Gejala mata dan telinga dalam syndrome sakit sendi facet tengkok (cervical facet syndrome ).
Penyakit sendi facet pada leher (cervicel facet syndrome ), biasanya pesakit akan memberi gejala sakit sendi tengkok, sakit pada otot bahu, leher serta belikat dan juga pening dari belakang naik keubun kepala.Tapi penyakit ini juga boleh memberi gejala yangg lebih teruk dari itu; iaitu gejala kabur mata, berdengung telinga dan juga rasa hanyut dan mudah pitam. Kebanyakan pesakit telah tersalah diagnose menyebabkan kegagalan dalam rawatan mereka.
Gejala sindrom myofascia otot leher dalam arthritis sendi facet leher (cervical).
Biasanya penyakit arthritis sendi facet leher akan member gejala yang klasik seperti berikut;
1.Sakit sendi facet tengkok, biasanya akan lebih sakit bila kepala di dongak kebelakang atas sambil leher dipusingkan kesisi. Sakit sendi facet akan dirasakan pada sisi yang sama.
2.Sakit pada otot bahu, leher serta belikat.Ini merupakan gejala sampingan yang klasik disebabkan oleh keadaan otot yang kejang dan sakit berpanjangan.Ini dikenali sebagai sindrom myofscia(myofascial pain syndrome).Sakit akan lebih terasa jika otot ini dipicit dan sakit boleh menjalar turun kelengan atau jari.
3.Pening dari belakang naik keubun kepala. Kadang-kadang merayap hingga kemata atau kedahi.
Ada juga pesakit memberi gejala sendawa yang keterlaluan terutamanya bila otot pada leher dan belikat dipicit.bBila pesakit rasa pening berserta hanyut, kabur mata dan telinga berdesing disamping sakit pada leher dan bahu,aktiviti harian mereka terjejas teruk. Pesakit akan risau dan cenderung mengalami kemurungan terutama bila rawatan dari beberapa orang pakar ternyata gagal merawat mereka.
Secara umumnya kesakitan pada otot leher dan bahu(sindrom myofacia) boleh mimik/menyerupai beberapa gejala klinikal penyakit lain seperti migrin, cakera tergelincir, gejala ENT, mata dan perut. Gejala –gejala pelik ini boleh diaktifkan jika otot –otot tertentu pada leher atau bahu dipicit. Jika doktor merawat tidak arif tentang sindrom myofasca ini, rawatan akan tersasar kerana ianya boleh mengelirukan. Setiap otot memberikan gejala tersendiri yang eklusif. Manakala punca gejala mata dan telinga berdengung ini adalah datangnya dari otot sternomostoid,pada leher.Otot ini agak panjang bermula insersinya dari tulang dada(sternum) naik keatas hingga ke belakang telinga pada tulang mastoid. Fungsi otot ini ialah untuk menoleh kepala kesisi. Bila berlaku kekejangan dan sakit pada otot ini, ia boleh memberi gejala rasa hanyut, kabur mata dan telinga berdesing . Ini adalah merupakan gejala klasik jika otot ini mengalami keadaan sindrom myofsacia. Sindrom ini juga biasanya berlaku susulan sakit sendi facet pada leher sebagai gejala tambahan. Malangnya tidak ramai doktor tahu akan hakikat gejala ini. Banyak doktor dengan mudah akan merujuk pada pakar mata dan telinga untuk rawatan. Akibatnya rawatan yang diberikan tidak membuahkan hasil.
Rawatan yang mujarab.
Oleh kerana punca gejala mata dan telinga berdengung ini adalah datangnya dari sindrom myofascia otot sternomostoid,dan keadaan ini merupakan susulan (secondary) dari sakit arthritis sendi facet pada leher, maka rawatan radiofrekuensi pada merupakan rawatan yang utama. Gejala klasik sendi facet leher sepert sakit tengkok, pening, sakit pada otot bahu akan beransur hilang selepas rawatan ini. Manakala gejala mata dan telinga juga akan beransur hilang dalam beberapa hari. Malah kebanyakan pesakit merasa kelegaan besar pada keesokan harinya.
Disamping itu otot sternomastoid juga kan disuntik samada dengan ubat bius(trigger point) ataupun kaedah suntikan radiofrekunsi. Biasanya pesakit akan kagum dan sukar percaya kerana masalah mata kabur dan telinga berdengung tiba-tiba saja hilang dalam beberapa saat selepas suntikan.”macam silap mata” kata mereka...
Kadar Sewa Homestay (per night)
8 years ago
As salam ..sy mengalami masalah ni..bolehkah saya mendapatkan rawatan dr Doktor.. Emailkan saya info ipohecho.rm@gmail.com tkasih
ReplyDelete