Sunday, November 22, 2015

Something To Share..

That's what I used to say..
The success of interventional pain management is purely depend on. 
  • Correct diagnosis(×3)
  • Correct doctor
  • Correct technique and technology
  • Correct time
  • Correct patient

Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui.


Assalamuallaikum dan Salam 1Malaysia.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan rakan-rakan media sosial yang mengambil berat serta bertanyakan khabar dan mendoakan kesejahteraan dan kesihatan saya semasa saya berada di sini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini dipanjangkan kepada saudara mara, rakan taulan yang sempat menziarahi saya semasa saya berada di sini dan tidak lupa juga kepada yang telah likes status FB saya dan paling istimewa terima kasih ini dipanjangkan khas kepada isteri dan anak-anak tercinta yang sanggup menunggu selama saya berada di wad ini dan yang banyak memberi sokongan dan harapan serta dengan berdoa agar penyakit yang saya hadapi ini berjumpa dengan jalan penyelesaian. 

Untuk pengatahuan tuan-tuan semua, saya telah mengalami masalah ini hampir 7 tahun akibat kemalangan yang saya alami pada tahun 2008 sehingga mengganggu kesihatan dan kualiti kehidupan saya seharian. Doktor pakar ortopedik telah mengesahkan saya mengalami masalah tulang belakang L3, L4, L5 dan SI di mana saya sering mengalami simtom sakit tulang belakang sehingga ke tahap kronik sekarang ini di mana dari paras pinggang hingga ke pangkal peha sehinggalah ke pangkal betis belah kanan saya mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga rasa menyucuk-nyucuk apabila melakukan pergerakan. Pinggang saya juga selalu mengalami sakit yang kadang kala serius apabila melakukan kerja-kerja berat, duduk terlalu lama, berdiri terlalu lama dan bersila terlalu lama pun tak boleh. Boleh dikatakan setiap hari lebih-lebih lagi apabila setiap kali hendak bangun tidur waktu pagi hendak mengiring ke kanan dan ke kiri malahan tidur menelentang pun terasa sangat sakit seperti pinggang terasa jame.

Banyak ikhtiar yang saya lakukan sejak tahun 2008 sehinggalah kini, berbagai rawatan moden dan tradisional saya dah cuba, kalau nak dihitungkan lebih 8 kali kes saya ini telah dirujuk pada pakar ortopedik dari pelbagai hospital pakar swasta untuk mendapatkan rawatan tetapi hasilnya amat mengecewakan dan resultnya masih pada tahap yang sama, sakit hilang hanya bersifat sementara dengan memakan ubat-ubatan moden seperti pain killer dan dua tiga jenis lagi ubat yang saya lupa namanya selain melakukan gerak kerja phisioterapi yang dicadangkan oleh doktor bagi mengurangkan kesakitan yang saya alami tetapi semuanya hanya bersifat sementara juga. Sehingga saya membuat pembedahan laser PDCT di Putra Specialist Hospital Melaka pada tahun 2009 tetapi masih diresult yang sama juga dan terkini doktor ortopedik mencadangkan saya mengambil suntikan steroid untuk menghilangkan kesakitan radang yang saya alami ini tetapi hanya mampu bertahan sehingga 6 bulan ke 1 tahun lamanya jikalau saya mengambil suntikan tersebut, itu pun bergantung pada tahap badan seseorang. Suntikan steroid ini juga yang dimaklumkan oleh doktor boleh mendatangkan kesan dan risiko sampingan pada organ dalaman manusia seperti buah pinggang dan organ-organ lain yang akan bersangkut paut seandainya mengambil suntikan ini dengan kadar yang kerap.

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana Allah SWT telah memakbulkan doa hambanya ini sehingga dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang bernama Prof. Dr. Nizar Bin Abd Jalil, seorang doktor pakar di dalam bidang CONSULTANT CHRONIC PAIN PHYSICIAN di Hospital Pakar Perdana KPJ, Khota Bharu. Dengan rawatan yang diperkenalkan melalui teknologi dari Negara Korea yang diaplikasikan di sini dengan menggunakan kaedah RADIOFREQUANCY masalah saya dapat diatasi dan dirawat dengan segera. Masalah kesakitan pinggang selama ini setiap kali bangun tidur dan kesakitan pada pinggang, pangkal peha dan sehingga ke pangkal betis saya selepas membuat rawatan di hospital ini, akhirnya beransur pulih seperti biasa. Sebagai testimoni semalam saya berpeluang berjalan-jalan di Pasar Wakaf Che Yeh, melihat hasil jualan pasar borong di sana yang hampir 3 kilometer jauhnya jajaran pasar borong tersebut, tetapi tanpa sedar dan perasan, kesakitan yang saya alami sebelum ini tidak dapat saya rasainya semalam, dipendekan cerita masalah kesakitan yang alami telah hilang dan beransur pulih. Saya beranggapan masalah kesakitan yang saya alami sudah menemui jalan penyelesaiannya. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana telah memperkenankan ikhtiar dan doa hambanya ini. Alhamdulillah hari ini saya dah boleh dicharge dan dibenarkan pulang dan berhari raya AIDIL ADHA di kampung halaman saya Negeri Sembilan.


Amin amin amin yarobbal allamin.

Terima kasih PROF. Madya Dr. Nizar Bin Abdul Jalil, mantan PENSYARAH KANAN di HUSM Kubang Kerian kerana telah merawat saya. Wassallam.

Luahan ikhlas dari :
NORHAIRE BIN HJ. HASAN
HOSPITAL PAKAR PERDANA KPJ - KHOTA BHARU, KELANTAN.
23 OKTOBER 2015 (RABU)
05.00 PETANG.

No comments:

Post a Comment