Sunday, July 14, 2013

Rawatan Radiofrekuensi ; Jawapan Pada Sakit Belakang Sendi Facet.

Jika anda mengalami kesakitan pinggang atau tengkok yang kronik anda perlu baca artkel ini. Kesakitan anda mungkin disebabkan oleh arthritis sendi facet atau dikenali sebagai facet joint syndrome. Sekarang ini ada kaedah yang berkesan untuk merawat penyakit ini.
Penyakit arthritis sendi facet ini banyak berlaku dikalangan kita. Punca penyakit sendi facet ini adalah disebabkan oleh proses penuaan (degenerative disease). Ianya samalah sepert sakit arthritis pada lutut. Walaupun begitu penyakit ini bukan hanya terhad pada orang tua sahaja kerana orang muda juga menghadapi risiko penyakit ini jika mereka mengalami kecederaan pada tulang belakang seperti kemalangan jalanraya, atau pembedahan tulang belakang. Kegemukan dan bidang kerja yang melibatkan angkat objek berat juga  akan memberi resiko penyakit ini. Penyakit sendi facet juga boleh berlaku susulan dari penyakit lain pada tulang belakang seperti slipped disc.
Sendi facet yang berfungsi untuk menyokong dan memusing tulang belakang


Gejala klinikal penyakit sendi facet.
Gejala (symptom) klinical penyakit sendi facet ini bergantung kepada bahagian tulang belakang yang terlibat.

  1. Bahagian pinggang;Pesakit akan mengalami kesakitan pada pinggang jika duduk atau berdiri lama. Oleh itu pesakit tidak mampu duduk lama kerana akan rasa lenggoh pada pinggang. Tapi sakit akan lega bila berbaring. Sakit akan bertambah kuat jika pesakit mendongak atau memusingkan badan kebelakang. Bagi orang Islam, duduk tahiyat ketika solat akan mencetuskan rasa sakit tersebut.
  2. Bahagian leher;Pesakit akan memberi tiga gejala yang utama iaitu sakit pada belakang tulang tengkok, pening pada bahagian belakang kepala hingga keubun-ubun dan sakit pada otot leher, bahu atau belikat.
Biasanya penyakit ini juga disusuli dengan kekejangan otot leher atau belakang. Jika berlarutan (kronik) ianya dikenali dengan syndrom sakit myofasia (Myofascial pain syndrome). Oleh itu pesakit akan mengalami beberapa jenis sakit dan puncanya (sakit sendi facet dan sakit otot) dalam satu masa. Kadang-kadang kesakitan  dari otot yang kejang ini mendominasi sakit dari sendi facet yang dihadapi. Diantara ciri sindrom myofascia ini ialah sakit otot ini akan menjalar turun atau naik ketepat lain. Contohnya jika otot tengkok terlibat sakit pada otot ini akan menjalar naik ke kepala atau ke tangan. Jika otot pada pinggang terlibat, sakit akan menjalar turun ke pinggul dan belakang peha.
Kesilapan diagnosis dan rawatan sering berlaku jika doktor yang merawat kurang arif tentang penyakit sindrom myofascia ini kerana ianya baru dikalangan pengamal perubatan Malaysia.

Rawatan Penyakit Sendi Facet.

Rawatan untuk kesakitan sendi facet ini ada beberapa peringkat. Jika ianya ringan, sakit ini boleh diubati dengan ubat NSAID seperti celebrex dan rawatan physioterapi. Tapi jika sakit itu  kuat pastinya ubat makan saja tidak akan mampu melegakan kesakitan anda. Yang pastinya kesakitan ini akan menjejaskan fungsi harian anda. Pada peringkat ini apa yang anda perlu ialah rawatan suntikan radiofrequensi pada sendi facet anda.


Rawatan Suntikan Radiofrequensi

Rawatan suntikan radiofrequensi dilakukan oleh doktor pakar rawatan sakit kronik (pain specialist). Procedur ini melibatkan suntikan pada saraf kecil pada sendi facet anda. Arus elektrik yang berfrekuensi tinggi (tapi selamat) akan disalurkan melalu jarum tersebut dan hasilnya saraf tersebut akan menjadi “lumpuh” dan tidak berfungsi. Suntikan ini berperanan untuk membantutkan signal sakit yang berpunca  dari sendi facet. Jadi pesakit akan merasa lega serta merta. Ianya dilakukankan didalam dewan bedah dibawah kawalan sinar X ray. Rawatan ini adalah selamat dan pesakit tidak akan merasa sakit ketika procedur suntikan ini dijalankan, kerana bius setempat pada kulit akan diberikan.
Kejayaan teknik ini boleh mencapai 80%. Banyak pesakit telah sembuh dari kesakitan mereka dan kini dapat kembali kepada aktiviti asal mereka. Mereka kini dapat duduk lama dan ini amat membantu bagi mereka yang kerja pejabat. Bagi pesakit sendi facet pada tulang tengkok, mereka akan rasa tengkok mereka flexible dan kekejangan otot leher juga berkurangan. Ini kerana suntikan radiofrekuensi bukan saja melegakan sakit pada sendi facet sahaja tapi juga sakit yang berpunca dari kekejangan otot yang berkaitan.

Kajian kes.

Seorang surirumah  berumur 40 tahun telah mengadu sakit pada otot bahu, belikat dan pening yang kronik hampit setahun lamanya. Pening yang dirasainya bermula dari belakang tengkok dan menjalar naik ubun kepala. Beliau juga memberi gejala kekejangan pada otot tengkok dan bahunya. Pergerakan leher dan bahu kanannya terbatas kerana ianya menambah kesakitan yang sedia ada. Tangan kanannya kadang-kadang dirasai seperti kebas-kebas dan kurang rasa. Beliau mengaku terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa memandu kereta 2 tahun yang lalu.
Ini menyebabkan fungsi sehariannya  sebagai surirumah terjejas teruk. Beliau telah dirawat oleh seorang doktor pakar, MRI tulang tengkok telah dibuat dan didapati beliau mengalami penyakit artritis sendi facet. Setelah mencuba beberapa jenis ubat ,sakit nya tidak berkurangan. Beliau kemudiannya dirujuk pada  pain specialist. Setelah diperiksa, beliau di kenalpasti mengalami penyakit artritis tulang tengkok (cervical facet joint arthritis) dan juga sindrom myofasia (myofascial pain syndrome) yang melibatkan otot leher, belikat  dan bahunya.
Beliau telah dirawat dengan ubat penahan sakit (celebrex) dan suntikan radiofrekuensi pada sendi facet tengkoknya disusuli senaman regangan yang khusus untuk otot leher dan bahu yang terlibat. Semua gejala yang dihadapi termasuk pening, sakit tengkok dan bahu beransur hilang dalam masa dua minggu selepas rawatan.
Suntikan radiofrekuensi pada sendi facet dilakukan dengan kawalan sinar X ray.

Huraian kes diatas.


Penyakit facet arthritis sendi tengkok dalam kes ini nampaknya hampir sama dengan kes yang dihuraikan dalam artikel ini. Tiga gejala utama ialah pesakit mengalami sakit tulang tengkok, sakit otot pada belikat, bahu dan rasa pening. Tapi dalam kes ini penyebab pening itu lebih dari satu. Selain dari berpunca dari sendi facet, ia juga disebabkan oleh penyakit sindrom myofasia otot leher yang kerap juga memberi gejala pening kepala. Apa yang penting sini ialah semua gejala penyakit ini boleh diubati hanya dengan suntikan radio frekuensi.

12 comments:

  1. assalaamualaikum. Saya dapati kaedah radiofrekuensi ni agak menarik. Mohon bagi penjelasan apa-apa kah kesan sampingan yang mungkin ?

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..boleh call sy utk lebih lanjut.

    ReplyDelete
  3. Dr, Saya berumur 30 tahun, masalah yg saya hadapi la saya sering sakit di bahagian kiri belakang, dr betis kiri, punggung, hingga ke belikat, dan naik ke kepala dan mengakibatkan sakit kepala yang selama ini saya anggap migrain. Tangan kiri saya, terutama 3 jari kelingking, manis dan jari hantu sering rasa kebas. Kebelakangan ini saya mengalami satu lagi masalah, perut saya sering kembung, dan sakit-sakit badan sehingga demam...sebulan sekali saya akan demam,...saya tak tau samada masalah ni berkaitan, dan ini hanyalah gejala yg saya mampu ingat..saya juga tidak mampu fokus, " blur", yang saya anggap disebabkan masalah penghadaman. Mohon doktor beri pencerahan adakah saya menghidap penyakit sendi facet ini?

    ReplyDelete
  4. AsSalam. Saya berumur 38 tahun, Doktor dari KPJ Selangor telah mengesahkan saya mendapat Lumbar Spondylosis pada 31 Dis 2013. Dengan rasa sakit yg kuat, saya cuma diberikan 1 jenis ubat sahaja iaitu Naproxen Sodium 275mg utk diambil 2 kali sehari. Setelah 3 hari saya makin kuat tetapi kesakitan tetap ada. Saya struggle setiap kali mahu baring atau ketika mahu bangun dari tidur.

    Saya bercadang berjumpa Doktor hari ini. Minta Doktor berikan lokasi.

    Mat, Shah Alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..call sy direct 013-9803389 utk buat appointment..

      Delete
  5. Dr..saya berumur 31.baru disahkan ada slip disc pd L5..boleh ker buat ni? Saya dr Jb.ada x rawatan ni Jb or kar mna area saya perlu g..plz advise mvmner nk hubungi dr..

    ReplyDelete
  6. Call me direct for consultation and appointment..013-9803389..blh dtg jumpa sy di HUSM kubang kerian.

    ReplyDelete
  7. Salam Dr. Nizar. Sy mengalami lumbar disc prolapse L4-L5. Umur sy baru 21 thn ni. Sy masih student di sebuah negara. Sekarang sy balik bercuti 3minggu. Sy bercadang nk jumpa doctor dan menerima rawatan. Adakah kosnya mahal kerana sy masih belajar lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, kos bergantung, ada insurance?call sy utk details and appointment.

      Delete
  8. Saya dari penang & mengalami masalah sakit badan belakang/pinggang yg agak teruk. Almost the same symptoms as you described above, unable to stand/sit for too long especially during presentation or Friday pray. Had this, I think, for more than 6 years. 6 years ago I was hospitalized but doctor couldn't locate any slip disc & suspected could be just sprain muscle.

    ReplyDelete
  9. Salam.doktor saya mengalami sakit bahu,belikat dan leher tegang.saya pernah refer pakar ortho dan buat MRI.doktor kata x de masalah cuma masalah otot n saraf.saya ikuti fisio dlm setahun tp x de perubahan dan masih sakit sampai sekarang.mohon penjelasan doktor adakah saya mengidap saraf facet?

    ReplyDelete