Assalamualaikum Dr Nizar, saya
Nurulhana dari Kedah, berumur 29 tahun. Saya telah mengalami sakit kepala bertahun
lamanya, rasa sakit pada bahu malah tangan saya sering terketar-ketar dan sakit
menyucuk-nyucuk seperti ada jarum serta berasa lemah dan kebas dikedua tangan
dan kaki sejak 2004. Kadang-kala apabila memegang barang, terlepas. Setelah
berapa lama saya mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
dan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang, mereka masih tidak mengetahui punca
penyakit saya. Akhirnya, dalam bulan 9 lepas, kerana tidak dapat menahan sakit
lagi saya pergi ke kecemasan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan
kebetulan pada masa tu seorang doktor dari bahagian orthopedik meminta saya membuat
X-ray tengkuk. Keputusan X-ray menunjukkan tulang tengkuk saya lurus dan
seterusnya saya diusulkan untuk membuat MRI Cervical
Spine. Saya mengambil keputusan membuat MRI tersebut dihospital swasta
kerana untuk temujanji di Hospital Sultan Abdul Halim mengambil masa. Keputusan
MRI tersebut saya bawa ke Hospital Sultan Abdul Halim dan akhirnya saya dirujuk
ke Pakar Orthopedic. Keputusan dari MRI menunjukkan ada Disc Herniation (Sliped Disc) ke arah belakang dan bersentuh dengan
selaput saraf tunjang tetapi belum menekan saraf tunjang. Level yang terlibat dari C3 hingga C7. Saya diberi ubat Neurotin (Gabapentin) kapsul dan vitamin
B.
Saya juga membuat fisioterapi (Cervical Traction) tetapi setiap kali
selepas rawatan saya akan berasa pening dan sakit pada bahagian belakang
(bawah) kepala. Mereka tidak lagi membuat traction
tapi menggantikannya dengan ultrasound
tetapi saya tetap berasa sakit dan kebas ditangan dan kaki serta sakit dibahagian
bahu dan kepala yang amat sangat dan selalu rasa loya. Segala aktiviti seharian
saya terganggu oleh kesakitan tersebut. Doktor cakap keputusan MRI tersebut
adalah 'mild' tetapi saya terasa
kesakitan yang amat sangat. Persoalannya, adakah saya terpaksa menanggung
kesakitan ini seumur hidup? Adakah penyakit saya boleh dirawat dan bagaimanakah
cara rawatannya? Di sini juga saya sertakan keputusan ujian MRI. Saya harap
doktor dapat membantu dan memberitahu serba sedikit kaedah rawatan yang
bersesuaian. Sekian, terima kasih.
Jawapan Dr Nizar
Salam. Apa khabar Nurulhana? Harap
dapat bersabar dan ceria-ceria selalu
kerana masih ada harapan baru untuk sembuh. Apa yang anda hadapi
sekarang ialah sakit sendi facet tengkok (Cervical
Facet Syndrome) sejenis arthritis sendi pada leher. Ia memberi semua simptom
yang anda bagitahu termasuklah “accessory”
lain seperti gejala ENT telinga berdengung dan rasa hanyut seperti hendak pitam
(dizziness), perut banyak angin/simptom
gastritis dan kerabunan mata. Ini bukan sakit Slipped Disc tengkok. Jadi saya tidak hairan dengan keputusan MRI
tengkok anda normal atau Slipped Disc
yang “sedikit”. Sakit sendi facet tidak dapat dikesan melalui ujian MRI kecuali
jika sampai ketahap yang “advance”.
Ramai pesakit datang menerima
rawatan dari saya dan cerita mereka semua sama saja seperti cerita anda. Kebanyakan
doktor pakar pun tidak dapat mengenalpasti penyakit ini termasuklah Spine Surgeon. Kebanyakan pesakit sudah
banyak ikhtiar dan hampir kecewa. Ada juga yang mengalami kemurungan apabila
simptom-simptom ini menyukarkan kehidupan seharian mereka. Keadaan ini akan
lebih teruk lagi apabila doktor mengatakan tidak ada penyakit yang dikenalpasti.
Semua rawatan yang sudah anda buat
termasuk traction sebenarnya tidak
perlu. Ubat tahan sakit pun biasanya tidak berkesan apabila keadaan anda sudah
teruk. Rawatan yang terbaik ialah suntikan RF pada sendi tengkok tersebut.
Kejayaan rawatan suntikan RF ini dalam 80%. Kelegaan besar akan dirasa lepas 12
jam selepas suntikan (esok pagi). Semua simptom yang anda berikan itu dapat dirawat
tetapi yang paling degil ialah rasa hanyut dan berdengung telinga, mungkin
perlu suntikan kali kedua untuk plan B jika simptom hanyut masih ada. Jangan hidup
menderita dalam kesakitan sedangkan ada rawatan yang efektif. Penyakit ini
tidak akan menyebabkan mati seperti sakit jantung atau kanser. Tetapi penyakit
ini memberi rasa sakit dan merana seolah-olah mematikan kehidupan. Jika
dibiarkan, sakit kronik ini akan menyebabkan anda menjadi hilang upaya contohnya
tidak boleh bangun, berjalan, memandu kereta malah bekerja dipejabat disebabkan
oleh rasa hanyut dan berpusing-pusing.
Salam dr....selain sakit belakang...saya juga sakit pada pangkal bahu kawasan tulang kipas juga sakit,telinga berdenggung,selalu pening dan rasa nok pitam,perut selalu berangin selalu dpt gastrik....apakah penyakit yang saya hidapi ini...siti hafsah
ReplyDeletekemaman...trg
sakit sendi facet tengkok memberi 3 basic symptom; sakit bahu....sakit/kejang tengkok....rasa pening/hanyut
ReplyDeleteAssalam Dr. Saya mengalami sakit telinga kiri bahagian dalam. Dan baru2 ni sakit leher pula datang. Leher di bahagian kiri berasa seperti kejang @ kebas dan sangat tak selesa. Telinga pun kadang2 berdesing. Adakah ini juga sakit sendi facet tengkuk?
ReplyDeleteSalam Dr. saya ada hantar email berserta MRI result. Saya perlukan 2nd opinion samaada masalah saya bole dirawat melalui kaedah suntikan RF. Saya ada cuba hubungi dr tp x dpt, slps itu disusuli dgn sms. minta bantuan doktor segera. terima kasih -nadia[nadia_vallo@yahoo.com]
ReplyDeleteSALAM dr.sy mohd toriq.sy alami penyakit ni dah setahun lebih..perut sentiasa berngin.belakang sakit.dn paling rsa diuji allah bila sentiasa rasa pening n mabuk.pertanyaan untuk dr.adakah simptom yg sy alami adalah sakit sendi facet tengkok?adakah suntikan rf ni boleh dapt di klinik swasta.atau hospital kerajaan.?terima kasih dr
ReplyDeletesalam..call me for details..rf blh dibuat di HUSM Kubang Kerian dan Hospital Perdana Kota Bharu..
ReplyDeleteAssalammualaikum sapa2 yg dh buat suntikan rf blh bg komen x mcm mana rasa slps suntikan
ReplyDeleteAssalammualaikum sapa2 yg dh buat suntikan rf blh bg komen x mcm mana rasa slps suntikan
ReplyDeleteAssalammualaikum sapa2 yg dh buat suntikan rf blh bg komen x mcm mana rasa slps suntikan
ReplyDeleteAssalamualaikum Dr Nizar... Saya mengalami tegang pada otot bahu,leher,belikat kira2 2 tahun yg lalu.. Dr yg merawat saya kata tak ada apa2 yg berlaku setelah bermacam2 ujian saya lakukan termasuklah ECG untuk mengesan penyakit jantung dan keputusannya negatif.. Saya agak kecewa kerana tak tahu apa penyakit yang saya alami... Sekarang ni keadaan saya makin parah kerana saya rasa kebas seluruh badan dari kepala sampai ke kaki.. Terasa seperti oksigen x sampai ke otak.. Mungkin itu adalah simptom hanyut.. Saya x tahu definasi hanyut yg Dr maksudkan cuma apa yg saya rasa seolah2 saya kekurangan oksigen ke otak..pergerakan saya rasakan mcm perlahan.. Tangan menjadi lenguh dan kaki susah utk di angkat.. Semuanya kebas.. Telinga berdengung seolah2 ada di tempat tinggi... Saya pernah buat x ray dan hasilnya menunjukkan tulang leher saya lurus...
ReplyDeleteAdakah saya mengalami penyakit sendi faset.. Harap Dr boleh bantu saya..
Jom kongsi cerita..penyakit awk mcm same je ngn sy..hanya allah je yg tahu siksanya kehidpuan seharian.
DeleteWasap sy wasap.my/+60103343217
boleh wasap saya sekali. 0194145746.. symptom sama mcm sy jgk..
DeleteAssalamualaikum Dr Nizar... Saya mengalami tegang pada otot bahu,leher,belikat kira2 2 tahun yg lalu.. Dr yg merawat saya kata tak ada apa2 yg berlaku setelah bermacam2 ujian saya lakukan termasuklah ECG untuk mengesan penyakit jantung dan keputusannya negatif.. Saya agak kecewa kerana tak tahu apa penyakit yang saya alami... Sekarang ni keadaan saya makin parah kerana saya rasa kebas seluruh badan dari kepala sampai ke kaki.. Terasa seperti oksigen x sampai ke otak.. Mungkin itu adalah simptom hanyut.. Saya x tahu definasi hanyut yg Dr maksudkan cuma apa yg saya rasa seolah2 saya kekurangan oksigen ke otak..pergerakan saya rasakan mcm perlahan.. Tangan menjadi lenguh dan kaki susah utk di angkat.. Semuanya kebas.. Telinga berdengung seolah2 ada di tempat tinggi... Saya pernah buat x ray dan hasilnya menunjukkan tulang leher saya lurus...
ReplyDeleteAdakah saya mengalami penyakit sendi faset.. Harap Dr boleh bantu saya..
Saya mengalami sakit tengkuk yg teruk dgn sakit kepala yg kronik... xray menunjukkan spinal cord c7... apa rawatan yg sesuai doktor.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sya mngalami skit tengkuk yg sering berasa lenguh. Kata tukang urut, tulang blkang sya lari &tdak mngikut laluan yg spatutnya. Apa yg patut sya lakukan? Sya msih belajar & tdak selesa ktika belajar apabla berasa lenguh2.
ReplyDeleteAssalammualaikum doctor...dkt sabah ada ka tmpt mw cek sakit sendi facet?sya pernah eksiden 3 tahun,patah tulang bahu.skrng sya pndai pening,sesak nafas,sendawa ketika berjalan.
ReplyDeleteSaya umur 17 x tahu sakit ape tande 2 macam sakit sendi facet tapi leher x sakit. pening/hanyut telinga kadang2 berdengung kebas tangan/kaki kurang seimbang/flexible nak focus dlm kelas pon susah kalu x rawat nanti nk bawak kereta/moto nak kerje pon x boleh tapi ade ke suntikan dekat hospital terengganu?
ReplyDeleteJom kongsi cerita,sy pun mcm tu
DeleteWasap.my/+60103343217
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete