Monday, June 17, 2013

Sakit Kronik Tulang Belakang Diusia Muda

"Doktor kenapa saya mendapat penyakit cakera tergelincir ini (slipped disc) sedangkan  umur saya baru 26 tahun....?"
Keluh seorang pesakit saya dari Johor dengan nada sedih. Malah beliau telah disahkan  juga mengidap penyakit jantung koronari dimana koronari stanting telah  telah dilakukan pada beberapa saluran darah jantung beliau. Beliau tidak merokok dan tiada paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
Sebenarnya beliau  bukanlah  seorang sahaja yang mengidap sakit tulang belakang pada usia muda. Malah ramai lagi pesakit saya juga bertanyakan soalan yang sama tidak kira apa punca kesakitan tulang belakang mereka samada artritis sendi facet atau pinggul, cakera tergelincir (slipped disc) ataupun sakit discogenik.Malah ianya menjadi satu trend sekarang ini dimana penyakit orang tua kini boleh dihidapi oleh orang muda.
Biasanya jawapan standard saya ialah; „Berlakunya proses penuaan(degenerative disease) pada tulang belakang anda yang kadangkala dikenali sebagai spinal spondylosis.“

Spinal spondylosis

Spinal spondylosis ialah satu diagnosis yang popular dikalangan doktor untuk penyakit tulang belakang. Diagnosis ini tidak membantu dalam rangka rawatan sakit belakang anda.Sebenarnya ianya hanyalah satu terma umum yang merujuk kepada proses penuaan yang berlaku pada tulang belakang. Apa yang  berlaku ialah proses kemerosotan struktur, intergriti dan fungsi pada beberapa  struktur tulang belakang samada melibatkan sendi (artritis) cakera (slipped disc, sakit discogenik) ataupun pada tulang dan ligamen.Contohnya bila cakera mengalami proses penuaan, kemerosotan yang berlaku dalam annulus fibrosis dan nucleus proposes didalamnya akan menjadikannya  lemah dan tidak mampu menyokong berat badan.Bila dinding cakera lemah maka rekahan boleh berlaku.Tekanan yang kuat yang berlarutan ini seterusnya akan menjurus kepada cakera tergelincir melalui dinding yang lemah.
Sakit belakang dikalangan orang tua selalunya disebabkan oleh proses penuaan juga.Fakta ini kita dapat terima dengan baik kerana sudah dijangka.Tapi kenapa pula proses penuaan pada tulang belakang kini berlaku pada orang muda? Kenapa kita boleh dapat penyakit tulang belakang yang serius diusia muda?

Apakah Penyebab utama penyakit tulang belakang dikalangan usia muda?

1.Proses penuaan sebelum waktunya.
Proses penuaan pada tubuh badan adalah disebabkan oleh proses oksidasi oleh radikal bebas.Radikal bebas ialah molekul organik yang tidak stabil yang berpunca dari beberapa proses metabolisma tubuh badan.Contohnya melalui metabolisma sel lemak bagi pesakit kencing manis.Sebab itulah orang kencing manis akan mengalami proses penuan lebih cepat. Ia juga boleh dihasilkan bila tubuh terdedah pencemaran air dan udara, radiasi (nuklear), asap rokok, racun rumput dan serangga.  Sebenarnya kita tidak tahu makanan yang kita makan, air yang kita minum, udara yang kita sedut mungkin mempunyai bahan kimia yang boleh menggalakkan pembentukan radikal bebas ini. Asap rokok bukanlah segala-galanya. Radikal bebas ini bukan saja dikaitkan dengan proses penuaan , malah juga dikaitkan dengan kecederaan organ, beberapa jenis penyakit (sakit jantung koronari) dan kanser.
Cara untuk memusnahkan radikal bebas ini ialah dengan mengambil banyak antioksidan. Antioksidan banyak terdapat  sayuran dan buahan yang segar, terutamanya kerana kaya dengan vitamin E ,C dan beta karotin. Molekul antioksidan bertindak dengan cara menghalang radikal bebas  dari mencederakan sel dan tisu badan.  Anti oksidan yang berpunca dari diet yang seimbang adalah lebih baik dari vitamin kerana ianya lebih mudah dihadam dan  diserap kedalam tubuh badan. Oleh itu, suplimen yang berasaskan sumber semulajadi seperti Iso 7 (Zulian Sdn Bhd) adalah merupakan satu contoh suplimen yang baik.
2. Kecederaan pada masa lalu.
Kecederaan pada masa lampau boleh mempercepatkan proses penuaan pada tubuh yang tercedera.Ini disebabkan tubuh yang tercedera itu sudah kurang stabil dan mengalami banyak tekanan. Gejala kesakitan akan ketara setelah beberapa tahun selepas kemalangan berlaku.Contohnya bagi pesakit yang mengidap arthritis sendi facet pada bahagian tengkok selalunya dikaitkan dengan kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu.Manakala arthritis sendi lutut pada usia muda selalu dikaitkan dengan kecederaan lutut pada masa lampau.
3.Life style.(gaya hidup)
Postur semasa duduk, berdiri  dan berjalan yang tidak sihat, ergonomik tempat kerja yang tidak seimbang diantara penyebab sakit kronik di zaman moden ini. Sesetengah profesion atau sukan  memberikan penyakit yang agak spesifik kerana disebabkan oleh penggunaan sebahagian tubuh yang terhad tapi melampau. Semuanya ini akan menggalakkan proses “wear & tear” ataupun proses penuaaan. Disamping itu, sikap suka makan banyak dan  makanan yang kaya karbohidrat dan lemak menyebabkan kegemukan. Sikap malas  bersenam pula akan menambah lagi kepada masalah  kegemukan disamping fungsi paru-paru dan jantung yang kurang cergas. Diet yang tidak seimbang, terutamanya kurang serat akan menyebabkan sembelit disamping juga akan memusnahkan keseimbangan bakteria baik dan jahat pada usus besar. Akibatnya pengumpulan toksin berlaku yang seterusnya akan menggalakkan pembentukan radikal bebas yang bertanggungjawab kepada proses penuaan. Tambahan pula kesibukan berkerja kadang-kadang mendorong kita untuk menangguh untuk buang air besar, ini akan memburukkan lagi keadaan. Jika anda merokok atau mengambil minuman keras, keadaan akan menjadi lebih teruk lagi kerana ianya juga akan menggalakan pembentukan radikal bebas. Oleh itu jelas disini bahawa kebanyakan penyakit dizaman moden ini adalah disebabkan oleh life style atau gaya hidup yang  tidak sihat. Oleh itu sebahagian dari strategi rawatan ialah mengembalikan life style atau gaya hidup yang sihat.
4.Mempunyai penyakit/masalah perubatan  lain.
Penyakit seperti kencing manis, sakit buah pinggang, autoimmune (SLE atau rheumatoid arthritis) adalah contoh dimana pesakit akan mengalami proses penuaan yang cepat. Proses penuaan tidak semistinya berlaku di wajah tapi berlaku pada berbagai organ termasuklah pada tulang belakang. Gejala yang paling kerap dilihat ialah gejala srthritis.

Asas pada rawatan kesakitan kronik

Kita tidak boleh hentikan proses penuaan kerana ianya satu proses semula jadi walaupun ianya berlaku agak perlahan. Selagi kita hidup, kita akan menjadi semakin tua dari masa kesemasa.Tua menjadi kita lemah, sakit dan kurang produktif. Sudah tentu ini amat memberi masalah bagi pesakit diusia muda. Prinsip rawatan kesakitan kronik disini  ialah mengawal kesakitan untuk kembali berkerja. Apa yang lebih penting ialah; bila  tidak sakit,kita boleh bergerak cergas, produktif dan gembira walaupun mengalami artritis ataupun cakera tergelincir.Kita tidak perlu risau penyakit yang kita alami asalkan kita tidak rasa sakit dan terus produktif. Caranya ialah mengawal rasa sakit dan melambatkan proses penuaan tersebut dengan pelbagai kaedah moden (ubat dan suntikan) senaman, dan mengekalkan gaya hidup yang sihat.


10 comments:

  1. assalamualaikum dr, saya berusia 18 tahun sekarang, saya telah mengalami slip disc sejak penghujung mac 2012, rawatan yang telah saya buat ialah injection,fisioterapi dan pelbagai jenis rawatan tradisional. kadang2 saya ok, kadang2 tak ok. masalah saya adalah sejak kebelakangan ini, saya kerap sakit belakang dan kaki kiri terutamanya apabila terpaksa berjalan jauh, naik tangga, duduk dalam tempoh yang lama, hujan, tunduk mengambil barang dan bermacam situasi lagi. saya jugak mengalami lenguh yang amat sangat di belakang dan kaki kiri. cara paling berkesan untuk hilangkan sedikit sakit adalah saya berbaring lurus di atas katil. apakah rawatan yang terbaik dr? terima kasih.

    ReplyDelete
  2. jumpa sy di husm kubang kerian utk assessment..

    ReplyDelete
  3. Salam dr sy jue. Sy rs xselesa d bahagian kiri perut pinggang n belakang

    ReplyDelete
  4. Salam. Saya aqeylah(ejaan sbnr).Saya jatuh katil 3 kali kat asrama. Double decker .. saya tidur di atas dn tiada penghadang. Setiap kali jatuh pasti lebam. Sbb tulang belakang terhentak pada katil bawah. Awal tahun saya jatuh tp akhir tahun baru rasa sakit. Masa saya form 1 saya jatuh dan skrg form4. Baru je tamat fisioterapi kerana tiada perubahan. Ortopedik sudah lama tamat sbb tidak membantu.

    ReplyDelete
  5. assalam... sy hafizi.... dlm 2-3 hari ni sy mengalami skit belakang yg amat sngt.... apabila baring sakit makin menjadi-jadi... mengiring kekanan makin sakit rasa bhg blkng ni.... kadang2 rasa ngilu.... minta pendapat doktor...

    ReplyDelete
  6. salam doc . sy berusia 19 . sy sering sakit blakang yg teruk di bahagian tulang pinggul sehingga terasa sakit di bahu kanan . bermacam cara tradisional sy dah cuba . apakah rawatan yg terbaik doc ? terima kasih

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Dr. Nizar
    Saya mengidap OA stage awal and kini saya hanya makan viatril s.dah 3 bulan tapi masih sakit.saya berminat dgn RF treatment...saya dari seremban..can l come to your clinic..

    ReplyDelete
  8. Jadinya asas rawatan sakit tulang belakang ni kena make sure joint (kusyen) antara tulang-tulang mendapat nutrien yang penting, baru ia dapat tahan lama walaupun usia meningkat... betul kah?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Dr Nizar...
    saya ingin bertanya rawatan yang perlu diambil oleh suami saya yang mengalami sakit pinggamg yang berterusan...

    ReplyDelete
  10. Asslamualaikum
    saya seorang pelajar berusia 16
    Saya sering merasa sakit di bahagian kedua belah tangan ,kedua-dua kaki saya dan sometime bhg kaki dan tangan kiri sahaja yang sakit .. Dan sakit pada tulangbelakang
    Saya tidak boleh duduk lama kalau tak menyandar.. Terasa sakit semasa bongkok mengambil barang..terasa sangat sakit pada waktu malam dan terdapat benjolan di tangan kanan saya dan tangan kiri pun ada dh kecil 2 benjolan saya nampak keluar..
    Sebenarnya adakh saya menghidap penyakit yang bahaya ?
    Dari sabah v

    ReplyDelete