Thursday, December 12, 2013

FAQ On Sakit Sendi Facet

Assalamualaikum Dr Nizar, saya Nurulhana dari Kedah, berumur 29 tahun. Saya telah mengalami sakit kepala bertahun lamanya, rasa sakit pada bahu malah tangan saya sering terketar-ketar dan sakit menyucuk-nyucuk seperti ada jarum serta berasa lemah dan kebas dikedua tangan dan kaki sejak 2004. Kadang-kala apabila memegang barang, terlepas. Setelah berapa lama saya mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang, mereka masih tidak mengetahui punca penyakit saya. Akhirnya, dalam bulan 9 lepas, kerana tidak dapat menahan sakit lagi saya pergi ke kecemasan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan kebetulan pada masa tu seorang doktor dari bahagian orthopedik meminta saya membuat X-ray tengkuk. Keputusan X-ray menunjukkan tulang tengkuk saya lurus dan seterusnya saya diusulkan untuk membuat MRI Cervical Spine. Saya mengambil keputusan membuat MRI tersebut dihospital swasta kerana untuk temujanji di Hospital Sultan Abdul Halim mengambil masa. Keputusan MRI tersebut saya bawa ke Hospital Sultan Abdul Halim dan akhirnya saya dirujuk ke Pakar Orthopedic. Keputusan dari MRI menunjukkan ada Disc Herniation (Sliped Disc) ke arah belakang dan bersentuh dengan selaput saraf tunjang tetapi belum menekan saraf tunjang. Level yang terlibat dari C3 hingga C7. Saya diberi ubat Neurotin (Gabapentin) kapsul dan vitamin B.
Saya juga membuat fisioterapi (Cervical Traction) tetapi setiap kali selepas rawatan saya akan berasa pening dan sakit pada bahagian belakang (bawah) kepala. Mereka tidak lagi membuat traction tapi menggantikannya dengan ultrasound tetapi saya tetap berasa sakit dan kebas ditangan dan kaki serta sakit dibahagian bahu dan kepala yang amat sangat dan selalu rasa loya. Segala aktiviti seharian saya terganggu oleh kesakitan tersebut. Doktor cakap keputusan MRI tersebut adalah 'mild' tetapi saya terasa kesakitan yang amat sangat. Persoalannya, adakah saya terpaksa menanggung kesakitan ini seumur hidup? Adakah penyakit saya boleh dirawat dan bagaimanakah cara rawatannya? Di sini juga saya sertakan keputusan ujian MRI. Saya harap doktor dapat membantu dan memberitahu serba sedikit kaedah rawatan yang bersesuaian. Sekian, terima kasih.

Jawapan Dr Nizar

Salam. Apa khabar Nurulhana? Harap dapat bersabar dan ceria-ceria selalu  kerana masih ada harapan baru untuk sembuh. Apa yang anda hadapi sekarang ialah sakit sendi facet tengkok (Cervical Facet Syndrome) sejenis arthritis sendi pada leher. Ia memberi semua simptom yang anda bagitahu termasuklah “accessory” lain seperti gejala ENT telinga berdengung dan rasa hanyut seperti hendak pitam (dizziness), perut banyak angin/simptom gastritis dan kerabunan mata. Ini bukan sakit Slipped Disc tengkok. Jadi saya tidak hairan dengan keputusan MRI tengkok anda normal atau Slipped Disc yang “sedikit”. Sakit sendi facet tidak dapat dikesan melalui ujian MRI kecuali jika sampai ketahap yang “advance”.
Ramai pesakit datang menerima rawatan dari saya dan cerita mereka semua sama saja seperti cerita anda. Kebanyakan doktor pakar pun tidak dapat mengenalpasti penyakit ini termasuklah Spine Surgeon. Kebanyakan pesakit sudah banyak ikhtiar dan hampir kecewa. Ada juga yang mengalami kemurungan apabila simptom-simptom ini menyukarkan kehidupan seharian mereka. Keadaan ini akan lebih teruk lagi apabila doktor mengatakan tidak ada penyakit yang dikenalpasti.
Semua rawatan yang sudah anda buat termasuk traction sebenarnya tidak perlu. Ubat tahan sakit pun biasanya tidak berkesan apabila keadaan anda sudah teruk. Rawatan yang terbaik ialah suntikan RF pada sendi tengkok tersebut. Kejayaan rawatan suntikan RF ini dalam 80%. Kelegaan besar akan dirasa lepas 12 jam selepas suntikan (esok pagi). Semua simptom yang anda berikan itu dapat dirawat tetapi yang paling degil ialah rasa hanyut dan berdengung telinga, mungkin perlu suntikan kali kedua untuk plan B jika simptom hanyut masih ada. Jangan hidup menderita dalam kesakitan sedangkan ada rawatan yang efektif. Penyakit ini tidak akan menyebabkan mati seperti sakit jantung atau kanser. Tetapi penyakit ini memberi rasa sakit dan merana seolah-olah mematikan kehidupan. Jika dibiarkan, sakit kronik ini akan menyebabkan anda menjadi hilang upaya contohnya tidak boleh bangun, berjalan, memandu kereta malah bekerja dipejabat disebabkan oleh rasa hanyut dan berpusing-pusing.



13 comments:

  1. Salam dr....selain sakit belakang...saya juga sakit pada pangkal bahu kawasan tulang kipas juga sakit,telinga berdenggung,selalu pening dan rasa nok pitam,perut selalu berangin selalu dpt gastrik....apakah penyakit yang saya hidapi ini...siti hafsah
    kemaman...trg

    ReplyDelete
  2. sakit sendi facet tengkok memberi 3 basic symptom; sakit bahu....sakit/kejang tengkok....rasa pening/hanyut

    ReplyDelete
  3. Assalam Dr. Saya mengalami sakit telinga kiri bahagian dalam. Dan baru2 ni sakit leher pula datang. Leher di bahagian kiri berasa seperti kejang @ kebas dan sangat tak selesa. Telinga pun kadang2 berdesing. Adakah ini juga sakit sendi facet tengkuk?

    ReplyDelete
  4. Salam Dr. saya ada hantar email berserta MRI result. Saya perlukan 2nd opinion samaada masalah saya bole dirawat melalui kaedah suntikan RF. Saya ada cuba hubungi dr tp x dpt, slps itu disusuli dgn sms. minta bantuan doktor segera. terima kasih -nadia[nadia_vallo@yahoo.com]

    ReplyDelete
  5. SALAM dr.sy mohd toriq.sy alami penyakit ni dah setahun lebih..perut sentiasa berngin.belakang sakit.dn paling rsa diuji allah bila sentiasa rasa pening n mabuk.pertanyaan untuk dr.adakah simptom yg sy alami adalah sakit sendi facet tengkok?adakah suntikan rf ni boleh dapt di klinik swasta.atau hospital kerajaan.?terima kasih dr

    ReplyDelete
  6. salam..call me for details..rf blh dibuat di HUSM Kubang Kerian dan Hospital Perdana Kota Bharu..

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum sapa2 yg dh buat suntikan rf blh bg komen x mcm mana rasa slps suntikan

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum sapa2 yg dh buat suntikan rf blh bg komen x mcm mana rasa slps suntikan

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum sapa2 yg dh buat suntikan rf blh bg komen x mcm mana rasa slps suntikan

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Dr Nizar... Saya mengalami tegang pada otot bahu,leher,belikat kira2 2 tahun yg lalu.. Dr yg merawat saya kata tak ada apa2 yg berlaku setelah bermacam2 ujian saya lakukan termasuklah ECG untuk mengesan penyakit jantung dan keputusannya negatif.. Saya agak kecewa kerana tak tahu apa penyakit yang saya alami... Sekarang ni keadaan saya makin parah kerana saya rasa kebas seluruh badan dari kepala sampai ke kaki.. Terasa seperti oksigen x sampai ke otak.. Mungkin itu adalah simptom hanyut.. Saya x tahu definasi hanyut yg Dr maksudkan cuma apa yg saya rasa seolah2 saya kekurangan oksigen ke otak..pergerakan saya rasakan mcm perlahan.. Tangan menjadi lenguh dan kaki susah utk di angkat.. Semuanya kebas.. Telinga berdengung seolah2 ada di tempat tinggi... Saya pernah buat x ray dan hasilnya menunjukkan tulang leher saya lurus...

    Adakah saya mengalami penyakit sendi faset.. Harap Dr boleh bantu saya..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Dr Nizar... Saya mengalami tegang pada otot bahu,leher,belikat kira2 2 tahun yg lalu.. Dr yg merawat saya kata tak ada apa2 yg berlaku setelah bermacam2 ujian saya lakukan termasuklah ECG untuk mengesan penyakit jantung dan keputusannya negatif.. Saya agak kecewa kerana tak tahu apa penyakit yang saya alami... Sekarang ni keadaan saya makin parah kerana saya rasa kebas seluruh badan dari kepala sampai ke kaki.. Terasa seperti oksigen x sampai ke otak.. Mungkin itu adalah simptom hanyut.. Saya x tahu definasi hanyut yg Dr maksudkan cuma apa yg saya rasa seolah2 saya kekurangan oksigen ke otak..pergerakan saya rasakan mcm perlahan.. Tangan menjadi lenguh dan kaki susah utk di angkat.. Semuanya kebas.. Telinga berdengung seolah2 ada di tempat tinggi... Saya pernah buat x ray dan hasilnya menunjukkan tulang leher saya lurus...

    Adakah saya mengalami penyakit sendi faset.. Harap Dr boleh bantu saya..

    ReplyDelete
  12. Saya mengalami sakit tengkuk yg teruk dgn sakit kepala yg kronik... xray menunjukkan spinal cord c7... apa rawatan yg sesuai doktor.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. Sya mngalami skit tengkuk yg sering berasa lenguh. Kata tukang urut, tulang blkang sya lari &tdak mngikut laluan yg spatutnya. Apa yg patut sya lakukan? Sya msih belajar & tdak selesa ktika belajar apabla berasa lenguh2.

    ReplyDelete