Gejala pening adalah kerap berlaku dikalangan kita tidak kira berapa
umur kita. Jika pening anda hanya sebentar dan pulih selepas pengambilan ubat,
anda bernasib baik kerana ianya bukan kesakitan yang serius. Jika pening anda
menjadi kronik dan sukar dikawal dengan ubat penahan sakit atau anti migrane,
itu maknanya anda perlu mengambil perhatian serius kerana diagnosis doktor mungkin
tersasar. Anda perlu berjumpa doktor yang lebih arif tentang sakit pening ini
untuk penilaian semula. Anda perlu berjumpa dengan pain specialist.
Pening
yang kronik. Jangan ambil mudah.
Mengikut silibus doktor, pening boleh disebabkan oleh beberapa
penyakit seperti sinusitis, migraine,cluster haeadache dan tension
headache .
Pening yang disebabkan oleh sinusitis biasanya dirasai pada belakang
kening dan juga pada tulang pipi. Biasanya bahagian ini sakit bila dipicit
disamping memberi gejala sinusitis lain seperti selsema, hidung yang tersumbat
dan demam.
Pening yang disebabkan oleh migraine
biasanya dirasai pada sebelah kepala disamping gejala perubahan dalam
penglihatan. Biasanya sakit ini amat kuat dan mengambil beberapa hari untuk
reda. Pesakit lebih suka menyendiri ketika pening berlaku.
Tension headache ialah pening yang selalunya berlaku bila adanya ketegangan emosi
atau fikiran. Pening jenis ini biasanya dirasai berdenyut di dahi dan kekadang
hingga ke ubun kepala.
Pening jenis Cluster pula biasanya dirasai pada bahagian mata , terutama di
belakang dan dikeliling mata. Pening ini mengambil berhari-hari untuk reda dan
selalunya datang secara berkala (dapat dijangka).
Saya tidak mahu mengolah
jenis-jenis pening diatas, tapi saya akan perjelaskan jenis pening yang sering
berlaku tapi jarang dapat dikesan oleh ramai doktor.Jika anda mengalami pening
yang kronik dan masih lagi gagal mendapat rawatan yang sesuai, anda perlu baca
artikel ini hingga penghujungnya.
Kes 1.
Seorang wanita berumur 48 tahun telah mengalami
gejala pening hampir lima tahun. Beliau pernah berjumpa dengan seorang doktor
pakar swasta dan telah di diagnos sebagai penyakit migraine. Ubat migraine pada
mulanya agak berkesan tapi sejak 2 tahun lepas sakitnya menjadi bertambah kuat
dan tidak ada ubat makan yang dapat mengawalnya walaupun sudah mencuba pelbagai
jenis. Peningnya dirasai berdenyut-denyut berpunca dari belakang kepala hingga
naik ke ubun kepala. Kosentrasinya
terjejas dan beliau tidak dapat tidur malam dengan nyenyak. Kerjayanya sebagai
peniaga kedai runcit ternyata terjejas teruk. 5 bulan yang lepas beliau
terpaksa dimasukkan ke hospital swasta kerana tidak tahan menanggung sakit
pening tersebut. Disebabkan
beliau juga mengadu kekejangan otot leher maka doktor pakar orthopedik telah
mengarahkan MRI tulang cervical (tengkok) di lakukan. Namun begitu MRI
tidak menunjukkan apa-apa penyakit
tulang tengkok yang dapat menjelaskan kesakitan tersebut. Tiada pembedahan
perlu dilakukan.
Disebabkan sakit yang amat sangat dan rentan pada
rawatan suntikan, beliau telah dirujuk kepada pain specialist. Selepas pemeriksaan dijalankan beliau didapati
mengalami penyakit artritis tulang facet ( facet joint arthritis) pada
tengkoknya. Rawatannya ialah beberapa
suntikan khas dilakukan pada sendi tengkoknya oleh pain specialist tersebut.
Suntikan ini dilakukan dalam bilik bedah dibawah kawalan sinar X.Sakit tengkok
dan peningnya hilang dengan serta merta sejurus suntikan diberikan. Keesokan
harinya beliau telah dibenarkan pulang . Sakit peningnya telah dapat dikawal
sehinggalah kehari ini.
Suntikan pada sendi leher mampu mengawal pening
yang berpunca dari artritis .
Huraian penyakit artritis tulang tengkok (cervical
facet joint arthritis-kes 1)
Penyakit ini kerap berlaku dikalangan orang berumur disebabkan oleh
proses penuaan (degenerative disease) atau pun juga boleh berlaku pada orang
muda jika kecederaan tengkok pernah berlaku pada masa lampau contohnya
kemalangan jalan raya. Gejala penyakit ini amat jelas iaitu pesakit akan
mengalami 2-3 gejala lain; sakit tengkok, sakit bahu dan pening di belakang
kepala. Rasa sakit ditengkok dan pening akan bertambah jika pesakit mendongak
dan memusingkan kepala mereka kebelakang. Ketiga-tiga gejala ini ada terdapat pada
pesakit ini semasa pemeriksaan dilakukan. Ianya terlalu senang pada kaca mata pain specialist tapi “susah” pada doktor
lain yang bidang kepakaran yang berbeza. Sayugia diingatkan bahawa ini bukanlah
satu-satunya pesakit ini yang telah berjaya dirawat, tapi saya telah berjaya
merawat berpuluh – puluh lagi pesakit seperti ini yang semuanya memberi gejala
yang hampir sama. Apa yang saya hendak tegaskan disini ialah kebanyakan pesakit
ini telah mempunyai dignosis penyakit yang tersasar menyebabkan rawatan yang
diterima sebelum ini tidak tepat. Lebih menarik lagi hampir kesemua kesakitan
ini dapat dikawal dengan mudah melalui kaedah suntikan ini.
Kes 2.
Seorang jururawat hospital berumur
35 tahun telah mengadu sakit bahu dan pening yang kronik hampit setahun
lamanya. Pening yang dirasainya tepat terletak diubun kepala dan beliau telah mendefinasikan pening sebagai hanyut
dan kadang kadang berdenyut . Beliau juga memberi gejala mudah gelap mata atau
hampir pitam bila mengubah posisi badan. Gejala pening ini tidak disebabkan
oleh ubat atau penyakit kencing manis atau darah tinggi.Tapi beliau mengaku
terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa memandu kereta 2 tahun yang lalu.
Beliau juga memberi gejala
kekejangan pada otot tengkok dan bahunya. Pergerakan leher dan bahu kanannya
terbatas kerana ianya menambah kesakitan yang sedia ada. Tangan kanannya
kadang-kadang dirasai seperti kebas-kebas dan kurang rasa.
Ini menyebabkan fungsi sehariannya sebagai surirumah dan jururawat terjejas
teruk. Beliau telah dirawat oleh seorang doktor pakar, MRI tulang tengkok telah
dibuat tapi tidak dapat mengenalpasti punca penyakit. Beliau kemudiannya
dirujuk pada pain specialist. Setelah diperiksa, beliau di kenalpasti mengalami
penyakit artritis tulang tengkok (cervical facet joint arthritis) dan juga
sindrom myofasia (myofascial pain syndrome) yang melibatkan otot leher dan bahunya.
Dua otot leher yang terlibat dalam sindrom myofasia ini ialah otot trapezius dan sternomastoid.
Beliau telah dirawat dengan ubat
penahan sakit (celebrex) dan suntikan pada sendi facet tengkoknya sama seperti
kes diatas. Suntikan (trigger point injection) juga diberikan pada ke dua otot
yang mengidap sindrom myofasia tersebut
disamping senaman regangan yang khusus untuk otot leher dan bahu yang
terlibat.Semua gejala yang dihadapi termasuk pening, sakit tengkok dan bahu
beransur hilang dalam masa dua minggu selepas rawatan.
Huraian penyakit
artritis tulang tengkok dan syndrom myofasia (kes 2)
Penyakit facet arthritis sendi
tengkok dalam kes ini nampaknya hampir sama dengan kes yang pertama. Tiga
gejala utama ialah pesakit mengalami pening, sakit tengkok dan sakit bahu.Tapi
dalam kes 2 ini penyebab pening itu lebih dari satu. Selain dari berpunca dari
sendi facet, iajuga disebabkabkan oleh penyakit sindrom myofasia otot leher
yang kerap juga memberi gejala pening kepala.
Telah diketahui bahawa sindrom myofasia
adalah sejenis sakit otot kerangka yang berpunca dari kekejangan otot yang
kronik. Sebahagian ciri penyakit sindrom myofasia ini ialah sakitnya dirasai
menjalar ketempat lain (pain radiation) dan kekadang memberi gejala pening,
rasa hanyut, loya, sendawa dan pandangan yang kabur (sila rujuk artikel saya
Harian Metro Ahad, 8 November 2009).
Semua gejala pelik ini selalunya berkait dengan penyakit sindrom
myofasia yang melibatkan otot pada leher. Dua otot leher yang kerap memberi
gejala pening bila terlibat dalam sindrom myofasia ini ialah otot trapezius dan sternomastoid.
Otot trapezius yang terlibat dengan penyakit myofasia selalunya memberi kesakitan ketara pada pangkal leher
bila otot ini dipicit (trigger point).
Sakit pada leher ini boleh dirasai menjakar naik ke ubun –ubun kepala dan
memberi gejala pening.
Manakala otot sternomastoid pula amat terkenal dengan memberi gejala pelik
sampingan seperti pening , hanyut, rasa mahu pitam, gelap mata dan sebagainya.
Rawatan untuk pesakit kes 2 nampaknya berbagai kerana penyebab peningnya lebih
dari satu. Kesilapan diagnosis klinikal
akan menyebabkan rawatan yang tidak berkesan. Pesakit akan menjadi keloh kesah kerana mereka akan cenderung untuk memikirkan
kemungkinan penyakit yang lebih serius.Sedangkan penyakit artritis sendi facet
dan sindrom myofasia ini adalah kurang
merbahaya (benign) tetapi cukup untuk memberikan kesakitan ketara yang kronik
dan menjejaskan fungsi harian. Apa yang lebih penting ialah kesakitan dari
artritis sendi facet dan sindrom myofasia ini boleh sembuh jika pesakit menerima rawatan
yang sepatutnya.
Salam Dr. Nizar
ReplyDeleteSy Hafiz dr shah alam. 4 tahun lepas sy terlibat dlm kemalangan motor tp kcederaan tidak begitu serius. Setahun selepas kemalangan tu, sy mengalami pening memusing atau vertigo yg mmbuatkn sy panik dan berpeluh. Ianya terjadi tiba2 selepas sy mendongakkn kepala dan bunyi "pop" di leher. Selepas bberapa hari pening tersebut hilang. Dan skrg ianya dtg kmbali dan mmnyebabkn sy merasa pening memusing serta hanyut setiap masa. Bahu sy merasa lenguh2 hingga ke dahi dan dada sy sakit. Sy turut merasa sesak nafas. Apakah langkah utk mengurangkan rasa pening memusing ni? Sy rasa hanyut setiap kali melakukan apa2 kerja dan kepala sy rasa di cengkam di ubun2 hingga ke dahi setiap masa. Ubat seperti celebrex dan paracetamol hanya mengurangkn rasa sakit di bahu tp pening sy tdk hilang.
saya juga mngalami perkara y sama..ada cara utk kurangkn ?
Deletesya selalu mkn arcoxia sebb xtahan sakit patah dibyk tempt..
call me for better consultation.
ReplyDeleteasalam doktor.saya nak tanya ketika saya menyedut udara kadang2 sakit kepala di sebelah kiri.hidung kiri mcm ada sesuatu sakit di dalam hidung.
ReplyDeletedoc sy mmg sll sakit kepala dibahagian dahi dan ubun2...sekarang telinga sebelah kanan kadangkala sebu tiba2...lg satu sekarang kerap kene pening mata...pening yg boleh buat sy mcm nak tumbang..mcm berpusing2 dan objek yg saya pandang berdouble2...mohon pencerahan doc...
ReplyDeleteDoktor.. saya disahkan menghidapi migraine sejak saya berumur 15 tahun lagi. Kini saya berumur 23 tahun.Pada mulanya ketika saya berumur 15 tahun, migraine hanya menyerang ketika saya merasa terlalu letih, terkena panas atau mengambil caffein. pada tahun 2007-2009, kekerapaan migraine saya bertambah. Ketika saya terlalu fokus dengan pembelajaran, masalah peribadi & keluarga serta sekeliling.. saya juga sering mengalami pitam.. ketika saya bangun dari berbaring atau duduk. Pada tahun yang lepas, masalah ini kelihatan semakin berkurangan. Boleh dikatakan saya hanya mengalami 3/4 kali serangan migraine pada tahun yang lepas. Masalahnya disini, pada 2hb jan ini saya diserang demam. Kepala saya terasa amat sakit. Saya mengambil 2 biji panadol activefast untuk melegakan sakit dan menghilangkan demam. Ya berhasil, demam saya surut keesokan harinya. Tapi kepala saya tetap sakit sepanjang hari itu.. Pada malamnya lagi saya nekad untuk menelan 2 biji panadol lagi, tapi tidak memberi sebarang kesan. Sakitnya seperti otak saya sedang berdengung dan bergerak. Bila saya baring, badan saya akan terasa lenguh. Apatah lagi kepala saya, semakin kuat rasa sakitnya. Bila saya batuk, ketawa atau tunduk, sepertinya otak didalam kepala saya itu sedang dicengkam. Sakit ini berterusan hingga malam ini. 5 jan.
ReplyDeleteSemalam, saya mengambil keputusan untuk "google" maklumat yang mungkin boleh saya pakai. Hasilnya "Tumor otak" Saya agak terkejut dengan apa yang saya baca. Kebanyakan ciri2 pesakit tumor itu ada pada saya. Daripada 3 sumber yang saya lihat, ketiga2 sumber itu mengatakan ciri yang berbeza. Tapi ketiga2 sumber yang saya dapat masing2 mempunyai ciri pada saya. Saya agak keliru ketikan ini. Mungkin Dr boleh membantu saya. Terima Kasih
Salam Dr. Terima kasih atas maklumat yang Dr nyatakan berkaitan penyakit pening kepala sampai ke ubun2, malah kepningan ini telah menyebabkan penghilatan ayah saya kabur dan macam berpusing pusing dan akhirnya terpaksa berbaring diatas katil sahaja. Beliau berumur 84 tahun dan saya berharap agar ada penawar bagi menyembuhkan kesakitan yg di alami ayah saya ini. Terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum Doc. Anak perempuan saya yang berusia 14thn sering mengalami sakit kepala di bahagian ubun-ubun. Dia sering sakit kepala dibahagian tersebut selepas bersenam ataupun ketika hendak demam. Apabila ini berlaku, agak lama juga untuk pulih. Masalah lain yang dihadapi olehnya adalah silau mata yang teruk. Apakah sakit kepala tersebut berhubung rapat dengan gejala silau matanya, ataupun disebabkan oleh migraine? Mohon pencerahan. Terima kasih.
ReplyDeleteFor fast respond please call me direct..013-9803389..
ReplyDeletesalam dr. auntie saya ada masalah sakit urat di leher dan berangkai kekepala..setiap kali urat leher sakit setiap kali tu juga kepala beliau akan sakit berdenyut denyut. dah check dr buat MRI dsbnya tpi masih tidak tahu apa punca sakitnya..minta pertolongan
ReplyDeleteSalam...email MRI pada saya nizar@kb.usm.my...
DeleteSalam doktor.Saya dah pergi beberapa klinik dr mengatakan saya kena penyakit vertigo..antara tanda2 nya:
Delete1)sy merasakan seperti berpusing terutama bila tido dengan bantal 1.
2)semasa berjalan sy merasa seperti kepala sy bergegar di sebelah tepi dan kiri kepala..terutama bila jalankan senaman
3)Tengkuk saya sering berasa sakit terutama sebelah kiri dan jika saya menoleh ke sebelah kiri terutama pergerakan yg cepat..sy akan rasa pening sedikit dan rasa mcm tengkuk saya uratnya seperti ada sesuatu..
4)tekanan darah saya adalah normal
5) ujian darah yg saya lakukan hanya kadar kolestrol ada sedikit tinggi.
keadaan ini telaj berlalu sejak 1 April 2015.
boleka doktor bantu?umur saya 34tahun.
terima kasih
Sy berumur 40 th. Sy pernah mengalami stress yg melampau sehingga sakit kepala dan muka sy terasa kebas. Skrg jk sy stress sakit kepala akn menular dr bhg belakang kepala hg ke rongga hidung. Jika sy sujud (solat) sakit kepala akan terasa semakin kuat seperti dihempap dengan batu. Ia akn berlanjutan 2- 4 hr...sy juga selalu terasa hendak pitam. Mohon pandangan...
ReplyDeleteDoktor..saya berumur 19tahun dan baru2 ni saya menghidap penyakit misteri...semasa menonton TV tiba2 telinga kanan saya berdegup dalam 3kali lepas itu terus saya seolah bertukar 'mode'...diiringi dgn bunyi tunnitis dan rasa panik dan rasa ingin pengsan.saya berjumpa Doktor dan Doktor putuskan saya demam dan ada jangkitan kuman pada telinga saya...selepas smggu pening beransur pulih tetapi bunyi dengung 'tunnitis' dalam telinga msih saja ada...dan 'mode' yang saya katakan semasa mulanya masih kekal...'mode' yg saya maksudkan seolah kita tidak sama rasanya seperti selalu..(sperti memakai badan baru)...seolah kite melayang dan x dpt beri tumpuan...dan dlm mode ni saya sentiasa dalam kegelisahan dan tak rasa seperti selalu...bila berjalan dan lakukan kerja sebagainya rasa tidak sama seprti selalu sebelum saya bertukar mode...saya sudah berjumpe uztaz dan tiada tanda sya ade gangguan...jadi apakah masalah saya?harap dapat membantu :'(
ReplyDeleteSy alami ape yg awk alami..dh 15 thn kne sakit ni..tp 4bln kebelakangan ni makin teruk...pening hanyut, bingung, xfokus..sgt derita..:'(
DeleteMungkin anxiety disorder.mcm sy.
DeleteDr.pada mulanya kwn sy mgalami pning dan dgupan jntung y laju dan sprti brlaku ilang keseimbangan bdn,kdg2 tlinga sblh kanan spti bnyi brdesing shingg skang kdg2 de bnyi brdesing dan skang mslh pning di iringi btuk dan rasa loya pula trjadi tak kira masa dan tmpat.sewaktu memandu pn boleh trjdi..da jmpa doktor tp sme je jgk n mri da wt tp xd pe2 pn .boleh dktor tlg.
ReplyDeleteDr,
ReplyDeletesaya skrg ni da rasa sakit kepala di bahagian depan & kdg kala menangkap mata. bile saya cuba pandang atas akan merasa sakit tetapi bila saya tunduk tiada masalah. ada juga rasa mual & loya. minggu lps saya mengalami lenguh2 otot yg membuat saya xselesa dimana saya tido dalam posisi yg sama dlm masa yg lama. adakah sakit kepala saya ini ada kaitan dgn lenguh2 otot? atau ada sebab lain? sbb sudah 3 hari kepala saya sakit & kadang ia datang & kadang2 reda. boleh bantu saya Dr.... terima kasih
Dr..pada mulanya saya ada gastrik sedikit terasa berat2 kepala..sya diberi ubt dan saya kena habis kan ubt trsbt selama 6 minggu..gastrik saya bransur pulih , ttapi berat di bhagian belakang dan sisi kepala sya belum pulih..berat kepla ini mgagnggu kerja sya..untuk meredakan sakit kepala ini sya baring atau tidur..berat kepala ini hilang sekejap sahaja , apabila bangun ia trasa brat kmbali...kdang2 gejala ini mnyebabkan saya tisak boleh memerhati sesuatu benda terlalu lam seperti membaca, ea akan mnyebabkan saya hilang tumpuan sedikit dan sakit kepala..adakh ini disbbkan oleh gastrik sya ataupun ksan smpingan dari ubt gastrik yg sya makan, ataupun ada simpton lain?? Tolong bantu sya doc..
ReplyDeleteUntuk details boleh whats app/msg sy 0139803389
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete
ReplyDeleteFatihah John AbdullahFebruary 11, 2015 at 7:45 AM
Dr.,
Saya memerlukan bantuan segera, penerangan kes 1 adalah 100% serupa dengan masalah yang saya hadapi sejak tahun 2007 sehingga kini. Pada tahun 2004, kereta yang dipandu suami ketika malam terlanggar lembu sehingga menyebabkan kenderaan mengalami kerosakan teruk. Tiada kecederaan berlalu pada masa itu, tapi saya terhentak kuat ke bumbung kereta demi memastikan adik yang dipangku ketika itu tidak terhumban keluar. Pada masa kejadian, terdapat sedikit pening2 akibat hentakan dan disebabkan tiada luka-luka, saya tidak dihantar ke hospital untuk pemeriksaan. Masalah kekakuan leher dan sakit kepala teruk saya alami bermula tahun 2007 dan tidak mengesyaki kemungkinan kesan hentakan tersebut dan suami menidakkan sakit yang saya deritai berpunca dari hentakan kemalangan tersebut. Saya berulang alik ke hospital, klinik dan hanya dirawat sebagai pesakit luar dan ubat saya semakin bertambah dos iaitu dari panadol ke ponston ke caffox +diclofenac namun kesakitan itu tidak pernah berkurang. Tahun 2009, saya mendapat suntikan bagi menghilangkan kekakuan tengkuk dan bermula tahun itu sehingga 2012 diclofenac merupakan teman sejati saya. Tahun 2012 saya telah memberhentikan penggunaan diclofenac atas masalah kuman gastrik yang mencecah 268 (patut 3 sahaja). Sejak 2012 saya tdk mengambil apa2 ubat tahan sakit lagi sebagai teman sementara kerana takut masalah perut bertambah teruk. Sejak 2007, saya tdk mampu meniarap, mendongak dan memandang dari tepi kerana ia akan membuatkan tengkuk saya semaki sakit sehingga ke ubun2 dan membuatkan saya loya hingga pitam.
Mohon pencerahan pada permasalahan saya dan apakah tindakan selanjutnya yang perlu saya lakukan.
Terima kasih.
salam Dr. sy dh beberapa kali diserang panic attack..sy alami pening teruk terutama slps mkn..sy dh pegi hospital dh dh buat mcm2 ..mri...check jantung..tekanan darah..telinga...semuanya ok..sy jg ada jumpa ustaz utk dptkn rawatan cara islam tp xde ape2 gangguan..mohon bantuan Dr..t.kasih
ReplyDeleteAsslm doktor
ReplyDeletesy berusia 36thn. Sejak 2 hari yg lalu sy tiba2 berasa keadaan berputar ketika bangun dr tidur atau baring. Sy tidak berasa sakit kepala langsung. Apakah masalah ini berkaitan dgn mata atau aliran darah ke kepala? Adakah ini pertanda saya ada masalah penyakit yg lebih serius?
assalamualaikum doc , sy nk tanye , skg ni sy mengalami sakit kepala , di sebelah bhgian kdg2 satu kepala . bila batuk ,terasa sakit kat kepala ni , masuk heini dah beberapa hari dah
ReplyDeleteassalammualikum...saya nak tnye mcm mne plk klau sakit kple time sujud n rukuk?adakah tuhh migrain?
ReplyDeleteassalam doc. dah bertahun2 saya sering mengalami sakit kepala yg teruk. terutama bhg blakang kpala. kadang2 ia berlanjutan selama 2 minggu. jika tak sakit bhg blakang kepala, ia akan sakit di bhg ubun2. tapi semua nya bhg kepala la..kadang2 rasa gelap mata. .bila sakit blakang kepala tu, serious terlampau sakit. penyakit ape tu doc?
ReplyDeleteSalam doc . Saya skrg mengalami penyakit pening yg beterusan . Saya rasa pening ketika berjalan dan duduk . Penyakit ni membuatkan saya hilang fokus . Saya dh check berlainan klinik tp doktor takdpt detect . Doktr hanya bagi saya ubat telinga . Doktor ada juga suruh check mata. Saya dh check tp takda apa2 juga . Perlukah saya membuat medical checkup ? Harap dokter boleh bantu saya . Tq assalam
ReplyDeleteSalam doktor, suami saya baru2 ni jatuh tangga dan mengalami hentakan kuat....dia dh pergi mengurut dan rasa lega dari salah urat kat leher. Selepas seminggu lebih dia mengalami sakit kepala berterusan...saya berasa amat bimbang dengan kesihatannya.harap doktor boleh bantu, apakah yang menyebabkan dia selalu sakit kepala?terima kasih doktor
ReplyDeleteSalam doktor~ saya berusia 16tahun dan sering mengalami pening .. Apabila sakit kepala menyerang ia menyukarkan saya untuk memusingkan kepala dan menundukkan kepala .. Saya juga tidak boleh mendengar music yang terlalu kuat kerana kepala saya akan merasa amat pening . . saya juga sering apabila melihat cahaya yang terang .. Adakah ini vertigo ??
ReplyDeleteSalam Dr.. saya berumur 25 tahun and mengguna cermin mata..dalam 3-4 hari ini saya mengalami masalah di mana sewaktu bangun dari baring kepala saya rasa berputar dan sama juga keadaannya sewaktu nak baring..rasa semua nya berpusing..saya tiada masalah sakit kepala di mana2 bahagian cuma pandangan saya akan berpusing dalam 5-7 saat..ia juga berlaku jika saya berubah posisi baring..jika google search hampir semua keputusan akan mengatakan ini adalah vertigo..
ReplyDeleteSalam Dr.. saya berumur 25 tahun and mengguna cermin mata..dalam 3-4 hari ini saya mengalami masalah di mana sewaktu bangun dari baring kepala saya rasa berputar dan sama juga keadaannya sewaktu nak baring..rasa semua nya berpusing..saya tiada masalah sakit kepala di mana2 bahagian cuma pandangan saya akan berpusing dalam 5-7 saat..ia juga berlaku jika saya berubah posisi baring..jika google search hampir semua keputusan akan mengatakan ini adalah vertigo..
ReplyDeleteSalam Dr, saya berusia 42 tahun. pada awal Feb 2016 saya telah mengalami sakit kepala yg tidak pernah saya alami dan berasa amat mengantuk. Apabila saya membuat pemeriksaan tekanan darah saya dapati tekanan bawah (sistolik) berada pada kadar 85-95 dan tekanan atas berada pada kadar 130-140. saya sukar mendapat bacaan pada julat dibawah dari yang dinyatakan. Sakit ini berlanjutan dan pada minggu ke dua saya telah berjumpa doktor dan diberi ubat atenolol. ujian darah juga telah dibuat dan didapati kolestrol saya tinggi berada pada bacaan 7.8 Selepas mengambil atenolol sakit kepala saya hilang tetapi ada kesan lain iaitu saya rasa kepala seolah-olah mengembang ditolak dari dalam dan juga terasa ditolak dari dalam pada mata dan muka. pada awal April saya telah berjumpa doktor dan Dr telah menukar ubat kepada amlodipine. Walaubagaimanapun kesan amlodipine lebih teruk dan saya telah menghentikan pangambilannya. Sekarang saya telah tidak mengambil sebarang ubat darah tinggi, cuma ubat kolestrol simvastatin yang diambil. Setelah beberapa hari saya menghentikan pengambilan ubat darah tinggi saya sentiasa membuat pemeriksaan tekanan darah dan saya dapati tekanan darah saya berada dalam keadaan normal dibawah 125/135. Bagamanapun sakit kepala saya masih tidak hilang dan saya musykil apakah sebenarnya penyakit saya. Saya cuba cari di internet simptom-simptom yg sama dengan saya tetapi gagal. Harap Dr dapat membantu.
ReplyDeleteSalam Dr
ReplyDeleteSaya berusia 45 tahun,akibat kemalangan maut,dimana kereta merempuh kenderaan saya yang mane saya mengalami hentakan kuat di bahagian kepala,cermin kenderaan telah tercacak dibahagian Tengah ubun kepala 3inci garis kebelakang,kebas di kiri kanan kepala,dahi Kening terasa sakit mata kabur,terasa urat dalam kepala berjalan,sakit tengkok,berdenyut,bahu kiri sakit,dahi kepala berdenyut..perluh keluar bila sakit..bila jumpa doktor,suspet darah tinggi..ubat Paracetamol 500g tab,diclofenac sadium 50g tab,chlorpheniramine 4mg tab dan methyl salicylate 25℅ ointment,kemalangan berlaku pada28/2/20016.disamping tulang belakang terasa sakit bila bangun dari tidur,duduk,tulang rusuk kiri bila ditekan tersas sakit,kaki kiri dan kanan kebas dan sejuk bila duduk terlalu lama.Terima kaseh mohon Dr beri pencerahan.
Salam. Doktor. Pain Specialist yg dimaksudkan itu adakah Pakar Ortopedik atau Pakar ENT atau pakar perubatan am/pembedahan.Saya menyemak bbrp laman web pusat perubatan tak jumpa Pain Specialist. Saya di Kedah. Mohon pencerahan.
ReplyDeleteSalam. Doktor. Pain Specialist yg dimaksudkan itu adakah Pakar Ortopedik atau Pakar ENT atau pakar perubatan am/pembedahan.Saya menyemak bbrp laman web pusat perubatan tak jumpa Pain Specialist. Saya di Kedah. Mohon pencerahan.
ReplyDeleteasslm doc . 4 hari lepas sy main henfon start dr pkul 4 pgi sampai pkul 8 pagi nonstop. mata saya sakit tapi saya teruskan jugak main henfon tanpa buka lampu . means dlm gelap . start drpd tu kepala saya sakit sangat . mata bila nak pandang kiri kanan atas bawah punyalah sakit . bertambah sakit bila bangun tidur . saya kerap terjaga . dan sakit kepala tak hilang . ubat macam tak berkesan . kepala masih sakit. and sekarang saya muntah2 . saya dah tak larat doc . perlu ke saya pergi klinik ? adakah ini perkara biasa ? macam mana nak hilangkan sakit ?
ReplyDeleteAssalamualaikum Dr.. Baru2 nie. Sya mengalami pening yang amat teruk semasa bangun tidur.. Sakit kepala berterusan sehingga setengah hari.. Sakit kpla saya tu menyebabkan sya tidak dapat bgun dan bergerak serta membuka mata kerana terlalu sakit.. Semasa menutup mata juga sakit kepala masih terasa dan bayangan berpusing seprti kipas begitu juga apa bila sya bgun..kdang2 pandangan gelap seketika.. Tetapi sya tidak pernah mghadapi migrain. Adakah ini berbahaya..? Terima kasih.
ReplyDeleteSaya selalu pening sakit tengkuk belakang sampai ke bahu dan setiap hari rasa pening dan hanyut penglihat kadang2 kabur..adakah saya ini seperti kes pertama..saya selalu jmpa doktor pakar.(hospital kerajaan) tp tk dapat kesan sakit yang saya alami,sudah bertahun tahun saya menderita dengan sakit ni
ReplyDeletesalam,dr.klinik dr kt mana.sy selalu sakit kepala di tepi mata kiri dan kanan,kdg2 kt tgh kepala.sy harap dpt buat pemeriksaan kt klinik dr.
ReplyDeleteDoc, saya telah mengalami gejala pening,sakit tengkuk yang menular nular dan juga lemah lemah badan..ini gejala penyakit apa ya? Harap doc dapat Bantu.
ReplyDeleteBila jumpa doktor, mereka kata saya tiada sakit apa apa. Mereka hanya bagi painkiller seperti biasa
ReplyDeleteDoktor..sy kalau berjalan tempat panas atau tak panas pun still pening kepala ..jalan sikit pun pening kepala ...sakit dia tu sakit jugak lah Sebb kadang2 saya terpaksa berhenti seketika Sebb pening kepala ..haritu ada sekali saya nk pitam saya keluar dari toilet terus rasa pening ...pening dia tu lagi sakit sgt2 lepas tu saya tak boleh cam control badan saya untuk jln Sebb susah mata saya pun cam x betul..then saya jatuh ..tolong terangkan kenapa?..Sebb masa tu saya diet kadang2 x mkn tgh hari...tapi sebelum diet tu muka saya pucat tak tau kenapa ..
ReplyDeletesya nak tnya doktor..sya mgalami pening kepala sdh 6bulan..sya rsa pening je,tp xrsa sakit d mn2..selain rsa pening sya jgk kerap kli rsa mgantuk..cm kkdng kepala n depan dahi sya rsa brdenyut2..tp xrsa sakit..apa mslh nya ye doktor..
ReplyDeleteDr.saya telah mengalami vertigo setahun yang lalu/namun sekarang vertigo tak da cuma sentuasa rasa hanyut terutama jika duduk.sintom yang dinyata oleh dr.lebih kurang sama..dimanakah saya boleh menghubungi doktor?
ReplyDelete