Wednesday, November 30, 2011

FAQ -sudah bedah tapi masih sakit?(failed back surgery syndrome)

Soalan 1.
Saya seorang kakitangan swasta yang berusia 50 tahun .Saya telah mengalami penyakit cakera tergelincir (slipped disc) pada awal tahun2009 dimana pembedahan fusion telah dilakukan. doctor telah memasukkan beberapa keping besi dan skru bertujuan untuk menstabilkan tulang belakang.Kesihatan saya bertambah baik pada awal 5 bulan selepas pembedahan.
Malangnya besi pada tulang belakang saya dijangkiti kuman dimana pembedahan kedua terpaksa dilakukan pada tahun 2010 untuk mengeluarkan semula besi tersebut. sejak dari pembedahan kedua tersebut status kesihatan saya makin merosot. Sakit pada belakang pinggang saya datang semula dan malah lebih teruk dari dulu.Saya tidak boleh berdiri atau duduk lama.Sakit akan lebih menyengat kalau dibawa berjalan.dibahagian punggung juga terasa sakit berdenyut bila mahu bangun dari tidur atau bila duduk lama.sakit lengoh juga terasa pada belakang peha dan betis.Pergerakan saya menjadi perlahan kerana menahan kesakitan.Saya berjalan menggunakan tongkat kerana takut terjatuh.Malam hari saya susah untuk mendapat tidur yang lena.
Doktor orthopedik yang merawat saya nampaknya sudah kehabisan idea.Sudah banyak ubat dan rawatan physioterapi telah dicuba,tapi sakit saya tetap sama.Malah sudah banyak wang sya belanjakan untuk tujuan perubatan alternatif yang tidak perlu saya sebut satu persatu disini.Prestasi kerja sebagai juruteknik dilapangan terjejas teruk dan banyak sudah cuti sakit telah diambil.Majikan nasihatkan saya untuk buat medical board untuk memberhentikan kerja .Saya runsing kerana 3 anak saya masih lagi bersekolah.Melalui kenalan saya (bekas pesakit doktor) saya dapat menghubungi doktor.Saya rasa macam ada cahaya baru dalam kegelapan sakit kronik ini.HArap doktor Nizar dapat membantu masalah sakit belakang saya ini.
Persolan saya ialah;
Boleh kah sakit saya ini diubati dengan kaedah rawatan doktor?
Adakah saya saya berpeluang untuk kerja semula, untuk elak diberhentikan?
Apakah perbezaan diantara rawatan Dr Nizar dan doktor orthopedik?

Jawapan Dr Nizar.
Anda tidak kesaorangan mengalami sakit kronik yang tidak berkesudahan selepas menjalani pembedahan tulang belakang.Keadaan anda dikenali sebagai sindrom kegagalan pembedahan tulang belakang(failed back surgery syndrome) yang biasa nya berlaku selepas 3atau 6 bulan selepas pembedahan.Insiden Komplikasi ini adalah diantara 10-40% dari semua kes pembedahan tulang belakang. Keadaan pesakit amat malang kerana disamping rawatan yang sepatutnya menyembuhkan tapi membawa masalah yang lebih besar.Dalam situasi yang lebih serius kelumpuhan mungkin sebahagian dari gejala utama selain dari rasa sakit.Keadaan seperti sudah jatuh ditimpa tangga.
Sakit pada tulang belakang adalah merupakan penyebab utama hilang upaya dikalangan pekerja dalam sesuatu institusi. Sakit tulang belakang juga merupakan penyakit utama dalam pengeluaran sijil cuti sakit terbanyak diseluruh dunia.Sudah pasti semua majikan tidak suka kerana sakit belakang pastinya mengurangkan produktiviti. saya telah banyak merawat pesakit seperti ini yang datang dengan berbagai-bagai punca kesakitan(pain diagnosis).Diagnosis mungkin berbeza diantara individu yang mengalami syndrome ini.Hanya dengan pemeriksaan,saya dapat pastikan punca kesakitan dan peratus kejayaan rawatan.Secara umumnya kebanyakan pesakit telah mendapat faedah dari rawatan radiofrequency atau epidurolysis dan akhirnya mampu bekerja semula tanpa perlu diberhentikan.
Menurut gejala yang anda berikan saya rasa punca kesakitan datangnya dari berbagai sumber.Besar kemungkinan anda mengalami ketidakstabilan tulang belakang .Ini boleh berlaku selepas besi dikeluarkan semula melalui pembedahan kedua. Selain dari itu arthritis pada sendi tulang belakang ,peha dan pinggul juga boleh memberi rasa sakit setiap kali anda cuba bergerak. Contohnya penyakit arthritis lumbar facet dan sendi sacroiliac selalu berlaku selepas pembedahan fusion tulang belakang.Ini berlaku kerana pembedahan itu sendiri mencetus kelainan biomekanik dan ketidakseimbangan pada tulang belakang dalam jangka masa panjang.Kemungkinan lain ialah parut yang berlaku dalam ruang epidural hasil dari pembedahan lalu juga berpotensi menghasilkan sakit pada pinggang yang turun kekaki.
Biasanya melalui konsultasi dan pemeriksaan terperinci saya dapat membezakan jenis-jenis sakit dan puncanya.Ini adalah penting kerana setiap jenis sakit mempunyai rawatannya secara khusus.Contohnya Rawatan suntikan radiofrequency sangat efektif untuk penyakit arthritis sendi facet dan sacroiliac dengan kejayaan 80% . Manakala rawatan baikpulih ruang epidural (epidurolysis) merupakan pilihan dalam kes-kes tertentu. Semuanya hanya dengan kaedah suntikan ,bukan pembedahan. Kebanyakan pesakit telah menunjukkan respon yang positif setelah rawatan.Tidak kurang juga yang dapat berjalan dengan yakin tanpa tongkat setelah rawatan. Secara statistic, aktiviti dan fungsi harian pesakit dapat dipertingkatkan dengan ketara jika hanya 50% dari rasa sakit dapat di kawal. Bayangkan jika rasa sakit anda dapat dikawal hingga 80-90%!Disamping itu ubat makan penahan sakit dapat dikurangkan secara dramatik.
Biasanya doktor pakar kesakitan kronik (pain specialist) lebih kritis dalam buat diagnosis sakit. Diagnosis yang tepat dan kaedah rawatan yang betul membawa kepada rawatan yang efektif. Rawatan yang betul pula akan lebih berkesan jika dilakukan oleh doktor yang mahir dengan kaedah tersebut. Selain dari itu konsep rawatan suntikan-tanpa pembedahan untuk beberapa kes orthopedik seperti slipped disc dan discogenic pain membezakan saya dengan doktor orthopedik.

Soalan 2.

Tuan Dr Nizar,

Saya Roslan Ahmad bertugas sebagai Pegawai Ladang FELCRA Berhad di Weng Baling Kedah berusia 52 tahun mengalami kemalangan jalan raya pada bulan Ogos 2008.Selepas kemalangan itu, kaki saya sebelah kanan merasa kurang kuat dan kurang selesa dan jika terkena air bagaikan terkena renjatan elektrik. Saya berjumpa dengan bomoh urat dan juga doktor, tetapi keadaan saya masih tidak berubah dan ianya pula membawa fikiran bercelaru.
6 bulan selepas kemalangan saya berjumpa pakar tulang di hospital swasta. Dari apa yang di perolehi dari Imbasan MRI adalah di dapati Slipped Disk (L4) saya menekan saraf. 2 minggu selepas itu saya menjalani pembedahan yang mana mengikis Slep Disk yang terkeluar itu tetapi setelah di bedah dan saya terus berurusan dengan doktor itu selama 6 bulan, tetapi malangnya kesembuhan penyakit saya sikit sahaja berubah. dan kini setelah hampir 3 tahun keadaan masih lagi tidak berubah dan saya tidak mengambil sebarang ubat.
Baru-baru ini saya berjumpa dengan Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Utara Tuan Hj Zulkifli Sidek menyarankan agar saya menjalani rawatan menggunakan radiofrequency , saya kurang pasti apa kaedah rawatan itu. Jelas beliau lagi, beliau baru sahaja menjalani kaedah ini dengan doktor dan ada kesembuhannya.
Pohon pandangan doktor berkaitan perkara ini dan adakah rawatan kaedah ini boleh saya gunakan dan bagaimana caranya untuk melaksanakannya.

Jawapan Dr Nizar.
Sakit yang berterusan selepas pembedahan dikenali sebagai sindrom kegagalan pembedahan tulang belakang(failed back surgery syndrome) yang biasa nya berlaku selepas 3atau 6 bulan selepas pembedahan.Insiden Komplikasi ini adalah diantara 10-40% dari semua kes pembedahan tulang belakang. Keadaan pesakit amat malang kerana disamping rawatan yang sepatutnya menyembuhkan tapi membawa masalah yang lebih besar.Dalam situasi yang lebih serius kelumpuhan mungkin sebahagian dari gejala utama selain dari rasa sakit.Keadaan seperti sudah jatuh ditimpa tangga.
Saya telah banyak merawat pesakit seperti ini yang datang dengan berbagai-bagai punca kesakitan(pain diagnosis).Diagnosis mungkin berbeza diantara individu yang mengalami syndrome ini. Hanya dengan pemeriksaan saya dapat memastikannya.Antaranya sebab berlakunya keadaan ini ialah;
1. Kesilapan diagnosis sebelum pembedahan
2. Tersilap lapisan smesa pembedahan
3. Rawatan yang tidak sempurna
4. Slipped disc terjadi semula
5. Komplikasi selepas pemdahan seperti parut pada ruang epidural, sakit sendi facet lumbar, sakit sendi pinggul.
6. Penyakit tulang belakang yang baru.
Secara umumnya kebanyakan pesakit boleh mendapat faedah dari rawatan radiofrequency atau epidurolysis dan akhirnya mampu bergerak semula dan melaku aktiviti harian. Biasanya melalui konsultasi dan pemeriksaan terperinci saya dapat membezakan jenis-jenis sakit dan puncanya.Ini adalah penting kerana setiap jenis sakit mempunyai rawatannya secara khusus.Contohnya Rawatan suntikan radiofrequency sangat efektif untuk penyakit arthritis sendi facet dan sacroiliac dengan kejayaan 80-90% . Manakala rawatan baikpulih ruang epidural (epidurolysis) merupakan pilihan dalam kes-kes tertentu. Semuanya hanya dengan kaedah suntikan ,bukan pembedahan. Kebanyakan pesakit telah menunjukkan respon yang positif setelah rawatan.Tidak kurang juga yang dapat berjalan dengan yakin tanpa tongkat setelah rawatan. Secara statistic, aktiviti dan fungsi harian pesakit dapat dipertingkatkan dengan ketara jika hanya 50% dari rasa sakit dapat di kawal. Bayangkan jika rasa sakit anda dapat dikawal hingga 80-90%!Disamping itu ubat makan penahan sakit dapat dikurangkan secara dramatik.

FAQ on Cervical facet syndrome(arthritis sendi facet leher)









Soalan 1.
Assalamualaikum Dr Nizar.
Saya Shamsul dari Klang. Saya mengalami kesakitan yg kuat pada bahu, urat belikat dan tengkok di bagian kiri. Keadaan ini akan berlaku apabila saya bangun dari tidur dan kesakitan yang teruk akan berterusan sehinga 3-5 jam. Begitulah keadaan saya pada setiap hari sejak 8 bulan yang lalu. Pernah sembuh 2 bulan yg lalu, tetapi berlaku semula sejak 2 minggu lepas. Kesakitan berpunca semasa saya tertidur di atas lantai bahagian ruang tamu. Keadaan yg sama juga turut berlaku pada 8 bulan yg lalu. Pernah dapatkan suntikan tahan sakit namun tidak berkesan. Pernah juga dapatkan rawatan di PPUM dan beberapa klinik swasta, namun doktor mengatakan terdapat tisu koyak dan kecederaan pada otot. Antara rawatan yg telah saya lalui ialah Bekam Darah, Bekam Angin, Akupuntur, Urut, Pengambilan pil Neurobion dan termasuklah rawatan secara islam. namun tiada yang boleh melegakan kesakitan yang saya alami. Kini saya dalam kedaan yg sangat tertekan. Apakah sebenarnya penyakit saya ini? Apakah rawatan yg boleh doktor syorkan? sekian terima kasih.Shamsul, Klang
Jawapan Dr Nizar
Sakit tengkok, bahu dan belikat merupakan gejala klasik sakit sendi facet tengkok (cervical facet syndrome).Penyakit ini sejenis keradangan sendi (arthritis) yang boleh belaku sepanjang tulang belakang kita.Bahagian paling biasa berlaku ialah pinggang dan leher kerana kedua bahagian ini pada tulang belakang kita paling banyak melakukan pergerakan. Sakit pada tengkok akan lebih ketara waktu pagi selain dari rasa kejang. Pening atau rasa hanyut juga boleh menyusul. Selain dari itu otot-otot pada bahu dan leher juga menjadi sakit bila dipicit. Pesakit juga akan rasa seperti kebas pada tangan atau jari. Jika sendi bahu sudah mula sakit dan susah digerakkan, ini menandakan bahawa anda sudah mendapat penyakit susulan kesan dari sakit sendi facet ini, iaitu kekakuan sendi bahu(frozen shoulder). Ini biasa berlaku pada pesakit yang mengidap sakit sendi facet tengkok jika dibiarkan tanpa rawatan.
Rawatan perubatan alternatif banyak yang tidak terbukti keberkesananya. Rawatan yang mujarab ialah suntikan radiofrekuensi pada saraf sendi facet tersebut. Suntikan ini akan melemahkan saraf yang bawa signal sakit pada sendi facet tersebut. Bila saraf sudah “kebas”, tiada lagi rasa sakit atau pening.Jika kita sudah tidak rasa sakit, leher boleh bergerak bebas dan lebih produktif. Kita tidak perlu risau proses arthritis (proses penuaan) tersebut jika ianya tidak beri rasa sakit. Ramai aorang yang mengalami arthritis pada sendi tapi penyakit ini tidak mengganggu mereka.Majority daripada pesakit (80%) telah sembuh sehari selepas rawatan radiofrequency. Pengambilan supplemen antioxidant dan vitamin sendi seperti chondrotin-glucosamine amat digalakkan untuk proses penyembuhan sendi dan untuk memperlahankan proses penuaan.

Rawatan radiaofrequency sudah lama bertapak di hospital HUSM. Tetapi rawatan ini boleh didapati hospital swasta tertentu.Tetapi perlu diingatkan bahawa hasilyang cemerlang dari rawatan suntikan ini,bukan disebabkan oleh semata-mata oleh teknologi atau suntikan dibuat.Tetapi ianya banyak bergantung pada kepakaran doktor melakukan suntikan (yang terlatih), diagnosis yang tepat dan masa yang betul(tidak terlalu serious).Sendi bahu yang sakit dan kaku boleh dirawat dengan suntikan ubat kedalam sendi dan juga rawatan suntikan radiofrequency.

Soalan 2.

Assalammualaikum,doktor Nizar.

Saya Noorhaili b. Ali merupakan seorang guru dari Kluang Johor. Saya ada terbaca satu keratan akbar bertarikh 19 Jun 2011 dalam topik Tanya pakar. Soalan yang dikemukan oleh Roslina Muhammad dr Ipoh Perak. tentang masalah pening tidak hilang.
Untuk pengetahuan doktor saya telah mengalami masalah ENT ini sudah lama kesan dari pada atristis sendi faset pada tengkok, pernah saya membuat pemeriksaan doktor dan pernah membuat fisiotrapi dibahagian tersebut, Alhamdullillah masalah sakit dibahagian tengkuk,otot bahu dan sakit di bahagian belikat hilang, tapi ianya hilang buat sementara sahaja. Tapi yang paling nyata rasa hanyut, pengelihatan berpusing2 dan kadang kala ianya kurang jelas dan telinga berdengung dirasai sehingga ke hari ini.
Untuk pengetahuan doktor saya mempunyai tabiat yang kurang baik iaitu sering mematahkan leher bagi melegakan ketidak selesaan dibahagian leher.Dengan ini saya amat memerlukan nasihat daripada doktor untuk dapat meringankan masalah yang telah lama saya tanggung ini. Boleh kah masalah kesihatan saya ini dirujuk kepada doktor?
Sekian terima kasih, Wassalam.

Jawapan Dr Nizar,
Gejala ENT, pening dan penglihatan yang kabur merupakan gejala sampingan sakit sendi facet pada leher.lebih dari 50% dari pesakit saya yangmengalami sakit sendi facet leher mengalami gejala ini. Biasanya rasa hanyut, telinga bersesing dan memusing (vertigo).Mereka telah menjalani pemeriksaan dari pakar ENT tapi tiada jawapan untuk gejala tersebut.Ramai doktor tidak tahu tentang fakta ini. Gejala ENT ini akan berlaku hanya jika bahagian atas sendi facet leher terlibat iaitu paras C0C1,C1C2,C2C3.Malah ada beberapa pesakit saya datang hanya dengan gejala vertigo tanpa ada gejala klasik sendi facet lain.Mereka kini sembuh dengan rawatn radiofrequency.
Rawatan fisioterapi boleh melegakan ,tapi hanya sementara.Rawatan definitive ialah suntikan radiofrequency pada sendi facet tersebut. Semua gejala ent , mata kabur dan sakit pada tengkok dan bahu akan hilang.Kejayaan rawatan mencapai 80-90%. Suntikan radiofrequency jika ditambah dengan rawatan fisioterapi akan menambah lagi keberkesanan rawatan.Tabiat anda untuk mematahkan tengkok untuk menghasilkan bunyi “klik” adalah satu tabiat yang tidak baik.tabiat ini akan menggalakkan geseran pada sendi facet dan memberi resiko kecedreraan yang lebih serius disamping kesakitan yang rentan pada rawatan.