Wednesday, November 30, 2011

FAQ on Cervical facet syndrome(arthritis sendi facet leher)









Soalan 1.
Assalamualaikum Dr Nizar.
Saya Shamsul dari Klang. Saya mengalami kesakitan yg kuat pada bahu, urat belikat dan tengkok di bagian kiri. Keadaan ini akan berlaku apabila saya bangun dari tidur dan kesakitan yang teruk akan berterusan sehinga 3-5 jam. Begitulah keadaan saya pada setiap hari sejak 8 bulan yang lalu. Pernah sembuh 2 bulan yg lalu, tetapi berlaku semula sejak 2 minggu lepas. Kesakitan berpunca semasa saya tertidur di atas lantai bahagian ruang tamu. Keadaan yg sama juga turut berlaku pada 8 bulan yg lalu. Pernah dapatkan suntikan tahan sakit namun tidak berkesan. Pernah juga dapatkan rawatan di PPUM dan beberapa klinik swasta, namun doktor mengatakan terdapat tisu koyak dan kecederaan pada otot. Antara rawatan yg telah saya lalui ialah Bekam Darah, Bekam Angin, Akupuntur, Urut, Pengambilan pil Neurobion dan termasuklah rawatan secara islam. namun tiada yang boleh melegakan kesakitan yang saya alami. Kini saya dalam kedaan yg sangat tertekan. Apakah sebenarnya penyakit saya ini? Apakah rawatan yg boleh doktor syorkan? sekian terima kasih.Shamsul, Klang
Jawapan Dr Nizar
Sakit tengkok, bahu dan belikat merupakan gejala klasik sakit sendi facet tengkok (cervical facet syndrome).Penyakit ini sejenis keradangan sendi (arthritis) yang boleh belaku sepanjang tulang belakang kita.Bahagian paling biasa berlaku ialah pinggang dan leher kerana kedua bahagian ini pada tulang belakang kita paling banyak melakukan pergerakan. Sakit pada tengkok akan lebih ketara waktu pagi selain dari rasa kejang. Pening atau rasa hanyut juga boleh menyusul. Selain dari itu otot-otot pada bahu dan leher juga menjadi sakit bila dipicit. Pesakit juga akan rasa seperti kebas pada tangan atau jari. Jika sendi bahu sudah mula sakit dan susah digerakkan, ini menandakan bahawa anda sudah mendapat penyakit susulan kesan dari sakit sendi facet ini, iaitu kekakuan sendi bahu(frozen shoulder). Ini biasa berlaku pada pesakit yang mengidap sakit sendi facet tengkok jika dibiarkan tanpa rawatan.
Rawatan perubatan alternatif banyak yang tidak terbukti keberkesananya. Rawatan yang mujarab ialah suntikan radiofrekuensi pada saraf sendi facet tersebut. Suntikan ini akan melemahkan saraf yang bawa signal sakit pada sendi facet tersebut. Bila saraf sudah “kebas”, tiada lagi rasa sakit atau pening.Jika kita sudah tidak rasa sakit, leher boleh bergerak bebas dan lebih produktif. Kita tidak perlu risau proses arthritis (proses penuaan) tersebut jika ianya tidak beri rasa sakit. Ramai aorang yang mengalami arthritis pada sendi tapi penyakit ini tidak mengganggu mereka.Majority daripada pesakit (80%) telah sembuh sehari selepas rawatan radiofrequency. Pengambilan supplemen antioxidant dan vitamin sendi seperti chondrotin-glucosamine amat digalakkan untuk proses penyembuhan sendi dan untuk memperlahankan proses penuaan.

Rawatan radiaofrequency sudah lama bertapak di hospital HUSM. Tetapi rawatan ini boleh didapati hospital swasta tertentu.Tetapi perlu diingatkan bahawa hasilyang cemerlang dari rawatan suntikan ini,bukan disebabkan oleh semata-mata oleh teknologi atau suntikan dibuat.Tetapi ianya banyak bergantung pada kepakaran doktor melakukan suntikan (yang terlatih), diagnosis yang tepat dan masa yang betul(tidak terlalu serious).Sendi bahu yang sakit dan kaku boleh dirawat dengan suntikan ubat kedalam sendi dan juga rawatan suntikan radiofrequency.

Soalan 2.

Assalammualaikum,doktor Nizar.

Saya Noorhaili b. Ali merupakan seorang guru dari Kluang Johor. Saya ada terbaca satu keratan akbar bertarikh 19 Jun 2011 dalam topik Tanya pakar. Soalan yang dikemukan oleh Roslina Muhammad dr Ipoh Perak. tentang masalah pening tidak hilang.
Untuk pengetahuan doktor saya telah mengalami masalah ENT ini sudah lama kesan dari pada atristis sendi faset pada tengkok, pernah saya membuat pemeriksaan doktor dan pernah membuat fisiotrapi dibahagian tersebut, Alhamdullillah masalah sakit dibahagian tengkuk,otot bahu dan sakit di bahagian belikat hilang, tapi ianya hilang buat sementara sahaja. Tapi yang paling nyata rasa hanyut, pengelihatan berpusing2 dan kadang kala ianya kurang jelas dan telinga berdengung dirasai sehingga ke hari ini.
Untuk pengetahuan doktor saya mempunyai tabiat yang kurang baik iaitu sering mematahkan leher bagi melegakan ketidak selesaan dibahagian leher.Dengan ini saya amat memerlukan nasihat daripada doktor untuk dapat meringankan masalah yang telah lama saya tanggung ini. Boleh kah masalah kesihatan saya ini dirujuk kepada doktor?
Sekian terima kasih, Wassalam.

Jawapan Dr Nizar,
Gejala ENT, pening dan penglihatan yang kabur merupakan gejala sampingan sakit sendi facet pada leher.lebih dari 50% dari pesakit saya yangmengalami sakit sendi facet leher mengalami gejala ini. Biasanya rasa hanyut, telinga bersesing dan memusing (vertigo).Mereka telah menjalani pemeriksaan dari pakar ENT tapi tiada jawapan untuk gejala tersebut.Ramai doktor tidak tahu tentang fakta ini. Gejala ENT ini akan berlaku hanya jika bahagian atas sendi facet leher terlibat iaitu paras C0C1,C1C2,C2C3.Malah ada beberapa pesakit saya datang hanya dengan gejala vertigo tanpa ada gejala klasik sendi facet lain.Mereka kini sembuh dengan rawatn radiofrequency.
Rawatan fisioterapi boleh melegakan ,tapi hanya sementara.Rawatan definitive ialah suntikan radiofrequency pada sendi facet tersebut. Semua gejala ent , mata kabur dan sakit pada tengkok dan bahu akan hilang.Kejayaan rawatan mencapai 80-90%. Suntikan radiofrequency jika ditambah dengan rawatan fisioterapi akan menambah lagi keberkesanan rawatan.Tabiat anda untuk mematahkan tengkok untuk menghasilkan bunyi “klik” adalah satu tabiat yang tidak baik.tabiat ini akan menggalakkan geseran pada sendi facet dan memberi resiko kecedreraan yang lebih serius disamping kesakitan yang rentan pada rawatan.






20 comments:

  1. salam dr. sy norasma dr ipoh perak. Saya mengalami sakit kepala sejak 10 thn yg lalu. bermula dengan sakit di belakang mata yg teruk. namun saya telah membuat ujian ct-scan, MRI, ujian salur darah dileher dan EEG kepala. Keseluruhan ujian adalah positif. cuma EEG kepala mendapati saraf bengkak dibahagian luar tengkorak sebelah kanan, namun doc pakar terebut menyatakan tidak bahaya.hingga sekarang saya menanggung kesakitan tersebut. apabila sakit datang, mata dan sebelah tubuh bahagian kanan menjadi sakit...tolong la saya doc.

    ReplyDelete
  2. Salam .sakit belakang mata dan pening senonim dengan penyakit kluster headache atau atypical facial pain,Pening jenis ini jarang2 berlaku dan tidak dapat didiagnose oleh ramai doktor. sakit ini amat memeritkan dan rentan dengan banyak ubat pain killer.
    Rawatanyanya multimodal..suntikan radiofrequency is the best option.saya dah merawat beberapa pesakit seperti ini.

    ReplyDelete
  3. Dr, saya fikir skrg ini saya sedang mengalami gejala-gejala sakit sendi ini. Saya mengalami rasa-rasa sengal atau kadang-kala sakit dibahagian tengkuk, bahu dan belikat kiri. Telinga kiri sentiasa berdesing (sudah sebulan lebih), kepala kadang kala sakit dari belakang kepala hingga ke bahagian mata dan dahi. Adakah doktor rasa saya mengalami gejala sakit sendi faset ini?

    Apa yang harus saya lakukan sekarang? Doktor pakar apa yang harus saya temui? Biasanya berapa kos untuk mengambil rawatan suntikan radiofrequency ini?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Dr.
    Saya ada pertanyaan, saya berumur 23 tahun dan mengalami masalah seperti berikut:
    1. Kerap sakit belakang di bahagian pinggang sekiranya duduk bekerja untuk tempoh masa lama.
    2. Kebelakangan ini, ketika melakukan kerja, selalu berasa lenguh dan sakit-sakit di belikat dan bahu kanan.
    3. Adakalanya terasa seperti kebas dr bahu hingga ke jari-jari sebelah kanan tangan.
    4. Sering rasa tergeliat di kanan pinggang dan tengkuk sebelah kanan.
    5. Kerap rasa tidak selesa untuk tidur mengiring sebelah kanan.
    6. Mudah tidak selesa dan kadang-kadang sakit jika tidur pada tilam yg lembut dan jika tidak disokong di tengkuk.
    7. Sakit berdenyut di kiri kanan dahi.
    Untuk makluman Dr., saya pernah terjatuh terlentang ketika aktiviti kokurikulum semasa berumur 18tahun.

    Mohon pandangan Dr. mengenai masalah ini. Terima kasih atas respon Dr.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dr Nizar,

    Suami saya berumur 29 tahun,telah menjalani MRI scan dan doktor memaklumkan suami saya mengalami 'Cervical Spondolysis' di C2, C3 dan C4.
    Setiap hari suami merasa kebas bahu kiri, ada rasa sakit seperti 'shooting pain', dan sangat menganggu aktiviti seharian. Buat masa ini doktor menyaran kan suami saya berehat dan menjalani physioterapy seperti traction, ultrasound dan massage. tetapi rawatan tersebut bersifat sementara.selepas rawatan kesakitan jadi kembali.Sekiranya rawatan physio tidak berjaya,doktor menyarankan suami menjalani operation di bahagian tengkuk.
    Adakah rawatan suntikan radiofrequency dapat menyembuhkan penyakit suami saya?
    Mohon pandangan dr mengenai masalah ini, terima kasih atas perhatian dari doktor.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam..doc..saya mengalami masalah. diatas..sy nasreen dr png..blum mri tapi gejala yg sama..boleh emel.saya..saya dirujuk ke ent..tapi kata tulang hudung bengkok..maslahnya sakit belakang tengkuk..kat tei bahu ke bawah..bunyi klick kriok kat lehsr..lengguh dan sakit..tak dapat tidor..hingga atas kepala..telungga atas..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum DR,sy muhamad farhan berasal dari terengganu,saya juga mengalami masalah yang sama sudah hampir dua tahun,sering rasa hanyut,pening berpusing-pusing,telinga berdegun,tidak boleh nak tumpu ketika memandu,ada juga terasa hidup seharian bagai bermimpi,saya rasa semakin lamamakin teruk,,,,
    saya pernah bagitahu dekat dr hospital,tapi dia hanya bagi ubat tampal dan ubat pening,,,,
    apakah langkah terbaik untuk saya mengubati penyakit ini,saya memang rasa tekanan sangat hidup dalam keadaan begini,,tolonglah saya DR,,, :(

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Doc, saya selalu kebas bahagian belikat belah kanan sampai la jari. Rasa kebas + lenguh. Tukang belakang rasa sakit jgk bila gerak2. Kadang2 bangun tido pinggang rasa sakit mcm rasa senggugut. Saya umur 22 tahun.tiap kali berdiri vision saya kdg2 blur. Tunggu berapa saat baru clear. Kenapa ye? Thank you in advance.

    ReplyDelete
  11. Salam doc sy nk tahu dengan lebih jelas tentang penyakit ini.saya ada mengalami pening kepala,leher rasa tidak selesa,bahu lenguh dan rasa mcm melayang je badan.pegi ke klinik doc ckp migrain.sy check darah n tekanan darah sy still normal,kolestrol ok n ecg yg dibuat pun normal.pening kepala ni biasanya dar belakang kepala bhgn bwh kepala hingga ke bhgn mata.belakang telinga kalau dipicit ada rasa sakit.saya dh alaminya lebih kurg 2 bulan.dan skrg br lepas menjalani ct-scan.pada pandangan doc adakah ini disebabkan sendi facet?

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum doktor
    sy mengalami sakit di tengkuk, kemudian naik ke ubun2, di belikat dan belakang mata. kdg2 terasa sakit di pinggang spt mencucuk.
    yg peliknya sy baru berusia 17 thn. Sy kerap bangun awal pagi, namun sy jarang sakit kpla ketika itu. tp bila tiba di skola, kepala sy bertambah sakit.

    utk makluman dr, sy tidak pernah trrlibat dlm kemalangan. dan masalah ni masih baru sy alami, lebih kurang seminggu.

    jadi perlulah sy terima rawatan walaupun sakit kepala sy ni tidaklah begitu teruk?

    ReplyDelete
  13. Salaam doc
    Saya Rahman berumur 42 tahun mengalami kemalangan dan hancur leher jari ke5 tangan kanan.. Telah m.c selama 10,bulan. Sekarang jari ke 3,4 dan 5 mengalami kesakitan dan keras, saya juga ada membuat physiotherapy selepas kemalangan, setiap kali membuatnya jari2 saya bertambah sakit dan tiada perubahan dan tidak boleh gengam. Sehingga mengalami darah tinggi ,Saya dinasihatkan oleh doktor klinik addmited ke hospital,selepas tu berjumpa dengan doktor saya di Tawakal mengatakan pada mula munkin mengalami masaalah urat2, selepas tu mengatakan saya mengalami CRPS.. Saya telah mula berkerja tetapi jari2 tidak boleh bergerak kecuali ibu jari dan jari ke 2 . jari2 yang sakit bertambah sakit sehingga bengkaka.. Tidak boleh berkerja seperti biasa Sehingga sakit sampai ke Bahu dan seterusnya ke belakang kepala iaitu macam sakit darah tinggi... Bolehkah saya mengambil medical board dalam keadaan begin I ?

    ReplyDelete
  14. Salaam doc
    Saya Rahman berumur 42 tahun mengalami kemalangan dan hancur leher jari ke5 tangan kanan.. Telah m.c selama 10,bulan. Sekarang jari ke 3,4 dan 5 mengalami kesakitan dan keras, saya juga ada membuat physiotherapy selepas kemalangan, setiap kali membuatnya jari2 saya bertambah sakit dan tiada perubahan dan tidak boleh gengam. Sehingga mengalami darah tinggi ,Saya dinasihatkan oleh doktor klinik addmited ke hospital,selepas tu berjumpa dengan doktor saya di Tawakal mengatakan pada mula munkin mengalami masaalah urat2, selepas tu mengatakan saya mengalami CRPS.. Saya telah mula berkerja tetapi jari2 tidak boleh bergerak kecuali ibu jari dan jari ke 2 . jari2 yang sakit bertambah sakit sehingga bengkaka.. Tidak boleh berkerja seperti biasa Sehingga sakit sampai ke Bahu dan seterusnya ke belakang kepala iaitu macam sakit darah tinggi... Bolehkah saya mengambil medical board dalam keadaan begin I ?

    ReplyDelete
  15. Salaam doc
    Saya Rahman berumur 42 tahun mengalami kemalangan dan hancur leher jari ke5 tangan kanan.. Telah m.c selama 10,bulan. Sekarang jari ke 3,4 dan 5 mengalami kesakitan dan keras, saya juga ada membuat physiotherapy selepas kemalangan, setiap kali membuatnya jari2 saya bertambah sakit dan tiada perubahan dan tidak boleh gengam. Sehingga mengalami darah tinggi ,Saya dinasihatkan oleh doktor klinik addmited ke hospital,selepas tu berjumpa dengan doktor saya di Tawakal mengatakan pada mula munkin mengalami masaalah urat2, selepas tu mengatakan saya mengalami CRPS.. Saya telah mula berkerja tetapi jari2 tidak boleh bergerak kecuali ibu jari dan jari ke 2 . jari2 yang sakit bertambah sakit sehingga bengkaka.. Tidak boleh berkerja seperti biasa Sehingga sakit sampai ke Bahu dan seterusnya ke belakang kepala iaitu macam sakit darah tinggi... Bolehkah saya mengambil medical board dalam keadaan begin I ?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum dc.
    Sy alami sakit pada bahu. Sangat sakit utk angkat tangan terutama utk buka baju. Xray menunjukkn sendi kecil atas bahu saya tdk rata dn bergigi2. Apa rawatan yg paling sesuai.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum dr.
    Sy Salina Binti Idris berumur 54 tahun. Telah membaca banyak artikel dr berkaitan penyakit sendi facet tengkuk. Sy dapati semua sintom yang dr terangkan ada pada saya. Bagaimana boleh saya dapatkan pengesahan tentang penyakit ini. Minta pandangan dari dr. Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. As salam doktor..
    Saya Md Razak bin Hamjar berumur 60 tahun. Saya juga ada terbaca artikel dr berkaitan sendi facet. Sama juga semua sintom penyakit itu ada pada saya. Bagaimana dan dimana saya boleh dapatkan rawatan penyakit ini. Boleh saya dapatkan nombor fon doktor untuk fast respon. Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum dr.
    saya ingin bertanya tentang penyakit ibu saya . ibu saya selalu rasa sakit bahu dan rasa keras dan sakit di bahagian belakang leher berdekatan telinga...saya ingit tahu apakah nama pnyakit,penyebabnya dan juga cara mengatasinya.boleh saya dapatkan nombor fon doktor untuk fast respon .terima kasih.

    ReplyDelete