Monday, March 3, 2014

Artikel Utusan Malaysia 11 Feb 2014




Artikel Dr Nizar …Utusan Malaysia 11 Feb 2014 Penyakit Sendi Facet Tengkok.

Pernahkah anda menghidap sakit tengkuk dan pening yang agak teruk, berbulan-bulan  lamanya sehinggakan kesakitannya menjalar ke bahagian bahu, belikat seterusnya  kebas-kebas dijari tangan ? Sebenarnya ramai dalam kalangan kita menghadapi kesakitan berkenaan terutama melibatkan mereka yang bekerja di pejabat.

Penyakit seperti ini telah dikenal pasti menjadi  trend dewasa ini yang menimpa ramai orang-orang yang umur mereka masih muda iaitu sekitar 30-an ke atas terutama yang bekerja menghadap komputer seharian.

Mengikut Penyarah Kanan Jabatan Anesthesiologi dan Pain Medicine Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, Prof. Madya Dr. Nizar Abdul Jalil, sakit tengkok, bahu dan belikat merupakan gejala klasik bagi sindrom sakit sendi facet tengkok  atau cervical facet syndrome.

Penyakit ini katanya, sejenis keradangan sendi (arthritis) yang boleh belaku sepanjang tulang belakang. Bahagian paling biasa berlaku ialah di pinggang dan leher kerana kedua-dua bahagian ini pada tulang belakang yang paling banyak melakukan pergerakan(wear and tear).

Sakit pada tengkok jelasnya, akan lebih ketara waktu pagi selain dari rasa kejang. Pening atau rasa hanyut juga boleh menyusul, selain dari itu otot-otot pada bahu dan leher juga menjadi  menebal dan   dan sangat sakit bila dipicit. Pesakit juga akan merasa lemah pada otot bahu sehinggakan tidak dapat bertahan lama jika mengangkat tangan  seperti membaca akbar atau menyidai baju diampaian. Rasa seperti kebas pada tangan atau jari –jari juga menyusul dan akan merisaukan hingga terlepas ketika memegang pen atau cawan.

Dr. Nizar memaklumkan, penyakit ini sepatutnya  dialami oleh mereka yang berumur terutama 60 ke 70 tahun dan ke atas kerana penyakit ini berkaitan dengan proses penuaan melibatkan sakit sendi arthritis seperti juga sakit lutut.

“Namun trend sekarang ini memperlihatkan ramai orang muda mengalaminya dan yang paling banyak menghidap penyakit ini adalah golongan wanita dengan nisbah 10  orang yang mengalami kesakitan ini 7  daripadanya adalah perempuan.

“Ini agak merisaukan kerana trend penyakit orang tua kini dialami oleh orang-orang muda yang sedang produktif menyebabkan mereka tidak boleh melakukan kerja mereka dengan sempurna. Ini kerana ada yang tiba-tiba pening  ,hanyut(dizzy) dan pitam apabila sedang bekerja dan ada yang sampai ketahap kritikal tidak boleh berjalan atau memandu. Selain dari itu ramai juga yang memberi symptom  mudah lupa,  hilang konsentrasi dan mengantuk”. katanya.

Penyebab sakit sendi facet tengkuk
Jelasnya, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan sakit sendi facet tengkuk pada usia muda. Antaranya mungkin disebabkan oleh si penghidapnya pernah terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tengkok lalu mencetuskan proses penuaan pada sendi facet tersebut. kesakitan itu sendi facet ini akan timbul setelah beberapa tahun  kemudian. Penyebab lain yang banyak dikenal pasti ialah  kesilapan posture kepala, tangan dan tengkok semasa bekerja dipejabat . Perlu diingatkan bahawa posisi leher menegak yg static ketika bekerja depan computer  merupakan satu  bentuk kerja keras  yang melampau yang oleh mencetuskan penuaan berlaku pada sendi facet tengkok ini.  Terlau aktif bersukan semasa umur muda peringkat sekolah juga telah dikenalpasti  salah satu sebab yang dikenal pasti.

Ujar Dr. Nizar, jikalau si penghidapnya berhadapan dengan kemalangan sebelum ini, penyakit ini adalah ada lah susulan  akibat hayunan kuat pada tulang tengkok meyebabkan kerosakan pada sendi facet. Kemalangan secara umunya trajedi yang tidak boleh dielakkan.

“Bagi kerjaya pula kemungkinan individu ini berhadapan dengan komputer untuk seharian waktu, cara dia duduk, postur badan, egonomik, mungkin kedudukannya  ketika di hadapan komputer tidak seimbang dengan kerusi dan sebagainya memungkinkan individu berkenaan menghidap sakit ini.Oleh itu pekerja perjabat perlu prihatin tentang penyakit ini dan mengambil tindakan untuk mengelakkan dari sakit ini berlaku.

“Jadi salahlah apabila orang berkata bekerja duduk sahaja di pejabat adalah kerja yang ringan kerana tengkuk golongan ini terpaksa bekerja keras menampung kepala sehingga menimbulkan kesakitan,” jelasnya.

Simptom klasik sakit sendi facet tengkuk

Dalam pada itu Dr. Nizar  memberitahu antara simptom klasik sakit sendi facet tengkuk ini adalah sakit dan kejang di bahagian tengkuk, sakit otot bahu dan belikat, pening kepala sehingga ‘menangkap’ ke mata.Penglihatan akan menjadi rabun.

Dalam keadaan lain menurut beliau, ramai  penghidap penyakit ini akan terasa seolah-olah pening hanyut seperti mabuk laut, terasa terumbang-ambing, mata jadi kelabu, mudah pitam, telinga berdesing, perut akan banyak angin menjadi gastrik, jari kebas, tangan jadi lenguh untuk di angkat ke atas dan tidak kuat sehinggakan sukar untuk menyidai kain.

Selain dari penyakit boleh mimic penyakit ENT dan Mata , penyakit ini juga boleh mimic seperti sakit jantung dan asma menyebabkan pesakit rasa sesak nafas dan sakit dada . Ini disebabkan otot pada  dada menjadi kejang dan mencengkam menyebabkan susah untuk bernafas. Biasanya pesakit akan panic dan cepat-cepat pergi jumpa doktor pakar jantung untuk pemeriksaan. Secara klasiknya ECG, stress test yang yang dilakukan semua nya hasil negative. Banyak juga pesakit telah menjalani angiogram tetapi  keputusanya nya normal.

Penyakit ini juga pandai meniru sakit gastric..pesakit akan beri keluhan perut banyak angin selalu sedawa, terutama nya jika dipicit ottot bahu dan leher. Banyak pesakit kan tersasar jumpa doktor gastro dan gastroendoscopy dilakukan dan seperti dijangka..hasilnya negative atau”ada laaa gastrik sikit”.

Ujarnya lagi, kesakitan ini tidak akan berkurangan malah akan berterusan seumur hidup seiring dengan usia selagi faktor-faktor egonomik dan cara hidup tidak berubah.

Rawatan sakit sendi facet tengkok.

Rawatan perubatan alternatif jelasnya, banyak yang tidak terbukti keberkesananya. Ubat tahan sakit seperti panadol, celebrex dan postan biasanya tidak berkesan jika diperingkat kritikal. Physiotherapy hanya member kelegaan semetara. Rawatan yang mujarab ialah suntikan radiofrekuensi pada saraf sendi facet tersebut. Suntikan ini akan “membius” sendi  facet yang  sakit dan hasil amat ketara selepas 12 jam suntikan. Biasanya saya kan cakap pada pesakit saya “tomorrow will be a new day….”” .Kejayaan rawatan mencapai 80%.

“Bila sendi sudah ‘kebas’, tiada lagi rasa sakit pada bahu,tengkok  atau pening. Bila  kita sudah tidak rasa sakit, leher boleh bergerak bebas dan lebih produktif. Kita tidak perlu risau proses arthritis (proses penuaan) tersebut jika ianya tidak beri rasa sakit. Ramai juga orang sudah tua tapi sihat tidak  mengalami arthritis.

Pengambilan supplemen antioxidant seperti  vitamin C, E, A dan vitamin sendi seperti chondrotin-glucosamine amat digalakkan untuk proses penyembuhan sendi dan untuk memperlahankan proses penuaan,” katanya.

Rawatan radiaofrequency sudah lama bertapak di hospital HUSM.  Tetapi rawatan ini juga boleh didapati hospital swasta tertentu.

“Perlu diingatkan hasil yang cemerlang dari rawatan suntikan ini, bukan disebabkan oleh semata-mata oleh teknologi atau suntikan dibuat, tetapi ianya banyak bergantung pada kepakaran doktor melakukan suntikan (yang terlatih), diagnosis yang tepat dan masa yang betul (tidak terlalu serius),” katanya.

Dr. Nizar juga boleh dihubungi di talian 013-9803389 yang mempelawa orang ramai memberi pelbagai persoalan mengenai sakit sindrom facet tengkuk atau yang berkaitan dengannya dan akan cuba dijawab oleh beliau dalam masa yang singkat. Pesakit juga boleh melayari facebook beliau dialamat; 
https://www.facebook.com/nizar.abdjalil.9