"Doktor kenapa saya mendapat penyakit cakera
tergelincir ini (slipped disc) sedangkan
umur saya baru 26 tahun....?"
Keluh seorang pesakit saya dari Johor dengan nada
sedih. Malah beliau telah disahkan juga
mengidap penyakit jantung koronari dimana koronari stanting telah telah
dilakukan pada beberapa saluran darah jantung beliau. Beliau tidak merokok dan
tiada paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
Sebenarnya beliau bukanlah seorang sahaja yang mengidap sakit tulang
belakang pada usia muda. Malah ramai lagi pesakit saya juga bertanyakan soalan
yang sama tidak kira apa punca kesakitan tulang belakang mereka samada artritis
sendi facet atau pinggul, cakera tergelincir (slipped disc) ataupun sakit
discogenik.Malah ianya menjadi satu trend sekarang ini dimana penyakit orang
tua kini boleh dihidapi oleh orang muda.
Biasanya jawapan standard saya ialah; „Berlakunya
proses penuaan(degenerative disease) pada tulang belakang anda yang kadangkala
dikenali sebagai spinal spondylosis.“
Spinal spondylosis
Spinal spondylosis ialah satu diagnosis yang
popular dikalangan doktor untuk penyakit tulang belakang. Diagnosis ini tidak
membantu dalam rangka rawatan sakit belakang anda.Sebenarnya ianya hanyalah
satu terma umum yang merujuk kepada proses penuaan yang berlaku pada tulang
belakang. Apa yang berlaku ialah proses
kemerosotan struktur, intergriti dan fungsi pada beberapa struktur tulang belakang samada melibatkan
sendi (artritis) cakera (slipped disc, sakit discogenik) ataupun pada tulang
dan ligamen.Contohnya bila cakera mengalami proses penuaan, kemerosotan yang
berlaku dalam annulus fibrosis dan nucleus proposes didalamnya akan
menjadikannya lemah dan tidak mampu
menyokong berat badan.Bila dinding cakera lemah maka rekahan boleh
berlaku.Tekanan yang kuat yang berlarutan ini seterusnya akan menjurus kepada
cakera tergelincir melalui dinding yang lemah.
Sakit belakang dikalangan orang tua selalunya
disebabkan oleh proses penuaan juga.Fakta ini kita dapat terima dengan baik
kerana sudah dijangka.Tapi kenapa pula proses penuaan pada tulang belakang kini
berlaku pada orang muda? Kenapa kita boleh dapat penyakit tulang belakang yang
serius diusia muda?
Apakah Penyebab utama
penyakit tulang belakang dikalangan usia muda?
1.Proses penuaan sebelum waktunya.
Proses penuaan pada tubuh badan adalah disebabkan
oleh proses oksidasi oleh radikal bebas.Radikal bebas ialah molekul organik
yang tidak stabil yang berpunca dari beberapa proses metabolisma tubuh
badan.Contohnya melalui metabolisma sel lemak bagi pesakit kencing manis.Sebab
itulah orang kencing manis akan mengalami proses penuan lebih cepat. Ia juga
boleh dihasilkan bila tubuh terdedah pencemaran air dan udara, radiasi (nuklear),
asap rokok, racun rumput dan serangga. Sebenarnya kita tidak tahu makanan yang kita
makan, air yang kita minum, udara yang kita sedut mungkin mempunyai bahan kimia
yang boleh menggalakkan pembentukan radikal bebas ini. Asap rokok bukanlah
segala-galanya. Radikal bebas ini bukan saja dikaitkan dengan proses penuaan ,
malah juga dikaitkan dengan kecederaan organ, beberapa jenis penyakit (sakit
jantung koronari) dan kanser.
Cara untuk memusnahkan radikal bebas ini ialah dengan mengambil
banyak antioksidan. Antioksidan banyak terdapat
sayuran dan buahan yang segar, terutamanya kerana kaya dengan vitamin E
,C dan beta karotin. Molekul antioksidan bertindak dengan cara menghalang
radikal bebas dari mencederakan sel dan
tisu badan. Anti oksidan yang berpunca
dari diet yang seimbang adalah lebih baik dari vitamin kerana ianya lebih mudah
dihadam dan diserap kedalam tubuh badan.
Oleh itu, suplimen yang berasaskan sumber semulajadi seperti Iso 7 (Zulian Sdn
Bhd) adalah merupakan satu contoh suplimen yang baik.
2. Kecederaan pada masa lalu.
Kecederaan pada masa
lampau boleh mempercepatkan proses penuaan pada tubuh yang tercedera.Ini disebabkan
tubuh yang tercedera itu sudah kurang stabil dan mengalami banyak tekanan.
Gejala kesakitan akan ketara setelah beberapa tahun selepas kemalangan berlaku.Contohnya
bagi pesakit yang mengidap arthritis sendi facet pada bahagian tengkok
selalunya dikaitkan dengan kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu.Manakala
arthritis sendi lutut pada usia muda selalu dikaitkan dengan kecederaan lutut
pada masa lampau.
3.Life style.(gaya hidup)
Postur semasa duduk, berdiri dan berjalan yang tidak sihat, ergonomik
tempat kerja yang tidak seimbang diantara penyebab sakit kronik di zaman moden
ini. Sesetengah profesion atau sukan
memberikan penyakit yang agak spesifik kerana disebabkan oleh penggunaan
sebahagian tubuh yang terhad tapi melampau. Semuanya
ini akan menggalakkan proses “wear & tear” ataupun proses penuaaan. Disamping
itu, sikap suka makan banyak dan makanan
yang kaya karbohidrat dan lemak menyebabkan kegemukan. Sikap malas bersenam pula akan menambah lagi kepada
masalah kegemukan disamping fungsi
paru-paru dan jantung yang kurang cergas. Diet yang tidak seimbang, terutamanya
kurang serat akan menyebabkan sembelit disamping juga akan memusnahkan
keseimbangan bakteria baik dan jahat pada usus besar. Akibatnya pengumpulan
toksin berlaku yang seterusnya akan menggalakkan pembentukan radikal bebas yang
bertanggungjawab kepada proses penuaan. Tambahan pula kesibukan berkerja
kadang-kadang mendorong kita untuk menangguh untuk buang air besar, ini akan
memburukkan lagi keadaan. Jika anda merokok atau mengambil minuman keras, keadaan
akan menjadi lebih teruk lagi kerana ianya juga akan menggalakan pembentukan
radikal bebas. Oleh itu jelas disini bahawa kebanyakan penyakit dizaman moden
ini adalah disebabkan oleh life style atau gaya hidup yang tidak sihat. Oleh itu sebahagian dari strategi
rawatan ialah mengembalikan life style atau gaya hidup yang sihat.
4.Mempunyai
penyakit/masalah perubatan lain.
Penyakit seperti kencing manis, sakit buah pinggang, autoimmune (SLE
atau rheumatoid arthritis) adalah contoh dimana pesakit akan mengalami proses
penuaan yang cepat. Proses penuaan tidak semistinya berlaku di wajah tapi
berlaku pada berbagai organ termasuklah pada tulang belakang. Gejala yang
paling kerap dilihat ialah gejala srthritis.
Asas pada rawatan kesakitan kronik
Kita tidak boleh hentikan proses penuaan kerana ianya satu proses
semula jadi walaupun ianya berlaku agak perlahan. Selagi kita hidup, kita akan menjadi semakin tua
dari masa kesemasa.Tua menjadi kita lemah, sakit dan kurang produktif. Sudah tentu ini amat memberi masalah
bagi pesakit diusia muda. Prinsip
rawatan kesakitan kronik disini ialah
mengawal kesakitan untuk kembali berkerja. Apa yang lebih penting ialah; bila tidak sakit,kita boleh bergerak cergas,
produktif dan gembira walaupun mengalami artritis ataupun cakera tergelincir.Kita
tidak perlu risau penyakit yang kita alami asalkan kita tidak rasa sakit dan
terus produktif. Caranya ialah mengawal rasa sakit dan melambatkan proses
penuaan tersebut dengan pelbagai kaedah moden (ubat dan suntikan) senaman, dan
mengekalkan gaya hidup yang sihat.