan struktur asas yang menstabilkan stuktur/sendi lain yang yang berpaut padanya.Jadi tidak hairan pesakit akan datang dengan berbagai jenis & punca kesakitan yang pada asalnya berpunca dari cakera tergelincir (slipped disc)


Kesakitan pada tengkok yang kronik biasanya kan datang dengan "pakej"
sakit pada otot bahu, belikat, sakit pada sendi tengkok dan juga pening. Kebanyakan pesakit sembuh hanya dengan suntikan radiofrequency. Dalam kebanyakan kes, pembedahan tidak diperlukan.

Doktor Nizar sedang melakukan suntikan Epiduroplasty(baik pulih ruang epidural).Pesakit ini mengalami sakit belakang yang berlarutan setelah pembedahan tulang belakang dilakukan.Semua kaedah suntikan dilakukan dalam dewan bedah dengan kawalan mesin X Ray.


Gambar X Ray menunjukkan kaedah suntikan Radiofrequency Lumbar sympathectomy pada belakang pesakit yang mengalami kaki iskemia( pengaliran darah tersumbat).Kaedah ini dapat mengurangkan sakit dengan serta merta dan kaki akan kembali akan menjadi kembali hidup/panas. Pesakit ini terselamat dari pembedahan amputasi/potong pada kakinya.



Sunday, May 2, 2010

Kesakitan kronik (Chronic pain) -satu perkongsian pengalaman


Bagi anda yang mengalami kesakitan kronik, tidak kira apa puncanya, blog ini akan membantu anda memahami kesakitan anda mencari rawatan yang dinantikan selama ini.
Kesakitan kronik (sakit belakang ie pinggang atau tengkok) tidak membunuh anda, tapi ia membunuh kehidupan anda!
Anda tidak dapat berberak bebas, tidak mampu bekerja, tidak boleh buat apa yang anda suka sebelum ini, tidak mampu melakukan tanggungjawab anda, dan bergantung kepada orang lain. Semuanya kerana kesakitan yang mencengkam diri anda. Kehidupan anda kini sudah hilang dari diri anda...
Lebih teruk lagi, anda akan rasa sedih, kemurungan, rasa bersalah, sukat tidur dan banyak masalah interpersonal, keluarga dan tempat kerja akan timbul ekoran dari kesakitan kronik ini...
Anda telah mencuba berbagai rawatan moden, perubatan alternatif, bomoh, suppliment, physiotherapy, mesin yang mahal tapi kesakitan anda masih sama. Kenapa begitu...?
Jawapannya;
1.Kebanyakan doktor perubatan moden tidak mahir dalam merawat kesakitan kronik. Rawatan kesakitan kronik adalah satu disiplin baru dalam era perubatan moden (di Malaysia).
2.Diagnosis punca sakit yang salah bila bertemu doktor.Maka rawatannya tersasar.
3. Kebanyakan perubatan alternatif tidak dapat dibuktikan keberkesanannya secara saintifik.
Kenapa saya tulis blog ini?
Memberi peluang & harapan baru kepada sesiapa yang mengalami kesakitan kronik.Mereka biasanya tersisih dan di "campak" ke unit physiotherapi. Sedangkan rawatan yang berkesan ada disini. Lebih dari 75% dari pesakit yang menjalani rawatan di HUSM dapat di kurangkan kesakitan mereka dengan ketara. Mereka kini dapat kembali kepada kehidupan mereka.
Jadi kenapa anda perlu hidup dalam kesakitan?Kesakitan yang merampas segala kehidupan anda...!
Apakah rawatan yang kami lakukan?
Rawatan "Interventional Pain Management" iaitu kaedah suntikan khusus(lebih dari 100 jenis suntikan bergantung tentang jenis kesakitan anda). Kaedah ini merupakan satu cabang rawatan perubatan moden. Kaedah ini telah lama bertapak di negara maju seperti USA, Eropah, Australia dan Singapura.
Kami tidak melakukan pembedahan.... semuanya suntikan. Malah dalam kes tertentu kami boleh memberi alternatif/option rawatan suntikan kepada pembedahan tulang belakang ie kaedah nucleoplasty untuk slipped disc(cakera tergelincir).

Kenali Dr Nizar


Dr. Nizar Abd. Jalil seorang pensyarah kanan di Jab. Anaesthesiologi & Pain medicine di Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM),
16150 Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia

Jawatan sekarang;
Consultant In Pain Medicine (Interventional),
Consultant In Anaesthesiology & Intensive Care,
Director Of HUSM Pain Management Unit,
Visiting Chronic Pain Consultant At Perdana Specialist Hospital, Kota Bharu (KPJ Group)
Berkelulusan :
Medical Doctor ( M.D) UKM,
Master Of Medicine (Anaesthesiology) USM.
Diploma In Counselling & Guidence (IPI),

Subspecialty Training In Pain Management :

1. Fellowship In Multidiciplinary Pain Management (IASP Chapter)
Singapore General Hospital
2. Fellowship In Multidiciplinary Pain Management (IASPChapter)
Siriraj Hospital, Mahidol University, Bangkok, Thailand
3. Visiting Felow To Napean Pain Center, Penrith Western Sydney, Australia.
4. Visiting fellow to Orbis Medisch Centrum, Sittard Pain Center, Netherland.
HP no; 6 013 9803389
Office; 6 -09-7673000 Ext. 6095/3866
Membership;
World Institute of Pain (WIP)
Myopain Society (USA)
International Asso. Study of Pain (IASP)