Alhamdulillah saya ucapkan kepada Allah SWT dan berterima kasih tidak terhingga kepada Dr Nizar Abd Jalil. Pencarian saya terjawab atas kesakitan saya selama 8 tahun menderita. Kesakitan ini menjejaskan kualiti hidup saya umpama tiada tujuan hidup. Pelbagai kaedah saya cari dari kaedah ENT hingga ke pskitrik. Sampai tahap saya merasakan saya ini menghadapi penyakit mental kerana anxiety disorder, saya hilang pencarian hidup disebabkan penyakit ini.
Alhamdulillah doa saya di Mekah pada bulan 3 tahun ini dimakbulkan apabila berjumpa dengan Dr Nizar. saya sudah selesai suntikan RF keatas saya dan saya bersyukur atas hasil suntikan.1.Sakit kepala semakin kurang dan kurang rasa hanyut.
2.Telinga tidak lagi berdesing.
3.Imbangan badan stabil.
4.Nafas kembali panjang.
5.Sakit pada tengkuk berkurangan.
6.Sakit pada belikat berkurangan.
7.Sakit pada tulang belakang berkurangan.
8.Mata ada cerah.
Saya ingin menasihati kepada sesiapa yang ada slip disk atau penyakit berkaitan elaklah daripada membuat operation yang belum tentu kesudahannya. Suntikan RF adalah yang paling effisyen untuk penyakit kronik.
Harapan saya setelah saya pulih sepenuhnya, saya berazam menjadi:1.Muslim yang taat kepada Allah SWT dan rasulnya.
2.Muslim yang sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain
3.Muslim yang berbakti pada orang tua.
4.Berkerja dengan penuh komited dalam memcapai matlamat hidup.
Saya mendoakan Dr Nizar sentiasa dalam kerahmatan dan kerahiman Allah SWT dan diberi kesihatan yang baik untuk terus memberi khidmat kepada pesakit kronik. Dr Nizar seorang yang sangat humblle dan mesra kepada pesakit beliau.
Teringat pesan Dr diakhir perbualan."Hang dah sihat nanti cepat kawin"
Kalau boleh Dr adjustlah misi untuk saya hahahaha
Jazakallahkhair Dr Nizar, hanya Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa Dr.