Bagi anda yang mengalami kesakitan kronik, tidak kira apa puncanya, blog ini akan membantu anda memahami kesakitan anda mencari rawatan yang dinantikan selama ini.
Kesakitan kronik (sakit belakang ie pinggang atau tengkok) tidak membunuh anda, tapi ia membunuh kehidupan anda!
Anda tidak dapat berberak bebas, tidak mampu bekerja, tidak boleh buat apa yang anda suka sebelum ini, tidak mampu melakukan tanggungjawab anda, dan bergantung kepada orang lain. Semuanya kerana kesakitan yang mencengkam diri anda. Kehidupan anda kini sudah hilang dari diri anda...
Lebih teruk lagi, anda akan rasa sedih, kemurungan, rasa bersalah, sukat tidur dan banyak masalah interpersonal, keluarga dan tempat kerja akan timbul ekoran dari kesakitan kronik ini...
Anda telah mencuba berbagai rawatan moden, perubatan alternatif, bomoh, suppliment, physiotherapy, mesin yang mahal tapi kesakitan anda masih sama. Kenapa begitu...?
Jawapannya;
1.Kebanyakan doktor perubatan moden tidak mahir dalam merawat kesakitan kronik. Rawatan kesakitan kronik adalah satu disiplin baru dalam era perubatan moden (di Malaysia).
2.Diagnosis punca sakit yang salah bila bertemu doktor.Maka rawatannya tersasar.
3. Kebanyakan perubatan alternatif tidak dapat dibuktikan keberkesanannya secara saintifik.
Kenapa saya tulis blog ini?
Memberi peluang & harapan baru kepada sesiapa yang mengalami kesakitan kronik.Mereka biasanya tersisih dan di "campak" ke unit physiotherapi. Sedangkan rawatan yang berkesan ada disini. Lebih dari 75% dari pesakit yang menjalani rawatan di HUSM dapat di kurangkan kesakitan mereka dengan ketara. Mereka kini dapat kembali kepada kehidupan mereka.
Jadi kenapa anda perlu hidup dalam kesakitan?Kesakitan yang merampas segala kehidupan anda...!
Apakah rawatan yang kami lakukan?
Rawatan "Interventional Pain Management" iaitu kaedah suntikan khusus(lebih dari 100 jenis suntikan bergantung tentang jenis kesakitan anda). Kaedah ini merupakan satu cabang rawatan perubatan moden. Kaedah ini telah lama bertapak di negara maju seperti USA, Eropah, Australia dan Singapura.
Kami tidak melakukan pembedahan.... semuanya suntikan. Malah dalam kes tertentu kami boleh memberi alternatif/option rawatan suntikan kepada pembedahan tulang belakang ie kaedah nucleoplasty untuk slipped disc(cakera tergelincir).