“Pain Specialist”
Harapan
baru untuk pengidap kesakitan kronik
Jika anda mengalami kesakitan kronik(chronic pain) anda perlu baca
artikel ini. Kerana harapan untuk anda sembuh dari kesakitan anda ada disini. Jika
anda mahu keluar dari belenggu kesakitan
ini dan mendapatkan kembali kehidupan anda yang lalu, maka inilah masanya. Percayalah anda akan lebih
faham dari orang lain jika membaca artikel ini. Hanya anda yang faham kesakitan
dan kesengsaraan yang di tanggung selama ini. Orang lain hanya simpati tapi
tidak benar-benar merasi penderitaan anda.
Artikel ini juga akan memunafaatkan
pada semua pembaca kerana pengetahuan tentang kepakaran rawatan sakit kronik
ini ini agak baru di malaysia. Kita ada ayah, ibu, datuk, kawan dan waris yang
mungkin telah lama menderita kerana kesakitan
kronik yang dialami. Doktor telah banyak “mencuba” tapi “tidak berjaya”. Itu
adalah kata-kata azimat yang menjadi motivasi kepada pakar rawatan kesakitan
kronik (pain specialist) yang mahir.
Contoh–contoh penyebab kesakitan kronik:
- Sakit pinggang dan
tengkok (slipped disc, discogenic pain, facet joint pain)
- Sakit sendi (osteoarthritis,
rheumatoid arthritis)
- Sakit kepala (migraine
atau bukan migraine)
- Sakit saraf
(neuropathic pain)
- Sakit yang berpunca
dari kanser (cancer pain)
- Sakit otot dan fasia
(myofascial pain syndrome, fibromyalgia)
- Sakit selepas
pembedahan atau kecederaan
- Sakit yang berpunca dari faktor psikologi
Kesakitan kronik ialah sakit yang berlarutan melebihi tempuh enam
bulan. Contohnya sakit pinggang dan tengkuk (tulang belakang), sakit sendi,
sakit kepala (migraine), sakit saraf, sakit yang berpunca dari kanser, sakit
otot dan sakit selepas pembedahan atau kecederaan. Tidak kira bertapa teruk
atau apa punca kesakitan pada tubuh anda, anda perlu tahu bahawa di Malaysia kini kepakaran dalam merawat
kesakitan kronik ini sudah mula bertapak dan meningkat maju. Kalau dulu
kesakitan kronik dipandang sepi oleh ramai pengamal perubatan disebabkan oleh
kurang pengetahuan dan kepakaran. Tambahan pula faktor psikologi dan yang
kompleks dan ciri kesakitan kronik yang rentan pada rawatan standard menyebabkan ramai pengamal perubatan
kurang berminat dalam merawat pesakit seperti ini. Akibatnya anda keseorangan
menanggung sakit sepanjang hidup. Memburukkan lagi ada pesakit yang boleh menahan
dan menerima kesakitan seadanya kerana menganggap ianya sebahagian daripada
manifestasi sakit tua atau pun sebagai hukuman dari tuhan kepada dosa-dosa silam. Sepuluh
tahun yang lalu kepakaran dalam bidang rawatan kesakitan kronik ini tidak ada
sama sekali. Ubat penahan sakit pula amat terbatas pilihannya. Saya pernah
melihat seorang pesakit kanser hati mati dalam keadaan kesakitan yang dahsyat
sambil merayu-rayu ubat penahan sakit. Dia mati dalam kesakitan dan sakitnya
dibawa kemati. Bayangkan betapa azabnya hari-hari akhir kehidupannya. Sekarang
ini dengan ubat dan teknik moden, hampir semua kesakitan daripada kanser dan
bukan kanser dapat dirawat dengan efektif. Mereka akan mampu menjalani
kehidupan hari-hari terakhir dengan selesa. Dengan teknologi canggih dan
kepakaran baru yang sedia ada sebenarnya tiada batasan dalam merawat kesakitan
kronik. Itu adalah pendapat individu saya setelah terlibat dalam profesion ini
selama hampir tujuh tahun di HUSM. Apa
yang anda perlu lakukan ialah bertemu dengan orang yang pakar dalam bidang
tersebut. Objektif utama dalam rawatan kesakitan kronik ialah melegakan
kesakitan sebanyak mungkin dan mengembalikan semula fungsi pesakit (kembali
bekerja).
Kenapa anda perlu merawat kesakitan kronik?
- Sakit adalah kesengsaraan emosi dan tubuh badan (somatic) yang menyiksakan. Tidak ada orang yang suka akan rasa sakit.
- Kesakitan kronik tidak membunuh anda tapi ia akan membunuh kehidupan anda. Ia akan merebak dan menyekat anda dari bergerak bebas. Anda tidak dapat ber bekerja dan kurang produktiviti akan menurun. Anda tidak dapat tidur lena dan ini akan meletihkan anda. Anda tidak dapat berfungsi pada diri anda dan keluarga dan akhirnya membawa kepada kemurungan. .Keadaan anda akan menjadi bertambah teruk dari hari kehari.
- Kesakitan kronik akan menyebabkan penyakit lain menyusul pada tubuh badan seperti kekakuan sendi, kudis tekanan, otot yang kecut dan lemah, tulang rapuh, jangkitan pada pundi kencing dan paru-paru yang disebabkan oleh kekurangan pergerakan tubuh badan anda.
- Merawat kesakitan akut dan kronik adalah satu etika perubatan dan juga menjadi hak asasi pesakit yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
- Negara membangun seperti Malaysia banyak meniti beratkan mutu kehidupan untuk menjamin keselesaan dan prokduktiviti yang berkekalan. Rawatan kesakitan kronik dapat memberikan keselesaan dan menjamin produktiviti bila sakit tidak lagi menjadi penghalang daripada bekerja.
Kesedaran tentang kepakaran rawatan kesakitan kronik
(chronic pain) adalah rendah.
Secara umumnya pengetahuan tentang rawatan kesakitan kronik juga
kurang dikalangan pengamal perubatan. Ini terbukti dalam kajian yang dilakukan di beberapa negara barat.
Sehubungan dengan itu banyak usaha telah digembeling untuk mengiktiraf kesakitan sebagai satu entiti
kinikal yang penting kerana ianya melibatkan kesengsaraan tubuh dan emosi ynag
membinasakan. Malah kesakitan kini telah diiktiraf sebagai “ 5th Vital sign” iaitu salah
satu ukuran asas yang paling penting
setiap pesakit apabila berjumpa doktor, selain dari tekanan darah suhu badan
kadar nadi dan kadar pernafasan. Sehubungan dengan itu doktor akan mengukur
tahap kesakitan anda dengan satu kad VAS (visual analog scale) dimana pesakit
dikendaki menunjukkan skor kesakitan mereka bermula dari 0 hingga 10. Skor
kosong bermakna tiada kesakitan langsung manakala sepuluh adalah kesakitan
tahap maksima yang tidak mampu bertahan. Teknik ini sudah lama diguna pakai di
Australia, Amerika dan juga negara jiran kita Singapura. Di Malaysia Kementerian Kesihatan
telah pun melancarkan kempen ini disemua
hospital kerajaan sejak tahun lalu. Ukuran ini amatlah
releven memandangkan 60-70% dari pesakit yang hadir di unit kecemasan hospital memberikan
symptom sakit sebagai masalah utama mereka. Manakala kajian menunjukkan bahawa 30%
daripada masyarakat kita mengalami kesakitan kronik. Dan 40-80% daripada pesakit ini gagal untuk mendapat rawatan yang
berkesan untuk mengawal kesakitan kronik mereka. Mereka hidup dalam sengsara
dan bergantung hidup dengan orang lain. Sedangkan peluang untuk mereka sembuh
dan kembali pada kehidupan normal mereka ada di Malaysia.
Banyak faktor menyumbang kepada kegagalan rawatan kesakitan kronik.
Selain daripada kurang pengetahuan dan kepakaran dikalangan doktor, kesedaran
tentang adanya doktor yang mempunyai kepakaran khusus dalam rawatan kesakitan
kronik juga agak kurang dikalangan mereka. Tambahan pula bilangan doktor pakar
dalam bidang ini juga amat sedikit. Sebahagian doktor mengambil sikap bahawa
semua doktor boleh merawat sakit. Oleh itu mereka mencuba berbagai jenis ubat
secara maksimum walaupun tanpa diagnosis dan rawatan yang tepat. Kajian yang telah dilakukan di Malaysia
20-30% daripada kes kesakitan kronik mempunyai diagnosis yang salah oleh doktor
yang merawatnya. Kesilapan diagnosis akan membawa kepada rawatan yang tidak
tepat. Kesannya pesakit akan kekal dalam kesakitan. Memang kita sedia maklum semua doktor tahu merawat
sakit. Tidak kira apa bidang pengkhususan doktor tersebut. Contohnya semua
doktor mampu beri ubat postan atau
suntikan votaren untuk menghilangkan
sakit terseliuh atau gout. Doktor
bedah juga memain peranan mengawal
kesakitan selepas pembedahan dengan memberi suntikan morphine.Tapi apabila
kesakitan menjadi luar kawalan dan mereka gagal merawatnya, maka inilah masanya
rujukan pada doktor pakar kesakitan kronik
perlu dilakukan. Seperti juga sakit darah tinggi, semua doktor tahu
merawat darah tinggi jika ianya mudah dan tidak komplek. Seterusnya jika darah
tinggi tidak dapat di kawal setelah rawatan dengan satu atau dua jenis ubat ,
maka disini masa doktor akan merujuk kepada pakar perubatan iaitu doktor
yang lebih mahir dalam rawatan darah tinggi. Hakikatnya bukan semua doktor atau doktor pakar mahir
dalam semua jenis penyakit. Phenomena ini lebih ketara apabila trend doktor mengambil pengkhususan dalam subkepakaran
yang tinggi. Skop rawatan telah menjadi lebih mendalam tapi dalam skop yang
lebih kecil. Di segi etika dan protokol rawatan, semua doktor perlu merujuk
kesakitan kronik kepada pain specialist jika ianya diluar kemampuannya. Tapi
praktis mulia ini masih lagi kurang dikalangan pengamal perubatan disebabkan
beberapa faktor lain. Setidaknya para
doktor perlu berbincang dengan pakar
kesakitan kronik apabila merawat pesakit yang mengalami kesakitan kronik kerana
ianya bukanya mudah. Merujuk pesakit
kepada doktor pakar kesakitan kronik merupakan
salah satu isi penting dalam kempen Kementerian Kesihatan Malaysia yang
mengiktiraf kesakitan sebagai salah satu “Vital Sign”. Melegakan
kesakitan telah lama termaktub dalam etika perubatan dan telah di iktiraf sebagai
hak asasi pesakit yang perlu di berikan oleh doktor dengan wajar.
Di Malaysia bidang ini masih baru tetapi pencapaian kita dalam
bidang ini agak membanggakan. Terdapat
kurang dari sepuluh orang “pain specialist” di Malaysia . Walaubagaimana pun
disebabkan faktor prasarana dan latarbelakang latihan keupayaan mereka
berbagai. Dengan kata lain tahap
kepakaran mereka berbeza bergantung
sejauh mana penguasaan dan pengalaman mereka dalam merawat pesakit. Justifikasi
seorang pain specialist mengkin akan berbeza. Ini ditambah lagi dengan sifat
kesakitan kronik itu sendiri yang bersifat subjektif dan berbeza di antara individu yang merasainya. Sebagai contohnya,
bagi seorang seorang pain specialist yang mahir mampu merawat sakit belakang
yang berpunca dari “slip disc” dengan hanya kaedah suntikan sahaja dengan
kejayaan 90% tanpa perlu melakukan pembedahan. Malah dengan kepakaran, ubatan dan teknologi
terkini hampir semua kesakitan belakang (back pain) kini dapat di rawat dengan
hanya kaedah suntikan sahaja. Ianya terbukti berkesan tanpa menghadapi resiko
yang tinggi. Malah sejak akhir ini
teknik –teknik baru ini telah menjadi pilihan (option) kepada rawatan
pembedahan tulang belakang dengan kos yang jauh lebih murah.
Apa yang “pain specialist” dapat lakukan.
- Menilai semula punca kesakitan kronik anda dengan tepat dan menyeluruh dengan lebih empati.
- Membuat penilaian akan kesan atau impak kesakitan kronik pada kehidupan anda dari aspek biopsikososial.
- Merangka stategi bersepadu untuk melegakan kesakitan dan mengembalikan fungsi anda.
- Memberikan rawatan ubat yang pelbagai (multimodal) dalam berbagai bentuk seperti pil, tablet, tampalan pada kulit dan sirup dengan terperinci.
- Dapat melakukan kaedah “pain intervention”, iaitu kaedah suntikan khusus yang dapat mengawal tahap kesakitan anda seperti teknik epidural, neurolysis, radiofrequency, injeksi botox dan sebagainya.
- Membimbing anda mengembalikan keupayaan fizikal anda seperti aktiviti-aktiviti harian, bersocial dan kembali bekerja dengan kaedah senaman, teknik relaxasi dan terapi kognitif.
Apakah tindakan anda jika mengalami kesakitan kronik.?
Jadi, jika sakit anda masih lagi
berlarutan setelah berjumpa beberapa orang doktor, inilah masanya anda perlu
berjumpa dengan doktor pakar kesakitan kronik atau “pain specialist”. Anda
perlu bertindak sekarang sebelum masalah ini menjadi lebih serious. Anda
mengkin hanya membuang masa jika masih lagi berlegar berjumpa dengan doktor
bukan ahlinya. Setidak-tidaknya anda ambil innisiatif
untuk mendapat pendapat kedua (second opinion ) tentang penyakit dan kesakitan
anda. Inilah apa yang dimaksudkan kesakitan itu adalah satu penyakit yang perlu
di beri perhatian serious oleh doktor dan pesakit. Jika doktor yang merawat
anda tidak lakukannya , anda perlu ingatkannya dan meminta beliau merujuk anda kepada “pain
specialist”. Diluar
sana da doktor pakar yang mampu membantu anda. Rekod dari i HUSM pain, kejayaan
kami mencecah 75% daripada pesakit kami mampu dikurangkna sakit hingga 50% atau
lebih. Dan kami telah banyak menyelesaikan kes kesakitan kronik yang misteri
dan terbantut sejak beberapa tahun.
Dengan
kepakaran dan teknologi terkini hampir semua kesakitan belakang yang
kronik kini dapat di rawat dengan hanya
kaedah suntikan sahaja.
Kesakitan kronik adalah satu “penyakit”.
Kesakitan kronik didefinasikan sebagai sakit yang berterusan lebih
dari enam bulan. Dari segi perubatan, kesakitan kronik telah diiktiraf sebagai
satu bentuk penyakit secara ekslusif. Tidak kira apa punca kesakitan anda,
kegagalan anda untuk mengawal kesakitan pada peringkat awal meyebabkan perubahan marphologi, kimia dan
fungi saraf yang komplek ada system saraf anda. Proses tindakbalas tubuh
terhadap kesakitan yang mulanya bersifat physiologi kini menjadi pathologi
(penyakit). Proses ini berlaku semulajadi dan diluar kawalan kita. Perubahan
pada saraf ini akan menghasilkan symptom
yang konsisten iaitu kesaktan yang
berpanjangan, keilyatan, kebergantungan, ketidak upayann melaksanakan
tanggunjabanda untuk keluarga dan tempat
kerja dan kemurungan. Tidak
kira apa punca kesakitan kronik anda
hasilnya tetap sama. Anda mungkin akan perasan yang semua natijah ini semuanya berpunca dari sakit
pinggang anda yang kemudiannya
melahirkan sastu demi satu masalah sampingan yang disebutkan diatas. Ianya amat
merimas dan menyedihkan. Ini lah dikata kan
kesengasarraaan biospikosoccsial typical
dialami oleh semua pengidap kesakitan kronik. Dan kesengsarraan ini akan
menjadi makin parah jika dibiaran masa berlalu tanpa drawatan.
Memang telah kita sedia maklum semua doktor tahu merawt kesakitan. Tidajk
kira apa bidang pengkhususan doktor tersebut. Contohnya semua doktor mampu beri ubat postan atau suntikan votaren untuk
menghilangkan sakit terseliuh atau gout. Doktor bedah juga memain peranan mengawal kesakitan selepas
pembedahan dengan memberi suntikan morphine.Tapi apabila kesakitan menjadi luar
kawalan dan mereka gagal merawatnya , maka inilah masanya rujukan pada pain
specialist perlu dilakukan. Seperti juga sakit darah tinggi, semua doktor tahu
merawat darah tinggi jika ianya simple dan tidak komplek. Seterusnya jika darah
tinggi tidak dapat di kawal setelah rawatan dengan satu atau dua jenis ubat ,
maka disini masa doktor akan merujik kepada pakar perubatan iaitu doktor
yang lebih mahir dalam rawatan darah tinggi.Hakikatnya bukan semua doktor atau doktor pakar mahir
dalam semua jenis penyakit. Phenomena ini lebih ketara apabila tend doktor mengambil pengkhususan dalam subkepakaran
yang tinggi. Skop rawatan telah menjadi lebih mendalam tapi dalam skop yang
lebih kecil.
Di segi etika dan protokol rawatan,
semua doktor perlu merujuk kesakitan kronik kepada pain specialist jika ianya diluar
kemampuannya. Tapi praktis mulia ini masih lagi kurang dikalangan pengamal
perubatan disebabkan beberapa faktor lain.
Jika ada mengalami kesakitan
kronik.Apakah tindakan anda?
Jadi, jika sakit anda masih lagi
berlarutan setelah berjumpa beberapa orang doktor, inilah masanya anda perlu
berjumpa dengan doktor pakar kesakitan kronik atau pain specialist..Anda perlu
bertindak sekarang sebelum masalah ini menjadi lebih serious. Anda mengkin
hanya membuang masa jika masih lagi berlegar berjumpa dengan doktor bukan
ahlinya. Setidak-tidaknya anda ambil innisiatif untuk mendapat pendapat kedua
(second opinion )tentang penyakit dan kesakitan anda.Ini lahah apa yang
dimaksudkan kesakitan itu adalh satu penyakit yang perlu di beri perhatian
serious oleh doktor dan pesakit. Jika doktor yang
merawt anda tidak lakukannya , anda perlu ingatkannya dan meminta beliau merujuk anda kepada pain
specialist. Diluar sana
da doktor pakar yang mampu membantu anda. Rekod dari i HUSM pain, kejayaan kami
mencecah 75% daripada pesakit kami mampu dikurangkna sakit hingga 505 atau
lebih. Dan kami banyak menyelessikan kes kesakitan kronik yang misteri dan
terbamntut selama 4-5 tahun.
Kes 1
Pernah saya merawat seorang pesakit yang mengalami
sakit yang menyucuk –nyucuk dari didada. Beliau dimasukkan kedalam ward kerana
kesakitan yang amat sangat. Kesakitannya amat menyeksakan hingga beliau gelisah
dan tidak dapat pakai baju dan berbaring dikatil. Belisu telah dirawat sebagai
pesakit jantung tapi sakitnya tidak juga berubah selama empat hari. Selama empat hari itulah beliau tidak dapat tidur. Apabila pesakit
dirujuk saya dapati pesakit ini mengidap sakit akar saraf (nerve root) pada
tulang belakangnya yang memberikan symptom sakit yang pin deedle dan burning
dari belakang hingga kedada. Dengan satu suntikan yang khusus pada belakangnya kesakitannya
lenyap sertamerta hinggalah sekarang. Ternyata kesakitan yang dialaminya
bukannya berpunca dari jantung.
Kes 2
Terdapat lagi
satu kes dimana seorang pelajar perempuan yang sakit pada keseluruhan tangannya
kananya selama lima tahun tanpa ada sebab yang jelas. Sakitnya terbagaikan
teramat sangat hinggakan sentuhan cubitan lembut pun menyebabkabn kesakitan
yang amat sangat. Jari jemari, pergelangan tangan, siku hingalah ke bahu tidak
dapat digerakkan disebabkan oleh sakit apatah lagi untik menggerakkan. Oleh
yang demikian beliau tidak menggunakan tangan selama 5 tahun . Prestasi
akademiknya terjejas kerana kesakitan kronik tersebut. Pakar saraf dan
orthopedic telah melakukan berbagai ujian
tapi tidak dapat menemui petunjuk klinikal. Rawatan ubat saraf pada dos
tinggi masih tidak dapat mengawal kesakitannya. Apabila dirujuk pada hari
pertama, saya memberikan satu suntikan yang khusus pada lehernya. Ternyata
suntikan itu mendapat memberikan 80% kelegaan dan mampu menggerakkan kesemua
sendi tangan dan bahunya tanpa sakit. Pesakit ini mengalami penyakit saraf yang
komplek dikenali dengan CRPS. Pesakit dan ibubapanya rasa amat gembira dengan kejayaan
rawatan tersebut.
Pengajaran yang
dapat di lihat dari dua kes diatas , kesedaran dikalangan pengamal perubatan
dan pesakit tentang adanya orang yang pakar dalam merawat kesakitan kronik dalah
rendah. Kedua tidak semua pengamal perubatan dan pesaskit dapat faham bahawa kesakitan
yang tidak dapat dikawal adalah satu keadaan yang serious (red flag) dan
rawatannya perlu disegerakan. Kesakitan
kronik (selain dari kanser) tidak membunuh kita tapi ia membunuh kehidupan
kita.
Di Malaysia bidang ini masih baru tetapi pencapaian kita dalam
bidang ini agak membanggakan. Terdapat
kurang dari sepuluh orang pain specialist di Malaysia . Walaubagaimana pun disebabkan
faktor prasarana dan latarbelakang latihan keupayaan mereka berbagai. Dengan kata lain, tahap kepakaran mereka berbeza bergantung sejauh mana penguasaan dan
pengalaman mereka dalam merawat pesakit. Justifikasi seorang pain specialist
mengkin akan berbeza. Ini ditambah lagi dengan sifat kesakitan kronik itu
sendiri dimana sakit itu adalah bersifat subjektif dan berbeza di antara individu yang menghadapinya. Sebagai
contohnya, bagi seorang seorang pain specialist yang mahir mampu merawat sakit
belakang yang berpunca dari slip disc dengan hanya suntikan sahaja dengan
kejayaan 90% tanpa perlu melakukan pembedahan. Malah dengan kepakaran, ubatan dan teknologi
terkini hamper semua kesakitan belakang (back pain) kini dapat di rawat dengan
hanya kaedah suntikan sahaja. Ianya terbukti berkesan tanpa menghadapi resiko
yang tinggi. Malah sejak akhir ini teknik
–teknik baru ini telah menjadi pilihan (option) kepada rawatan
pembedahan tulang belakang dengan kos yang jauh lebih murah.
Hospital mana agaknya ada pain specialist. Dan adakah dr salah seorg drnya.
ReplyDeleteyes...
DeleteSalam Dr,sy ingin bertanya mengenai sakit Trigeminal neuralgia.sejak sebulan yang lepas,sy mula berasa sakit mencucuk di bahagian pipi kiri semasa mengambil wuduk iaitu semasa membasuh muka.kejadian ini berulang-ulang beberapa kali.sy mengesyaki ia adalah skt gigi dan berjumpa doktor gigi namun hasil tidak memuasksn.sakit ini hilang seketika semasa sy pergi bercuti dan ia datang kembali selepas itu.sekarang sakit mencucuk tersebut terjadi bukan sahaja apabila menggosok pipi malah apabila mengunyah makanan,dan menelan air liur.adakah sy terkena penyakit Trigeminal neuralgia wlpn umur saya baru 27 tahun?adakah doktor ada membuat rawatan untuk sakit tersebut?
ReplyDelete