Wednesday, February 9, 2011

Testimoni pesakit sakit tengkok kronik

Che Mohd Nawi Hassan
0139025911
Kuantan, Pahang


Apa yang saya paparkan disini bukannya untuk memburukkan sesiapa tetapi demi kepentingan kemanusian sejagat terutamanya dalam bidang perubatan agar apa yang saya alami dan tempuhi tidak berlaku keatas orang lain.

Kehidupan saya sekeluarga sebelum kesilapan Doktor cukup bahagia.

Kebahagian kehidupan saya mulai terjejas apabila saya mengalami masallah telinga berdengung dan sekaligus menyebabkan kehidupan seharian saya terjejas. Selain dari itu saya juga mengalami sakit pada bahagian tengkok dan otot-otot pada bahu.

Selepas menerima rawatan di bahagian pesakit luar, saya dirujuk kepada pakar telinga, hidung dan tekak.Doktor Pakar ENT mensyorkan saya membuat rawatan phisio terapi kerana menurutnya saya disyaki mengalami masalah saraf telinga.Pemeriksaan olehdoktor ENT jelas menunjukkan masalah kesihatan saya tidak ada kena menegna dengan masalah hidung telinga atau tekak.

Apabila saya menjalani rawatan fisioterapi tersebut lain yang jadinya,daripada masalah telinga berdengung saya menghadapi masalah yang lebih serius lagi iaitu saya merasa teramat sakit dibahagian leher serta pandangan mata gelap dan kabur-kabur.Selain dari itu bahagian kepala mula terasa sakit.
Kesemua masalah ini amat menyeksakan.Sejak itu saya mulai kehilangan nikmat kehidupan dan rutin harian mula berubah akibat kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh kesilapan rawatan yang telah berlaku.Saya tidak boleh berkerja lagi kerana tidak dapat menumpu perhatian disamping masalah telinga dan mata.
Saya berjumpa semula dengan pakar ENT dan saya terus dibawa ke bahagian Ortopedik dan terus membuat MRI pada tulang leher (cervicel spine) dan didapati akar saraf di bahagian leher saya pada lapisan C4 dan C5 saya tertekan oleh “slipped disc”.
Dalam tempoh dua tahun, kehidupan saya terus berubah. Kepala saya rasa berpasir, kaki mulai kebas dan tidak boleh berjalan seperti biasa. Saya membuat keputusan dengan terus berusaha mendapatkan rawatan tradisional di seluruh negara.
Dalam ketidakpastian sembuh dengan kaedah rawatan tradisional, saya meneruskan juga kerana sudah menolak pembedahan yang disyorkan oleh Doktor Pakar Ortopedik.Wang yang telah saya belanjakan bukannya sedikit.
Saya amat bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana kehidupan dan keceriaan saya mulai bersinar semula apabila saya membuat keputusan mencuba rawatan suntikan radio frekuensi di HUSM Kota Bharu dengan Doktor Nizar Abd. Jalil. Walaupun pada mulanya agak ragu-ragu.
Pada tempoh sebulan, rasa berpasir dan seperti air hujan dalam kepala berkurangan dan dalam tempoh sama, saya kembali menemui pakar ortopedik untuk memaklumkan mengenai perkara ini.Beliau terkejut kerana setelah memeriksa leher saya didapati telah mengalami perubahan yang positif.






Bagaimanapun, beliau memberitahu kaedah rawatan radiofrequenci ini hanya mampu bertahan untuk sementara waktu saja.Kami bergaduh besar dan memaksa saya mengeluarkan kata-kata "doktor tidak merasainya tetapi saya yang menanggungnya!!!!".
Saya mencabar pakar Orthopedik tesebut datang sendiri ke USM dan bertemu dengan doktor Nizar.
Kepada sesiapa yang mengalami masalah spinal datanglah dan buatlah rawatan Suntikan Radio frekunsi dengan segera kerana ternyata kaedah ini amat berkesan dan tiada kesan sampingan seperti pembedahan.
Kaedah rawatan Suntikan Radio Frekunsi ini jika di teliti ianya tak ubah seperti rawatan akupuntur. Tetapi kaedaah rawatan Radio Frekusi lebih sofistikated kerana menggunakan peralatan moden seperti X Ray mesin and arus elektrik radiofrequency dan sebagainya .Apa yand lebih penting ianya stau kaedah rawatan perubatan moden, bukan alternatif.
Saya mencadangkan agar kaedah rawatan yang amalkan kini di Malaysia harus diubah iaitu pesakit-pesakit saraf dan tulang kronik setelah di rujuk kepada Pakar Orto hendaklah dirujuk pula kepada Pakar Sakit Kronik sepertimana di Negara-negara maju amalkan.

Yang pasti, kehidupan saya kini sudah mulai menampakkan banyak perubahan dan saya semakin yakin dalam semua aspek kehidupan saya.

Saya sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah mempertemukan jodoh dengan Dr Nizar

Sekian,Wasallam.

6 comments:

  1. assalamualaikum.. boleh saya dapat kan no telefon dr. nizar utk bertanya lebih lanjut? sy mengalami sakit kepala sejak umur 11 tahun dan juga kerap sakit belakang. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum dr Nizar
    saya sudah membuat blog review dr memandangkan banyak yang bertanya tentang cara menghubungi dr.
    http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/?p=995
    sekian wassalam

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum dr Nizar

    bapa saya berumur 55 tahun. dia menghidapi "cervicle and lumbar spondylosis"
    adakah rawatan ini berkesan utk menghilangkan penyakit ini.
    sekian,
    TQ

    ReplyDelete
  4. salam..boleh tak saya dapatkan nombor telefon Dr Nizar..terimakasih

    ReplyDelete
  5. Sesiapa yg nak dapat kan direct consultation call my hp no 0139803389 .my pleasure

    ReplyDelete
  6. Saya beusia 33 thn dan mengalami sakit tulang belakang.Pada tahun lepas sy ada menjalanikan MRI dan doktor memaklumkan sy perlu menjalani pembedahan memasukkan besi bagi membetulkan tulang belakang saya. untuk makluman, sy telah mengalami masalah ni agak lama dan doktor juga memaklumkan maslah saya mungkin berlaku lebih dari 10 thn iaitu waktu sy masih kanak2...sy ingin menghubungi doktor...

    ReplyDelete