Kesedaran tentang rawatan dan kepakaran rawatan kesakitan kronik(chronic pain) ini agak baru di
malaysia. Lapan tahun yang lalu semasa di
Sydney , Australia
saya amat kagum melihat bagaimana pesakit kesakitan kronik mereka boleh sembuh
dengan rawatan yang diberikan. Sedangkan di Malaysia pada masa itu belum ada lagi doktor yang pandai
dalam bidang ini. Pada masa itu pesakit kesakitan kronik kita terlantar dan
kurang diberi perhatian. Tambahan pula faktor psikologi dan yang kompleks dan sakit
yang rentan pada pelbagai rawatan
standard menyebabkan ramai pengamal perubatan kurang berminat dalam
merawat pesakit seperti ini. Akibatnya pesakit akan keseorangan menanggung sakit sepanjang hidup.
Artikel ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran pada semua pembaca dan
pesakit kerana peluang untuk sembuh dari kesakitan kronik kini ada di Malaysia.
Definisi kesakitan kronik ialah kesakitan
tubuh badan yang kronik dan berpanjangan lebih dari 6 bulan. Contohnya sakit
belakang, sakit tengkok, sakit sendi, sakit kepala/migrine, sakit berpunca dari
kanser, sakit yang berlarutan selepas pembedahan dan sakit saraf (neuropathic
pain).
Kenapa Kesakitan Kronik Perlu Rawatan Yang Khusus?
Perubahan “neurochemical” kompleks pada sistem saraf pusat telah menyebabkan
kesakitan kronik berpanjangan dan luar biasa. Kesakitan dalam tempoh yang lama
telah memberi impak negative kepada aspek biologi, psikologi dan sosial yang
kompleks dalam kehidupan anda. Ubat dan kaedah biasa untuk merawat kesakitankronik
ini tidak memadai malah ia memerlukan rawatan dan kepakaran yang khusus dan
holistik. Anda perlu dirawat oleh pakar kesakitan kronik atau “pain
specialist”.
Jenis-jenis kesakitan
kronik (Chronic Pain)
·
Sakit berpunca dari kanser
(Cancer Pain)
·
Sakit berpunca dari keradangan
kronik seperti sakit sendi @ arthritis
· Sakit saraf (Neuropathic
Pain)yang selalunya berpunca dari kerosakan atau fungsi yang luar kawalan.
·
Sakit otot & fascia
(Myofascial Pain Syndrome,fibromyalgia)
·
Sakit tulang (Bone pain)
·
Sakit yang disebabkan oleh
faktor psikologi( psikosomatik, kemurungan)
·
Campuran daripada penyebab
diatas
Klasifikasi ini penting kerana mekanisma kesakitan adalah berbeza dan
sudah tentu mempunyai kaedah rawatan yang khusus. Doktor akan membantu bagi
mengenalpasti jenis kesakitan anda dan menerangkan pelan rawatan yang terbaik
yang biasanya komprehensif dan multimodal (pelbagai).
Kesakitan kronik menjejaskan kehidupan anda
Kesakitan kronik selalunya datang dengan kerangka bio-psiko-sosial
yang komplek dan saling berinteraksi secara langsung antara satu sama lain.
Contohnya anda akan perasan yang sebenarnya banyak masalah lain menyusul
sebagai komplikasi dari kesakitan kronik anda. Tidur anda terganggu, tubuh
menjadi letih, pretasi tempat kerja menurun, kurang motivasi, rasa risau dan
kemurungan dan sebagainya. Semua masalah ini akan menjadi bertambah besar dan berganda dari hari
kehari. Setiap komponen masalah ini
mampu menggandakan masalah lain. Anda mesti keluar daripada kitaran
permasalahan ini sebelum ia menjadi bencana yang tidak dapat dipulihkan. Oleh
itu rawatan kesakitan kronik memerlukan strategi rawatan yang komprehensif dan
holistik yang mana setiap komponen adalah sama penting. Pengabaian satu komponen masalah akan menyebabkan penyembuhan
komponen lain turut terbantut.
Setiap individu mempunyai pengalaman dan tindakbalas yang berbeza
terhadap kesakitan mereka. Ianya kadangkala menjadi sukar bagi orang lain untuk
memahami masalah anda, orang yang paling tepat untuk menakrifkan sakit adalah
diri anda sendiri, maka adalah penting untuk anda memberikan gambaran yang
jelas tentang keperitan pengalaman
kesakitan anda dan kesannya dalam kehidupan anda kepada doktor yang merawat.
Kesakitan kronik tidak membunuh anda
tetapi ia boleh membunuh kehidupan anda. Anda tentu sedia maklum bahawa banyak
aktiviti yang anda suka kini tidak dapat dilakukan disebabkan oleh kesakitan
ini. Kesakitan kronik seolah-olah mengongkong kehidupan anda. Sebagai contohnya
anda mungkin telah mengalami masalah-masalah seperti berikut:
q Gangguan tidur
q Keletihan berpanjangan
q Kesedihan, bimbang, mudah marah, putus asa dan depresi (kemurungan)
q Tidak dapat memberi perhatian kepada keluarga yang tersayang
q
Anda
tidak dapat bersosial dan melakukan hobi anda
q Merasa terasing dalam dunia sendiri
q Takut untuk bersenam atau bergerak, menyebabkan otot menjadi lemah,
kecut dan sendi menjadi ketat (deconditioning)
q Hilang mata pencarian dan hilang pekerjaan
q Wujudnya tekanan kepada ahli keluarga yang lain.
q Bergantung kepada orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
q Resiko kegemukan (obesiti)
Anda pasti tidak mahu mensia-siakan umur anda hanya dengan menangisi
kesakitan yang anda tanggung. Anda perlu kawal kesakitan anda dan jangan
biarkan kesakitan kronik ini mengongkong anda. Pakar kesakitan kronik sedia membantu anda.
Bolehkah kesakitan kronik diubati?
Di hospital, pesakit kesakitan kronik dirawat di klinik kesakitan
kronik (pain clinic). Bagi pesakit yang terlantar dalam ward rujukan boleh
dibuat kepada pakar kesakitan kronik. Adalah menjadi “standard practice” bahawa
pesakit akan dinilai/rawat oleh pelbagai doktor dari discipline yang berlainan
untuk menghasil resolusi rawatan terbaik.
Kebanyakan kesakitan kronik dapat dikawal jika pesakit memberikan
kerjasama dan mematuhi rawatan yang telah dirancang oleh doktor. Setiap kaedah
mempunyai peranan yang penting dan tidak boleh diabaikan. Rawatan secara
komprehensif dan multimodal adalah rawatan yang utama untuk kejayaan merawat
kesakitan kronik.
Anda perlu tahu bahawa keberkesanan rawatan adalah bergantung kepada
jenis kesakitan anda, setiap individu mempunyai tindakbalas yang berbeza
terhadap rawatan dan ubatan yang diberikan. Kesakitan yang sama tidak
semestinya dapat dikawal dengan ubat yang sama kepada semua pesakit. Anda boleh
berbincang dengan doktor sekiranya rawatan yang sedia ada tidak membantu atau
terdapat kesan sampingan ubat yang tidak diingini. Ada ubat pilihan lain yang dapat membantu
anda. Selain daripada ubatan terdapat beberapa kaedah lain yang boleh
dipertimbangkan oleh doktor sebagai alternatif contohnya kaedah intervensi
(suntikan), fisioterapi dan rawatan cognitive (cognitve behaviour therapy).
Selain dari peranan doktor, anda
juga perlu secara aktif mengambil peranan dalam program rawatan. Ini adalah
kerana anda bakal menanggung kesengsaraan itu sepanjang hidup anda. Dan orang
paling membantu dalam hidup anda adalah diri anda sendiri. Jadi anda perlu
belajar tentang penyakit anda dan cuba faham akan strategi setiap bentuk
rawatan/ubat. Anda perlu faham bahawa kebolehan untuk mengawal kesakitan haruslah bermula
daripada dalam diri anda sendiri.
Motivasi yang
tinggi, ketabahan dan bersikap positif adalah penting dalam rangka rawatan
kesakitan kronik. Ia memakan masa yang agak lama dan perlu kesabaran. Kajian
seluruh dunia telah membuktikan bahawa rawatan multimodal kesakitan kronik
mampu mengembalikan kehidupan anda. Matlamat utama rawatan ialah mengurangkan
rasa sakit semaksima mungkin dan mampu kembali bekerja.
Kaedah ubatan
Ubatan adalah teknik rawatan utama yang
digunakan dalam menangani kesakitan kronik. Pengunaan ubatan adalah berbagai,
terdapat tablet, kapsul, suntikan, tampalan ubat pada kulit dan lain-lain
teknik yang berbeza dengan klinik lain. Ubat makan mungkin berfungsi untuk
mengurangkan sakit, penenang fikiran, ubat saraf, pelembut otot dan anti osteoporosis.
Adalah
penting untuk anda mengetahui bahawa terdapat ubatan yang perlu diambil secara
tetap dan berkala mengikut jadual (Gabapentin, Carbamazepin), dan terdapat juga
ubat yang diambil bila perlu sahaja
seperti yang telah diarahkan oleh doktor. Anda dikehendaki patuh pada
preskripsi yang diberikan bagi memastikan keberkesanan rawatan yang disediakan
untuk anda. Terdapat juga ubat yang akan memberi kesan hanya selepas 1 atau 2 minggu diambil, ubatan tersebut adalah
seperti tablet Gabapentin, Carbamazepin dan Amitriptyline. Oleh itu jangan
putus asa dan kecewa jika belum rasa lega, teruskan makan ubat itu sehingga
diberitahu.
Setiap
individu mempunyai tindakbalas yang berbeza berbanding dengan individu yang
lain, maka doktor akan memberikan kombinasi dan dos yang berbeza bagi
memastikan yang mana lebih berkesan kepada anda. Kombinasi ubat yang berbagai
adalah bertujuan meningkatkan kesan sinergistik ubat.
Fisioterapy
dan senaman
Berehat lama
akan menyebabkan otot anda akan menjadi kecut dan lemah. Sendi anda akan
menjadi kaku. Urat ligamen akan menjadi kurang anjal. Tulang anda akan menjadi
osteoporosis dan mudah patah. Otot yang lemah dan sendi yang kaku menyebabkan
susah untuk bergerak. Akibatnya anda akan menjadi “lumpuh”. Apabila masa
berlalu, keadaan ini akan bertambah teruk dan sebarang cara untuk bergerak akan
lebih susah dan menyebabkan lebih sakit. Sebaliknya otot akan lebih besar dan
kuat, sendi kita akan lebih fleksible dan kuat jika selalu digunakan. Prinsip
ini sama dengan senaman yang dipraktiskan oleh
atlit bina badan.
Kebanyakkan kesakitan
kronik (selain dari sakit kanser) adalah berlaku tanpa kecederaan. Anda perlu faham bahawa ianya hanyalah isyarat
sakit tanpa bahaya. Oleh itu jangan biarkan kesakitan kronik itu mengawal pergerakan
anda, sebaliknya anda yang mengawal fikiran dan perasaan anda. Oleh itu anda
perlu bergerak dan lakukan senaman tanpa was-was.
Fisioterapi
dan senaman adalah penting kerana:
q Meningkatkan mortiliti dan pergerakan sendi dan otot. Maka mutu
kehidupan secara keseluruhan akan bertambah baik.
q Membantu anda bagi mengurangkan kesakitan – senaman akan meransang
otak bagi mengeluarkan endorphine yang terdapat didalam badan anda bagi
membantu mengurangkan kesakitan.
q Sesetengah jenis kesakitan kronik dapat ditangani secara lebih
berkesan dengan senaman yang khusus.Contohnya senaman regangan untuk sakit otot
myofascial pain syndrome
q Mood, emosi yang baik dan “feel of well being” dapat dihasilkan
melalui senaman.
q Sesetengah kesakitan kronik disebabkan oleh sikap kerja, posisi
kerja, biomekanik yang tidak betul menyebabkab otot kita kerja teruk atau
tercedera. Oleh itu latihan pengubahsuaian boleh dipelajari ketika sesi
fisioterapi/rawatan carakerja.
Anda mungkin akan bertambah sakit pada
permulaannya, tapi itu adalah sementara. Ia adalah disebabkan oleh otot yang
tidak aktif dan kejang tapi anda perlu ingat bahawa ianya akan beransur pulih
jika senaman dilakukan secara berperingkat dan berterusan. Senaman terbukti dapat
mengurangkan kesakitan kronik.Untuk kesan jangka panjang, anda diminta belajar
dan melakukan senaman ini berterusan di
rumah.
Kaedah intervensi (interventional pain
management)
Kaedah secara
intervensi adalah kaedah suntikan khas yang dilakukan pada tubuh yang sakit.
Procedure ini dilakukan dalam bilik pembedahan dibawah kawalan X Ray atau mesin
ultrasound. Pakar kesakitan kronik tidak melakukan pembedahan, hanya suntikan.
Terdapat 100 kaedah suntikan dengan perbagai jarum yang berbeza yang boleh
dilakukan bergantung kepada jenis penyakit. Suntikan ini bertujuan untuk
mempercepatkan kelegaan sakit yang amat sangat dikalangan pesakit. Ianya juga
dilakukan sebagai penyelamat jika tablet/kapsul sebelum itu tidak berkesan.
Setengah kes didapati kesan tablet/kapsul lebih effektif selepas menjalani
kaedah suntikan. Kaedah suntikan ini amat popular dikalangan pesakit yang
mengalami kesakitan tulang belakang dan tengkok. Dalam kes-kes tertentu, kaedah
intervensi boleh menjadi rawatan pilihan selain daripada rawatan pembedahan
tulang belakang pada kos yang lebih murah dan selamat. Biasanya kaedah ini
dilakukan oleh pakar kesakitan kronik yang terlatih untuk menjamin penyembuhan
dan mengelakkan komplikasi. Di Hospital Universiti Sains Malaysia kaedah intervensi ini
telah menjadi keutamaan dan telah dapat menyembuhkan ramai pesakit.
Contoh teknik
intervensi yang selalu dilakukan ialah:
q Suntikan ubat ke dalam sendi
q Injeksi Botox pada otot yang sakit
q Rawatan Radiofrequency pada saraf yang sakit
q Epiduroplasty
q Suntikan Epidural
q Intrathecal pump
q Spinal cord stimulation
q Intradiscal radiofrequency therapy.
q Prolotherapy
Kaedah secara intervensi adalah kaedah suntikan khas
yang dilakukan dalam bilik pembedahan dibawah kawalan X Ray. Teknik ini telah
banyak menyembuhkan pesakit.
Terapi psikologi (Cognitive behaviour therapy)
Terdapat juga pesakit yang tidak
langsung bertindakbalas terhadap semua cara rawatan (rentan). Mereka akhirnya terpaksa hidup dalam kesakitan. Di Pain Unit,
Hospital USM ketagori pesakit yang rentan kepada rawatan adalah kurang dari
10%. Dalam keadaan ini adalah lebih baik pesakit memfokuskan pada bagaimana
untuk kembali berfungsi dan mengurus diri anda daripada hanya memikirkan
penyembuhan kesakitan itu semata-mata.
Terapi psikologi (Cognitive behaviour therapy) adalah merupakan
rawatan yang paling sesuai untuk pesakit jenis ini. Pesakit akan dilatih untuk
menguruskan rasa sakit dan bagaimana menguruskan kehidupan dengan kesakitan
yang sedia ada. Kaedah ini membimbing pesakit untuk mengawal kesakitan dengan
cara minda yang positif (helpful tought) dan seterusnya menghasilkan persepsi
dan tindakan yang membina.
Dr. Can I have ur email addresses. .
ReplyDeletenizar@kb.usm.my
DeleteDoktor,
ReplyDeleteSaya mengalami sakit di bahagian pinggul, peha, betis sebelah kiri. Ia akan menjadi lebih sakit sekiranya berjalan terlalu lama dan ketika menunduk. Ketika menunduk otot kaki di sebelah kiri terasa tegang sehingga terasa sakit. Saya telah pergi ke hospital dan diberikan ubat saraf serta fisioterapi tetapi sakit tersebut tidak hilang. Apakah rawatan yang sesuai untuk sakit seperti ini.
Jumpa sy di pain clinic husm kubang kerian ahad pagi..atau blh call sy utk consultation..013-9803389,
DeleteAsalam dr. saya dh buat mri 2009 dh ada sd L5s1 kini kembali sakit takleh dudok lama. pd jun sakit lgi dan sept ni pakar ortho injek syncort n lubricnt n flex apa tah...mybe anti inflamm...masih sakit. dr tu kata no cure n akn berterusan sakite. .try to do dsily fisio positive attitude. sy brisk walk 20minit sehari n tampal acustop n do simple bck strenghtg n doa2 syifq. saya dI KL N dah bersara....pohon adv n rawat dr...at times ok at times kaputt...nk elak arcoxia....pohon tolong
ReplyDeleteSalam..call sy utk direct consultation..013-9803389.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam..dtg jumpa sy di pain clinic husm kubang kerian ahad pagi..atau blh call sy utk consultation..013-9803389..
DeleteSalam dr...
ReplyDeleteSaya mengalami sakit belakang sebelah kiri bermula dr pinggang ke bawah...terutama lutut.....saya aktif dlm seni silat bermula tahun 1996 hingga 2002...berhenti setelah berkahwin...pada tahun 1999 di admit di husm (prof Dev).mri done...cuma scoliosis..tahun 2000 saya di suntik ubat untuk kemalangan (kata dr)sebulan sekali di hosp dungun...25/11/2013 saya ke husm semula kerana sakit itu datang semula...saya hanya diberi pil kalsium dan vit b1,6,12 surat arahan fisioterapi...adakah ini rawatan yg sepatutnya
siti hafsah omar
0199831179
sitihafsahmohamad@gmail.com
Kemaman,Trg
Wasalam..call sy direct for consultation..0139803389..
Deleteassalamualaikum doc, saya mengalami kekejangan perut kadang kala , kemudian saya selalu merasakan sakit di bhgn kiri dan kanan pinggang seperti tertarik2 dan mencucuk2, sebelum ini saya pernah diwadkan di hospital, pihak hospital syak kemungkinan infection tetapi sampai sekarang sy masih mengalami simptom yang sama, apakah sebenarnya penyakit saya ye doc?
ReplyDeleteAssalamualaikom dr mak cik berumur 63 tahun kalau ikut dari ujian darah memang tiada apa2 sakit kronik.tapi telah lima bulan mengalami sakit gigi(kejang atau ..... tak tahu nak kata ) dah rujuk pakar bedah mulut dihospital tapi xbaik-baik lagi.masalahnya bila air liur keluar lidah jadi pedih.apa pendapat dr.
ReplyDeleteSalam doktor, sy mengalami kemalangan julai 2016 dan sudah buat surgery masukkan besi di bhagian tulang leher C2,C3 & C4. Sy telah melakukan fisioterapi, dan hingga kini tangan kanan sy berasa lemah, kebas dan otot blkg sy rasa tegang. Apakah rawatan yg sesuai untk sy? Terima kasih
ReplyDeleteAssalam doctor sy dibahagian belikat,lemah badan,pening kepala dan mata jadi kelabu apakah penyakit sy ni ni tq.
ReplyDelete