Thursday, December 31, 2015

Another Interesting Case

Pesakit dari Terengganu..
Severe Low Back and Leg Pain..following forceful sneezing + massage.. 
Brought to casualty.. 
Hardly move..
1st doctor checked diagnosed Slipped Disc (old MRI ada lumbar disc bulge)
Saya check..bukan slipped disc!!
It's Psoas Muscle Injury@ Strain..
Mimicking Slipped Disc..
Apabila muscle ni injured ..bengkak lalu menghimpit saraf yang turun ke kaki..
Sakit mimik slipped disc.. 
Pain improved more than 80% after RF Injection..
Day 4 discharge home well.


Sunday, December 20, 2015

Contoh Kes

Another interesting case done yesterday
Low back + leg pain
MRI show Slipped disc l4l5 on the RIGHT
But the pain was on the LEFT
Previous treatment by other doctor was miss leaded..
Actual diagnosis: Piriformis Syndrome..
Injection RF done yesterday..
Today ..patient claims 100% recover.




Contoh Kes

16 December 2015....jadi record..
Apabila dua pesakit menjalani RF injection dari Sabah dan Serawak pada hari yang sama..

Nadianatra from Serawak.. 



Cikgu Yeoh from Sabah..

Thursday, December 17, 2015

Good Things Better To Share


Alhamdulillah.. Dengan izinNya Allah (SWT), rawatan berjalan dengan baik. Terima kasih Prof. Nizar Abd Jalil, semua jururawat dan kaki tangan hospital yang mesra lagi baik pekerti. — at Kpj Healthcare Berhad @ Hospital Pakar Perdana Kota Bharu.Sarimah Ismail

Monday, November 30, 2015

Alarming Trend Nowadays

Degenerative spine disease at early stage of life..
Without any known cause to justifed..
This 15 year old girl ...absent from school for the past 8 months suffering from chronic neck low back pain..
Otherwise she is a brilliant student scored 9 A for PT3..
Diagnosis : Cervical and Lumbar Facet Syndrome
Treatment: RF injection


Sunday, November 29, 2015

Something Interesting To Share

Common problem with a typical presentation

Thursday, November 26, 2015

Ini Contoh Kes 2:1

1. Slipped Disc L4L5
  • Sakit kaki sampai betis

2. Discogenic Pain L5S1 (Disc Hitam)
  • Sakit dibelakang pinggang..central and mechanical
  • Duduk sakit..berdiri pun sakit pinggang

Rawatan suntikan RF boleh dilakukan untuk kedua-dua masalah..InsyaAllah


Monday, November 23, 2015

Point To Ponder

The key success in interventional pain management (injection rf@laser) very much depend on..
  • Correct diagnosis
  • Correct diagnosis 
  • Correct diagnosis (wrong diagnosis n thus treatment among drs is very common)
  • Correct time(not too advance)
  • Correct technique/skill n technology
  • Correct patient (trust..not emprehensive)
X factor......bless @ barokah..and sometime known as "gifted" cannot simply be learnt but you may grab it if you genuinely search for it..



It's Quite Miracle

A case of mine ..huge slipped disc L5S1 responded well to injection laser PDCT..


Suntikan Laser PDCT & PLDD

Suntikan laser PDCT dan PLDD boleh merawat sakit saraf berpunca dari slipped disc pinggang dan tengkok..
Elakkan pembedahan..kerana komplikasinya tinggi bersifat kekal..makin sakit dan hilang upaya..


Ischial Bursitis

Suka aktiviti berbasikal? 
Kalau dapat sakit bontot yang kronik..
Itu penyakit..Ischial Bursitis 
Rawatan ya..suntikan rf and steroid.



Sunday, November 22, 2015

Contoh Kes

Sakit tulang ekor(coccyx bone)..dah hampir 5 tahun..
Tak boleh duduk..
Tak boleh naik motor..
Xray ..nampak hujung tulang coccyx patah terseliuh..
Rawatan sebelum ni hanya pain killer and physio..
Responded well to rf inj..
Alhamdulillah..


Contoh Kes

Pesakit ni dari Kemaman Terengganu..teruja nak jumpa dan cuba rawatan rf injection..
Dr di sana suggest for operation..
Katanya slipped disc
He refused..
NASIB BAIK....!!!
SEBAB MRI LOOKS NORMAL!!!
Huu...huu..

Clear explanation about pain generator and Inj technique is essential to my patients so they are mentally ready n aggreable for the intervention..
Trust is like placebo...the patients already get 20-30%
Free relief..
If the inj technique manage to get 60 % pain relief..
The total relief aquired is simply 80%and more..

Something To Share..

That's what I used to say..
The success of interventional pain management is purely depend on. 
  • Correct diagnosis(×3)
  • Correct doctor
  • Correct technique and technology
  • Correct time
  • Correct patient

Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui.


Assalamuallaikum dan Salam 1Malaysia.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan rakan-rakan media sosial yang mengambil berat serta bertanyakan khabar dan mendoakan kesejahteraan dan kesihatan saya semasa saya berada di sini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini dipanjangkan kepada saudara mara, rakan taulan yang sempat menziarahi saya semasa saya berada di sini dan tidak lupa juga kepada yang telah likes status FB saya dan paling istimewa terima kasih ini dipanjangkan khas kepada isteri dan anak-anak tercinta yang sanggup menunggu selama saya berada di wad ini dan yang banyak memberi sokongan dan harapan serta dengan berdoa agar penyakit yang saya hadapi ini berjumpa dengan jalan penyelesaian. 

Untuk pengatahuan tuan-tuan semua, saya telah mengalami masalah ini hampir 7 tahun akibat kemalangan yang saya alami pada tahun 2008 sehingga mengganggu kesihatan dan kualiti kehidupan saya seharian. Doktor pakar ortopedik telah mengesahkan saya mengalami masalah tulang belakang L3, L4, L5 dan SI di mana saya sering mengalami simtom sakit tulang belakang sehingga ke tahap kronik sekarang ini di mana dari paras pinggang hingga ke pangkal peha sehinggalah ke pangkal betis belah kanan saya mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga rasa menyucuk-nyucuk apabila melakukan pergerakan. Pinggang saya juga selalu mengalami sakit yang kadang kala serius apabila melakukan kerja-kerja berat, duduk terlalu lama, berdiri terlalu lama dan bersila terlalu lama pun tak boleh. Boleh dikatakan setiap hari lebih-lebih lagi apabila setiap kali hendak bangun tidur waktu pagi hendak mengiring ke kanan dan ke kiri malahan tidur menelentang pun terasa sangat sakit seperti pinggang terasa jame.

Banyak ikhtiar yang saya lakukan sejak tahun 2008 sehinggalah kini, berbagai rawatan moden dan tradisional saya dah cuba, kalau nak dihitungkan lebih 8 kali kes saya ini telah dirujuk pada pakar ortopedik dari pelbagai hospital pakar swasta untuk mendapatkan rawatan tetapi hasilnya amat mengecewakan dan resultnya masih pada tahap yang sama, sakit hilang hanya bersifat sementara dengan memakan ubat-ubatan moden seperti pain killer dan dua tiga jenis lagi ubat yang saya lupa namanya selain melakukan gerak kerja phisioterapi yang dicadangkan oleh doktor bagi mengurangkan kesakitan yang saya alami tetapi semuanya hanya bersifat sementara juga. Sehingga saya membuat pembedahan laser PDCT di Putra Specialist Hospital Melaka pada tahun 2009 tetapi masih diresult yang sama juga dan terkini doktor ortopedik mencadangkan saya mengambil suntikan steroid untuk menghilangkan kesakitan radang yang saya alami ini tetapi hanya mampu bertahan sehingga 6 bulan ke 1 tahun lamanya jikalau saya mengambil suntikan tersebut, itu pun bergantung pada tahap badan seseorang. Suntikan steroid ini juga yang dimaklumkan oleh doktor boleh mendatangkan kesan dan risiko sampingan pada organ dalaman manusia seperti buah pinggang dan organ-organ lain yang akan bersangkut paut seandainya mengambil suntikan ini dengan kadar yang kerap.

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana Allah SWT telah memakbulkan doa hambanya ini sehingga dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang bernama Prof. Dr. Nizar Bin Abd Jalil, seorang doktor pakar di dalam bidang CONSULTANT CHRONIC PAIN PHYSICIAN di Hospital Pakar Perdana KPJ, Khota Bharu. Dengan rawatan yang diperkenalkan melalui teknologi dari Negara Korea yang diaplikasikan di sini dengan menggunakan kaedah RADIOFREQUANCY masalah saya dapat diatasi dan dirawat dengan segera. Masalah kesakitan pinggang selama ini setiap kali bangun tidur dan kesakitan pada pinggang, pangkal peha dan sehingga ke pangkal betis saya selepas membuat rawatan di hospital ini, akhirnya beransur pulih seperti biasa. Sebagai testimoni semalam saya berpeluang berjalan-jalan di Pasar Wakaf Che Yeh, melihat hasil jualan pasar borong di sana yang hampir 3 kilometer jauhnya jajaran pasar borong tersebut, tetapi tanpa sedar dan perasan, kesakitan yang saya alami sebelum ini tidak dapat saya rasainya semalam, dipendekan cerita masalah kesakitan yang alami telah hilang dan beransur pulih. Saya beranggapan masalah kesakitan yang saya alami sudah menemui jalan penyelesaiannya. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana telah memperkenankan ikhtiar dan doa hambanya ini. Alhamdulillah hari ini saya dah boleh dicharge dan dibenarkan pulang dan berhari raya AIDIL ADHA di kampung halaman saya Negeri Sembilan.


Amin amin amin yarobbal allamin.

Terima kasih PROF. Madya Dr. Nizar Bin Abdul Jalil, mantan PENSYARAH KANAN di HUSM Kubang Kerian kerana telah merawat saya. Wassallam.

Luahan ikhlas dari :
NORHAIRE BIN HJ. HASAN
HOSPITAL PAKAR PERDANA KPJ - KHOTA BHARU, KELANTAN.
23 OKTOBER 2015 (RABU)
05.00 PETANG.

Contoh Kes

Pesakit saya 60 yo Malay man..from Sabah..
Low back pain and min leg pain..
3D CTSCAN looks horrible and with the report..
Suggested for plate and screw by surgeon..
Ptn refused..

Came to me....huh?...the back pain is only came from facet joints..
RF injection done...ptn went home next day happily pain free.


Hanya Suntikan RF

Saya terima banyak kes "SLIPPED DISC"..tapi bila saya evaluate on arrival..hemmm..
More than 60% bukannya slipped disc!!!
Rupa2nya..mereka ni sakit..
  • DISCOGENIC PAIN
  • PIRIFORMIS SYNDROME
  • FACET JOINT PAIN
  • SAKIT SENDI PINGGUL (SACROILIAC JOINT)
  • & MACAM2 LAGI
Hanya suntikan RF..
Nasib baik belum OPERATE.

Beberapa Fakta Yang Perlu Pesakit Tahu

Sakit tulang belakang adalah antara common symptom pesakit berjumpa dengan doktor..
Sakit tulang belakang degenerative (penuaan-istilah lain spondylosis) tidak menyebabkan kematian..
Tapi ia akan mematikan kehidupan anda..CHRONIC PAIN& DISABLE
Sakit tulang belakang degenerative kini majority berlaku pada usia muda..productive age..
Biasanya melibatkn sakit dari disc and facet joints..
Hanya 15-20%pesakit tulang belakang yang memerlukan rawatan pembedahan(sepatutnya)..
Selainnya suntikan RF boleh membantu merawat kesakitan anda...biasanya pesakit di rujuk kepada physio sahaja.
Suntikan rf dan laser juga boleh dilakukan kepada penyakit yang memerlukan pembedahan ie slipped disc sebagai option..dengan kejayaan 70-80% in selected cases.


Contoh Kes

Ni adalah contoh kes yang telah buat rf..
Kes sacralization of lumbar spine +discogenic pain L4L5
Note ..that sayap tulang L5 body bercantum dengan tulang pelvic dibawah nya..
Patutnya tidak..floating
Kesan anomaly ni ialah instability of lower spine thus innitiating ageing process in the nearest disc and facet joints.


Discogenic Pain (L5S1 Level)

Ini bukan slipped disc
Disc jadi hitam (dessicated disc)...dry up
Kadang-kadang disc tu pecah..
Sakit biasanya mainly di belakang pinggang..
Berdiri diam sakit..duduk pun sakit..Serba tak kena..
Rawatan suntikn rf berkesan in 70-80%
Jangan simply operate masuk besi atau disc replacement..
Cze failure rate 50-70%
Operate hanya jalan terakhir
Kalau operation failed..sakit lebih teruk dari sebelum operation.



Slipped Disc Bahagian Pinggang (Lumbar)



Rupa slipped disc Bahagian pinggang (lumbar) yang tersembul dan menghimpit saraf yang turun ke kaki. Jadi...pesakit slipped disc. .sakitnya di sepanjang KAKI.


Sunday, October 25, 2015

Sunday, August 16, 2015

Sakit Tulang Jejas Aktiviti


SAKIT tulang ekor atau istilah perubatannya koksidinia ialah kesakitan kronik yang dirasai pada hujung tulang punggung berhampiran anus. Oleh kerana kedudukan tulang ini di hujung punggung, kesakitannya bersifat mekanikal. Maksudnya kesakitan lebih dirasai bila tekanan secara langsung dikenakan kepada tulang ekor seperti duduk atas kerusi, menunggang motosikal atau ditekan dengan jari. Ia disebabkan keradangan yang berlaku atau geseran di keliling tulang ekor itu.

Apa penyebab penyakit koksidinia? 
  •  Kecederaan seperti terjatuh dengan punggung terhentak ke lantai
  •  Kecederaan selepas kelahiran anak 
  •  Jangkitan kuman pada tulang ekor 
  •  Penyakit kanser yang membabitkan tulang berkenaan 
  •  Tidak diketahui puncanya 
Kesakitan ini sangat menyeksakan, pesakit biasanya tidak dapat duduk tegak kerana tekanan kepada tulang ekor menjadikannya lebih sakit. Jadi pesakit cenderung untuk duduk senget di atas sebelah punggung. Akibat kedudukan tidak seimbang itu lama kelamaan pesakit mengalami pula sakit pinggang dan belakang kerana otot belakang terpaksa bekerja keras untuk kekalkan kedudukan tidak seimbang itu. Sesetengah pesakit rasa sakit pada tulang ekor bila buang air besar, terutama jika sembelit. 

Apabila tidak boleh duduk lama, fungsi harian dan kerja pejabat terjejas. Pergerakan juga terjejas kerana sukar menunggang motor atau memandu kereta. Kesakitan ini tidak mampu dikawal dengan ubat penahan sakit biasa seperti postan, celebrex atau paracetamol. Malangnya tidak ramai doktor tahu merawat keadaan ini dengan berkesan. 

Jika ada doktor cuba merawat menggunakan teknik psikologi, ia sebenarnya membuang masa anda. Bila menghidap kesakitan ini anda perlu bertemu pakar sakit kronik kerana mereka ada rawatan yang terbukti berkesan. 

Bagaimana keadaan ini didiagnos?


Biasanya penyakit koksidinia dikesan berdasarkan sejarah pesakit dan beberapa pemeriksaan mudah. Pemeriksaan biasanya menunjukkan kesakitan ketara pada tulang ekor apabila dipicit dengan jari. Ada kes yang sukar dikesan tapi mampu didiagnosis hanya apabila dilakukan pemeriksaan rektum. Kebanyakan kes hanya memerlukan siasatan sinar- X sebagai sokongan. Ujian MRI hanya dilakukan jika penyakit disyaki berpunca daripada kanser. 

Bagaimana koksidinia dirawat? 


  • Elak kecederaan pada bahagian tulang ekor. 
  • Makan ubat anti keradangan (NSAIDs) seperti postan atau celebrex. Namun ubat ini hanya berguna dalam kes kesakitan ringan. 
  • Suntikan ubat bius dan steroid pada tulang ekor mengurangkan rasa sakit dan keradangan ini secara ketara. Namun kebanyakan kes rawatan ini hanya memberi kelegaan dalam jangka masa pendek. 
  • Kaedah fisioterapi juga menolong dalam memberi kelegaan tambahan pada kesakitan ini iaitu dengan kaedah senaman regangan ligamen dan otot pelvik. Selain itu rawatan haba dengan ultrasound dapat membantu. 
  • Kaedah proloterapi. Kaedah ini adalah teknik utama yang berkesan dalam merawat koksidinia. Ia membabitkan suntikan cecair sclerosant di keliling tulang ekor. Agen sclerosant ini bertindak sebagai penggalak pembentukan parut dan penyembuhan baru di keliling tulang ekor. Biasanya teknik ini memerlukan suntikan beberapa kali. Pengalaman saya setakat ini terbukti berkesan hanya dengan satu atau dua kali suntikan.
  • Kaedah radio frekuensi. Ini juga antara teknik rawatan utama yang berkesan. Teknik ini menggunakan suntikan jarum khas untuk menyalurkan arus elektrik radio frekuensi tinggi. Arus elektrik ini akan ‘melumpuhkan’ saraf sakit tulang ekor. Hasilnya tiada lagi rasa sakit. 



Monday, February 16, 2015

Teknik Suntikan Laser PDCT

Teknik suntikan laser PDCT untuk rawatan Slipped Disc tengkuk by Asso Prof Dr Nizar Abd Jalil. Success rate more than 80%. 
Cervical Slipped Disc (extrusion) c5c6