Suntikan Nucleoplasty untuk cakera tergelincir – rawatan
pilihan disamping pembedahan
Dalam artikel saya yang lalu saya telah mengulas tajuk cakera
tergelincir yang yang menjadi salah satu sebab utama kesakitan belakang kronik.
Pesakit biasanya akan memberi gejala sakit belakang yang menjalar turun kekaki
(sciatica)jika ianya berlaku
dibahagian pinggang. Manakala rasa sakit pada tengkok yang menjalar turun ke
tangan akan berlaku pada pesakit yang menghidapainya pada bahagian leher. Rasa
sakit ini disebabkan oleh akar saraf yang tersepit oleh cakera tergelincir
tersebut. Oleh itu, kesakitan yang turun ke kaki atau tangan itu ialah sejenis
sakit saraf yang ditafrifkan sebagai elektrik shock, mencucuk, kebas atau panas. Rasa sakit biasanya akan
bertambah kuat jika pesakit bersin atau batuk.
Kebanyakan pesakit (80-90%) akan beransur sembuh dalam setahun hanya
dengan rawatan konservatif (tanpa pembedahan). Hanya 10% pesakit yang mengalami
cakera tergelincir memerlukan pembedahan sebagai rawatan muktamat akhirnya.
Rawatan konservatif termasuklah suntikan epidural steroid, sentiasa aktif dan
melakukan senaman yang khusus, ubat
penahan sakit seperti paracetamol,
celebrex dan memelihara mekanik badan (body mechanic) yang betul dalam
melakukan fungsi harian samada di tempat kerja atau dirumah.
Apa itu, rawatan suntikan Nucleoplasty
Nucleoplasty adalah satu rawatan
alternative kepada penyakit cakera tergelincir bagi pesakit yang dikenalpasti
perlu dilakukan pembedahan. Kaedah ini merupakan satu lagi kaedah suntikan
radiofrekuensi dimana haba dialirkan kedalam tengah cakera dapat mengawal
kesakitan pesakit.
Rawatan ini dilakukan didalam bilik
pembedahan dibawah kawalan X Ray. Ianya dilakukan oleh doktor pakar kesakitan
kronik atau doktor orthopedic yang terlatih. Suntikan ubat bius akan diberikan pada kulit pada
belakang anda. Sebatang jarum yang khusus akan disuntik melalui kiri atau kanan
belakang anda terus masuk kedalam cakera tulang belakang. Melalui jarum ini,
haba pada 40-60 darjah celsius dialirkan ke tengah cakera yang tergelincir. Haba
yang yang terbentuk dalam cakera ini akan melarutkan tisu nukleas(tengah)
cakera yang menyebabkan penurunan tekanan yang ketara dalam cakera tersebut. Disebabkan tisu cakera bersifat
anjal, maka penurunan tekanan ini meyebabkan bahagian cakera yang tergelincir
itu mengecut semula. Pengecutan ini menyebab tekanan kepada akar saraf oleh
cakera tergelincir tadi dapat dialihkan.Dengan itu sakit dari akar saraf yang
tersepit tadi (sakit seperti renjatan elektrik yang turun kekaki) akan beransur
pulih.
Teknik nucleoplasty merupakan satu
kaedah pemanasan dalam cakera, tetapi suhu yang yang agak rendah yang digunakan
menyebabkan keerosakan minima pada tisu persekitaran jika kebocoran
berlaku.Teknik ini mampu memberikan penyembuhan yang cepat dan pesakit hanya
perlu dimasuk ke dalam wad selama satu hari sahaja. Kelegaan segera dari rasa
sakit merupakan ciri utama teknik baru ini dan biasanya selepas satu hari
suntikan dibuat. Pesakit mampu kembali kepada aktiviti asal mereka pada keeosakan
harinya. Kesan sampingan yang sering berlaku ialah rasa pedih pada kulit bekas
dari suntikan dilakukan.Ianya akan beransur hilang dalam 3-5 hari.
Rawatan nucleoplasty
melibatkan suntikan jarum kedalam cakera yang akan memanaskannya.
Kejayaan teknik ini merawat
kesakitan yang berpunca dari cakera tergelincir mencapai 80%. Sudah tentu semua
pesakit cakera tergelincir akan memilih rawatan nucleoplasty ini jika diberi
pilihan, tapi malangnya kos rawatan yang mahal mungkin menjadi halangan utama
kepada kecapaian kepada rawatan ini dihospital kerajaan.Walaubagaimanapun kos
rawatan nucleoplasty ini jauh lebih murah dari kos rawatan pembedahan jika dilakukan
dihospital swasta.
Indikasi untuk suntikan
nucleoplasty.
- Biasanya suntikan nucleoplasty akan disarankan jika rawatan konservatif yang dilakukan gagal mengawal sakit anda.Ia menjelaskan bahawa himpitan pada akar saraf yang agak teruk.Biasanya keputusan ini dibuat setelah 3-6 bulan menjalani rawatan konservatif ini gagal memberikan sekurang-kurangnya 50% kelegaan kepada rasa sakit. Ini bermakna suntikan nucleoplasty ini merupakan alternatif kepada rawatan pembedahan konvensional seperti laminectomy atau Discectomy.
- Kesakitan belakang yang turun kekaki itu mistilah disahkan disebabkan oleh cakera tergelincir dan begitu juga dengan lapisan yang terlibat. Ini adalah kerana banyak sebab klinikal lain yang boleh memberikan gejala yang serupa. Ini biasanya dapat dibuktikan dengan siasatan MRI tulang belakang.
- Ketinggian cakera mistilah tidak kurang dari 75% daripada ketinggian normal supaya proses suntikan kedalam cakera dapat dilakukan dengan mudah.
- Tiada bukti menunjukkan cakera
telah pecah.
salam doktor, saya baru sahaja menjalalani MRI dan xray. dan disahkan slip dics di L5S1 dengan siptom scitica,,doktor brkenaan terus menyarankan open surgery atau nucleoplasty tanpa menyarankan kaedah konservatis seperi guna steroid atau physio...kesakitan ini juga kadang2 berlaku..saya tertarik dengan kaedah radifrekuensi yg dinyatkan doktor,,,berapakha kos untuk rawatan dan bagaimanma untuk mendaptkan rawatan di husm, teriam kasih doktor kerana blog ini banyk membantu..
ReplyDeletecall sy direct utk buat appoinment..013-9803389
ReplyDeleteSalam doctor...sy ada membuat procedur nucleoplasty nie last year...and now sy dh start semula sakit belakang..benarkah procedur nie ada jangka masa tertentu??
ReplyDeleteberape kos nye??
ReplyDelete