Thursday, August 5, 2010

Keajaiban rawatan radiofrekuensi



Keajaiban rawatan radiofrekuensi

Dalam banyak artikel dalam H Metro yang lepas, saya banyak menyebut tentang rawatan suntikan radiofrekuensi dalam merawat berbagai penyakit tulang belakang dan tengkok yang kronik. Ramai pesakit yang teruja dengan kaedah ini. Sebenarnya tidak kira apa saja punca kesakitan samada dari sendi , saraf, cakera , otot semua punca kesakitan boleh disembuhkan dengan teknik suntikan ajaib ini.Ramai pesakit yang menalipon saya untuk mendapat penjelasan tentang kaedah ini. Maka artikel hari ini akan menjawab beberapa persoalan berkaitan dengan teknik radiofrekuensi ini.

Apa itu kaedah suntikan radiofrekuensi?
Ia merupakan satu kaedah suntikan dalam merawat berbagi jenis kesakitan kronik.Jarum disuntik pada tempat yang sakit atau saraf yang berfungsi membawa isyarat sakit.Jarum ini akan akan disambung pada wayar elektrik radiofrekunsi yang bersambung dengan mesin radiofrekuensi yang khas.Mesin ini berfungsi untuk menyalurkan haba pada hujung jarum tersebut. Kaedah ini akan menjana haba pada ketinggian 60-80 celsius yang digunakan untuk “melemahkan” dan seterusnya mengganggu fungsi saraf tersebut. Saiz lesion yang berlaku pada tisu hanya sebesar saiz hujung putik kapas. Dengan cara ini rasa sakit akan dapat dikawal kerana perjalanan signal sakit pada saraf tersebut dapat di rencatkan.
Tidak semua kaedah radiofrekunsi menggunakan kaedah haba panas. Dalam kes tertentu modality yang digunakan menggunakan haba yabg rendah pada 42 selsius .Kaedah ini dinamakan Pulse Radiofrekuensi.Jadi tidak akan berlaku kerosakan fisikal pada saraf yang dirawat.Saraf akan berfungsi seperti biasa hanya rasa sakit di sekat.

Adakah saya akan rasa sakit semasa dan selepas suntikan dilakukan ?

Ubat bius setempat akan diberikan pada kulit dan pada saraf yang akan dilakukan rawatan ini. Jika pesakit masih rasa sakit tambahan ubat bius setempat boleh dilakukan.Doktor akan bertanya dari masa kesemasa semasa procedure dijalankan untuk memastikan pesakit selesa.

Selepas suntikan anda akan rasa sedikit pedih pada tempat suntikan kerana kesan haba tersebut. Tapi ianya akan beransur hilang dalam 1-2 minggu. Ubat penahan sakit seperti celebrex akan dibekalkan pada tempoh tersebut dan biasanya berkesan.

Apa yang lebih mustahak ialah anda akan mula merasai kelegaan dari kesakitan asal yang telah lama mengaggu anda. Masa yang paling baik untuk merasa perbezaan ialah selepas 2-4 minggu selepas rawatan. Keberkesanan rawatan boleh mencapai 80% jika dilakukan oleh doktor yang mahir.

Apakah jenis kesakitan kronik yang boleh dirawat dengan kaedah ini?

• Sakit sendi facet (tengkok, pinggang dan thorasik)
• Sakit belakang dari cakera tergelincir (slipped disc)
• Sakit belakang spinal stenosis
• Sakit berpunca dari saraf seperti Trigeminal neuralgia, sakit akar saraf
• Pening kronik seperti Pening kluster, pening occipital (belakang tengkok)
• Kesakitan muka kronik
• Sakit sendi pinggul
• Sakit tulang ekor/koksik
• Sakit saraf selepas jangkitan kayap(Post herpetic neuralgia)
• Sakit otot kronik
• Kesakitan yang berpunca dari kanser organ seperti pankreas, hati, perut, organ peranakan.
• Penyakit ganguan saraf autonomic seperti Chronik regional pain syndrome(CRPS), penyakit saraf kencing manis.
• Masalah aliran darah tersumbat dikaki atau tangan seperti dalam penyakit kencing manis dan penyakit vascular lain.Rawatan radiofrekunsi dapat meningkatkan aliran darah lalu kaki akan panas semula. Hasilnya amputasi/potong kaki dapat dielakkan.


Apakah rawatan suntikan radiofrekunsi ini selamat?

Rawatan ini hanya menggunakan kaedah suntikan dan haba yang bersiaz kecil.Semasa procedure dilakukan pakar kesakitan kronik akan melakukan beberapa “check list” yang berperingkat untuk memastikan keselamatan sebelum haba disalurkan melalui jarum.Dengan kata lain hanya doktor yang terlatih saja yang dapat melakukan dengan cara yang selamat. Komplikasi kelumpuhan boleh berlaku jika doktor tidak tahu melakukan dengan kaedah yang betul. Antara check list tersebut ialah;
• Menggunakan kaedah sinar X atau ultrasound semasa suntikan dilakukan sebagai panduan arah jarum.
• Mencari dan memastikan kesakitan yang sama sebelum ini dapat dikenalpasti.
• Memastikan jarum tidak tersentuh pada saraf yang salah(saraf motor).
• Memastikan pesakit tidak merasa sakit semasa haba disalurkan.


Apakah kelebihan rawatan radiofrekuensi ini?

Rawatan radiofrekuensi berkemampuan untuk melegakan semua jenis kesakitan kronik tidak kira apa puncanya.Pada asasnya jika kesakitan itu boleh direncat dengan suntikan ubat bius setempat, maka kaedah rawatan ini dapat dilakukan.Malah rawatan ini telah banyak melegakan ramai pesakit pengidap kesakitan kronik yang sebelum ini tidak dapat dikawal dengan berbagai cara perubatan moden, physioterapi atau rawatan alternative.Lebih hebat lagi rawatan ini kini telah menawarkan option /pilihan kepada rawatan yang memerlukan pembedahan sepeti cakera tergelincir dan spinal stenosis.

5 comments:

  1. salam dr, selepas rawatan ni, patient boleh kembali kepada aktiviti biasa tak? ataupun still perlu ada limit? boleh jadi sakit balik tak, if exceed limit, contohnya angkat berat ke sports ke..

    ReplyDelete
  2. assalamu'alaikum.. saya halim dr sbg jaya selangor..

    nak tanya saya ni ader saket slipped disk, umur saya 26.

    sya nak tanya kat mana boleh saya dapatkan rawatan ni..
    sya saket sangat skang saya makan pil neurobion jer..

    apa2 tlg reply kat email sya ni..
    gulfbeng@gmail.com atau tel:
    013-3251150

    sya dah lama menderita..
    nak kerja n blaja pon tak selesa..

    sya dulu pnah eksiden, hasil MRI dan x-ray, doc dr hospital serdang ckap sya ader slipped disk kat tulang L3,L4,L5..

    tERIMA KASIH...
    Salam...

    Harap ada yg sudi membantu beri informasi kat saya...

    ReplyDelete
  3. Salam,kepada semua pesakit sya sila hubungi hp saya utk consultation and appoitment 0139803389
    ...but dont giv up..Maaf kelewatan membalas message anda.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum semua... pengalaman ayah sy menjalani rawatan radiofrequency ni xde lah se'ajaib' yg diharapkan.. selepas menjalani rawatan, ayah sy hanya merasa lega selama 5 hari, kemudiannya merasa sakit yg amat sgt sehingga xboleh bangun selama seminggu.. kemudiannya berterusan sakit bahagian pinggang, peha dan betis setiap hari selama lebih dua bulan.. sehinggalah hari ni...
    kadang2 perasaan menyesal tu ada timbul sbb buat rawatan ni.. bila cari2 di internet rupanya mmg rmai pesakit yg alami masalah mcm ayh saya ni.. keadaan n kesakitan makin teruk lepas rawatan.. entahlah.. mungkin rawatan ni bukan penyelesaian utk semua org...

    nasihat sy, dpatkan kepastian sebenar dan jgn terburu2 utk buay rawatan ni.. dan kalo decide utk cuba jgnlah meletak harapan yg tinggi..

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. dr apakah kesan2 sampingan setelah dapat suntikan??

    ReplyDelete