Suntikan radiofrekuensi intradiskal
Satu paradigma baru dalam rawatan cakera tergelincir.
Dr Nizar menunjukkan bagaimana suntikan dilakukan untuk merawat pesakit cakera tergelincir.
Hanya satu suntikan, cakera tergelincir (slipped disc) anda akan mengecut dan anda tidak akan rasa sakit lagi. Malah rasa sakit yang menjalar turun kekaki cepat sembuh hanya selepas beberapa jam selepas suntikan. Menarik bukan? Bagi anda yang mengidap sakit belakang yang berpunca dari cakera tergelincir atau stenosis spina , anda perlu baca artikel ini kerana kaedah rawatan suntikan (tanpa pembedahan) terbaru ini dikenalpasti amat berkesan.
Rawatan ini dinamakan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal Secara umumnya kaedah haba radiofrekuenci digunakan untuk mengecutkan cakera yang tergelincir.Bagi mereka yang takut atau ragu-ragu untuk menjalani pembedahan tulang belakang, maka rawatan suntikan ini merupakan pilihan yang paling tepat.Kajian terbaru dijalankan di HUSM mendapati rawatan suntikan ini mampu memberi kejayaan sehingga 90 peratus.Satu angka yang belum pernah dicapai dalam sejarah rawatan kesakitan tulang belakang.
Apakah itu Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal(Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression)?
Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal ini menggunakan kaedah haba radiofrekuenci untuk mengecutkan cakera yang tergelincir. Sebatang jarum khusus akan disuntikan kedalam cakera yang tergelincir. Seterusnya cakera tersebut akan dipanaskan pada suhu tertentu dengan menggunakan tenaga elektrik radiofrekuensi yang disalurkan melalui hujung jarum tadi. Cakera akan memberi reaksi pengecutan bila dipanaskan dengan serta merta. Bila cakera tersebut mengecut maka tekanan pada akar saraf dapat di alihkan. Maka hasilnya tiada lagi sakit seperti renjatan elektrik, kebas atau mencucuk (sciatica) yang turun kekaki.Kaedah ini hanya mengecutkan sebahagian kecil cekera yang bermasalah, oleh itu ia tidak akan mengganggu kestabilan tulang belakang.
Sakit belakang yang bagaimanakah sesuai untuk kaedah rawatan ini?
Sakit belakang yang disebabkan oleh cakera tergelincir (orang muda) atau stenosis spinal(orang berusia) yang terpilih.Biasanya sakit dalam kedua keadaaan ini pesakit akan mempunyai gejala sakit belakang yang menjalar turun kekaki.
Bagaimanakah procedur suntikan ini dilakukan?
Procedur ini dilakukan dalam dewan bedah dibawah kawalan mesin Xray.Anda dikendaki baring meniarap atas katil bedah sepanjang suntikan dilakukan yang mengambil masa hanya setengah jam.Suntikan ubat bius setempat dilakukan pada kulit belakang anda sebelum jarum radiofrekuensi dimasukkan terus kedalam cakera pada tulang belakang anda.Anda tidak perlu risau akan rasa sakit kerana ubat bius setempat akan ditambah jika perlu.Anda akan sedar dan perlu berinteraksi bersama doctor semasa suntikan dilakukan.Ini adalah untuk menjamin keselamatan dan menghalang dari kesan sampingan yang tidak dikehendaki.
Adakah saya akan rasa sakit selepas prosedur dan apakah hasil yang dijangkakan?
Kebanyakan pesakit tidak merasa apa-apa sakit yang signifikan selepas suntikan kerana jarum yang digunakan kecil dan hanya satu atau dua tempat suntikan dilakukan. Malah semasa haba disalurkan kedalam cakera (disc) kebanyakan pesakit tidak merasa apa-apa kesakitan. Kebanyakan pesakit memberikan hasil kelegaan besar yang dramatik, iaitu dalam masa satu hari selepas suntikan dilakukan.
Gambar Xray menunjukan posisis jarum Rawatan Pengecutan cakera Radiofrekuensi Intradiskal
Apakah kesan sampingan suntikan Rawatan Pengecutan cakera Radiofrekuensi Intradiskal ini?
Tidak ada apa –apa kesan sampingan jika ianya dilakukan oleh doktor yang mahir.Tapi ia boleh mengundang beberapa masalah yang serius jika dilakukan oleh tangan yang tidak mahir, seperti kerosakan akar saraf, jangkitan kuman pada cakera, cakera pecah, perdarahan dan sebagainya.
Apakah procedure suntikan lain yang hampir dengan kaedah ini dalam merawat cakera tergelincir?
Kaedah suntikan nukleoplasti, kaedah suntikan dalam cakeran ini hampir sama tapi tidak serupa dari segi prinsipnya.Kaedah nukleoplasti menggunakan jarum yang lebih besar yang di tujukan pada tengah cakera (nucleus proposus) tapi rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intaradiskal menggunakan jarum yang lebih kecil yang tujukan pada tempat yang berbeza. Selain dari itu, kos rawatan suntikan nukleoplasti adalah jauh lebih besar dan peratus kejayaannya lebih rendah. Kaedah lain yang hampir sama dengan teknik rawatan ini ialah IDET dan Intradiscal Laser Disc Decompression.Tapi kedua-dua teknik ini hanya memberi kejayaan daalam 50-60 peratus.
Monday, October 11, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)