(Artike ini merupakan sebahagian daripada buku Santunan
Jiwa II karangan Prof. Madya Dr Nizar Abd. Jalil)
“You must be able to
astonish people with you work, if you
want to be a good pain specialist.” Itulah kata hikmah dari
guru pertama ku dalam karier perawatan kesakitan kronik (chronic pain
management); Dr Raj Sundaraj dari Sydney, Australia.
“You must pay respect and
treat all your patients exclusively because your patients are your teacher.
Without seeing them, you will never became a good one.” tambahnya lagi.
Kata-katanya masih terngiang di telingaku sehingga ke hari ini.
Sepuluh tahun dulu dalam tahun
2003, aku tidak berapa faham tentang kenyataan tersebut. Tapi sekarang
kata-kata tersebut menjadi kata-kata hikmatku pula bila aku mengajar trainee ku mengenai rawatan sakit
kronik. Trainee ku merupakan
doktor-doktor bius (anaesthetist) yang mengambil sub kepakaran dalam bidang pain management di HUSM.
Mengimbau balik sejarah penglibatanku dalam profesion pain management ini, aku tidak mungkin
akan jadi sebaik ini jika tidak berjumpa dengan Dr Raj. Itulah apa yang orang
kata rezeki. Jauh berjalan luas pandangan. Aku pada mulanya benci akan aspek
rawatan kesakitan kronik (macam doktor lain juga) ini kerana ianya bagiku amat
membosankan. Pesakitnya banyak yang
tidak sembuh dan rentan pada rawatan. Sakit yang kronik ini menyebabkan
pesakit banyak bergelumang dengan masalah psikososial yang kompleks. Kebayakan
doktor kecewa dan tidak suka merawat kes kesakitan kronik ini kerana sebab yang
sama. Mereka tidak tahu apa strategi rawatan yang tepat.
Tapi lawatanku ke Nepean Hospital, Penrith, Australia telah membuka mata
dan hatiku seluas-luasnya. Nepean Hospital merupakan pusat rujukan yang
terkenal untuk kes-kes kesakitan kronik bagi daerah barat Sydney. Rasanya macam
Allah (S.W.T) telah beri hidayat yang terjun dari langit dengan tiba-tiba. Segala
persepsiku dan kebencianku pada topik kesakitan kronik berubah secara
tiba-tiba.
Salah satu insiden yang membuka mataku untuk meminati sub kepakaran chronic pain ini ialah apabila aku
melihat ramai pesakit di sini telah sembuh dan mampu kembali kepada aktiviti
mereka sebelum ini. Mereka mengalami berbagai jenis kesakitan kronik yang
berpunca dari penyakit kanser dan bukan kanser. Dr Raj menegaskan bahawa
matlamat utama rawatan kesakitan kronik ini bukan saja untuk mengurangkan rasa
sakit tapi juga untuk mereka kembali bekerja dan berdikari. Ini kerana kesan
yang ketara penghidap kesakitan kronik ialah mereka tidak mampu bergerak,
apatah lagi bekerja untuk sara hidup. Hidup mereka bergantung pada orang lain
jika kesakitan mereka tidak terkawal.
Salah seorang pesakit telah menulis satu surat penghargaan yang panjang
lebar kepada Dr Raj. Sebelum itu beliau mengalami sakit saraf (neuropatic pain)
yang teruk pada parut pembedahan appendiknya. Beliau hampir membunuh dirinya
kerana tidak sanggup menanggung kesakitan dan menghadapi kekecewaan dalam
hidup. Tapi setelah rawatan Spinal Cord
Stimulator yang diletakkan dalam saraf tunjangnya, kesakitannya telah dapat
dikawal dengan berkesan. Semua pesakit yang datang ke klinik sakit kronik itu
amat menghormatinya dan memuji kepandaian beliau.
Minatku dalam sub kepakaran ini tiba-tiba saja timbul meluap-luap. Aku
mahu jadi macam Dr Raj!!! Aku mahu merawat ramai pesakit kronik seperti ini di
negeriku. Ramai yang menderita dan tiada doktor yang tahu merawat dengan betul.
Kebanyakan mereka dimasukkan ke pusat pemulihan fisioterapi, di rujuk kepada
doktor psikiatri ataupun tidak diendahkan langsung. Ianya rupanya satu
kepakaran baru yang belum wujud di Malaysia. Aku akan menjadi terkenal.
“No worry. You may learn
around and be a good pain specialist like him and later come back and work in
Australia.” Itulah kata-kata seorang nenek Australia yang kebetulan hadir di pain clinic pada hari itu. Beliau amat
mesra dan ramah apabila diperkenalkan kepadaku oleh Dr Raj.
Suatu hari Dr Raj menjemput aku menginap di rumahnya. Sepanjang
perjalanan menerusi high way, beliau
menggunakan GPS keretanya yang boleh berkata-kata. Aku terpegun sebentar. Pada
tahun 2002 mana ada kereta di Malaysia menggunakan sistem GPS. Aku kagum dengan
pencapaiannya. Rumahnya tersergam indah tiga tingkat di tebing Sungai
Paramatta. Aku lihat sebuah kapal layar(yart) berlabuh padanya. Hiasan dalaman
bahan binaannya umpama hotel lima bintang. Aku dilayan dengan baik sekali.
Isterinya seorang Myanmar dan amat ramah melayaniku. Beliau masak kari ikan
pada hari itu. Perbualan kami banyak menyentuh politik terkini di Malaysia. Air
terjun buatannya yang menghadap ruang makan amat menyenangkan menyebabkan aku
ingat sampai sekarang.
Kini, kisah itu sudah sepuluh tahun berlalu. Aku kini telah pun bergelar pain specialist/consultant dan memikul tanggung jawab yang berat
merawat pesakit yang mengidap kesakitan kronik dari seluruh Malaysia.
Kepakaranku kini setaraf Dr Raj yang ku hormati dulu setelah aku melanjutkan
pengajianku dalam bidang pain management
di beberapa buah negara lain termasuk Singapura, Bangkok Thailand dan
Netherland.
Tidak sangka bidang yang ku benci suatu masa dahulu kini menjadi
kecintaanku. Aku bekerja dengan penuh minat. Hati ku ku bulatkan ikhlas untuk
menolong pesakit.Jadual harianku amat sibuk. Setiap hari aku menerima rujukan
kes baru sama ada dari Kelantan ataupun dari seluruh Malaysia. Ini menjadi
bertambah ketara sejak aku menjadi
penulis tetap di halaman sihat surat khabar Harian Metro dan Sinar
Harian. Orang kata bila kita ada ilmu kita akan menjadi mulia dan akan
membezakan kita dengan orang lain. Dengan ilmu orang boleh buat duit. Pesakit
yang mempunyai insurans atau panel syarikat aku rawat mereka di Hospital
Swasta. Pendapatan bulananku bertambah berlipat kali ganda.
Aku terus membelok keretaku, BMW 6 series M Sport Coupe masuk melalui gerbang Hospital Universiti
Sains Malaysia. GPS pada dashboard keretaku ini sering mengimbau kembali
kenanganku bersama Dr Raj semasa di Australia dulu. Hari ini hari penting
bagiku kerana ada lima pesakit dari luar negeri Kelantan telah buat appointment di Pain Clinic. Petang nanti aku kena bergegas ke Hospital Pakar
Perdana , Kota Bharu.Biasanya aku akan merawat 15-20 kes sehari pada sesi pain clinic ku. Alhamdulillah dan syukur
pada Allah (S.W.T) kerana memberi hidayat dan rezeki padaku dalam bidang yang tidak
disukai orang ini.
Pengajaran
kisah
1.Sentiasa berfikir dan bertindak “outside the box”. Ianya menjadikan
kita berjaya lebih dari orang lain.
2. Ikhlaskan hati dalam menolong orang lain, nanti tuhan akan memberikan
panduan /kekuatan dan rezeki yang tanpa
diduga.