Wednesday, December 10, 2014

Testimoni (Aaron Edier)

Salam Dr Nizar,
Alhamdulillah saya ucapkan kepada Allah SWT dan berterima kasih tidak terhingga kepada Dr Nizar Abd JalilPencarian saya terjawab atas kesakitan saya selama 8 tahun menderita. Kesakitan ini menjejaskan kualiti hidup saya umpama tiada tujuan hidup. Pelbagai kaedah saya cari dari kaedah ENT hingga ke pskitrik. Sampai tahap saya merasakan saya ini menghadapi penyakit mental kerana anxiety disorder, saya hilang pencarian hidup disebabkan penyakit ini.
Alhamdulillah doa saya di Mekah pada bulan 3 tahun ini dimakbulkan apabila berjumpa dengan Dr Nizar. saya sudah selesai suntikan RF keatas saya dan saya bersyukur atas hasil suntikan.
1.Sakit kepala semakin kurang dan kurang rasa hanyut.
2.Telinga tidak lagi berdesing.
3.Imbangan badan stabil.
4.Nafas kembali panjang.
5.Sakit pada tengkuk berkurangan.
6.Sakit pada belikat berkurangan.
7.Sakit pada tulang belakang berkurangan.
8.Mata ada cerah.


Saya ingin menasihati kepada sesiapa yang ada slip disk atau penyakit berkaitan elaklah daripada membuat operation yang belum tentu kesudahannya. Suntikan RF adalah yang paling effisyen untuk penyakit kronik.
Harapan saya setelah saya pulih sepenuhnya, saya berazam menjadi:
1.Muslim yang taat kepada Allah SWT dan rasulnya.
2.Muslim yang sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain
3.Muslim yang berbakti pada orang tua.
4.Berkerja dengan penuh komited dalam memcapai matlamat hidup.

Saya mendoakan Dr Nizar sentiasa dalam kerahmatan dan kerahiman Allah SWT dan diberi kesihatan yang baik untuk terus memberi khidmat kepada pesakit kronik. Dr Nizar seorang yang sangat humblle dan mesra kepada pesakit beliau.

Teringat pesan Dr diakhir perbualan.
"Hang dah sihat nanti cepat kawin"
Kalau boleh Dr adjustlah misi untuk saya hahahaha

Jazakallahkhair Dr Nizar, hanya Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa Dr.

Monday, June 9, 2014

PerCutaneous Disc Coagulation Therapy (PDCT)


Salam..kepada semua pesakit saya dan pengidap sakit slipped disc..

Annaucing new teknik and technology from korea called PerCutaneous Disc Coagulation Therapy (PDCT). Giving rise to 90% success rate in the treatment of slipped disc. Pengecutan disc is tramandous ...setakat ini saya dah buat untuk kes-kes yang "impossible" due to huge slipped disc..resultnya amat memberangsangkan...selamat tinggal kepada pembedahan...


Monday, March 3, 2014

Artikel Utusan Malaysia 11 Feb 2014




Artikel Dr Nizar …Utusan Malaysia 11 Feb 2014 Penyakit Sendi Facet Tengkok.

Pernahkah anda menghidap sakit tengkuk dan pening yang agak teruk, berbulan-bulan  lamanya sehinggakan kesakitannya menjalar ke bahagian bahu, belikat seterusnya  kebas-kebas dijari tangan ? Sebenarnya ramai dalam kalangan kita menghadapi kesakitan berkenaan terutama melibatkan mereka yang bekerja di pejabat.

Penyakit seperti ini telah dikenal pasti menjadi  trend dewasa ini yang menimpa ramai orang-orang yang umur mereka masih muda iaitu sekitar 30-an ke atas terutama yang bekerja menghadap komputer seharian.

Mengikut Penyarah Kanan Jabatan Anesthesiologi dan Pain Medicine Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, Prof. Madya Dr. Nizar Abdul Jalil, sakit tengkok, bahu dan belikat merupakan gejala klasik bagi sindrom sakit sendi facet tengkok  atau cervical facet syndrome.

Penyakit ini katanya, sejenis keradangan sendi (arthritis) yang boleh belaku sepanjang tulang belakang. Bahagian paling biasa berlaku ialah di pinggang dan leher kerana kedua-dua bahagian ini pada tulang belakang yang paling banyak melakukan pergerakan(wear and tear).

Sakit pada tengkok jelasnya, akan lebih ketara waktu pagi selain dari rasa kejang. Pening atau rasa hanyut juga boleh menyusul, selain dari itu otot-otot pada bahu dan leher juga menjadi  menebal dan   dan sangat sakit bila dipicit. Pesakit juga akan merasa lemah pada otot bahu sehinggakan tidak dapat bertahan lama jika mengangkat tangan  seperti membaca akbar atau menyidai baju diampaian. Rasa seperti kebas pada tangan atau jari –jari juga menyusul dan akan merisaukan hingga terlepas ketika memegang pen atau cawan.

Dr. Nizar memaklumkan, penyakit ini sepatutnya  dialami oleh mereka yang berumur terutama 60 ke 70 tahun dan ke atas kerana penyakit ini berkaitan dengan proses penuaan melibatkan sakit sendi arthritis seperti juga sakit lutut.

“Namun trend sekarang ini memperlihatkan ramai orang muda mengalaminya dan yang paling banyak menghidap penyakit ini adalah golongan wanita dengan nisbah 10  orang yang mengalami kesakitan ini 7  daripadanya adalah perempuan.

“Ini agak merisaukan kerana trend penyakit orang tua kini dialami oleh orang-orang muda yang sedang produktif menyebabkan mereka tidak boleh melakukan kerja mereka dengan sempurna. Ini kerana ada yang tiba-tiba pening  ,hanyut(dizzy) dan pitam apabila sedang bekerja dan ada yang sampai ketahap kritikal tidak boleh berjalan atau memandu. Selain dari itu ramai juga yang memberi symptom  mudah lupa,  hilang konsentrasi dan mengantuk”. katanya.

Penyebab sakit sendi facet tengkuk
Jelasnya, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan sakit sendi facet tengkuk pada usia muda. Antaranya mungkin disebabkan oleh si penghidapnya pernah terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tengkok lalu mencetuskan proses penuaan pada sendi facet tersebut. kesakitan itu sendi facet ini akan timbul setelah beberapa tahun  kemudian. Penyebab lain yang banyak dikenal pasti ialah  kesilapan posture kepala, tangan dan tengkok semasa bekerja dipejabat . Perlu diingatkan bahawa posisi leher menegak yg static ketika bekerja depan computer  merupakan satu  bentuk kerja keras  yang melampau yang oleh mencetuskan penuaan berlaku pada sendi facet tengkok ini.  Terlau aktif bersukan semasa umur muda peringkat sekolah juga telah dikenalpasti  salah satu sebab yang dikenal pasti.

Ujar Dr. Nizar, jikalau si penghidapnya berhadapan dengan kemalangan sebelum ini, penyakit ini adalah ada lah susulan  akibat hayunan kuat pada tulang tengkok meyebabkan kerosakan pada sendi facet. Kemalangan secara umunya trajedi yang tidak boleh dielakkan.

“Bagi kerjaya pula kemungkinan individu ini berhadapan dengan komputer untuk seharian waktu, cara dia duduk, postur badan, egonomik, mungkin kedudukannya  ketika di hadapan komputer tidak seimbang dengan kerusi dan sebagainya memungkinkan individu berkenaan menghidap sakit ini.Oleh itu pekerja perjabat perlu prihatin tentang penyakit ini dan mengambil tindakan untuk mengelakkan dari sakit ini berlaku.

“Jadi salahlah apabila orang berkata bekerja duduk sahaja di pejabat adalah kerja yang ringan kerana tengkuk golongan ini terpaksa bekerja keras menampung kepala sehingga menimbulkan kesakitan,” jelasnya.

Simptom klasik sakit sendi facet tengkuk

Dalam pada itu Dr. Nizar  memberitahu antara simptom klasik sakit sendi facet tengkuk ini adalah sakit dan kejang di bahagian tengkuk, sakit otot bahu dan belikat, pening kepala sehingga ‘menangkap’ ke mata.Penglihatan akan menjadi rabun.

Dalam keadaan lain menurut beliau, ramai  penghidap penyakit ini akan terasa seolah-olah pening hanyut seperti mabuk laut, terasa terumbang-ambing, mata jadi kelabu, mudah pitam, telinga berdesing, perut akan banyak angin menjadi gastrik, jari kebas, tangan jadi lenguh untuk di angkat ke atas dan tidak kuat sehinggakan sukar untuk menyidai kain.

Selain dari penyakit boleh mimic penyakit ENT dan Mata , penyakit ini juga boleh mimic seperti sakit jantung dan asma menyebabkan pesakit rasa sesak nafas dan sakit dada . Ini disebabkan otot pada  dada menjadi kejang dan mencengkam menyebabkan susah untuk bernafas. Biasanya pesakit akan panic dan cepat-cepat pergi jumpa doktor pakar jantung untuk pemeriksaan. Secara klasiknya ECG, stress test yang yang dilakukan semua nya hasil negative. Banyak juga pesakit telah menjalani angiogram tetapi  keputusanya nya normal.

Penyakit ini juga pandai meniru sakit gastric..pesakit akan beri keluhan perut banyak angin selalu sedawa, terutama nya jika dipicit ottot bahu dan leher. Banyak pesakit kan tersasar jumpa doktor gastro dan gastroendoscopy dilakukan dan seperti dijangka..hasilnya negative atau”ada laaa gastrik sikit”.

Ujarnya lagi, kesakitan ini tidak akan berkurangan malah akan berterusan seumur hidup seiring dengan usia selagi faktor-faktor egonomik dan cara hidup tidak berubah.

Rawatan sakit sendi facet tengkok.

Rawatan perubatan alternatif jelasnya, banyak yang tidak terbukti keberkesananya. Ubat tahan sakit seperti panadol, celebrex dan postan biasanya tidak berkesan jika diperingkat kritikal. Physiotherapy hanya member kelegaan semetara. Rawatan yang mujarab ialah suntikan radiofrekuensi pada saraf sendi facet tersebut. Suntikan ini akan “membius” sendi  facet yang  sakit dan hasil amat ketara selepas 12 jam suntikan. Biasanya saya kan cakap pada pesakit saya “tomorrow will be a new day….”” .Kejayaan rawatan mencapai 80%.

“Bila sendi sudah ‘kebas’, tiada lagi rasa sakit pada bahu,tengkok  atau pening. Bila  kita sudah tidak rasa sakit, leher boleh bergerak bebas dan lebih produktif. Kita tidak perlu risau proses arthritis (proses penuaan) tersebut jika ianya tidak beri rasa sakit. Ramai juga orang sudah tua tapi sihat tidak  mengalami arthritis.

Pengambilan supplemen antioxidant seperti  vitamin C, E, A dan vitamin sendi seperti chondrotin-glucosamine amat digalakkan untuk proses penyembuhan sendi dan untuk memperlahankan proses penuaan,” katanya.

Rawatan radiaofrequency sudah lama bertapak di hospital HUSM.  Tetapi rawatan ini juga boleh didapati hospital swasta tertentu.

“Perlu diingatkan hasil yang cemerlang dari rawatan suntikan ini, bukan disebabkan oleh semata-mata oleh teknologi atau suntikan dibuat, tetapi ianya banyak bergantung pada kepakaran doktor melakukan suntikan (yang terlatih), diagnosis yang tepat dan masa yang betul (tidak terlalu serius),” katanya.

Dr. Nizar juga boleh dihubungi di talian 013-9803389 yang mempelawa orang ramai memberi pelbagai persoalan mengenai sakit sindrom facet tengkuk atau yang berkaitan dengannya dan akan cuba dijawab oleh beliau dalam masa yang singkat. Pesakit juga boleh melayari facebook beliau dialamat; 
https://www.facebook.com/nizar.abdjalil.9



Wednesday, January 22, 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta; Satu Sketsa.

(Artike ini merupakan sebahagian daripada buku Santunan Jiwa II karangan Prof. Madya Dr Nizar Abd. Jalil)

“You must be able to astonish people with you work,  if you want to be a good pain specialist.” Itulah kata hikmah dari guru pertama ku dalam karier perawatan kesakitan kronik (chronic pain management); Dr Raj Sundaraj dari Sydney, Australia.

“You must pay respect and treat all your patients exclusively because your patients are your teacher. Without seeing them, you will never became a good one.” tambahnya lagi. Kata-katanya masih terngiang di telingaku sehingga ke hari ini.

Sepuluh  tahun dulu dalam tahun 2003, aku tidak berapa faham tentang kenyataan tersebut. Tapi sekarang kata-kata tersebut menjadi kata-kata hikmatku pula bila aku mengajar trainee ku mengenai rawatan sakit kronik. Trainee ku merupakan doktor-doktor bius (anaesthetist) yang mengambil sub kepakaran dalam bidang pain management di HUSM.

Mengimbau balik sejarah penglibatanku dalam profesion pain management ini, aku tidak mungkin akan jadi sebaik ini jika tidak berjumpa dengan Dr Raj. Itulah apa yang orang kata rezeki. Jauh berjalan luas pandangan. Aku pada mulanya benci akan aspek rawatan kesakitan kronik (macam doktor lain juga) ini kerana ianya bagiku amat membosankan. Pesakitnya banyak yang  tidak sembuh dan rentan pada rawatan. Sakit yang kronik ini menyebabkan pesakit banyak bergelumang dengan masalah psikososial yang kompleks. Kebayakan doktor kecewa dan tidak suka merawat kes kesakitan kronik ini kerana sebab yang sama. Mereka tidak tahu apa strategi rawatan yang tepat.

Tapi lawatanku ke Nepean Hospital, Penrith, Australia telah membuka mata dan hatiku seluas-luasnya. Nepean Hospital merupakan pusat rujukan yang terkenal untuk kes-kes kesakitan kronik bagi daerah barat Sydney. Rasanya macam Allah (S.W.T) telah beri hidayat yang terjun dari langit dengan tiba-tiba. Segala persepsiku dan kebencianku pada topik kesakitan kronik berubah secara tiba-tiba.

Salah satu insiden yang membuka mataku untuk meminati sub kepakaran chronic pain ini ialah apabila aku melihat ramai pesakit di sini telah sembuh dan mampu kembali kepada aktiviti mereka sebelum ini. Mereka mengalami berbagai jenis kesakitan kronik yang berpunca dari penyakit kanser dan bukan kanser. Dr Raj menegaskan bahawa matlamat utama rawatan kesakitan kronik ini bukan saja untuk mengurangkan rasa sakit tapi juga untuk mereka kembali bekerja dan berdikari. Ini kerana kesan yang ketara penghidap kesakitan kronik ialah mereka tidak mampu bergerak, apatah lagi bekerja untuk sara hidup. Hidup mereka bergantung pada orang lain jika kesakitan mereka tidak terkawal.

Salah seorang pesakit telah menulis satu surat penghargaan yang panjang lebar kepada Dr Raj. Sebelum itu beliau mengalami sakit saraf (neuropatic pain) yang teruk pada parut pembedahan appendiknya. Beliau hampir membunuh dirinya kerana tidak sanggup menanggung kesakitan dan menghadapi kekecewaan dalam hidup. Tapi setelah rawatan Spinal Cord Stimulator yang diletakkan dalam saraf tunjangnya, kesakitannya telah dapat dikawal dengan berkesan. Semua pesakit yang datang ke klinik sakit kronik itu amat menghormatinya dan memuji kepandaian beliau.

Minatku dalam sub kepakaran ini tiba-tiba saja timbul meluap-luap. Aku mahu jadi macam Dr Raj!!! Aku mahu merawat ramai pesakit kronik seperti ini di negeriku. Ramai yang menderita dan tiada doktor yang tahu merawat dengan betul. Kebanyakan mereka dimasukkan ke pusat pemulihan fisioterapi, di rujuk kepada doktor psikiatri ataupun tidak diendahkan langsung. Ianya rupanya satu kepakaran baru yang belum wujud di Malaysia. Aku akan menjadi terkenal.

“No worry. You may learn around and be a good pain specialist like him and later come back and work in Australia.” Itulah kata-kata seorang nenek Australia yang kebetulan hadir di pain clinic pada hari itu. Beliau amat mesra dan ramah apabila diperkenalkan kepadaku oleh Dr Raj.

Suatu hari Dr Raj menjemput aku menginap di rumahnya. Sepanjang perjalanan menerusi high way, beliau menggunakan GPS keretanya yang boleh berkata-kata. Aku terpegun sebentar. Pada tahun 2002 mana ada kereta di Malaysia menggunakan sistem GPS. Aku kagum dengan pencapaiannya. Rumahnya tersergam indah tiga tingkat di tebing Sungai Paramatta. Aku lihat sebuah kapal layar(yart) berlabuh padanya. Hiasan dalaman bahan binaannya umpama hotel lima bintang. Aku dilayan dengan baik sekali. Isterinya seorang Myanmar dan amat ramah melayaniku. Beliau masak kari ikan pada hari itu. Perbualan kami banyak menyentuh politik terkini di Malaysia. Air terjun buatannya yang menghadap ruang makan amat menyenangkan menyebabkan aku ingat sampai sekarang.

Kini, kisah itu sudah sepuluh tahun berlalu. Aku kini telah pun bergelar pain specialist/consultant  dan memikul tanggung jawab yang berat merawat pesakit yang mengidap kesakitan kronik dari seluruh Malaysia. Kepakaranku kini setaraf Dr Raj yang ku hormati dulu setelah aku melanjutkan pengajianku dalam bidang pain management di beberapa buah negara lain termasuk Singapura, Bangkok Thailand dan Netherland.

Tidak sangka bidang yang ku benci suatu masa dahulu kini menjadi kecintaanku. Aku bekerja dengan penuh minat. Hati ku ku bulatkan ikhlas untuk menolong pesakit.Jadual harianku amat sibuk. Setiap hari aku menerima rujukan kes baru sama ada dari Kelantan ataupun dari seluruh Malaysia. Ini menjadi bertambah ketara sejak aku menjadi  penulis tetap di halaman sihat surat khabar Harian Metro dan Sinar Harian. Orang kata bila kita ada ilmu kita akan menjadi mulia dan akan membezakan kita dengan orang lain. Dengan ilmu orang boleh buat duit. Pesakit yang mempunyai insurans atau panel syarikat aku rawat mereka di Hospital Swasta. Pendapatan bulananku bertambah berlipat kali ganda.

Aku terus membelok keretaku, BMW 6 series M Sport Coupe  masuk melalui gerbang Hospital Universiti Sains Malaysia. GPS pada dashboard keretaku ini sering mengimbau kembali kenanganku bersama Dr Raj semasa di Australia dulu. Hari ini hari penting bagiku kerana ada lima pesakit dari luar negeri Kelantan telah buat appointment di Pain Clinic. Petang nanti aku kena bergegas ke Hospital Pakar Perdana , Kota Bharu.Biasanya aku akan merawat 15-20 kes sehari pada sesi pain clinic ku. Alhamdulillah dan syukur pada Allah (S.W.T) kerana memberi hidayat dan rezeki padaku dalam bidang yang tidak disukai orang ini.
                               
Pengajaran kisah

1.Sentiasa berfikir dan bertindak “outside the box”. Ianya menjadikan kita berjaya lebih dari orang lain.
2. Ikhlaskan hati dalam menolong orang lain, nanti tuhan akan memberikan panduan /kekuatan dan rezeki  yang tanpa diduga.