Wednesday, November 30, 2011

FAQ -sudah bedah tapi masih sakit?(failed back surgery syndrome)

Soalan 1.
Saya seorang kakitangan swasta yang berusia 50 tahun .Saya telah mengalami penyakit cakera tergelincir (slipped disc) pada awal tahun2009 dimana pembedahan fusion telah dilakukan. doctor telah memasukkan beberapa keping besi dan skru bertujuan untuk menstabilkan tulang belakang.Kesihatan saya bertambah baik pada awal 5 bulan selepas pembedahan.
Malangnya besi pada tulang belakang saya dijangkiti kuman dimana pembedahan kedua terpaksa dilakukan pada tahun 2010 untuk mengeluarkan semula besi tersebut. sejak dari pembedahan kedua tersebut status kesihatan saya makin merosot. Sakit pada belakang pinggang saya datang semula dan malah lebih teruk dari dulu.Saya tidak boleh berdiri atau duduk lama.Sakit akan lebih menyengat kalau dibawa berjalan.dibahagian punggung juga terasa sakit berdenyut bila mahu bangun dari tidur atau bila duduk lama.sakit lengoh juga terasa pada belakang peha dan betis.Pergerakan saya menjadi perlahan kerana menahan kesakitan.Saya berjalan menggunakan tongkat kerana takut terjatuh.Malam hari saya susah untuk mendapat tidur yang lena.
Doktor orthopedik yang merawat saya nampaknya sudah kehabisan idea.Sudah banyak ubat dan rawatan physioterapi telah dicuba,tapi sakit saya tetap sama.Malah sudah banyak wang sya belanjakan untuk tujuan perubatan alternatif yang tidak perlu saya sebut satu persatu disini.Prestasi kerja sebagai juruteknik dilapangan terjejas teruk dan banyak sudah cuti sakit telah diambil.Majikan nasihatkan saya untuk buat medical board untuk memberhentikan kerja .Saya runsing kerana 3 anak saya masih lagi bersekolah.Melalui kenalan saya (bekas pesakit doktor) saya dapat menghubungi doktor.Saya rasa macam ada cahaya baru dalam kegelapan sakit kronik ini.HArap doktor Nizar dapat membantu masalah sakit belakang saya ini.
Persolan saya ialah;
Boleh kah sakit saya ini diubati dengan kaedah rawatan doktor?
Adakah saya saya berpeluang untuk kerja semula, untuk elak diberhentikan?
Apakah perbezaan diantara rawatan Dr Nizar dan doktor orthopedik?

Jawapan Dr Nizar.
Anda tidak kesaorangan mengalami sakit kronik yang tidak berkesudahan selepas menjalani pembedahan tulang belakang.Keadaan anda dikenali sebagai sindrom kegagalan pembedahan tulang belakang(failed back surgery syndrome) yang biasa nya berlaku selepas 3atau 6 bulan selepas pembedahan.Insiden Komplikasi ini adalah diantara 10-40% dari semua kes pembedahan tulang belakang. Keadaan pesakit amat malang kerana disamping rawatan yang sepatutnya menyembuhkan tapi membawa masalah yang lebih besar.Dalam situasi yang lebih serius kelumpuhan mungkin sebahagian dari gejala utama selain dari rasa sakit.Keadaan seperti sudah jatuh ditimpa tangga.
Sakit pada tulang belakang adalah merupakan penyebab utama hilang upaya dikalangan pekerja dalam sesuatu institusi. Sakit tulang belakang juga merupakan penyakit utama dalam pengeluaran sijil cuti sakit terbanyak diseluruh dunia.Sudah pasti semua majikan tidak suka kerana sakit belakang pastinya mengurangkan produktiviti. saya telah banyak merawat pesakit seperti ini yang datang dengan berbagai-bagai punca kesakitan(pain diagnosis).Diagnosis mungkin berbeza diantara individu yang mengalami syndrome ini.Hanya dengan pemeriksaan,saya dapat pastikan punca kesakitan dan peratus kejayaan rawatan.Secara umumnya kebanyakan pesakit telah mendapat faedah dari rawatan radiofrequency atau epidurolysis dan akhirnya mampu bekerja semula tanpa perlu diberhentikan.
Menurut gejala yang anda berikan saya rasa punca kesakitan datangnya dari berbagai sumber.Besar kemungkinan anda mengalami ketidakstabilan tulang belakang .Ini boleh berlaku selepas besi dikeluarkan semula melalui pembedahan kedua. Selain dari itu arthritis pada sendi tulang belakang ,peha dan pinggul juga boleh memberi rasa sakit setiap kali anda cuba bergerak. Contohnya penyakit arthritis lumbar facet dan sendi sacroiliac selalu berlaku selepas pembedahan fusion tulang belakang.Ini berlaku kerana pembedahan itu sendiri mencetus kelainan biomekanik dan ketidakseimbangan pada tulang belakang dalam jangka masa panjang.Kemungkinan lain ialah parut yang berlaku dalam ruang epidural hasil dari pembedahan lalu juga berpotensi menghasilkan sakit pada pinggang yang turun kekaki.
Biasanya melalui konsultasi dan pemeriksaan terperinci saya dapat membezakan jenis-jenis sakit dan puncanya.Ini adalah penting kerana setiap jenis sakit mempunyai rawatannya secara khusus.Contohnya Rawatan suntikan radiofrequency sangat efektif untuk penyakit arthritis sendi facet dan sacroiliac dengan kejayaan 80% . Manakala rawatan baikpulih ruang epidural (epidurolysis) merupakan pilihan dalam kes-kes tertentu. Semuanya hanya dengan kaedah suntikan ,bukan pembedahan. Kebanyakan pesakit telah menunjukkan respon yang positif setelah rawatan.Tidak kurang juga yang dapat berjalan dengan yakin tanpa tongkat setelah rawatan. Secara statistic, aktiviti dan fungsi harian pesakit dapat dipertingkatkan dengan ketara jika hanya 50% dari rasa sakit dapat di kawal. Bayangkan jika rasa sakit anda dapat dikawal hingga 80-90%!Disamping itu ubat makan penahan sakit dapat dikurangkan secara dramatik.
Biasanya doktor pakar kesakitan kronik (pain specialist) lebih kritis dalam buat diagnosis sakit. Diagnosis yang tepat dan kaedah rawatan yang betul membawa kepada rawatan yang efektif. Rawatan yang betul pula akan lebih berkesan jika dilakukan oleh doktor yang mahir dengan kaedah tersebut. Selain dari itu konsep rawatan suntikan-tanpa pembedahan untuk beberapa kes orthopedik seperti slipped disc dan discogenic pain membezakan saya dengan doktor orthopedik.

Soalan 2.

Tuan Dr Nizar,

Saya Roslan Ahmad bertugas sebagai Pegawai Ladang FELCRA Berhad di Weng Baling Kedah berusia 52 tahun mengalami kemalangan jalan raya pada bulan Ogos 2008.Selepas kemalangan itu, kaki saya sebelah kanan merasa kurang kuat dan kurang selesa dan jika terkena air bagaikan terkena renjatan elektrik. Saya berjumpa dengan bomoh urat dan juga doktor, tetapi keadaan saya masih tidak berubah dan ianya pula membawa fikiran bercelaru.
6 bulan selepas kemalangan saya berjumpa pakar tulang di hospital swasta. Dari apa yang di perolehi dari Imbasan MRI adalah di dapati Slipped Disk (L4) saya menekan saraf. 2 minggu selepas itu saya menjalani pembedahan yang mana mengikis Slep Disk yang terkeluar itu tetapi setelah di bedah dan saya terus berurusan dengan doktor itu selama 6 bulan, tetapi malangnya kesembuhan penyakit saya sikit sahaja berubah. dan kini setelah hampir 3 tahun keadaan masih lagi tidak berubah dan saya tidak mengambil sebarang ubat.
Baru-baru ini saya berjumpa dengan Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Utara Tuan Hj Zulkifli Sidek menyarankan agar saya menjalani rawatan menggunakan radiofrequency , saya kurang pasti apa kaedah rawatan itu. Jelas beliau lagi, beliau baru sahaja menjalani kaedah ini dengan doktor dan ada kesembuhannya.
Pohon pandangan doktor berkaitan perkara ini dan adakah rawatan kaedah ini boleh saya gunakan dan bagaimana caranya untuk melaksanakannya.

Jawapan Dr Nizar.
Sakit yang berterusan selepas pembedahan dikenali sebagai sindrom kegagalan pembedahan tulang belakang(failed back surgery syndrome) yang biasa nya berlaku selepas 3atau 6 bulan selepas pembedahan.Insiden Komplikasi ini adalah diantara 10-40% dari semua kes pembedahan tulang belakang. Keadaan pesakit amat malang kerana disamping rawatan yang sepatutnya menyembuhkan tapi membawa masalah yang lebih besar.Dalam situasi yang lebih serius kelumpuhan mungkin sebahagian dari gejala utama selain dari rasa sakit.Keadaan seperti sudah jatuh ditimpa tangga.
Saya telah banyak merawat pesakit seperti ini yang datang dengan berbagai-bagai punca kesakitan(pain diagnosis).Diagnosis mungkin berbeza diantara individu yang mengalami syndrome ini. Hanya dengan pemeriksaan saya dapat memastikannya.Antaranya sebab berlakunya keadaan ini ialah;
1. Kesilapan diagnosis sebelum pembedahan
2. Tersilap lapisan smesa pembedahan
3. Rawatan yang tidak sempurna
4. Slipped disc terjadi semula
5. Komplikasi selepas pemdahan seperti parut pada ruang epidural, sakit sendi facet lumbar, sakit sendi pinggul.
6. Penyakit tulang belakang yang baru.
Secara umumnya kebanyakan pesakit boleh mendapat faedah dari rawatan radiofrequency atau epidurolysis dan akhirnya mampu bergerak semula dan melaku aktiviti harian. Biasanya melalui konsultasi dan pemeriksaan terperinci saya dapat membezakan jenis-jenis sakit dan puncanya.Ini adalah penting kerana setiap jenis sakit mempunyai rawatannya secara khusus.Contohnya Rawatan suntikan radiofrequency sangat efektif untuk penyakit arthritis sendi facet dan sacroiliac dengan kejayaan 80-90% . Manakala rawatan baikpulih ruang epidural (epidurolysis) merupakan pilihan dalam kes-kes tertentu. Semuanya hanya dengan kaedah suntikan ,bukan pembedahan. Kebanyakan pesakit telah menunjukkan respon yang positif setelah rawatan.Tidak kurang juga yang dapat berjalan dengan yakin tanpa tongkat setelah rawatan. Secara statistic, aktiviti dan fungsi harian pesakit dapat dipertingkatkan dengan ketara jika hanya 50% dari rasa sakit dapat di kawal. Bayangkan jika rasa sakit anda dapat dikawal hingga 80-90%!Disamping itu ubat makan penahan sakit dapat dikurangkan secara dramatik.

24 comments:

  1. Assalamu'alaikum Dr Nizar

    Baru terbaca komen Dr Nizar di blog kak hari ini.

    Kak alhamdulilllah 'alaa kullihaal.. masih teruskan rawatan dengan Dr Muralli. Utk makluman Dr Nizar, 9 hb 11 baru-baru ni Dr Muralli cuba lagi untuk masukkan ubat ke S1 tetapi tak berjaya nampaknya. Berjalan juga namun baring yang paling banyak. Kak juga baru cuba RT (recontructive therapy) dengan dr Azura anak allahyarham dr Noorlaily di Bukit Antarabangsa. Setakat ini masih seperti keadaan sebelum ini.

    InsyaAllah 7hb 12 nanti jumpa lagi Dr Murali utk melihat apa yang perlu dilakukan. Kak juga berulang membuat fisio di HTAR tu.

    Ada apa-apa cadangan daripada DR Nizar utk kak.

    Terima kasih atas ingatan. :)

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum.

    Saya salah saorang pesakit Dr Nizar dan telah menjalani rawatan radio frekuansi sebanyak 2 kali. Pertama untuk Cakra tergenlicir L4 dan L5 dan yang kedua untuk sendi sacroiliac. Alhamdulillah Setelah 8 bulan kehidupan saya kembali seperti biasa.

    2 jam selepas melakukan rawatan radio frekuansi saya dah boleh berjalan seperti biasa.. sakit lenguh pingang hilang serta merta.

    terima kasih Dr Nizar :)

    - Syazwan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah..suka saya bila tahu Syazwan dah sembuh.terimakasih kerana masih ingat kat saya..ha..ha.ramai lagi orang sakit belakang yg tidak tahu tentang rawatan ini.bolehlah war2 kan.Ok take care.. ingat the "do n dont"

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Kak Werdah..rawatan tak menjadi utk sakit tulang belakang selalunya disebabkan oleh diagnosis yg salah..kemudian teknik rawatan yg kurang tepat.sakit kak ni misteri sikit.Sebab bekas "buatan orang" ha..haa.maksud sya..due to previous surgery..saya nak je tengok kak balik..tapi misti datang under public.boleh set appoit ..kalu nak appot suntikan call 09 767 3866 cakap pd sn roslina@ yus.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikumussalam Dr Nizar

    InsyaAllah bila ada kelapangan kak hubungi Dr Nizar ya.. sekarang ni masih ada appoinment dengan dr Murali 14hb Februari, tengok dulu ya bagaimana. Selepas tu barangkali, terima kasih ya.

    hehe buatan orang! ya lah silap diagnosis..

    ReplyDelete
  6. apakah punca/sebabnya terjadi slipped disc......?

    ReplyDelete
  7. apakah punca/sebabnya terjadi slipped disc......?

    ReplyDelete
  8. Salam punca slipped disc, antara teori yg selalu disebut apabila berlaku axial force terhadap disc yg melampau ie angkat berat,aktiviti lasak,banyak pergerakan tulang belakang yg mendadak,batuk kronik etc..semua aktiviti ini jika berlarutan menyebabkan proses wear and tear berlaku pd disc dan melemahkannya.lalu tersembul keluar.Ada teori yg mengatakan proses penuan telah berlaku terlebih dahulu pada disc ...pergerakkan tersebut hanya sebagai pencetus.

    ReplyDelete
  9. Salam Dr Nizar.

    Ibu saya mengalami sakit tulang belakang akibat jatuh. Saya berhasrat nak mendapat rawatan radio frequency yg di kendalikan doktor sebab kaedah lain ada banyak risiko memandangkan umur ibu saya sudah lanjut sekitar 79 tahun. Ibu saya sudahpun membuat imbasan x-ray dan sekarang sedang menjalani rawatan secara tradisional tapi tidak banyak perubahan berlaku. Lapuran imbasan x-ray yg di keluarkan doktor saya catatkan dibawah secara verbatim kerana saya tak faham term medical nya. Lapuran tersebut seperti berikut :

    Radiograph of Lumbosacral spine (AP and lateral view)

    Severe compression collapse fracture of T12 with khyphotic angulation deformity. The pedicles are preserved indicating most likely secondary to osteoporotic traumatic fracture. Minimal posterior displacement noted. Collapse fracture T8 also seen lesser degree as compared to T12 involvement. No lytic lesion of the rest of vertebra. Generated osteoporosis.

    Impression: Osteoprotic compression fractures of T12 and T8. No evidence of sclerotic or lytic lesion.

    Consultant Radiologist.

    Dari lapuran diatas harap doktor dapat gambaran keadaan kecederaan tulang belakang yg di alami ibu saya. Apakah kecederaan tersebut sesuai menerima rawatan kaedah suntikan radiofrekuensi intradiskal yg dikendalikan doktor?

    ReplyDelete
  10. Salam sejahtera Dr Nizar. saya raini jais. Saya telah mengalami kesakitan yang tak dapat saya tahan selama ini. Bergerak untuk ke tandas pun amat sukar untuk saya lakukan kerana sakit d bahagian paha kiri hingga ke betis amat sakit. Sudah berulang kali saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun doktor tidak dapat memastikan punca masalah kesakitan yang saya alami selama ini bermacam macam ubat telah di beri namun rasa sakit yang amat menyengat itu tidak bekurangan. Malahan saya suda mencuba rawatan ke hospital swasta. Saya menjalani pembedahan membuang urat yang rosak pada bulan 9/2012 seperti yang di syarankan oleh doktor kerana menurut kata doktor tersebut ada sebahagian urat kaki saya sudah rosak dan mengakibtkan saya sukar untuk begerak dan mengalami rasa kesakitanyang amat sangat. namun setelah sebulan selepas itu kesakitan yang sama berulang lagi. Sehingga kini saya hanya mampu berbaring di katil apabila cuba untuk duduk atau bejalan kesakita6n itu amat terasa hingga membuatkan saya terpaksa bebaring semula.
    Pertanyaan saya apakah kaedah Dr. Nizar berikan kepada pesakit yang lain dpat membantu saya ataupun ada kaedah rawatan yang lain untuk memulihkan penyakit yang saya alami ini. Saya amat berharap Dr. Nizar dapat membantu saya.

    ReplyDelete
  11. Asalamualaikum
    Dah lama cari doktor, sebab nak tanya ada lagi peluang merawat penyakit saya, saya nak jumpa doktor

    Saya kini lumpuh, kaki lemah tangan lemah
    kemungkinan saraf belakang saya, ada masalah saraf menurut HKL tahun 1991 semasa saya buat rawatan, tapi kini tak pi sana lagi, sebab tiada perubahan pada kesihatan fizikal saya,

    Otot kaki dan tangan semakin kecil dan lemah
    saya tak dapat berdiri hanya mampu duduk dan baring sahaja

    nak tahu bagaimana nak rawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. call sy terus utk consultation or appointment..013-9803389..

      Delete
  12. Assalamualaikum w.b.t. Saya ingin menghantar soalan daripada ayah saya kepada doktor.

    Saya Abdul Latif Bin Omar berumur 64 tahun berasal dari Kajang.Saya ingin mendapatkan penjelasan dan pandangan doktor bagaimana cara yang terbaik untuk merawat penyakit saya. Saya kerap mengalami pitam dan kepala rasa berpusing-pusing dan pergerakan terasa melayang-layang semenjak pergi mendapatkan rawatan urutan secara tradisional dimana perawat itu mengurut di bahagian tengkuk, belakang bahu dan belikat. Sebelum ini penyakit ini pernah saya alami tetapi pada 2 tahun yang lepas namun ia kembali dialami semula selepas rawatan tradisional tersebut. Penyakit sampingan seperti mata kabur, kepala rasa berpusing-pusing seperti pening kepala memang ada semenjak 2 tahun lepas tetapi tidak kerap kerana saya ada mendapatkan rawatan di bahagian ENT di hospital Putrajaya namun tidak banyak perubahan. Doktor yang saya rujuk telah memberikan sejenis ubat iaitu Betaserc . Daripada itu, saya ingin minta pandangan daripada doktor, rawatan dan kaedah yang bagaimana terbaik untuk merawat penyakit saya ini. Sekian Terima Kasih atas perhatian doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dtg jumpa sy utk sy periksa..call sy utk buat appointment..

      Delete
  13. Salam dr.. sy fuzah (umur 33). sy ade slipped disc di L5. Dr pakar ortopedik suggest utk bedah sbb disc yang terkeluar tu besar. Boleh ke sy buat rawatan dgn dr? Brp kos yang diperlukan?

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Aslkum Dr Nizam. Sy telah dikesan ada benign tumor pada T12 saya. Ia menekan saraf tunjang sehingga menyebabkan saya sukar utk berjalan. Terpaksa menggunakan tongkat. Selipar kaki kiri sering terasa hendak terkeluar. Berak pun tak berapa lawas. Sy dijadualkan dibedah pada 26/6/15 utk mengeluarkan tumor tsb oleh pakar bedah neuro di HKL. Sy perlukan pandangan tuan doktor sama ada utk meneruskannya atau tidak.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Pembetulan. Bkn Dr Nizam tp Dr Nizar.

    ReplyDelete
  18. Pembetulan. Bkn Dr Nizam tp Dr Nizar.

    ReplyDelete
  19. Pembetulan. Bkn Dr Nizam tp Dr Nizar.

    ReplyDelete
  20. Salaam Dr.
    Saya Rahman berumur 42 tahun mengalami kemalangan dan hancur leher jari ke5 tangan kanan.. Telah m.c selama 10,bulan. Sekarang jari ke 3,4 dan 5 mengalami kesakitan dan keras, saya juga ada membuat physiotherapy selepas kemalangan, setiap kali membuatnya jari2 saya bertambah sakit dan tiada perubahan dan tidak boleh gengam. Sehingga mengalami darah tinggi ,Saya dinasihatkan oleh doktor klinik addmited ke hospital,selepas tu berjumpa dengan doktor saya di Tawakal mengatakan pada mula munkin mengalami masaalah urat2, selepas tu mengatakan saya mengalami CRPS.. Saya telah mula berkerja tetapi jari2 tidak boleh bergerak kecuali ibu jari dan jari ke 2 . jari2 yang sakit bertambah sakit sehingga bengkaka.. Tidak boleh berkerja seperti biasa Sehingga sakit sampai ke Bahu dan seterusnya ke belakang kepala iaitu macam sakit darah tinggi... Bolehkah saya mengambil medical board dalam keadaan begin ?

    ReplyDelete
  21. Salaam Dr.
    Saya Rahman berumur 42 tahun mengalami kemalangan dan hancur leher jari ke5 tangan kanan.. Telah m.c selama 10,bulan. Sekarang jari ke 3,4 dan 5 mengalami kesakitan dan keras, saya juga ada membuat physiotherapy selepas kemalangan, setiap kali membuatnya jari2 saya bertambah sakit dan tiada perubahan dan tidak boleh gengam. Sehingga mengalami darah tinggi ,Saya dinasihatkan oleh doktor klinik addmited ke hospital,selepas tu berjumpa dengan doktor saya di Tawakal mengatakan pada mula munkin mengalami masaalah urat2, selepas tu mengatakan saya mengalami CRPS.. Saya telah mula berkerja tetapi jari2 tidak boleh bergerak kecuali ibu jari dan jari ke 2 . jari2 yang sakit bertambah sakit sehingga bengkaka.. Tidak boleh berkerja seperti biasa Sehingga sakit sampai ke Bahu dan seterusnya ke belakang kepala iaitu macam sakit darah tinggi... Bolehkah saya mengambil medical board dalam keadaan begin ?

    ReplyDelete