Monday, July 8, 2013

Gejala Mata Dan Telinga Dalam Sindrom Facet Leher (Cervical)

Penyakit sendi facet pada leher (cervicel facet syndrome) telah banyak saya sebut. Biasanya pesakit akan memberi gejala sakit sendi tengkok, sakit  pada otot bahu, leher serta  belikat dan juga pening dari belakang naik ke ubun kepala.Tapi penyakit ini juga boleh memberi gejala yang lebih teruk dari itu; iaitu gejala kabur mata, berdengung telinga dan juga rasa hanyut dan mudah pitam. Kebanyakkan pesakit telah tersalah diagnos menyebabkan kegagalan dalam rawatan mereka.

Gejala sindrom myofascia otot leher dalam arthritis sendi  facet leher (cervical).
Biasanya penyakit arthritis sendi facet leher akan member gejala yang klasik seperti berikut;
1.    Sakit sendi facet tengkok, biasanya akan lebih sakit bila kepala di dongak kebelakang atas sambil leher dipusingkan kesisi.Sakit sendi facet akan dirasakan pada sisi yang sama.

2.   Sakit  pada otot bahu, leher serta  belikat.Ini merupakan gejala sampingan yang klasik disebabkan oleh keadaan otot yang kejang dan sakit berpanjangan.Ini dikenali sebagai sindrom myofscia(myofascial pain syndrome).Sakit akan lebih terasa jika otot ini dipicit dan sakit boleh menjalar turun kelengan atau jari.

3.  Pening dari belakang naik keubun kepala.Kadang-kadang merayap hingga kemata atau kedahi.
Sakit pada otot leher sternomastoid boleh mimic gejala klinikal telinga dan mata


Ada juga pesakit member gejala sendawa yang keterlaluan terutamanya bila otot pada leher dan belikat dipicit.Bila pesakit rasa pening berserta hanyut, kabur mata dan telinga  berdesing disamping sakit pada leher dan bahu,aktiviti harian mereka terjejas teruk.Pesakit akan risau dan cenderung mengalami kemurungan terutama bila rawatan dari beberapa orang pakar ternyata gagal merawat mereka.
Secara umumnya kesakitan pada otot leher dan bahu(sindrom myofacia) boleh mimik/menyerupai  beberapa gejala klinikal penyakit lain seperti migrin, cakera tergelincir, gejala ENT, mata dan perut. Gejala –gejala pelik ini boleh diaktifkan jika otot –otot tertentu pada leher atau bahu dipicit. Jika doktor merawat tidak arif tentang sindrom myofasca ini, rawatan akan tersasar kerana ianya boleh mengelirukan. Setiap otot memberikan gejala tersendiri yang eklusif. Manakala punca gejala mata dan telinga berdengung  ini adalah datangnya dari otot sternomostoid,pada leher.Otot ini agak panjang bermula insersinya dari tulang dada(sternum) naik keatas hingga ke belakang telinga pada tulang mastoid. Fungsi otot ini ialah untuk menoleh kepala kesisi. Bila berlaku kekejangan dan sakit pada otot ini, ia boleh memberi gejala rasa hanyut, kabur mata dan telinga  berdesing . Ini adalah merupakan gejala klasik jika otot ini mengalami keadaan sindrom myofsacia. Sindrom ini juga biasanya  berlaku susulan sakit sendi facet pada leher sebagai gejala tambahan. Malangnya tidak ramai doktor tahu akan hakikat gejala ini. Banyak doktor dengan mudah akan merujuk pada pakar mata dan telinga untuk rawatan. Akibatnya rawatan yang diberikan tidak membuahkan hasil.
Suntikan “trigger point” yang diberikan pada otot sternomastoid
  
Rawatan yang mujarab.

Oleh kerana punca gejala mata dan telinga berdengung  ini adalah datangnya dari sindrom myofascia otot sternomostoid,dan keadaan ini  merupakan susulan (secondary) dari sakit arthritis sendi facet pada leher, maka rawatan radiofrekuensi pada merupakan rawatan yang utama. Gejala klasik sendi facet leher sepert  sakit tengkok, pening, sakit pada otot bahu akan beransur hilang selepas rawatan ini. Manakala gejala mata dan telinga juga akan beransur hilang dalam beberapa hari. Malah kebanyakan pesakit merasa kelegaan besar pada keesokan harinya.



Disamping itu otot sternomastoid juga kan disuntik samada dengan ubat bius(trigger point)  ataupun kaedah suntikan radiofrekunsi. Biasanya pesakit akan kagum dan sukar percaya kerana masalah mata kabur dan telinga berdengung tiba-tiba saja hilang dalam beberapa saat selepas suntikan.”macam silap mata” kata mereka...

10 comments:

  1. Sy pon mmpunyai masalah yg sama...tp sy tidak pasti

    ReplyDelete
  2. Sy mengalami masalah macam ini..bagaimana sy nk dptkn rawatan radiofrenkunsi ini?sy mmg xslesa skrng..semua keje tergangu..harap dapat membantu sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. call saya untuk consultation..saya akan terangkan..0139803389

      Delete
    2. doktor bantulah saya..sy mengalami hampir 1tahun semua kerja terganggu..

      Delete
  3. Boleh bantu saya..Telinga berdesing 24jam, sakit kepala ..dah pergi jumpa pakar telinga..keadaan masih sama..Bantulah saya, jiwa kacau

    ReplyDelete
  4. salam..di melaka ada tak rawatan ini..sy perlukan rawatan ini..hampir 1tahun sy mengalaminya...mohon bantu,

    ReplyDelete
  5. saya punya masalah yg mungkin sama, gatel pada telinga habis saya bersihkan kira2 1 jam-an langsung merasa sakit terus sakitnya menuju kemata... tolong bantu saya

    ReplyDelete