Pernahkah
anda menghidap sakit tengkuk dan pening yang agak teruk, berbulan-bulan lamanya sehinggakan kesakitannya menjalar ke
bahagian bahu, belikat seterusnya
kebas-kebas dijari tangan ? Sebenarnya ramai dalam kalangan kita
menghadapi kesakitan berkenaan terutama melibatkan mereka yang bekerja di
pejabat.
Penyakit
seperti ini telah dikenal pasti menjadi
trend dewasa ini yang menimpa ramai orang-orang yang umur mereka masih
muda iaitu sekitar 30-an ke atas terutama yang bekerja menghadap komputer
seharian.
Mengikut Penyarah Kanan Jabatan Anesthesiologi dan Pain Medicine Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, Prof. Madya Dr. Nizar Abdul Jalil, sakit tengkok, bahu dan belikat merupakan gejala klasik bagi sindrom sakit sendi facet tengkok atau cervical facet syndrome.
Mengikut Penyarah Kanan Jabatan Anesthesiologi dan Pain Medicine Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, Prof. Madya Dr. Nizar Abdul Jalil, sakit tengkok, bahu dan belikat merupakan gejala klasik bagi sindrom sakit sendi facet tengkok atau cervical facet syndrome.
Penyakit
ini katanya, sejenis keradangan sendi (arthritis) yang boleh belaku sepanjang
tulang belakang. Bahagian paling biasa berlaku ialah di pinggang dan leher
kerana kedua-dua bahagian ini pada tulang belakang yang paling banyak melakukan
pergerakan(wear and tear).
Sakit
pada tengkok jelasnya, akan lebih ketara waktu pagi selain dari rasa kejang.
Pening atau rasa hanyut juga boleh menyusul, selain dari itu otot-otot pada
bahu dan leher juga menjadi menebal
dan dan sangat sakit bila dipicit.
Pesakit juga akan merasa lemah pada otot bahu sehinggakan tidak dapat bertahan
lama jika mengangkat tangan seperti
membaca akbar atau menyidai baju diampaian. Rasa seperti kebas pada tangan atau
jari –jari juga menyusul dan akan merisaukan hingga terlepas ketika memegang
pen atau cawan.
Dr.
Nizar memaklumkan, penyakit ini sepatutnya dialami oleh mereka yang berumur terutama 60
ke 70 tahun dan ke atas kerana penyakit ini berkaitan dengan proses penuaan
melibatkan sakit sendi arthritis seperti juga sakit lutut.
“Namun
trend sekarang ini memperlihatkan ramai orang muda mengalaminya dan yang paling
banyak menghidap penyakit ini adalah golongan wanita dengan nisbah 10 orang yang mengalami kesakitan ini 7 daripadanya adalah perempuan.
“Ini
agak merisaukan kerana trend penyakit orang tua kini dialami oleh orang-orang
muda yang sedang produktif menyebabkan mereka tidak boleh melakukan kerja mereka
dengan sempurna. Ini kerana ada yang tiba-tiba pening ,hanyut(dizzy) dan pitam apabila sedang
bekerja dan ada yang sampai ketahap kritikal tidak boleh berjalan atau memandu.
Selain dari itu ramai juga yang memberi symptom
mudah lupa, hilang konsentrasi
dan mengantuk”. katanya.
Penyebab sakit sendi facet
tengkuk
Jelasnya,
terdapat beberapa perkara yang menyebabkan sakit sendi facet tengkuk pada usia
muda. Antaranya mungkin disebabkan oleh si penghidapnya pernah terlibat dengan
kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tengkok lalu mencetuskan proses
penuaan pada sendi facet tersebut. kesakitan itu sendi facet ini akan timbul
setelah beberapa tahun kemudian.
Penyebab lain yang banyak dikenal pasti ialah
kesilapan posture kepala, tangan dan tengkok semasa bekerja dipejabat .
Perlu diingatkan bahawa posisi leher menegak yg static ketika bekerja depan
computer merupakan satu bentuk kerja keras yang melampau yang oleh mencetuskan penuaan
berlaku pada sendi facet tengkok ini.
Terlau aktif bersukan semasa umur muda peringkat sekolah juga telah
dikenalpasti salah satu sebab yang
dikenal pasti.
Ujar
Dr. Nizar, jikalau si penghidapnya berhadapan dengan kemalangan sebelum ini, penyakit
ini adalah ada lah susulan akibat
hayunan kuat pada tulang tengkok meyebabkan kerosakan pada sendi facet.
Kemalangan secara umunya trajedi yang tidak boleh dielakkan.
“Bagi
kerjaya pula kemungkinan individu ini berhadapan dengan komputer untuk seharian
waktu, cara dia duduk, postur badan, egonomik, mungkin kedudukannya
ketika di hadapan komputer tidak seimbang dengan kerusi dan sebagainya
memungkinkan individu berkenaan menghidap sakit ini.Oleh itu pekerja perjabat
perlu prihatin tentang penyakit ini dan mengambil tindakan untuk mengelakkan
dari sakit ini berlaku.
“Jadi
salahlah apabila orang berkata bekerja duduk sahaja di pejabat adalah kerja
yang ringan kerana tengkuk golongan ini terpaksa bekerja keras menampung kepala
sehingga menimbulkan kesakitan,” jelasnya.
Simptom klasik sakit sendi facet
tengkuk
Dalam
pada itu Dr. Nizar memberitahu antara simptom klasik sakit sendi facet
tengkuk ini adalah sakit dan kejang di bahagian tengkuk, sakit otot bahu dan
belikat, pening kepala sehingga ‘menangkap’ ke mata.Penglihatan akan menjadi
rabun.
Dalam
keadaan lain menurut beliau, ramai penghidap
penyakit ini akan terasa seolah-olah pening hanyut seperti mabuk laut, terasa
terumbang-ambing, mata jadi kelabu, mudah pitam, telinga berdesing, perut akan
banyak angin menjadi gastrik, jari kebas, tangan jadi lenguh untuk di angkat ke
atas dan tidak kuat sehinggakan sukar untuk menyidai kain.
Selain
dari penyakit boleh mimic penyakit ENT dan Mata , penyakit ini juga boleh mimic
seperti sakit jantung dan asma menyebabkan pesakit rasa sesak nafas dan sakit
dada . Ini disebabkan otot pada dada
menjadi kejang dan mencengkam menyebabkan susah untuk bernafas. Biasanya
pesakit akan panic dan cepat-cepat pergi jumpa doktor pakar jantung untuk
pemeriksaan. Secara klasiknya ECG, stress test yang yang dilakukan semua nya
hasil negative. Banyak juga pesakit telah menjalani angiogram tetapi keputusanya nya normal.
Penyakit
ini juga pandai meniru sakit gastric..pesakit akan beri keluhan perut banyak
angin selalu sedawa, terutama nya jika dipicit ottot bahu dan leher. Banyak
pesakit kan tersasar jumpa doktor gastro dan gastroendoscopy dilakukan dan
seperti dijangka..hasilnya negative atau”ada laaa gastrik sikit”.
Ujarnya
lagi, kesakitan ini tidak akan berkurangan malah akan berterusan seumur hidup
seiring dengan usia selagi faktor-faktor egonomik dan cara hidup tidak berubah.
Rawatan sakit sendi facet
tengkok.
Rawatan
perubatan alternatif jelasnya, banyak yang tidak terbukti keberkesananya. Ubat
tahan sakit seperti panadol, celebrex dan postan biasanya tidak berkesan jika
diperingkat kritikal. Physiotherapy hanya member kelegaan semetara. Rawatan
yang mujarab ialah suntikan radiofrekuensi pada saraf sendi facet tersebut.
Suntikan ini akan “membius” sendi facet
yang sakit dan hasil amat ketara selepas
12 jam suntikan. Biasanya saya kan cakap pada pesakit saya “tomorrow will be a
new day….”” .Kejayaan rawatan mencapai 80%.
“Bila
sendi sudah ‘kebas’, tiada lagi rasa sakit pada bahu,tengkok atau pening. Bila kita sudah tidak rasa sakit, leher boleh
bergerak bebas dan lebih produktif. Kita tidak perlu risau proses arthritis
(proses penuaan) tersebut jika ianya tidak beri rasa sakit. Ramai juga orang
sudah tua tapi sihat tidak mengalami
arthritis.
Pengambilan
supplemen antioxidant seperti vitamin C,
E, A dan vitamin sendi seperti chondrotin-glucosamine amat digalakkan untuk
proses penyembuhan sendi dan untuk memperlahankan proses penuaan,” katanya.
Rawatan
radiaofrequency sudah lama bertapak di hospital HUSM. Tetapi rawatan ini juga boleh didapati
hospital swasta tertentu.
“Perlu
diingatkan hasil yang cemerlang dari rawatan suntikan ini, bukan disebabkan
oleh semata-mata oleh teknologi atau suntikan dibuat, tetapi ianya banyak
bergantung pada kepakaran doktor melakukan suntikan (yang terlatih), diagnosis
yang tepat dan masa yang betul (tidak terlalu serius),” katanya.
Dr. Nizar juga boleh dihubungi di talian 013-9803389 yang mempelawa orang ramai memberi pelbagai persoalan mengenai sakit sindrom facet tengkuk atau yang berkaitan dengannya dan akan cuba dijawab oleh beliau dalam masa yang singkat. Pesakit juga boleh melayari facebook beliau dialamat; https://www.facebook.com/nizar.abdjalil.9
Dr. Nizar juga boleh dihubungi di talian 013-9803389 yang mempelawa orang ramai memberi pelbagai persoalan mengenai sakit sindrom facet tengkuk atau yang berkaitan dengannya dan akan cuba dijawab oleh beliau dalam masa yang singkat. Pesakit juga boleh melayari facebook beliau dialamat;
Pengambilan live stem cell boleh menyembuhkan penyakit SLE. Telah terbukti drpd testimony.
ReplyDeletePurtier Deer Placenta memperbaharuhi sel lama ke sel baru boleh menyembuhkan penyakit ini. Purtier dalam bentuk capsule senang dimakan, berbanding dengan injeksi stem sel yg mempunyai kos tinggi.
Call/sms for more info 014-6228620
saya disahkan slip disc (PID) pada L2L3,L5S1,L3L4.sudah jalani suntikan steroid + RF di KPJ seremban dgn Doc Abdul Shukor 7 Feb 2014 lepas.Namun apa yg menyedihkan,saya lebih sakit berbanding dulu.Kesan sampingan suntikan tu menyebabkan saya x dpt tido mlm selama 2 mggu.Rasa panas di seluruh badan ketika mata nak lelap.Saya MC selama 2 minggu.Sekarang ini pun sy masih sukar tido malam.tidak seperti sebelum suntikan.Saya fikir mungkin saya dlm golongan 20% yang tidak termasuk dlm % kejayaan rawatan RF.Mohon pandangan doc Nizar?
ReplyDeletecall sy utk consultation..0139803389.
Deletesalam Dr nizar.
ReplyDeletesaya Aisyah umur 24 tahun.
sy mahu tahu lebih lanjut mengenai sakit sendi facet memandangkan simptom yg ada pada penyakit ini,mmg sy alami. sy sudah ke doctor lain yg hanya menyatakan sy gastrik sahaja.
bagaimana rawatan nya, mohon bantuan Dr Nizar.
Aisyah
011-26296637
Pelajar
Shah Alam
salam..for detail consultation you can call me directly..0139803389..
DeleteSaya mengalami simpton pening dan hilang keseimbangan badan hampir setahun. Telah pergi ENT tidak ada apa2 masalah. Telah rujuk ke neurologist dan doktor kata migrain. Makan ubat selama hampir 2 bulan tapi masih tetap sama tidak banyak perubahan. Tetap pening dan hilang imbangan. Walaupun tidak sakit di tengkuk perlu ke saya dptkn rawatan rf? Harap doktor dpt bantu.
ReplyDelete