Jika anda mengalami kesakitan pinggang atau tengkok yang kronik anda
perlu baca artkel ini. Kesakitan anda mungkin disebabkan oleh arthritis sendi
facet atau dikenali sebagai facet joint
syndrome. Sekarang ini ada kaedah yang berkesan untuk merawat penyakit ini.
Penyakit arthritis sendi facet ini banyak berlaku
dikalangan kita. Punca penyakit sendi facet ini adalah
disebabkan oleh proses penuaan (degenerative disease). Ianya samalah sepert sakit
arthritis pada lutut. Walaupun begitu penyakit ini bukan hanya terhad pada
orang tua sahaja kerana orang muda juga menghadapi risiko penyakit ini jika
mereka mengalami kecederaan pada tulang belakang seperti kemalangan jalanraya, atau
pembedahan tulang belakang. Kegemukan dan bidang kerja yang melibatkan angkat objek
berat juga akan memberi resiko penyakit
ini. Penyakit sendi facet juga boleh berlaku susulan dari penyakit lain pada
tulang belakang seperti slipped disc.
Sendi facet yang berfungsi untuk
menyokong dan memusing tulang belakang
Gejala klinikal penyakit
sendi facet.
Gejala (symptom) klinical penyakit sendi facet ini
bergantung kepada bahagian tulang belakang yang terlibat.
- Bahagian pinggang;Pesakit akan mengalami kesakitan pada pinggang jika duduk atau berdiri lama. Oleh itu pesakit tidak mampu duduk lama kerana akan rasa lenggoh pada pinggang. Tapi sakit akan lega bila berbaring. Sakit akan bertambah kuat jika pesakit mendongak atau memusingkan badan kebelakang. Bagi orang Islam, duduk tahiyat ketika solat akan mencetuskan rasa sakit tersebut.
- Bahagian leher;Pesakit akan memberi tiga gejala yang utama iaitu sakit pada belakang tulang tengkok, pening pada bahagian belakang kepala hingga keubun-ubun dan sakit pada otot leher, bahu atau belikat.
Biasanya penyakit ini juga disusuli dengan kekejangan otot leher
atau belakang. Jika berlarutan (kronik) ianya dikenali dengan syndrom sakit
myofasia (Myofascial pain syndrome). Oleh itu pesakit akan mengalami beberapa
jenis sakit dan puncanya (sakit sendi facet dan sakit otot) dalam satu masa. Kadang-kadang
kesakitan dari otot yang kejang ini mendominasi
sakit dari sendi facet yang dihadapi. Diantara ciri sindrom myofascia ini ialah
sakit otot ini akan menjalar turun atau naik ketepat lain. Contohnya jika otot
tengkok terlibat sakit pada otot ini akan menjalar naik ke kepala atau ke tangan.
Jika otot pada pinggang terlibat, sakit akan menjalar turun ke pinggul dan
belakang peha.
Kesilapan diagnosis dan rawatan sering berlaku jika doktor yang
merawat kurang arif tentang penyakit sindrom myofascia ini kerana ianya baru dikalangan
pengamal perubatan Malaysia .
Rawatan Penyakit Sendi Facet.
Rawatan untuk kesakitan sendi facet ini ada beberapa peringkat. Jika
ianya ringan, sakit ini boleh diubati dengan ubat NSAID seperti celebrex dan
rawatan physioterapi. Tapi jika sakit itu
kuat pastinya ubat makan saja tidak akan mampu melegakan kesakitan anda.
Yang pastinya kesakitan ini akan menjejaskan fungsi harian anda. Pada peringkat ini apa yang anda perlu
ialah rawatan suntikan radiofrequensi pada sendi facet anda.
Rawatan Suntikan Radiofrequensi
Rawatan suntikan radiofrequensi
dilakukan oleh doktor pakar rawatan sakit kronik (pain specialist). Procedur
ini melibatkan suntikan pada saraf kecil pada sendi facet anda. Arus elektrik
yang berfrekuensi tinggi (tapi selamat) akan disalurkan melalu jarum tersebut
dan hasilnya saraf tersebut akan menjadi “lumpuh” dan tidak berfungsi. Suntikan
ini berperanan untuk membantutkan signal sakit yang berpunca dari sendi facet. Jadi pesakit akan merasa
lega serta merta. Ianya dilakukankan didalam dewan bedah dibawah kawalan sinar X
ray. Rawatan ini adalah selamat dan pesakit tidak akan merasa sakit ketika
procedur suntikan ini dijalankan, kerana bius setempat pada kulit akan
diberikan.
Kejayaan teknik ini boleh mencapai
80%. Banyak pesakit telah sembuh dari kesakitan mereka dan kini dapat kembali
kepada aktiviti asal mereka. Mereka kini dapat duduk lama dan ini amat membantu
bagi mereka yang kerja pejabat. Bagi pesakit sendi facet pada tulang tengkok,
mereka akan rasa tengkok mereka flexible dan
kekejangan otot leher juga berkurangan. Ini kerana suntikan radiofrekuensi
bukan saja melegakan sakit pada sendi facet sahaja tapi juga sakit yang
berpunca dari kekejangan otot yang berkaitan.
Kajian kes.
Seorang surirumah berumur 40 tahun telah mengadu sakit pada otot
bahu, belikat dan pening yang kronik hampit setahun lamanya. Pening yang
dirasainya bermula dari belakang tengkok dan menjalar naik ubun kepala. Beliau juga
memberi gejala kekejangan pada otot tengkok dan bahunya. Pergerakan leher dan
bahu kanannya terbatas kerana ianya menambah kesakitan yang sedia ada. Tangan
kanannya kadang-kadang dirasai seperti kebas-kebas dan kurang rasa. Beliau
mengaku terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa memandu kereta 2 tahun yang
lalu.
Ini menyebabkan fungsi
sehariannya sebagai surirumah terjejas
teruk. Beliau telah dirawat oleh seorang doktor pakar, MRI tulang tengkok telah
dibuat dan didapati beliau mengalami penyakit artritis sendi facet. Setelah
mencuba beberapa jenis ubat ,sakit nya tidak berkurangan. Beliau kemudiannya
dirujuk pada pain specialist. Setelah diperiksa, beliau di kenalpasti mengalami
penyakit artritis tulang tengkok (cervical facet joint arthritis) dan juga
sindrom myofasia (myofascial pain syndrome) yang melibatkan otot leher, belikat
dan bahunya.
Beliau telah dirawat dengan ubat
penahan sakit (celebrex) dan suntikan radiofrekuensi pada sendi facet
tengkoknya disusuli senaman regangan yang khusus untuk otot leher dan bahu yang
terlibat. Semua gejala yang dihadapi termasuk pening, sakit tengkok dan bahu
beransur hilang dalam masa dua minggu selepas rawatan.
Suntikan
radiofrekuensi pada sendi facet dilakukan dengan kawalan sinar X ray.
Huraian kes diatas.
Penyakit facet arthritis sendi
tengkok dalam kes ini nampaknya hampir sama dengan kes yang dihuraikan dalam
artikel ini. Tiga gejala utama ialah pesakit mengalami sakit tulang tengkok,
sakit otot pada belikat, bahu dan rasa pening. Tapi dalam kes ini penyebab
pening itu lebih dari satu. Selain dari berpunca dari sendi facet, ia juga
disebabkan oleh penyakit sindrom myofasia otot leher yang kerap juga memberi
gejala pening kepala. Apa yang penting sini ialah semua gejala penyakit ini
boleh diubati hanya dengan suntikan radio frekuensi.