Assalamualaikum Dr Nizar, saya
Nurulhana dari Kedah, berumur 29 tahun. Saya telah mengalami sakit kepala bertahun
lamanya, rasa sakit pada bahu malah tangan saya sering terketar-ketar dan sakit
menyucuk-nyucuk seperti ada jarum serta berasa lemah dan kebas dikedua tangan
dan kaki sejak 2004. Kadang-kala apabila memegang barang, terlepas. Setelah
berapa lama saya mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
dan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang, mereka masih tidak mengetahui punca
penyakit saya. Akhirnya, dalam bulan 9 lepas, kerana tidak dapat menahan sakit
lagi saya pergi ke kecemasan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan
kebetulan pada masa tu seorang doktor dari bahagian orthopedik meminta saya membuat
X-ray tengkuk. Keputusan X-ray menunjukkan tulang tengkuk saya lurus dan
seterusnya saya diusulkan untuk membuat MRI Cervical
Spine. Saya mengambil keputusan membuat MRI tersebut dihospital swasta
kerana untuk temujanji di Hospital Sultan Abdul Halim mengambil masa. Keputusan
MRI tersebut saya bawa ke Hospital Sultan Abdul Halim dan akhirnya saya dirujuk
ke Pakar Orthopedic. Keputusan dari MRI menunjukkan ada Disc Herniation (Sliped Disc) ke arah belakang dan bersentuh dengan
selaput saraf tunjang tetapi belum menekan saraf tunjang. Level yang terlibat dari C3 hingga C7. Saya diberi ubat Neurotin (Gabapentin) kapsul dan vitamin
B.
Saya juga membuat fisioterapi (Cervical Traction) tetapi setiap kali
selepas rawatan saya akan berasa pening dan sakit pada bahagian belakang
(bawah) kepala. Mereka tidak lagi membuat traction
tapi menggantikannya dengan ultrasound
tetapi saya tetap berasa sakit dan kebas ditangan dan kaki serta sakit dibahagian
bahu dan kepala yang amat sangat dan selalu rasa loya. Segala aktiviti seharian
saya terganggu oleh kesakitan tersebut. Doktor cakap keputusan MRI tersebut
adalah 'mild' tetapi saya terasa
kesakitan yang amat sangat. Persoalannya, adakah saya terpaksa menanggung
kesakitan ini seumur hidup? Adakah penyakit saya boleh dirawat dan bagaimanakah
cara rawatannya? Di sini juga saya sertakan keputusan ujian MRI. Saya harap
doktor dapat membantu dan memberitahu serba sedikit kaedah rawatan yang
bersesuaian. Sekian, terima kasih.
Jawapan Dr Nizar
Salam. Apa khabar Nurulhana? Harap
dapat bersabar dan ceria-ceria selalu
kerana masih ada harapan baru untuk sembuh. Apa yang anda hadapi
sekarang ialah sakit sendi facet tengkok (Cervical
Facet Syndrome) sejenis arthritis sendi pada leher. Ia memberi semua simptom
yang anda bagitahu termasuklah “accessory”
lain seperti gejala ENT telinga berdengung dan rasa hanyut seperti hendak pitam
(dizziness), perut banyak angin/simptom
gastritis dan kerabunan mata. Ini bukan sakit Slipped Disc tengkok. Jadi saya tidak hairan dengan keputusan MRI
tengkok anda normal atau Slipped Disc
yang “sedikit”. Sakit sendi facet tidak dapat dikesan melalui ujian MRI kecuali
jika sampai ketahap yang “advance”.
Ramai pesakit datang menerima
rawatan dari saya dan cerita mereka semua sama saja seperti cerita anda. Kebanyakan
doktor pakar pun tidak dapat mengenalpasti penyakit ini termasuklah Spine Surgeon. Kebanyakan pesakit sudah
banyak ikhtiar dan hampir kecewa. Ada juga yang mengalami kemurungan apabila
simptom-simptom ini menyukarkan kehidupan seharian mereka. Keadaan ini akan
lebih teruk lagi apabila doktor mengatakan tidak ada penyakit yang dikenalpasti.
Semua rawatan yang sudah anda buat
termasuk traction sebenarnya tidak
perlu. Ubat tahan sakit pun biasanya tidak berkesan apabila keadaan anda sudah
teruk. Rawatan yang terbaik ialah suntikan RF pada sendi tengkok tersebut.
Kejayaan rawatan suntikan RF ini dalam 80%. Kelegaan besar akan dirasa lepas 12
jam selepas suntikan (esok pagi). Semua simptom yang anda berikan itu dapat dirawat
tetapi yang paling degil ialah rasa hanyut dan berdengung telinga, mungkin
perlu suntikan kali kedua untuk plan B jika simptom hanyut masih ada. Jangan hidup
menderita dalam kesakitan sedangkan ada rawatan yang efektif. Penyakit ini
tidak akan menyebabkan mati seperti sakit jantung atau kanser. Tetapi penyakit
ini memberi rasa sakit dan merana seolah-olah mematikan kehidupan. Jika
dibiarkan, sakit kronik ini akan menyebabkan anda menjadi hilang upaya contohnya
tidak boleh bangun, berjalan, memandu kereta malah bekerja dipejabat disebabkan
oleh rasa hanyut dan berpusing-pusing.