Monday, October 11, 2010

Suntikan radiofrekuensi intradiskal
Satu paradigma baru dalam rawatan cakera tergelincir.



Dr Nizar menunjukkan bagaimana suntikan dilakukan untuk merawat pesakit cakera tergelincir.




Hanya satu suntikan, cakera tergelincir (slipped disc) anda akan mengecut dan anda tidak akan rasa sakit lagi. Malah rasa sakit yang menjalar turun kekaki cepat sembuh hanya selepas beberapa jam selepas suntikan. Menarik bukan? Bagi anda yang mengidap sakit belakang yang berpunca dari cakera tergelincir atau stenosis spina , anda perlu baca artikel ini kerana kaedah rawatan suntikan (tanpa pembedahan) terbaru ini dikenalpasti amat berkesan.

Rawatan ini dinamakan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal Secara umumnya kaedah haba radiofrekuenci digunakan untuk mengecutkan cakera yang tergelincir.Bagi mereka yang takut atau ragu-ragu untuk menjalani pembedahan tulang belakang, maka rawatan suntikan ini merupakan pilihan yang paling tepat.Kajian terbaru dijalankan di HUSM mendapati rawatan suntikan ini mampu memberi kejayaan sehingga 90 peratus.Satu angka yang belum pernah dicapai dalam sejarah rawatan kesakitan tulang belakang.

Apakah itu Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal(Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression)?

Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal ini menggunakan kaedah haba radiofrekuenci untuk mengecutkan cakera yang tergelincir. Sebatang jarum khusus akan disuntikan kedalam cakera yang tergelincir. Seterusnya cakera tersebut akan dipanaskan pada suhu tertentu dengan menggunakan tenaga elektrik radiofrekuensi yang disalurkan melalui hujung jarum tadi. Cakera akan memberi reaksi pengecutan bila dipanaskan dengan serta merta. Bila cakera tersebut mengecut maka tekanan pada akar saraf dapat di alihkan. Maka hasilnya tiada lagi sakit seperti renjatan elektrik, kebas atau mencucuk (sciatica) yang turun kekaki.Kaedah ini hanya mengecutkan sebahagian kecil cekera yang bermasalah, oleh itu ia tidak akan mengganggu kestabilan tulang belakang.



Sakit belakang yang bagaimanakah sesuai untuk kaedah rawatan ini?

Sakit belakang yang disebabkan oleh cakera tergelincir (orang muda) atau stenosis spinal(orang berusia) yang terpilih.Biasanya sakit dalam kedua keadaaan ini pesakit akan mempunyai gejala sakit belakang yang menjalar turun kekaki.

Bagaimanakah procedur suntikan ini dilakukan?

Procedur ini dilakukan dalam dewan bedah dibawah kawalan mesin Xray.Anda dikendaki baring meniarap atas katil bedah sepanjang suntikan dilakukan yang mengambil masa hanya setengah jam.Suntikan ubat bius setempat dilakukan pada kulit belakang anda sebelum jarum radiofrekuensi dimasukkan terus kedalam cakera pada tulang belakang anda.Anda tidak perlu risau akan rasa sakit kerana ubat bius setempat akan ditambah jika perlu.Anda akan sedar dan perlu berinteraksi bersama doctor semasa suntikan dilakukan.Ini adalah untuk menjamin keselamatan dan menghalang dari kesan sampingan yang tidak dikehendaki.

Adakah saya akan rasa sakit selepas prosedur dan apakah hasil yang dijangkakan?

Kebanyakan pesakit tidak merasa apa-apa sakit yang signifikan selepas suntikan kerana jarum yang digunakan kecil dan hanya satu atau dua tempat suntikan dilakukan. Malah semasa haba disalurkan kedalam cakera (disc) kebanyakan pesakit tidak merasa apa-apa kesakitan. Kebanyakan pesakit memberikan hasil kelegaan besar yang dramatik, iaitu dalam masa satu hari selepas suntikan dilakukan.



Gambar Xray menunjukan posisis jarum Rawatan Pengecutan cakera Radiofrekuensi Intradiskal

Apakah kesan sampingan suntikan Rawatan Pengecutan cakera Radiofrekuensi Intradiskal ini?
Tidak ada apa –apa kesan sampingan jika ianya dilakukan oleh doktor yang mahir.Tapi ia boleh mengundang beberapa masalah yang serius jika dilakukan oleh tangan yang tidak mahir, seperti kerosakan akar saraf, jangkitan kuman pada cakera, cakera pecah, perdarahan dan sebagainya.

Apakah procedure suntikan lain yang hampir dengan kaedah ini dalam merawat cakera tergelincir?

Kaedah suntikan nukleoplasti, kaedah suntikan dalam cakeran ini hampir sama tapi tidak serupa dari segi prinsipnya.Kaedah nukleoplasti menggunakan jarum yang lebih besar yang di tujukan pada tengah cakera (nucleus proposus) tapi rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intaradiskal menggunakan jarum yang lebih kecil yang tujukan pada tempat yang berbeza. Selain dari itu, kos rawatan suntikan nukleoplasti adalah jauh lebih besar dan peratus kejayaannya lebih rendah. Kaedah lain yang hampir sama dengan teknik rawatan ini ialah IDET dan Intradiscal Laser Disc Decompression.Tapi kedua-dua teknik ini hanya memberi kejayaan daalam 50-60 peratus.

18 comments:

  1. Assamulaikum,

    Saya beri satu senario yang menyamai masalah saudara saya:

    Seorang lelaki 40 tahun yang mengidap Sakit belakang sejak 8 tahun lalu dan telah menjalani pembedahan tulang belakang 4 tahun selepas itu kerana PID, 'besi' dimasukkan untuk kestabilan tulang belakang. Namun,2 tahun selepas pembedahan,pesakit ini mengalami masalah yang sama,sakit belakang. Keadaan semakin teruk baru-baru ini.

    Jika pesakit ini ingin mendapatkan rawtaan di atas ini Itradiscal Radiofrequency Disc Decompression, adakah ia sesuai dalam keadaan pesakit yang sudah menjalani pembedahan dan besi dimasukkan ke dalam badan?

    Berapa anggaran kos rawatan ini?

    Bagaimana cara untuk pesakit ini berhubung dengan Dr, jika pesakit ini berada di Johor atau selatan tanahair?

    Maaf,jika jawpaan bagi soalan di atas telah ada dalam entri sebelum ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. failed back surgery syndrome-sakit selepas pembedahan tulang belakang mempunyai banyak sebab.mungkin masalah disk yg belum selesai,sakit sendi facet atau sendi pinggul tec.Kebanyakannya boleh dirawat dengan kaedah radiofrequency.Minggulepas ada seorang pesakit mengadu makin sakit selepas menjalani endoscopic discectomy(rawatan pembdahan disc menggnalan scope shj).beliau telah ddirujuk kpd saya dan berjaya mengawal sakitnya dengan kaedah suntikan radiofrequency.

    ReplyDelete
  3. salam.
    rawatan nukleoplasti ini bolehkah didapati dimana-mana hospital kuala lumpur?dan berapa anggaran kos rawatan?terima kasih.jawapan anda amat diperlukan.

    ReplyDelete
  4. memang betul apa yang dr nizar ckp..pesakit berhak memilih rawatan yang tepat utk kesakitan yg dialami..kesakitan anda keutamaan kami..

    ReplyDelete
  5. Cik Sarah, rawatan nucleoplasty kurang popular sekarang ni,teknik intradiscal radiofrequency lebih baik ,menggunakan jarum lebih kecil dan peratus kejayaan lebih tinggi 80-90%.Kosnya juga juga lebih murah.Teknik ini hanya ada diKota Bharu.

    ReplyDelete
  6. salam dr.nizar, saudara saya merupakn pesakit husm, tlh byk appointment di usm dilakukan untuk mengetahui penyakit beliau tetapi masih lagi tidak dapat dipastikan.tetapi simptom yg dialaminya adalah spt masalah slipped disc, saya berharap beliau mendapatkan rawatan daripada dr dengan kadar segera, adakah appointment di husm bhgn orthopedic pada akhir bulan jan ini memungkinkan beliau untuk bertemu dr? tq.

    ReplyDelete
  7. datang jumpa saya di pain clinic husm, pada hari ahad 8-12 tengahri.sila bawa mri sekali kalu dah buat.call saya jika any problem arise 0139803389

    ReplyDelete
  8. salam Dr...

    Saya Azuin. Suami saya sedang menjalani rawatan fisioterapi krn mslh disc prolapse yg menekan saraf yg menganjur ke kaki kanan. Telah 3kali manjalani rawatan dan akan mjalani rawatan fisio kali ke-4 pada 7 Mei 2011 ini di Damansara Specialist Hospital. Rawatan fisio yg diterima adalah kaedah tarik tulang,renjatan elektrik dan juga ais. Persoalannya.....jika suami saya menjalani kaedah rawatan yg sama hingga pulih,berapa kalikah fisioterapi berkenaan perlu dijalani? Ini kerana Doktor di sana mengatakan masalah suami saya belum tahap serius dan kemungkinan tidak perlu pembedahan. Saya berminat mengetahui kaedah rawatan suntikan radiofrekuensi intradiskal yg Dr.nyatakan di atas. Berapakah kos rawatan suntikan berkenaan sekiranya suami saya berminat menjalaninya?

    ReplyDelete
  9. rawatan physiotherapay hanyalah rawatan sokongan kpd masalah slipped disc.Rawatan definitive misti dilakukan untuk menjamin kelegaan.Rawatan intradiscal rf merupakan pilihan selain dari pembedahan.hubungi sya utuk appaontment dan konsultasi secara langsung 0139803389

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..saya Alif..bilakah masa yang sesuai untuk saya hubungi doktor..untuk pengetahuan, ayah saya menghidap masaalah penyakit tulang belakang..sepengetahuan saya, cakera tulang belakang ayah saya mengembang dan menyebabkan urat saraf terkepit sehingga menghidapi masalah untuk berjalan dan sakit dibahagian sebelah kanan kaki..saya betul-betul memerlukan pertolongan..

    ReplyDelete
  11. Call me any time..my pleasure..but if enggage dont giv up!

    ReplyDelete
  12. salam doctor..saya mengalami sakit tulang belakang dari leher ke pinggang serta rasa kebas dari pinggang ke hujung kaki..adakah ini simptom penyakit slipped disc?pergi hospital doctor hanya suruh saya menjalani fisioterapi dan diberi ubt tahan sakit..saya menderita sakit dah 5tahun..tidak boleh duduk lama mahupun berdiri lama..mohon doctor berikan pendapat..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum drnizar, terima kasih jawab call saya tdi. cuma nak kepastian,adakah suntikan rf intrdiskal masih relevan bg slip disc yang telah lama? adakah kemungkinan disc yg terbonjol tersebut tidak mengecut kerana sudah keras / terlalu lama dalam keadaan tersebut?
    terima kasih,
    hafiza

    ReplyDelete
  14. saya salah seorang pesakit yang mengalami penyakit PID SPINAL STENNOSIS di sebabkan tergelincir semasa mejalankan tugas pekerjaan pada tahun 2012.sekarang saya sya disaran untuk mkn ubat saraf dan vitanmin yang bekalkan kepada saya,dan juga pihak hosp. sultan abd halinm telah refer saya ke pihak pisioterpi dan pihak hospital kepala batas untuk rawatan akupuntur.......tetapi rawatan yang saya hadiri masih belum memberi kesan kepada saya malah kesakitan masih lagi terasa.....malah menggangu aktiviti pekerjaan mahupun aktiviti dirumah.doktor penah bg pilihan terakhir kepada saya untuk pembeahan IDET dan pihan kedua INJECTION.saya masih belum beri kata putus untuk pilihan doktor tersebut......dgn erti kata tidak mahu ambil risiko.......kalau ia adakah rawatan itu dapat mengembalikan aktiviti lasak yang saya minat dapat semula......sperti bermain bola aktiviti lasak.....mengangkat berat seperti biasa.....sedangkat saya telah pun diberi nasihat pihak doktor dan pihak pisoterapi supaya tidak melakukan aktiviti lasak seperti saya nyatakan itu.aktiviti saya sekarang amat terbatas sperti memandu jarak jauh mahupun menunggang motosikal.....harpan doktor dapat menjelaskan kepada saya sekian

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Dr. Saya seorg penghidap Slip Disc sejak 2009. Thn lps slps MRI lg didapati keadan saya lbh teruk- (prolapsed dis C5/C6, L4/L5 & L5/S1. Saya cuma mengambil ubat-ubatan & rawatan Physio walaupun dr dah sarankan pembedahan sbb seboleh2nya saya cuba elakkan pembedahan. Cuma sejak akhir2 ini bahagian bahu & seluruh tangan kanan sering mengalami kesakitan yg kadangkala teramat sangat spt rasa patah hingga ke dada. Selain pembedahan dr sarankan rawatan laser utk krg kan rasa sakit. Cuma saya tgh berfikir samada perlu saya teruskan rawatan laser atau melakukan rawatan yg lain adalah lbh bagus. Harap dapat sedikit nasihat & pandangan dr Dr apa yg terbaik bg saya. Terimakasih.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Dr. Nizar. Saya Cikgu Ramlee dari Lundu Sarawak ingin mengetahui samada masalah kencing tidak terkawal saya boleh diubati dengan izin Allah secara radiofrekuensi. Saya dah mengalami masalah ini selama 6 bulan. Selepas saya menjalani pemeriksaan MRI di hospital umum Sarawak, pihak neurologist memberitahu ada sedikit gangguan saraf. Kemudian saya dirujuk pula ke Otopedik. Nah..di sini saya dimaklumkan bahawa saya mengalami 3 slip disc. Mereka mencadangkan saya utk operation namun saya rasa keberatan kerana kesan negatifnya terlalu berat sehingga menyebabkan saya suatu hari nanti tak boleh berjalan lagi..bertongkat. Walhal sekarang ini walaupun saya mengalami masalah kencing ini saya masih kuat untuk bergerak dan driving. saya tidak mengalami sebarang penyakit lain. Belakang saya pun tidak merasa sebarang kesakitan cthnya waktu ruku' dlm solat dn sbgnya. Minta pandangan doctor tentang masalah saya. Assalamualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sir. Boleh tak tolong bagitahu macam mana nak buat MRI kat Hospital Umum Sarawak? Perlu apply kat mane ek? Ada requirement ape2 tak? And berapa feenya? Sebab nak buat MRI kat swasta mahal sangat...tak mampu. Makseh~
      #kmkorgsarawak

      Delete
  17. Assalam..saya nk tahu brp kah kos utk rawatan ini? Emel abyss3361@gmail.com
    Tq doc

    ReplyDelete